SISTEM INTERNET DI MALAYSIA TERLALU LEMBAB BERBANDING KEMBOJA DAN VIETNAM DAKWA...WONG

OLEH: SHAIMON  S JUMADI


SANDAKAN:- System penggunaan  Internet yang ada di Negara ini terlalu lembab dan lebih teruk berbanding dengan negara Komboja  dan  Vietnam dan orang ramai sebagai pengguna rasa rugi rasa tertipu bila mereka menyedari fenomena ini berlaku.

Ahli Parlimen  Sandakan YB Stephen Wong tidak berpuas hati dengan kelajuan internet yang ada sekarang di Negara ini dan  berpendapat bahawa kerajaan BN harus bertanggungjawab terhadap mengatasasi masalah system ini.

Wong berkata, kebelakangan ini menerima aduan orang awam tentang masalah kelajuan internet, dan masalah ini adalah akibat kerajaan hanya membenarkan syarikat telekomunikasi mengaut keuntungan, tetapi tidak memantau pelaksanaan tersebut, mengakibatkan para pengguna mendapat perkhidmatan dan kelajuan internet yang teruk, dengan bayaran yang tinggi.

Menurut Wong, aduan menunjukkan perkhidmatan internet TELEKOM tidak stabil, terutamanya baru-baru ini perkhidmatan internet di daerah Sandakan terhenti, menyebabkan para pengguna mengalami kesusahan dan gangguan dalam urusan perniagaan dan aktiviti harian, ini adalah tidak adil kepada semua pengguna.


Pada pandangan beliau, kerajaan wajib menjelaskan mengapakah para pengguna tidak dapat mengguna perkhidmatan internet walaupun telah dibayar? Sedangkan negara kita berwawasan untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020, kriteria yang asas ialah membekalkan kelajuan internet yang baik, dengan ini barulah dapat memperkasakan pembangunan ekonomi negara.

Beliau berkata, jika tidak disediakan kemudahan internet yang paling asas, maka keinginan Perdana Menteri dan kerajaan BN untuk mentransformasikan  Malaysia menjadi sebuah negara yang berpendapatan tinggi dalam bidang inovasi dan teknologi, adalah tidak dapat tercapai.

berkata, bukan sahaja perkhidmatan internet, malahan banyak kawasan di Sabah masih belum dibekalkan tenaga elektrik, ini menunjukkan kerajaan BN hanya bercakap kosong sahaja.

Kata beliau, menurut laporan statistik ujian kelajuan internet, purata kelajuan internet Malaysia ialah 7.46Mbps, menduduki tempat ke-127 dalam 199 negara seluruh dunia, lebih teruk berbanding dengan negara jiran seperti Kemboja (9.64Mbps), Thailand(20.58Mbps), Vietnam (18.43Mbps), malahan lebih teruk berbanding dengan Bangladesh (11.52Mbps), ini amat memalukan.


Wong bertanya kepada kerajaan BN, bagaimanakah hendak menjadi sebuah negara maju dalam jangka masa yang pendek, sedangkan kelajuan internet pun lebih teruk berbanding dengan negara-negara jiran yang lain? Adakah maksud negara maju ialah perkhidmatan internet yang berputus-putus, sehingga emel pun tidak dapat dihantar?

Wong berkata, jika dibandingkan dengan negara jiran, perkhidmatan internet Malaysia mengenakan bayaran yang lebih tinggi, tetapi kelajuan dan kualiti perkhidmatan yang lebih teruk. Bagi negara Singapura, jika tidak mengira mata wang,  setiap bulan SD 50 dapat menikmati kelajuan internet 10 kali ganda lebih pantas berbanding dengan negara Malaysia, dan purata kelajuan internet  Singapura adalah 139Mbps, bayaran internet untuk sebulan tidak melebihi SD 100.


Kata beliau, dalam negara Malaysia pula, contohnya UniFi Telekom 20Mbps, dikenakan bayaran lebih kurang RM200, tetapi kelajuan lebih teruk berbanding dengan Thailand dan Vietnam. Lagipun di sebahagian kawasan, seperti Sandakan dan Tawau tiada perkhidmatan UniFi, membayar RM110 hanya dapat kelajuan internet 1 Mbps, ini seumpama merompak dan menindas rakyat secara terang-terang.

Wong berkata, ini menunjukkan tahap negara Malaysia adalah begitu teruk, kerana kelajuan internet lebih lemah berbanding dengan negara yang lebih mundur, seperti Bangladesh. Kerajaan BN harus memberi penjelasan terhadap isu ini.

Pada pendapat beliau, dengan perkara kelajuan internet sahaja pun telah mencukupi untuk rakyat menukarkan kerajaan dalam pilihanraya umum yang bakal datang.


Sebahagian pengguna ada yang sanggup membuang  duit  lebih   semata-mata mahu  kelajuan dan  manambah sehingga 8 GB    tetapi setelah mereka menukarnya namun sisten itu tetap masih tidak berubah tetap seperti 2GB sahaja bukan itu ertinya  satu penipuan  pelanggan secara terang-terang 

No comments:

Post a Comment