OLEH: KREW DAP
SANDAKAN:-
Berhubung dengan ucapan Ketua Umno Bahagian Kuantan, Datuk Seri Wan Adnan Mamat bahawa sumbangan 2.6billion adalah
sebagai penghargaan kepada Malaysia yang memperjuangkan agama Islam, Ahli
Parlimen (DAP) Sandakan Stephen Wong
menyifatkan kata-kata tersebut adalah kebudak-budakan dan tidak dapat
meyakinkan orang.
Wong
menyeru pemimpin dan penyokong UMNO supaya jangan memberikan ucapan yang tidak
matang, menyebabkan keadaan bertambah teruk dan diketawakan oleh seluruh dunia.
Wong juga mengkritik kata-kata yang dikeluarkan oleh pemimpin UMNO tersebut,
tiada orang akan percaya mahupun kanak-kanak.
Wong
berkata, Malaysia telah menjadi bahan ketawa di antarabangsa disebabkan isu
1MDB dan dana 2.6billion, pemimpin UMNO harus berwaspada semasa berucap dan
bertindak.
Wong
berkata, ucapan Ketua Umno Bahagian Kuantan tersebut, bukannya mendedahkan
kebenaran dan hal sebenarnya, tetapi menjatuhkan lagi imej negara kita.
No comments:
Post a Comment