DAP CAWANGAN TAMAN SENTOSA BANTU ORANG MISKIN DIBULAN RAMADAN

Selasa Jun 14/2016


OLEH: SHAIMON S JUMADI
www.sabahinsider14.blogspot.com

BERBUKA PUASA..... Dirumah Paridah bersama ahli-ahli Cawangan DAP Taman Sentosa yang di ketuai oleh Byan Chang.

SANDAKAN:- Untuk membantu orang susah tidak kira   parti  pemerintah kah atau parti pembangkang yang penting tujuan ikhlas dan niat cuci seseorang itu yang suka menolong.

Seorang keluarga miskin yang hanya  mampu kais pagi makan pagi kais petang untuk petang iaitu Puan Parida yang tergolong daripada miskin tegar  di katakan terpaksa  telah memberhentikan  persekolahan anaknya dalam tingkat satu kerana factor kemiskinan.

Setelah Puan Paridah mendapat bantuan ehsan daripada  kerajaan khususnya Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Masyarakat kini anaknya berjaya menyambung semula  pelajaran ke tingkatan satu.

Puan Paridah berkata ini semuanya adalah atas bantuan Ketua  Cawangan Penaja DAP Taman Sentosa Bryan Chang Shak Hung dan ahli-ahlinya  yang perihatin dan bersusah paya membantunya sehingga anaknya dapat bersekolah semula.

Malam tadi Bryan Chang bersama rakan-rakan seperjuangan mereka telah bertandang kerumah Puan Paridah untuk bersama-sama berbuka puasa dengan keluarga Paridah secara ala kadar sahaja.

“Saya bersyukur rupa-rupanya masih ada insan  yang menyayangi keluarga kami walaupun dalam ke adaan kami miskin  ini jelas walaupun saudara Bryan Chang bukan sebangsa dan seagama dengan saya namun dia punya hati  yang murni banyak membantu kami yang dalam keadaifan ini semoga Allah saja membalas budi baik mereka dan di limpahkan rezeki…Amin” kata Paridah  dengan nada sebak



No comments:

Post a Comment