DEWAN PERNIAGAAN BUMIPUTERA SANDAKAN DAN MARDI NEGERI ANJUR KURSUS PROSES SOS

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Kaum bumiputera di Negeri ini khususnya daerah Sandakan diseru agar  merebut segala peluang yang disediakan oleh pihak kerajaan dalam pelbagai sudut aspek.

Pertama peluang besar yang sedia  ialah peluang peniagaan kaum bumiputera yang  cenderong dalam aspek dunia peniagaan memang amat di digalakan   untuk mempertabatkan pertumbuhan ekonomi bagi menjana pendapatan.

Pengerusi Perhubungan merangkap Ahli Majlis  Tertingg (AMT) Dewan Perniagaan Bumiputera Sabah Abang Jorgy Abang Hj Juana berkata demikian ketika memberi ucapan alu-aluan pada  majlis penutupan kursus Pemperosesan Sos dan Hasil Ikan anjuran Dewan Perniagaan Bumiputera Sabah dengan kerjasama MARDI  negeri Sabah yang dilangsung di  Bilik  Mesyuarat DPBS di Bandar Prima KM 7.9 Jalan Utara dekat sini petang tadi.


Kursus yang diadakan selama dua hari yang bermula pada 14hb Fabruari 2015 itu berakhir pada hari ini telah disertai seramai 60 orang yang terdiri daripada  masyarakat bumiputera setempat.

Abang Jorgy berkata mereka yang telah mengikuti kursus berkenaan sekembalinya kerumah nanti mereka boleh mencuba membuat sendiri  sos yang dibuat daripada hasil ikan sama ada untuk dijual atau dimakan sendiri.




No comments:

Post a Comment