OLEH: AZMI AZMAN
SANDAKAN:-
Bersabit dengan pengumuman Perdana
Menteri Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak bahawa akan menambahkan peruntukan untuk ahli
Parlimen BN pada tahun depan, lebih tinggi daripada peruntukan kini iaitu RM5
juta, Ahli Parlimen Sandakan mengutuk
keras-kerasnya tindakan Najib ini
adalah seolah-olah “membeli hati” ahli Parlimen BN, supaya mereka tidak bersuara
tentang isu 1MDB dan dana 2.6billion, menghalang mereka daripada menyokong
pelaksanaan undi tidak percaya di Parlimen ke atas PM Najib.
Tambah
Wong, BN terdapat 134 ahli Parlimen, mengikut pengiraan peruntukan sekarang
iaitu RM5juta, ini telah menelan RM670juta dana negara, jika tahun depan
menambah peruntukan tersebut, maka akan melebihi RM700 juta hingga RM1billion!
“Lagipun,
kita tidak tahu sejak bila peruntukan tersebut ditambah dari RM1 juta kepada
RM5juta, setahu kita selama ini hanya peruntukan RM1juta diberikan, tetapi
secara senyap-senyap ditambahkan 5 kali ganda, kini hendak menambah lagi, ini
adalah amat tidak munasabah! Rakyat berhak tahu sejak bila RM5 juta tersebut
ditambahkan, dan bagaimanakah ahli Parlimen menggunakan peruntukan tersebut?”
Stephen
Wong juga Ahli Parlimen Sandakan berpendapat bahawa, tindakan PM ini adalah
untuk mengukuhkan sokongan daripada ahli Parlimen BN, supaya mereka tidak berkata
apa-apa tentang PM.
Kata
beliau, menambahkan peruntukan dapat memberi perkhidmatan kepada rakyat, tetapi
kegunaan wang tersebut tidak transparen, walaupun setiap tahun ahli Parlimen BN
diberikan peruntukan RM5juta, tetapi adakah ia digunakan ke atas masyarakat dan
kehidupan rakyat? Ia tidak diumumkan secara telus.
Beliau
berkata, parti pembangkang tidak mendapat layanan yang adil, peruntukan kawasan
Parlimen parti pembangkang diserahkan oleh pemimpin yang disyorkan oleh BN, akhirnya
ramai rakyat menyalahkan parti pembangkang kerana tidak memberikan peruntukan
dan pembangunan, BN menggunakan cara ini untuk menang hati pengundi dan
menyerang ahli Parlimen parti pembangkang.
Beliau
berasa amat kecewa, kerana kini ekonomi negara merosot, nilai mata wang Ringgit
semakin jatuh, pendapatan petroleum negara berkurangan, tetapi kerajaan bukan
sahaja tidak berjimat-cermat untuk memperbaikan ekonomi negara, malah
menambahkan peruntukan untuk menambat hati ahli Parlimen, ini seolah-olah
politik lebih penting daripada kepentingan rakyat jelata. Kata beliau, kerajaan
harus mengurangkan peruntukan tersebut, menumpukan perhatian untuk memperbaiki
ekonomi negara, melaksanakan pentadbiran yang lebih cekap untuk
mempertingkatkan infrastruktur asas dan kehidupan rakyat.
Kata
beliau, PM tidak memberikan peruntukan kepada ahli Parlimen parti pembangkang,
seolah-olah mengabaikan rakyat yang mengundi kepada parti pembangkang,
mengetepikan kawasan Parlimen parti pembangkang. Di bawah sistem demokrasi,
kerajaan sepatutnya melayan seluruh rakyat secara adil, tidak kira rakyat
mengundi kepada parti pembangkang ataupun BN.
\
Di
sebaliknya, negeri Selangor dan Pulau Pinang yang ditadbir oleh parti
pembangkang, ada memberikan peruntukan kepada ahli Parlimen BN, supaya mereka
dapat membantu kawasan mereka menjalankan pembangunan yang minor.
Wong
berkata, ini adalah jelas bahawa BN mengetepikan kawasan Parlimen parti
pembangkang. Beliau berharap pengundi dapat lihat dengan jelas hal sebenarnya,
dan memahami situasi parti pembangkang, kerana menyokong parti pembangkang
adalah berharap untuk “UBAH”, mengubahkan keadaan negara, menambahbaikan
ekonomi dan kehidupan rakyat, supaya rakyat mendapat kehidupan yang lebih baik.
No comments:
Post a Comment