~ Saya bertanya dan fikir jawab dengan bukti kukuh~
SOROTAN DARI MEJA PENGANALISIS SEJARAH SABAH
ISMAILY BUNGSU
Dalam konteks ini Editor Sabah Insider telah terpanggil untuk menyiarkan bahan-bahan yang berbentuk sejarah mengenai Tanah Sabah hasil tulisan saudara Ismaily Bungsu merupakan seorang penulis veteran tanah air yang telah banyak menghasilkan beberapa bukunya bagi menyelongkar dan membongkar khusus mengenai sejarah tanah air.
Dengan itu marilah kita sama-sama membaca bagi mengikuti cerita sebenarnya yang dicoretkan oleh Ismail Bungsu dalam mengimbas hal kisah sejarah sebenarnya di dalam portal online The Sabah Insider
TUNGKU/PM Persekutuan berucap di
Hotel Adelphi Singapura mencadang
persekutuan Tanah Melayu, Brunei, Sabah dan Sarawak disatukan menjadi sebuah
gagasan persekutan. Sokongan berbelah bagi.
Tun Hj Mustapha
Datu Harun yang pimpin USNO bersetuju
tetapi Donald Stephen yang pimpin UNKO
menolak termasuk PASOK Pimpinan OKK Sundang. Sementara parti cina United Parti
pimpinan Khoo Siak Chiew dan Democratic Parti pimpinan Peter Chin mahukan
pemerintahan sendiri dulu.
Kesan
anggapan konon Tungku mahu letakkan Sabah Sarawak Brunei Singapura bawah kloni
tanah melayu, maka Filifina dan Indo terus anggap ianya sebagai
Neo-Kolonialisma.
Kemudian
satu JK perpaduan ditubuh, Donald jadi ketua memeriksa dan kaji apakah sabahan
suka atau tidak. Dan Januari British tubuh suruhanjaya selidik tiap negeri dan
Sabah ketika itu belum ada majlis mesyuarat perundangan lagi.
Britsih
tubuh Suruhajaya COBOLD dan AJKnya Lord Cobold, Anthony Abell, Edward
Watherson, Ghazalie Shafie dan Wong Pow Nee.
Pada 30
Ogos, 62 JK antar kerajaan telah bermesyuarat di KK dipengerusikan oleh
Marquess of Landsdowne dan Razak Naibnya dan JK itu tubuh 5 JK iaitu
perlembagan, kewangan, undang2/ kehakiman dan susunan jabatan.
Dalam
persidangan majlis mesyuarat DUN Sabah pada 12 september telah melantik untuk
duduki JK itu dan mereka terdiri RN Tuner, WKH Jones, HW Davidson, Mustapha.
Khoo Siak Chiew dan Donald dan dua minggu kemudian di Sarawak juga dibentuk dan
Brunei telah menarik diri.
JK dari
Sabah telah mengemukan satu daftar diberi nama 20 Perkara untuk ikut serta
gagasan Malaysia.
Meski
ada parti yang menentang tetapi akhirnya bersetuju dan sertai parti gabungan
bernama Sabah Alliance/Perikatan dan Mustapha dilantik sebagai pengerusi,
sementara Donald pengerusi
JK
Majlis mesyuarat kerja.
Kaum
India telah menubuhkan parti sendiri dinamakan Sabah Indian Congress dan sama
bergabung dalam perikatan.
Undang-undang
piliharaya dilulus pada Jun 1962 dan sewaktu pilihanraya Perikatan menang pada
Mac 62 dan memerintah negeri Sabah dalam bentuk sistem member dan yang duduki
kerusi ialah Mustapha sendiri, Khoo Siak Chiew, Donald dan GS Sundang.
Ketika
itu USNO dapat 8 kerusi, UNKO 5 kerusi, BUNP dapat 4 kerusi dan PASOK 1 kerusi
dan kemudian tiba2 28 ogos diluluskan sistem member itu menjadi Ministerial System
dan dibuat setelah keputusan pilihanraya diketahui.
Sistem
baru ini ada ketua menteri dan 6 menteri dan ada gabenor. Tun Fuad duduki
kerusi Ketua Menteri dan menteri lain termasuk Khoo Siak Chiew, Pang Tet
Tshung, GS Sundang, Harris Salleh, Said Keruak dan Richard Yapp, sementara
Mustapha duduki kerusi Yang dipertua Negara.
Niat
pembentukan Malaysia ditentang oleh Sukarno dan Macapagal dari Filifina dan
filifina mula menuntut Sabah dipelopori oleh sultan sulu diurus oleh peguam
bernama Osmena.
Di
Brunei pula berlaku pemberontakan 8/12/62 hingga ke bahagian 5 sarawak,
termasuk Sipitang dan Weston.
Pada Julai
31 1963 ada persidangan diantara Macapagal, sukarno dan Tungku di Manila dan
keputusan hantar surat sama PBB/U That agar jalankan siasatan di Sabah dan di
situlah ada 7000 orang berkumpul di Padang merdeka dengan sepanduk2 MERDEKA
MALAYSIA dan 14 Sep U that umum rakyat Sabah memilih gabung dalam Malaysia.
Dan
sudahnya 15 september, gabenor colonial Inggeris, Sir William Goode menucapkan
selamat tinggal sabah menaiki kapal perang HMS Lion dan Tun Mustapha dilantik
menjadi Yang dipertua negara.
Esoknya
itulah di pandang Jesselton ada pengisytiharaan Sabah gabung Malaysia dan di
situ juga ada adat istiadat angkat sumpah jawatan masing2.
Nah,
Memang Sabah sebelum 31 Ogos sudah memerintah sendiri dan maksud Sabah merdeka
31 Ogos itu rasanya tidak benar( betulkan saya) sebab 31 ogos hanyalah
pindahnya sistem dari MEMBER SYSTEM kepada MINISTERIAL SYSTEM hinggalah
sekarang ini.
31 Ogos
ialah kemerdekaan persekutuan tanah Melayu iaitu 31 Ogos 57 dan Sabah tak
meraikannya kecuali penubuhan Malaysia tanggal 16 September.
Jika
ada, silakan sertakn gambar sebagai bukti lokasi dimana perisyiharan dilakukan
dan gambar sekadar kenyataan sepanduk tidak diperlukan.
Bukti
poster, galok/cawan bertulis 31 merdeka dan tugu segala macam bukan bukti
perisytiharaan yang boleh meyakinkan dan jika ada acara merdeka pastilah
ada seperti berikut dan tunjuk bukti iaitu:-
ada seperti berikut dan tunjuk bukti iaitu:-
Siapa
yang Isytihar?
Lokasi di mana?
Jam berapa?
Lokasi di mana?
Jam berapa?