TIDAK ADIL UNTUK ORANG SABAH PENURUNAN KADAR TARFF ELEKTRIK BERBANDING SEMENANJUNG...DAKWA WONG

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Tindakan Kerajaan BN tidak adil terhadap orang Sabah kerana  tahun lepas semasa menaikan kadar tariff elektrik di negeri ini sebanyak 16.9% lebih tinggi berbanding di Semenanjung.

Kini penurunan kadar tariff elektrik di Sabah hanya diturunkan 1.2sen/KWJ atau kadar penurunan 3.5% sahaja, manakala kadar penurunan tariff  elektrik di Semenanjung sebanyak 5.8% atau 2.25sen/KWJ ini tidak adil untuk rakyat  Sabah.

Ahli Perlimen Sandakan (DAP) Stephen Wong berkata, Sabah merupakan negeri pengeluar utama petroleum dalam negara, tetapi kini kerajaan BN menurunkan tarif elektrik, kadar penurunan tarif elektrik Sabah adalah kurang berbanding dengan Semenanjung, ini amat mengecewakan orang Sabah.

“Kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri BN, serta menteri BN harus menjelaskan apa sebabnya kadar kenaikan tariff elektrik Sabah lebih tinggi berbanding dengan Semenanjung, manakala semasa menurunkan tariff pula kadar Sabah adalah kurang berbanding dengan Semenanjung, sila berikan penjelasan.”

Wong juga berkata, kerajaan BN perlu menjamin peruntukan sebanyak RM 2.3billion yang diberi untuk 81 projek pembangunan kemudahan elektrik dalam tempoh 5 tahun, perlu digunakan sepenuhnya dalam negeri Sabah.

Menurut Wong, pada tahun 2011 hingga 2015, kerajaan BN memberikan peruntukan RM 2.4 billion di bawah RMK10 untuk projek pembangunan sistem elektrik Sabah, tetapi akhirnya hanya mendapat RM 300juta peruntukan, hanya 12.5% daripada sasaran asal.


“Berharap menteri BN mengumumkan peruntukan untuk Sabah, jangan hanya untuk menenangkan rakyat Sabah. Yang orang Sabah mahu ialah kerajaan betul-betul menyelesaikan masalah gangguan bekalan elektrik di Sabah, diharap kerajaan dapat menepati janji.  Ujarnya.

No comments:

Post a Comment