MAJLIS MAUDUL RASUL SAW PERINGKAT KG PERTANIAN DAPAT SAMBUTAN

OLEH:  OMAR ABDULLAH CHIN


HADIR.....Zakaria (dua kiri) ketika menghadiri sambutan  Maulidur Rasul di Kampung Pertanian






GUM-GUM:-  Umat Islam dituntut berpegang teguh kepada Al-Quran dan Sunnah bagi memastikan hala tuju hidup berada di landasan yang betul.

“Ini adalah kerana Islam menuntut umat berusaha bersungguh-sungguh meraih kemajuan dan keteguhan ekonomi berpaksikan syarak,” Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Gum Gum Datuk Zakaria Haji Mohd Edris berkata semasa merasmikan sambutan Maulidur Rasul peringkat Kampung Pertanian, Batu 25 Jalan Labuk di sini kelmarin.

Menurut beliau, dalam hubungan ini, umat Islam tiada pilihan selain daripada membina semula penguasaan terhadap ilmu dan inilah kaedah yang terbaik dalam membangunkan kembali cita-cita serta kemahuan untuk memantap ukhuwah memperkasa ummah sekaligus menggemilangkan semula Islam dan umatnya di sepanjang zaman.

“Selalu saya tekankan dalam setiap ucapan saya iaitu mengenai erti perpaduan, kerana saya yakin menerusi Konsep 1Malaysia maka kita dapat meyelami erti perpaduan. Kita perlu bersatu dalam apa juga yang berkaitan dengan keamanan dan kesejahteraan rakyat,” tambah Zakaria yang juga Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri.

Beliau berharap penganjuran majlis sambutan Maulidur Rasul seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang kerana melalui program ini maka budaya menyuburkan minda di kalangan  generasi muda akan tercapai.

Zakaria turut menyeru penduduk kampung agar rumah Allah SWT yang terbina di kampung tersebut menjadi pusat wadah dan penyatuan buat umat Islam di kawasan itu.

Turut hadir ialah Imam Daerah Ustaz Rafae Enarji , Pemimpin Pembangunan Masyarakat Gum Gum Kamal M Said, Pegawai Kemajuan Masyarakat Gum Gum Rosly Aziz, Pemaju Mukim Gum Gum/ Dandulit Ali Jainal Oto dan  pemimpin- pemimpin masyarakat setempat.



No comments:

Post a Comment