PORTAL THE SABAH INSIDER.NET-KEMELLIA-JUN-SHAIMON UCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI LEBARAN 2016



Friday June 24/2016

 
OLEH:  AZMIE AZMAN
www.sabahinsider14.blogspot.com

HARI Raya Aidilfitri bakal menjelma lagi beberapa hari saja akan tiba tentunya surirumah kini telah sibuk menyediakan pelbagai jenis kuih-muih untuk sajian di hari raya nanti.

Perlu diingatkan sebagai surirumah harus bijak bila berbelanja untuk keperluan di hari raya kelak memandangkan harga barangan kini semakin hari semakin melambung tinggi apa lagi dimusim-musim menyambut perayaan sebegini memang ramai para  peniaga telah mengambil kesempatan untuk menaikan harga barangan niaga mereka dengan sesuka hati sahaja.

Seorang Aktivis Sosial Masyarakat yang juga Pengerusi Portal The Sabah Insider.net Dato Seri Paduka Kemellia Hassan (Gambar) memberikan nasihat kepada para ibu-ibu yang bakal sama-sama menyambut hari lebaran nanti.

“Berbelanjalah lebih berhemah lebih cermat dan jangan membanzir bila hendak menyambut hari leberan belilah  barang-barang yang perlu saja bukan apa ada sesetengah surirumah bila diwaktu musim-musim menyambut hari raya mereka berbelanja semacam boros  diluar kemampuan sambutlah hari raya secara sedarhana saja” katanya.

“Jangan lupa sebagai hamba Allah dan Umat Islam setelah kita menjalani kewajiban berpuasa selama sebulan di bulan Ramadan Al Mubarak kita juga di wajibkan membayar zakat dan fitra tiga perkara ini adalah paling mustahak sebagai Umat islam’ tambahnya.

“Saya dengan ini selaku bagi pihak pengurusan portal The Sabah Insider.Net dan bagi pihak semua krew-krew dan para wartawan serta bahagian editorial mengucapkan selamat berpuasa dan selamat menyanbut hari raya Aidilftri dengan Mohon Maaf Zahir dan Batin.



No comments:

Post a Comment