ADUN GUM-GUM BAGI SUMBANGAN RAYA 35 WARGA PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PDK)



 Thurday June 30/2016

GAMBAR MENUNJUKKAN…..Hajah Raisah menyampaikan sumbangan kepada salah seorang warga PDK Gum Gum sambil diperhatikan oleh pemimpin lain

 OLEH: AZMIE AZMAN
www:sabahinsider14.blogspot.com


GUM-GUM:-  Seramai 53 warga Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Gum Gum telah menerima sumbangan raya daripada Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gum Gum Datuk Zakaria Haji Mohd Edris serta isteri beliau Datin Hajah Raisah Haji Jubar.

Majlis Ramah Mesra dan Penyampaian Raya tersebut yang diadakan di PDK Gum Gum  di Kampung Seri Manis dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Sandakan dan Bank Rakyat cawangan Sandakan telah disempurnakan oleh Datin Hajah Raisah kelmarin yang merupakan Penaung PDK Gum Gum.

Turut hadir pada program tersebut ialah Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) DUN Gum Gum Kamal M. Said,  pegerusi PDK Gum Gum Rabbun Haji Anggari, pengerusi JKKK Kg Seri Manis Haji Abas Haji Labassa, pengerusi JKKK Kg Gum Gum Shalleh Haji Yussof, Wakil Anak Negeri Awang Kecil, wakil pengurus Bank Rakyat cawangan Sandakan Sulvian Nawid dan guru besar SK Seri Manis Bistari Asoi.

Dalam ucapan beliau, Hajah Raisah berkata sudah menjadikan keutamaannya bersama Datuk Zakaria, untuk mendahulukan program bersama warga PDK Gum Gum.

“Saya tertarik yang mana kedudukan pusat PDK kini sudah jauh berbeza dan lebih baik dari terdahulu. Kini kita memiliki bangunan yang selesa. Ini memerlukan dan kerjasama yang jitu, dari semua pihak yang dipertanggungjawabkan, menjawab dan meyelia pusat ini,” tambah Raisah.

Beliau percaya semua Ahli Jawatankuasa PDK amat dedikasi dan sentiasa mengambil berat akan perkembangan PDK ini.

Hajah Raisah berharap agar pusat PDK Gum Gum, terus dipelihara dan sentiasa berada dalam keadaan baik agar penghuni-penghuninya berada dalam keadaan selamat dan selesa. Ini kerana ahli jawatankuasa berada di hadapan mata masyarakat sekeliling.




No comments:

Post a Comment