CORETAN DARIPADA ISMAILY BUNGSU
SIAPA
saja PM yang haramjadahkan dan bangsatkan rakyat? Apakah memang rakyat
haramjadah dan bangsat?
Kenapa
rakyat haramjadah dan kenapa rakyat bangsat? Siapa sebenarnya haramjadah dan
siapa sebenarnya bangsat itu?
Apakah
perkataan itu harus termuntah dari mulut seorang PM atau sesiapa saja yang
namanya pemimpin? Apakah orang semacam itu terbaik atau biadap kala guna kata
tak seharusnya?
Kenapa
yang berdemo dikatakan bodoh?
Bukankan
dalam perlembagaan persekutuan 10(1)(b) itu dibenarkan berdemo dan kemudian
undang2 internasional juga membenarkannya untuk luahkan perasaan asal tidak
menghuruharakan?
Huruharakah
negara kalau demo secara aman dan bagus hingga kedai2 restoran penuh sesak dan
bas melimpah angkat orang? Rugikah peniaga dan adakah kedai2 di Kota Kinabalu
tutup kesan takut?
Bukankah
sejak 1946 UMNO sendiri berdemo lawan inggeris dan tunjuk perasaan sama
kedutaan2 luar negara setelah merdeka?
Bukankan
bila PBS menang, orang Melayu berdemo anjuran UMNO bakar mesjid dan tumpahkan
cat dan bukankah itu lebih bahaya sengaja provokasi agar orang Melayu Islam
marah? apa tidak ingat dan pura2 lupa?
Janganlah
berdalih dan tembirang, itu olah semua beraku di hadapan mata saya sendiri di
mesjid negeri Sabah.
BERSIH4
bukan anjuran DAP dan bukan anjuran PKR dan itu jelas tetapi dianjurkan oleh
NGO bernama BERSIH dan yang datang ke bersih bukan orang PKR dan bukan orang
DAP tetapi atas nama rakyat Malaysia yang mahu selamatkan negara dari kaki
kuraptor yang jelas merosakkan negara bangsa.
Apakah
kita buta dulu wang Malaysia/singapura/Brunei sama 1-1 dan sekarang duit
singapura RM1000 dan mereka ke malaysia menjadi RM3,000 dan kita bawa duit
RM3,000 ditukar di Singapura menjadi RM1,000.Apakah kamu buta?
Tidakkah
ini bisa dimengerti wang kita asyik jatuh dan jatuh, malah ringgit dalam bentuk
POA makna semacam tidak laku di peringkat internasional dan apakah kamu buta
tuli pekak?
Demo
kuning bukan untuk orang PKR dan bukan untuk orang DAP tetapi untuk semua
rakyat yang bernama Malaysian. Bila sebut Malaysian bermakna untuk anak cucu
cicit UMNO/PBS/PBRS/STAR dan semuanya dan apakah ini salah?
saya
tanya apakah kamu buta dan tuli yang Sabah ini kaya sumber di Malaysia ada
balak, ada tembaga ada sawit getah dan ada minyak tetapi kenapa Sabahan jadi
TERMISKIN katanya bank dunia?
Sarawak
juga terkaya tetapi TERMISKINnya nombor 4 dalam Malaysia dan apakah kamu tidak
tahu atau sengaja pura2 buta dan tuli pekak dan terus mengatakan BERSIH itu
bodoh? di mana kamu letak otak dan akal yang Allah anugerahi sama kamu?
Saya
tak kata kamu bodoh sebab saya tidak akan kata begitu macam kamu kata sama
orang BERSIH. Kelak jika saya kata kamu bodoh kamu bisa saja marah dan
melenting macam orang tua gila sasau nyanyuk.
Usahalah
lihat di sekitar kamu dan apakah kamu suka cucu cicit kamu bakal merempat dan
tidak bertindak sekarang?
Betul,
sepatut masa election dan sekarang kita mahu beri kesedaran sama rakyat agar
benar2 faham situasi keadaan sebelum election dan ini tugas semua kita di
Malaysia ini bukan membuta tuli memekakkan telinga.
Orang
BERSIH bukan lembu yang asyik mengangguk kesan perut boroi dan kenyang.
Kamu
fikirlah setelah merdeka hidup bukan senang kesan GST mencekek leher, memang
semakin susah dan tidak hairan sabahan bakal merempat sebab di sana sini yang
kita jumpa rata orang asing dan kala bicara jelasnya kita seperti di luar
negeri dan bukan di Kota Kinabalu seperti tahun-tahun 80an.
Selamat
hari Malaysia tetapi apa maknanya Hari Malaysia ini kalau hidup derita
sengsara?
No comments:
Post a Comment