KES BULI DI PONTIAN DAN KANGAR POLIS SUDAJ KENAL PASTI

KUALA LUMPUR:  Hasil maklumat orang ramai dan siasatan awal yang dijalankan oleh pihak polis, dua kejadian buli yang disiarkan media semalam sudah dikenal pasti.
Berikut kenyataan rasmi polis berhubung dua kes yang mencetuskan banyak persoalan terutama masa dan lokasi kejadian buli itu.
 KES 1: SUSPEK BULI BERSINGLET HITAM
Kejadian dikesan berlaku di sebuah sekolah di Pontian, Johor pada tahun 2010.
Hasil semakan dengan pihak sekolah, suspek utama (bersinglet hitam) yang terlibat dalam kejadian tersebut telahpun dibuang sekolah pada bulan Ogos 2011 ekoran daripada pelbagai masalah displin.
Beberapa suspek dan mangsa lain juga telah berjaya dikenal pasti.
Sehingga kini tiada laporan polis diterima daripada mangsa atau keluarga dan pihak sekolah turut mengesahkan bahawa tiada sebarang aduan dibuat berhubung kejadian tersebut.
Difahamkan pihak sekolah hanya mengetahui kejadian tersebut setelah klip video mengenainya tersebar dan mendapat liputan meluas.
Siasatan kes masih diteruskan.
KES 2: ENAM SUSPEK BULI PELAJAR BERBAJU T MERAH
Kes ini membabitkan seorang pelajar berbaju T berwarna merah dibelasah oleh beberapa pelajar di dalam bilik asrama yang dikesan berlaku pada 25 Mei 2014 di sebuah rumah anak yatim di Kangar, Perlis.
Kejadian telah dilaporkan oleh pengurusan asrama kepada pihak polis pada 6 Jun lalu.
Siasatan lanjut pihak polis membawa kepada penahanan enam suspek berusia antara 13 hingga 15 tahun.
Keterangan mangsa yang berumur 11 tahun juga telah diambil.
Kes didakwa di Mahkamah Majistret Kangar di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan petang tadi.
Pihak polis sekali lagi menyeru orang ramai agar tampil menyalurkan maklumat berhubung sebarang kejadian seumpama ini supaya pencerahan dan tindakan sewajarnya dapat dilaksanakan.
Masyarakat juga dinasihatkan untuk merujuk kepada pihak polis jika terkesan sebarang video atau maklumat yang meragukan bagi mengelak kegusaran masyarakat akibat sebaran maklumat yang tidak berasas.



POLIS SUDAH BERKAS KES BULI PEJAJAR

KUALA LUMPUR: Polis sudah mengenal pasti suspek utama dalam video klip aksi buli diketuai seorang remaja lelaki memakai singlet hitam yang viral di laman sosial baru-baru ini, yang berlaku di Pontian, Johor empat tahun lalu.
Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) ACP Asmawati Ahmad berkata hasil semakan dengan pihak sekolah berkenaan mendapati suspek utama (bersinglet hitam) telah dibuang sekolah pada Ogos 2011.
“Beberapa suspek dan mangsa lain juga sudah dikenal pasti. Bagaimanapun sehingga kini tiada laporan polis diterima daripada mangsa atau keluarga dan pihak sekolah turut mengesahkan tiada sebarang laporan dibuat berhubung insiden terbabit,” katanya dalam satu kenyataan di sini, Khamis.
Kejadian itu direkodkan dalam sebuah klip video berdurasi empat minit 37 saat yang dimuat naik di laman sosial yang memaparkan aksi sekumpulan remaja lelaki membelasah sembilan remaja di dalam sebuah bilik dipercayai asrama sebuah sekolah.
Beliau berkata pihak sekolah turut mendakwa hanya mengetahui berhubung insiden terbabit selepas klip video mengenainya tersebar dan mendapat liputan meluas.
Sementara itu, Asmawati berkata dalam satu lagi kes yang turut tersebar, hasil siasatan polis mendapati hanya enam remaja yang terlibat memukul seorang remaja lelaki berbaju T merah di sebuah rumah anak yatim di Kangar, Perlis.
“Kejadian itu telah dilaporkan oleh pengurusan asrama kepada polis pada 6 Jun lepas dan keterangan mangsa berumur 11 tahun telah diambil.
Siasatan lanjut polis membawa kepada penahanan enam suspek berusia antara 13 hingga 15 tahun dan kes telah didakwa di Mahkamah Majistret Kangar di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan petang tadi,” katanya.
“Masyarakat juga dinasihatkan untuk merujuk kepada polis jika mengesan sebarang video atau maklumat yang meragukan bagi mengelak kegusaran masyarakat akibat sebaran maklumat tidak berasas,” katanya.
– BERNAMA


SABAH SEMAKIN PARAH?


KITA Sabahan selalu saja marah- marah  dan mengatakan Malaya tidak benar. Siapa yang dimaksudkan dengan kata Malaya itu?
Cuba kita teliti PRU13 dan jelas PR mendapat undi 52%, sedang BN mendapat undi 47% dan itu hakikatnya.
Cuma cara di Malaysia ini dikira parti mana mendapat manjoriti/melebih 112 kerusi MP, maka parti berkenaanlah yang menduduki putrajaya dan ternyata BN kelebihan 33 kerusi MP ketika itu.
Cuba kita nilai lagi Sabah ada 25 MP dan Sarawak mempunyai 31 kerusi MP dan yang memenangkan BN sebenarnya ialah kesan di Sabah dan Sarawak mempunyai 56 kerusi dan bayangkan Sabah/Sarawak ini tidak menyokong BN, bukankah BN tumbang?
Sekarang semula kita fikir, kenapa harus marah Malaya, sedang Malaya itu rata2 menolak BN, tetapi kesan Sabah menyokong, maka terselamatlah Najib dari tersungkur.
Jadi, siapa yang disalahkah dalam keadaan ini?
Di Sabah sekarang ini sebuk sangat anti Malaya dan mengatakan harus keluar dari Malaysia dan apakah kata-kata itu sekadar angin yang lalu?
Saya perhatikan kemarahan rakyat di Sabah ini bukan kerana mahu keluar dari Malaysia, tetapi kesan kepimpinan Najib/Umno pusat tidak adil.
Yang marah itu bukan saja parti dalam PR, tetapi juga Star termasuk orang BN sendiri yang diam memberontak secara diam-diam  dan ini kemungkinan saja parti PBS, PBRS dan juga UPKO termasuk yang atas pagar.
Kemarahan ini sebenarnya tidak sampai ke mana dan bila musim election di PRU-14 semuanya kecundang dan yang benar BN bakal juara dan ini kena akui.
Di musim lalu pembangkang di Sabah tidak bersatu dan kesan tidak bersatu itulah ada satu-satu  kawasan seharus diraih oleh pembangkang, kesan diletak calon PKR, BN, SAPP dan juga STAR, maka oleh sebab undi pecah, maka akhirnya BN yang juara dan ini nampak perpecahan yang cukup merugikan.
Di PRU14 ini kelak, selagi sikap itu terus sama, maka akan kita lihat lagi teruk keputusannya dan ini boleh dikatakan antaranya ada 13 parti baru di Sabah diluluskan pendaftarannya dan ini lagi celaka istilahnya.
Sabah akan susah dan terus susah selagi PBS, PBRS dan UPKO dalam BN kerana di situ kaum KDM akan pecah seribu dan tidak hairan dimusim mendatang pembangkang bakal tidak meraih sebarang kerusi kecuali DAP atau PKR atas bantuan DAP di kawasan Bandar yang cina secara diam menyatu tolak BN.
Makanya untuk merubah keadaan ini parti2 dalam PR disamping SAPP dan STAR harus duduk semeja membincangkan hal ini dan barangkali terbaik untuk 60 DUN di Sabah diserahkan saja kepada parti lokal, sementara 25 MP serah kepada PR untuk duduki putrajaya.
Meski demikian, saya kira ada semacam harapan meski tidak sepenuhnya kesan BN ini parti yang memerintah akan ada bermacam muslihat mereka lakukan termasuk pengunaan SPR, JPN dan jabatan2 lain yang secara tidak langsung di bawah kementerian kena akur perintah atasan menteri berkenaan.
Sabahan kena berfikir mulai sekarang dan harus bertindak secara bijaksana dan kalau gagal maka yang jelas semua gigit jari dan untuk minta keluar dari Malaysia juga sia2 termasuk PR yang mahukan AUTONOMI sebab PBB akan lihat berdasarkan undi rakyat yang ditentukan kepada 60 DUN di Sabah.
60 DUN di Sabah sebenarnya adalah suara rakyat dan jika 60 DUN ini bersuara satu hati maka baik perkara 20 dan PERJANJIAN 63 itu tidak akan terpakai sebab PBB akan melihat suara rakyat Sabah.
Inilah hakikatnya!
NURLIYANA ABDULLAH

JAHID HAMIDI BERI LALUAN ANAK-ANAK PATI JADI WARGANEGARA MALAYIA..DAKWA YONG

BY ADMIN

OLEH THOMAS  SUNGGIUK

KOTA KINABALU: Bekas Ketua Menteri Sabah, Yong Teck Lee berkata, kanak-kanak ini nanti bukan sahaja menjadi rakyat Malaysia yang “sah” tetapi selepas itu mereka akan menjadi rakyat Sabah dan penduduk “asal” Sabah.

Yong ketika mengulas pengumuman Menteri Dalam Negeri untuk memberi sijil kelahiran kepada kanak-kanak jalanan dan yang tiada negara merupakan satu lagi tamparan kepada Sabah, yang sudah pun dibanjiri dengan masalah pendatang tanpa izin (PTI)
 “Rakyat Sabah semakin curiga dengan kerajaan. Kegagalan mereka mengumumkan laporan daripada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang tanpa izin yang sudah lama dinanti-nantikan juga membuatkan penduduk semakin tidak sabar,” katanya dalam kenyataan mengulas pengumuman menteri itu, Ahmad Zahid Hamidi, baru-baru ini.
Beliau menyertai badan, parti politik dan individu lain yang mengecam pengumuman Zahid itu dengan mengatakan, belum satu pun masalah pendatang di Sabah yang diselesaikan kerajaan pusat.
Pemberian sijil itu kepada kanak-kanak katanya, akan hanya memburukkan keadaan di mana ketika ini pun jumlah pendatang tanpa izin sudah pun melebihi jumlah penduduk tempatan.
Presiden Parti Progresif Sabah (SAPP) itu percaya, tidak kira apa yang dikatakan oleh Menteri itu dan para peguam mengenai isu ini, tidak dapat dinafikan bahawa ramai pendatang mendapat MyKad walaupun tanpa sijil beranak.
“Seorang imigran tanpa izin katanya, boleh jadi rakyat Malaysia tanpa sijil kelahiran. Apa tah lagijika kanak-kanak ini ada dokumen ini. Bukankah ini kes beri sijil sekarang, MyKad kemudian?” katanya. “Isu ini benar-benar membuatkan penduduk Sabah kesal dan pendekatan lebih sesuai perlu dicari untuk menyelesaikan masalah ini.”
Satu cara penyelesaian, kata Yong, ialah menyatukan semula ahli keluarga iaitu dengan kanak-kanak itu dengan ibu bapanya. Pendekatan ini lebih berperikemanusiaan daripada mengiktiraf perpisahan itu dengan memberi kanak-kanak surat beranak.
‘Dalam hal ini, kerajaan Malaysia, Filipina dan Indonesia mesti bekerjasama untuk menyatukan kanak-kanak ini dengan keluarganya di negara asal mereka. ‘
Menurut Yong, sesetengah kanak-kanak ini dilahirkan di luar Malaysia dan dibawa masuk kemudian ditinggalkan oleh ibu bapa mereka. “Ada yang kehilangan ibu bapa sebab ditahan dan dihantar balik ke negara asal selepas ditahan dari tempat kerja seperti tapak-tapak binaan.”
Yong berkata, ramai tahu bahawa kebanyakan anak-anak pendatang ini adalah kanak-kanak jalanan yang terpisah daripada ibu bapa mereka.
Menyatukan keluarga, katanya, merupakan pendekatan terbaik dan kaedah ini diguna pakai di kebanyakan negara.


























ANAK-ANAK  PATI.....Bakal menjadi warganegara Malaysia jika diberikan Sijil KelahIran ini untuk menambah rakyat Sabah

LINDA TSEN GIVES CASH TO FAMILY AFFECTED

BY RICHARD  LEE

Linda (3rd left) presents the cash assistance to Lina

SANDAKAN: Batu Sapi Member of Parliament Datuk Linda Tsen Thau Lin presented cash assistance to a housewife to help lessen the burden of her family after their house at Kampung Lupak Meluas Laut in Batu Sapi collapsed into the sea.

Thieves had apparently stolen supporting beams underneath the stilt house causing it to collapse. Fortunately there were no injuries reported to the occupants.

Linda and her aides visited Lina Acop who lives in the house with her three children when she was informed of the incident. Her husband was not home when the house collapsed at 5pm on Nov 1.
Lina and her family have been staying in the house built under the Government’s Housing for the Poor Programme (PPRT), for the past three years.

According to Linda, she had instructed her aide Kong Nyuk Thou to help the family refer the case to Sandakan Municipal Council for the next course of action.
Also present was Kong, who is the Head Liaison Officer of the Batu Sapi MP Office.




PRESIDEN PERKASA IBRAHIM ALI KEBAL UNDANG-UNDANG TIADA SIAPA BERANI MENANGKAPNYA


OLEH: KAMURUL ZAMAN



PETALING JAYA: Kedudukan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali kini tergugat dan tidak selamat, malah beliau akan berdepan dengan penguatkuasaan undang-undang jika terus membuat kenyataan tidak sensitif terhadap agama lain, kata Presiden Parti Rakyat Sarawak Tan Sri Dr James Masing.

"Beliau (Ibrahim) kini dalam keadaan tergugat dan ini harus dijadikan amaran kepadanya. "Beliau tidak sepatutnya membuat kenyataan agama yang tidak sensitif kerana

Kerajaan akan mengambil tindakan terhadapnya jika dia melakukannya sekali lagi," kata James kepada The Sabah Insider kelmarin.

Walaupun mungkin terdapat pertimbangan undang-undang mengapa Ibrahim tidak dituduh di bawah Akta Hasutan, James, yang juga Menteri Pembangunan Tanah Sarawak, berkata Presiden Perkasa itu tidak sepatutnya dilepaskan begitu sahaja.
























SAYA CABAR....Siapa berani tangkap saya walaupun saya buat kesalahan Kerajaan tetap lindungi saya, saya kebal undang-undang


"Berdasarkan kedudukan beliau sebagai seorang ahli politik dan pemimpin sebuah pertubuhan hak Melayu, kenyataannya adalah sangat tidak patut bagi masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

"Apa yang dia lakukan adalah tidak sihat untuk kesejahteraan negara kerana ia boleh membawa kepada kewujudan pandangan ekstremis pada masa akan datang," katanya.


Dalam jawapan bertulis pada Rabu untuk Lim Guan Eng (DAP-Bagan), Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri berkata tiada tindakan akan diambil terhadap Ibrahim mengenai ancaman untuk membakar Bible pada Januari tahun lepas yang mencetuskan kemarahan ahli-ahli politik dan kumpulan Kristian.

Beliau berkata polis telah membuat kesimpulan bahawa kata-kata Ibrahim itu hanya ditujukan kepada individu tertentu dan bukan satu ancaman kepada masyarakat dan dibuat untuk melindungi kesucian Islam.

Beliau berkata Pejabat Peguam Negara telah membuat keputusan untuk tidak mendakwa Ibrahim selepas meneliti konteks ucapannya dan berdasarkan Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan.



PEMASSA BUAT LAWATAN KE RUMAH AMAL CHESHIRE SABAH

OLEH: ROBERT  LEE


SANDAKAN : Persatuan Media Sandakan Sabah (Pemassa) pada Isnin melakukan lawatan amal ke Persatuan Rumah Amal Sabah (Sabah Chesire Home) Sandakan yang terletak di Kompleks Wargatua Sri Harapan, di Batu 5, Jalan Bunga Sibuga, disini.

Lawatan berkenaan diketuai Timbalan Pengerusi Pemassa, James Leong dan ahli-ahli jawatankuasa yang lain.

Lawatan berkenaan disambut oleh Penyelia Persatuan Rumah Amal Sabah (Sabah Chesire Home) Sandakan, Cecelia  Kimin, ahli jawatankuasa persatuan berkenaan di Sandakan, Chock Siew Choi dan Dora Chiu serta penghuni rumah berkenaan.

Pada lawatan itu, Cecelia menerangkan mengenai sejarah dan perkembangan terkini mengenai aktiviti yang dijalanakan di dalam kawasan Persatuan Rumah Amal Sabah (Sabah Chesire Home) Sandakan itu.

Antaranya, ‘The Treasure Shop’ dimana barang-barang terpakai yang disumbangkan orang ramai dijual di kedai berkenaan dan ada juga yang dijual di Pasar Malam Kim Fung bagi kegunaan penghuni dan aktiviti dirumah itu.

‘The Treasure Shop’ ilham Irwana Mahsan dan dijalankan bersama sukarela yang juga membuka peluang pekerjaan kepada golongan istimewa, member peluang sama rata kepada golongan istimewa menimba kehidupan berdikari, meningkatkan kesedaran mengenai isu golongan istimewa dan kurang upaya serta menjana pendapatan dari rumah.

Kedai itu yang terletak di dalam kawasan rumah amal berkenaan dibuka bermula pukul 9.00 pagi hingga 4.00 petang setiap Sabtu, Rabu dan Khamis. Manakala setiap Sabtu malam, ia akan dibuka di Pasar Malam Kim Fung.

Sementara itu, Rumah Amal Sabah (Sabah Chesire Home) Sandakan juga turut menempatkan Pusat Jagaan Awal Kanak-Kanak Autisme. Ketika ini, ia mempunyai 8 murid yang dilatih dan diberi pengajaran dan pembelajaran oleh mereka yang terlatih.

Sementara itu, Rumah Amal Sabah (Sabah Chesire Home) Sandakan, juga turut mempunyai Skim Penghuni Angkat. Ia dibuka kepada individu, keluarga, syarikat atau mana-mana pihak yang mahu membantu penghuni dan boleh mengambil beberapa penghuni angkat bagi membantu mereka.

Mereka yang mempunyai pertanyaan berkenaan Rumah Amal Sabah (Sabah Chesire Home) Sandakan mahupun kedai  ‘The Treasure Shop’, Pusat Jagaan Kanak-Kanak Autisme, Skim Pengambilan Anak Angkat Rumah Amal Sabah (Sabah Chesire Home) Sandakan, boleh menghubungi talian 089-227716.

Persatuan Rumah Amal Sabah (Sabah Chesire Home) telah didaftarkan secara rasminya pada 16 July 1974 dan rumah pertamanya terletak di Kota Kinabalu dan dibuka secara rasmi pada 29 Julai 1983 dan kemudiannya rumah amal kedua dibuka di Sandakan pada 8 April 2000.

Pada bulan ini, ia merupakan ulangtahun ke-40 Persatuan Rumah Amal Sabah (Sabah Chesire Home) Kota Kinabalu yang terletak di Jalan Vokasional, Off Jalan Tuaran, Likas, manakala rumah di Sandakan, tahun ini, ia menyambut ulangtahun yang ke-14 tahun.

Program interversi awalnya diperkenal pada tahun 2206 dan program memperkasa ekonomi diwujudkan pada tahun 2008 dengan mengambil pelatih kurang upaya untuk dilatih dalam kemahiran pastri.

Sebagai sebuah badan persendirian yang berdaftar, badan kebajikan dan bukan berasaskan keuntungan, persatuan itu menyediakan jagaan, tempat tinggal dan latihan dalam usaha memperkasa golongan istimewa dari pelbagai kaum, agama dan budaya.

Di Kota Kinabalu, program itu turut dilaksanakan dengan kerjasama ATI dengan tempoh latihan 6 bulan dengan latihan industri 3 bulan.

Ketika ini, Persatuan Rumah Amal Sabah (Sabah Chesire Home) Sandakan, mempunyai penghuni dari pelbagai kaum dan agama yang juga golongan istimewa seramai 20 orang masing-masing 10 lelaki dan 10 wanita berusia lingkungan 30-63 tahun yang berasal dari sekitar Pantai Timur Sabah.

Sementara itu, James Leong, merakam penghargaan kepada Perkhidmatan T&T dan Bernas serta semua yang menjayakan lawatan amal Pemassa ke Rumah Amal Sabah (Sabah Chesire Home) Sandakan.

Pada lawatan Pemassa itu, turut disampaikan bungkusan hamper sumbangan Perkhidmatan T&T dan beras sumbangan dari Padi Beras Nasional (Bernas).

Lawatan amal Pemassa itu merupakan antara aktiviti Pemassa yang dilaksanakan sepanjang tahun ini.



TERIMA KASIH.........James Leong (kanan) menyampaikan beras dan bungkusan hamper kepada Chock Siew Choi (kiri) mewakili Persatuan Rumah Amal Sabah (Sabah Chesire Home) Sandakan sambil disaksikan Cecelia dan Dora Chiu serta antara penghuni rumah dan ahli-ahli Pemassa yang hadir.


KANAK-KANAK PATI DAPAT SIJIL KELAHIRAN BUKAN AUTOMATIK WARGANEGARA MALAYSIA....KATA JAINAB

By Admin

KOTA KINABALU: Pemberian sijil kelahiran kepada kanak-kanak tanpa kewarganegaraan di Sabah tidak bermakna seseorang itu secara automatik mendapat taraf warganegara dan menikmati keistimewaan sebagai rakyat Malaysia.

Justeru, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah Datuk Jainab Ahmad Ayid (gambar) berkata rakyat Sabah tidak harus bimbang dengan pemberian sijil kelahiran itu.
"Saya mengalu-alukan pandangan peguam dan menteri bagi kanak-kanak jalanan di Sabah diberi sijil kelahiran, namun ia memerlukan perhatian dan pemerhatian rapi Jabatan Pendaftaran Negara Sabah untuk mengeluarkan sijil kelahiran itu," katanya kepada pemberita di Kota Kinabalu, hari ini.
Jainab berkata situasi itu dapat mencegah sebarang masalah dan gejala sosial yang berlaku di kalangan mereka terutama apabila mendapat peluang belajar di sekolah bermula dari peringkat rendah.

Beliau mengulas laporan akhbar tempatan hari ini yang memetik Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty Eric Paulsen sebagai berkata Sabah perlu mengiktiraf kanak-kanak tanpa kewarganegaraan dan memberi mereka sijil kelahiran meskipun mendapat bantahan ahli politik.
Paulsen dipetik sebagai berkata pemberian sijil kelahiran adalah hak asasi semua kanak-kanak dan tiada kaitan dengan kewarganegaraan.
Dalam pada itu, Jainab mencadangkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengadakan kursus berkaitan bagi memberi pemahaman jelas berhubung isu pemberian sijil kelahiran itu, taraf pemastautin tetap mahupun taraf kewarganegaraan.
Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilapor berkata Putrajaya akan bekerjasama dengan JPN dan Kementerian Pendidikan untuk memberi sijil kelahiran bagi tujuan persekolahan kepada kanak-kanak tanpa kewarganegaraan di Sabah atas dasar peri kemanusiaan.
Zahid berkata permasalahan mengenai status kanak-kanak tanpa warganegara dapat ditangani dalam perbentangan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai isu Pendatang Asing Tanpa Izin di Sabah tidak lama lagi. – Bernama



KENAIKAN RM3 SEMETER PERSEGI SATU BEBAN BERAT DITANGGUNG PENGUSAHA PUSAT KECANTIKAN...DAKWA WONG

OLEH: AZMI AZMAN

SANDAKAN:- Berhubung dengan penguatkuasaan Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) untuk mengenakan bayaran lesen sebanyak RM3 semeter persegi sebulan terhadap pusat kecantikan dan pusat penjagaan kesihatan, bermula pada 1 November, MP Sandakan Stephen Wong (DAP) berasa terkejut mengapa MPS berbuat demikian.

Wong berpendapat bahawa, pada masa kini, ekonomi merosot dan harga barangan melambung tinggi, para peniaga susah untuk menanggung kos yang tinggi. Penguatkuasaan MPS ini hanya akan menambahkan beban para peniaga yang cukup berat.

Menurut beliau, pusat kecantikan dan pusat penjagaan kesihatan selain harus membayar yuran lesen, MPS juga mengenakan bayaran RM30 bagi setiap kerusi kecantikan, bererti 5 kerusi kecantikan dikenakan bayaran sebanyak RM150.

Tindakan MPS kini hanya akan mengurangkan mereka yang ingin menceburi bidang berkenaan, manakala peniaga yang sedia ada juga akan menghadapi masalah bankrap.

Wong berkata, MPS mengenakan fi lesen yang tidak sesuai terhadap pusat kecantikan dan pusat penjagaan kesihatan pada ketika ini, merupakan suatu dasar paksaan, dan juga perbuatan yang amat tidak bertanggungjawab.

Wong juga berasa amat kecewa kerana tiada ahli majlis membantah pelaksanaan fi lesen yang tidak wajar itu.

 Beliau berpendapat bahawa ahli majlis seharusnya berdiri bersama rakyat, jangan hanya menyokong MPS secara buta-buta, khususnya pelaksanaan dasar yang tidak munasabah.

Beliau juga tidak berpuas hati dengan pengumuman pihak MPS mengenai cukai pintu tanpa bil.

 Beliau berpendapat bahawa MPS mengenakan bayaran sebanyak RM10 bagi mereka yang ingin mendapatkan bil cukai pintu, adalah tidak wajar langsung.

Beliau bertanya, undang-undang kecil yang manakah MPS mematuhi agar tidak mengeluarkan bil cukai kepada pembayar cukai?

Katanya, pihak MPS giat melancarkan "e-billing", dan walaupun dasar ini patut dilaksanakan, bukan setiap orang dapat atau pandai menggunakan komputer, terutamanya orang tua.

Beliau menekankan bahawa, MPS sebagai kerajaan tempatan agensi yang tertinggi, sepatutnya memberikan perkhidmatan kepada orang ramai, bukanlah memberi kesusahan, mereka harus faham bahawa pembayar cukai adalah bos sebenar bagi penjawat awam.

Pagi tadi Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) telah mengadakan sesi Taklimat Undang-Undang Kecil *Pusat Kecantikan Dan Peniagaan  Penjagaan Kesihatan) di Dewan Masyarakat  Sandakan.

Pada  sesi taklimat itu  yang bermula dari jam 8.00 hingga jam 11.30 pagi telah dihadiri lebih 100 orang pengusaha Pusat Kecantikan dan Peniaga Pencagaan Kesihatan termasuk beberapa pemimpin parti kanan DAP Sandakan yang diketua oleh Timbalan Pengerusi DAP Frankie Poon  dan manta calon Dun Tanjung Papat dan George Hiew , Calvin Chong  Amsi Liew  Pegawai Khas  I Parlimen Sandakan dan Pagawai Khas II Dayang Zubaidah untuk mendengar taklimat itu.

Kata Frankie dalam taklimat tersebut pihak penceramah ada menyebut bahawa Dewan Banraya Kota Kinabalu (DBKK) telah terkecuali daripada dikenakan peraturan sedemikian.

Lain-lain pihak berkuasa tempatan (PBT) bermula Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) Majlis Perbandaran Tawau (MPT) Lembaga Bandaran Kudat (LBK) Majlis  Daerah Penampang, Majlis Daerah Keningau, Majlis Daerah Lahad Datu, Majlisn Daerah Papar, Majlis Daerah Turan dan Majlis Daerah Beaufort.

Semua majlis tempatan yang disebutkan telah terlibat dengan system baru FI Untuk  Lesen Bagi Luas Lantai FI Untuk Kumpulan A  bagi setiap meter persegi akan dikenakan bayaran RM3.00 setiap bulan dibayar setiap suku tahun. 

Fi Untuk kumpulan B bagi setiaqp meter persegi dibayar RM2.50 setiap bulan setiap suka tahun dan FI Untuk Kumpulam C bagi setia[ meter persegi RM2.00 setiap bulan dibayar setiap suku tahun dikira dari dinding kedinding termasuk tandas awam dan keluasan bilik stor.

Jenis bayaran seperti yang dilaksanakan pada 1 Nomber ini yang terbahagi dua kategori Pusat Kecantikan jenis-jenis rawatan dan kedua Pusat penjagaan Kesihatan jenis-jenis rawatan.
Dalam sesi taklimat pagi ini mereka yang mendengar rasa tidak puas hati ramai peniaga yang membantah kadar kenaikan cukai itu yang dianggap satu beban berat kepada pengusaha Pusat Kecantikan dan Pusat Penjagaan Kesihatan.

Salah seorang pengusaha Pusat Kecantikan yang hanya dikenali Linda Chong yang turut membantah kenaikan cukai itu mengatakan tidak apa kami akur dengan kadar bayaran itu tapi kami berjani pada pilihanraya kami tidak mengundi mana-mana calon cina kah atau calon kadazan dan calon melayu daripada BN pada PRU 14 nanti.

“Kami memberikan kemenangan kepada calon-calon MCA, LDP, Gerakan, PBS tidak membawa sebarang hasil yang kami dapat6 hasilnya ialah beban  berat yang ditanggung oleh para peniaga” kata Linda Chong


“Kita kena sepakat masyarakat Cina, Kadazan, Dusun dan Murut mesti jangan mengundi calon-calon BN pada PRU 14 nanti kita mahu coba sejauh mana kalau tiada pengundi dari daripada Cinam Kadazan, Dusun dan Murut boleh kah BN Sabah bentuk kerajaan ini” tegasnya

PENUBUHAN PERSATUAN IBU TUNGGAL P186 SANDAKAN (JUWITA) BERI PELUANG IBU-IBU TUNGGAL DAPAT BANTUAN.....KATA SALEENA


OLEH: SAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Ketua Wanita Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) Saleena Titi (gambar) menyifatkan Program Bersantai Bersama JUWITA anjuran Wanita Bahagian UMNO Sandakan yang diadakan di Ballroom Hotel Water Front dekat di sini kelmarin banyak membawa menfaat.

Nama Saleena   yang kini  semakin melonjak dan popular dipersada dunia politik tanah air menyatakan demikian ketika diminta pendangannya mengenai program JUWITA itu antara lain menjelaskan  penubuhan Persatuan Ibu Tunggal P186 Sandakan atau ringkasnya (JUWITA) ialah   akan membuka ruang dan peluang  kepada ibu-ibu tunggal yang berstatus janda adan balu bagi mendapat pelbagai bantuan yang disaluran kerajaan melalui agensinya.

Katanya dengan kewujudan JUWITA ini sudah tentu ibu-ibu tunggal yang tidak mempunyai pendapatan untuk menyara hidup keluarga akan  terbelalah nasib mereka dan syabas diucapkan atas usaha dan daya insiatif Puan Noraini Sulong sebagai Penaung JUWITA menubuhkan JUWITA khusus untuk dan membantu balu-balu.

 
“Saya sebagai Ketua Wanita  Bahagian PBS Tanjung Papat  dan rakan parti komponan Barisan Nasional (BN) akan memberikan kerjasama kepada JUWITA untuk mencari ibu-ibu tungal  agar  nama-nama mereka didaftarkan di JUWITA supaya mereka tidak terpinggirkan untuk mendapatkan bantuan tersebut.

“Bagi ahli-ahli PBS khusus pengundi di DUN Tanjung Papat dan Elopura  yang  berstatuskan janda dan balu mereka yang belum  mendaftar menjadi ahli JUWITA P186 Sandakan agar tanpil kedapan untuk berbuat demikin berjumpa dengan Pengerusi JUWITA P186 Sandakan Hajah Dayang Siti Pulau  di pejabat Mahkamah Anak Negeri dibangunan Urusetia Negeri pada masa-masa pejabat,
 
“Syarat-syaratnya   seorang ibu tunggal yang ingin mendapat bantuan daripada JUWITA mereka haruslah membawa surat cerai dan surat mati yang asal agar permohonan mereka mudah diproses” ujar Saleena.

PROGRAM JUWITA P186 ANJURAN WANITA UMNO SANDAKAN DISAMBUT SEDARHANA TAPI MERIAH

OLEH SALEENA TITI
FOTO: SAIMON S JUMADI


SANDAKAN:- Program Bersantai Bersama JUWITA P186 Sandakan anjuran Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Sandakan yang diadakan di Ballroom Ibis  Hotel Water Front di sini pagi tadi walaupun diadakan secara sedarhana  sahaja tapi meriah

Sebagai pengisian program ini adalah sesi ceramah yang disampaikan oleh Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal  (JIWITA) P186 Sandakan Hajah Dayang Siti Pulau mengenai cara-cara hendak menjadi ahli JUWITA.




Katanya seorang ibu tunggal yang layak menjadi ahli JUWITA yang pertama sama ada mereka bercerai hidup ataupun bercerai mati mereka mestilah mempunyai surat cerai bagi mereka cerai hidup dan bagi mereka yang bercerai mati mestilah mendapat surat mati daripada jabatan-jabatan berkaitan.

“Bagi mereka yang bergelar ibu tunggal seperti yang ditinggalkan  suami sebegitu sahaja  mereka tidak layak menjadi ahli JUWITA.”


“Perlu saya ingat di sini seorang ibu tunggal sama ada mereka yang bergelar janda atau balu yang layak untuk menjadi ahli iaitu diutamakan pengundi kawasan P186 Sandakan yang merangkumi DUN Tanjung Papat dan Elopura lain-lain pengudi tidak akan diterima mereka untuk menjadi ahli JUWITA sebab setiap Parlimen masing-masing mempunyai JUWITA” Tegasnya

Katanya  mana-mana balu atau janda yang mengundi di kawasan Parlimen P186 yang ingin mendapat bantuan balu  mereka bolehlah  mengemukakan sijil mati atau surai cerai  yang asal kepada Pengerusi Kebajikan JUWITA iaitu Puan Salmah Hj Duraim untuk didaftarkan sebagai ahli JUWITA untuk memudahkan mereka mendapat pelbagai bantuan.

Sementara dalam ucapan perasmian Ketua Wanita UMNO Bahagian Saandakan yang juga selaku Penasihat JUWITA P186 Sandakan antara  lain menyatakan selain ibu-ibu tunggal yang bergelar janda atau balu mendapat bantuan dari pelbagai aspek ketua-ketua cawangan Wanita ahli-ahli cawanganpun turut mendapat bantuan.

Noraini selanjutnya berkata ahli-ahli Wanita UMNO akan ditawarkan mendapat bantuan pembayaran rumah-rumah seperti mereka menduduki di Program Perumahan Rakyat (PPR) atau rumah sewa lain-lainnya.

“Bagi mereka yang mempunyai rumah sendiri sekiranya terdapat kebocoran atap atau dinding-dinding rumah mereka sudah  usang dimamah gegat mereka juga dapat bantuan untuk membaik pulih kerosakan rumah-murah mereka dengan menggambar semua kerosakan yang dialami untuk diajukan kepada Setiausaha Wanita Bahagian UMNO Sandakan.” Katanya.

Sambil itu Noraini memohon  kerjasama kepada semua  Ketua Wanita Cawangan UMNO supaya mencari ahli-ahli baru supaya lebih ramai menyetai Parti UMNO Kawasan Sandakan.  


Sebelum majlis bersurai Ketua-Ketua cawangan  yang lainnya  temasuk 16 orang  ibu tunggal masing-masing  menerima sumbangan berupa baju dan beras lima kilo daripada Noraini.

PROGRAM TURUN PADANG KHIDMAT UNTUK RAYAT ANJURAN DAP SANDAKAN DAPAT SAMBUTAN

OLEH: SAIMON S JUMADI


SANDAKAN: Program Turun Padang Khidmat Rakyat yang dikendalikan oleh Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong  yang diadakan dihadapan  Pasar Umum Tanah Merah dekat sini pagi tadi ia membuka ruang  kepada rakyat jelata untuk membuat pelbagai aduan yang berkaitan dengan masalah-masalah tertentu.

Program tersebut yang bermula dari jam 7.30 hingga 10.00 pagi Wong yang dibantu mantan calon Tanjung Papat Frankie Poon  mantan Calon Elopura George Hiew dan mantan Calon Karamunting  Calvin Chong termasuk dua Pegawai Khas Parlimen Sandakan Amsi Liew dan Dayang Zubaidah Datu Tahil tidak putus-putus didatangi orang yang ingin membuat aduan.


Wong berkata semua  setiap bentuk  aduan yang diterima akan direkodkan untuk disalurkan kepada jabatan-jabatan berkenaan untuk diambil tindakan.


Kata Wong lagi program sebegini tidak  hanya setakat ini sahaja diadakan malahan beterusan dijalankan dilain-lain tempat lagi mengikut keperluan.

DAP EDAR SURAT KHABAR TERBITAN DAP DI KAMPUNG SIM-SIM DAPAT SAMBUTAN BAIK DI KALANGAN PENDUDUK SETEMPAT

OLEH: SAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Timbalan Pengerusi DAP Sandakan yang juga mantan calon PRU13 Tanjung Papat Frankie Poon bersama Pegawai Khas Parlimen Sandakan Amsi Liew dan rombongan daripada Pakatan ia itu PKR Sandakan telah mengedarkan Surat Khabar DAP kepada penduduk-penduduk Kampung Sim-Sim dekat sini kelmarin.

Menurut Poon tujuan DAP mengedar surat khabar terbitan parti itu adalah untuk mendedahkan  kepada rakyat jelata mengenai gambaran sebenar perjuangan parti DAP di negara ini.

“Apabila mereka menbaca berita-berita tersebut mereka sudah  tentu tahu bahawa perjuangan parti DAP di negara ini bukan tentumpu kepada satu kaum saja seperti yang dIdakwa oleh pihak parti lawan sebenarnya perjangan DAP adalah untuk membela nasib rakyat yang berbilangan kaum termasuk kaum  Cina, India dan Melayu”Ujar Frankie.

Frankie mengucapkan terima kasih kepada penduduk-penduduk Kampung Sim-Sim semasa beliau dan rombongan itu mengedarkan surat khabat tersebut nampaknya mendapat sambutan baik di kalangan penduduk setempat.



KENAPA KERAJAAN (PPHT) BENARKAN ORANG AWAM POHON TANAH RESERVE KERAJAAN....TANYA SALINA?


OLEH: SAIMON S JUMADI
FOTO APEK ANSUKOI

 
SANDAKAN:- Sebidang tanah seluas 3 ekar bergeran  statuskan CL 075413919 Lot kawasan 0800 (share) yang terletak di Batu 19  Jalan Labuk telah  menimbulkan kontraversi antara pemilik asal.

Menurut tuan punya tanah sebenar iaitu Salina Binti Titi tanah seluas 3 ekar itu adalah meninggalan arwah ayahnya Titi bin Barahim sejak tahun 1999 memang  mempunyai  rumah pekerja yang disediakan oleh majikan.

Katanya  lagi setelah kes pembicaraan itu di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu selesai dan pihak mahkamah telah memutuskan bahawa tanah seluas tiga ekar yang bergeran CL: 075413919 Kawasan Lot 0800 adalah milik sah  Salina Binti Titi lantaran itu Salinan bertindak mengeluarkan notis kepada salah seorang penduduk diatas tanah itu yang dikenali Rahril bin Mohd Amin berbangsa Bugis  yang mempunyai Mykad nombor 740712-12-5031 yang diragui.

“Setelah saya gagal untuk mengusir Rahril  keluar dari tanah ini saya telah berjumpa dengan seorang pegawai Pejabat Pemungut Hasil Tanah (PPHT) Jabatan Tanah dan Ukur Sandakan iaitu Hamdan Hamid untuk meminta bantuan agar PPHT campurtangan untuk mengusir Rahril supaya mengosongkan kawasan Tanah tersebut.

“Tapi  apa  jawapan Hamdan Hamid katanya  saya tidak boleh mengusir Rahril untuk keluar daripada kawasan tanah saya nanti kamu boleh disaman dan dakwa oleh Rahril sebab tanah ini sudah pohonnya sah jadi tanah  itu adalah kepunyaan Rahril” jelas Salina.


‘Sekali saya menumui Rahril apa katanya apa-apapun  mengenai tanah yang  diduduki ini biar kamu sendiri yang berurusan dengan Hamdan Hamid katanya tanah reserve ini saya sudah pohon menggunakan geran TOL” katanya

Menurut Hamdan kalau Salina berniat untuk mengusir Rahril keluar dari kawasan tanahnya Salina kena berdepan  berurusan dengan pihak Jabatan Kerja Raya sebab tanah yang diduduki sekarang adalah di kawasan persempadanan antara tanah reserve JKR dan tanah Salina.

Yang menjadi tandatanya kenapa  orang  yang mempunyai kad pengenalan yang diragui  telah dibenarkan memohon tanah reserve kerajaan milik JKR mendirikan rumah dan bergeran TOL lyang diluluskan  oleh pihak Pejabat Pemungut Hasil  Tanah apa keistimewaan orang itu boleh diluluskan permohonannya.

“Saya sebagai pemilik sah tanah ini meminta pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) supaya camportangan mengenai kes tanah ini kemunkinan Hamdan Hamid PPHT sudah menerima wang sogokan daripada Rahril     Mohd Amin untuk mendapatkan lot itu sebab Hamdan bermati-matian dia membela kepada Rahril  bangsa (Bugis).


“Malahan Hamdan Hamid PPHT menakut nakutkan saya “kalau kamu usir Rahril Mohd Amin nanti kamu didakwa di mahkamah” ini sudah jelas Hamdan Hamid sudah menerima rasuah kenapa Hamdan bersia-sia sangat mempertahanan Rahril.” Jelas Salina.