TOKOH TARI SABAH CIKGU NASRIADI KEMBALI KE RAHMATULLAH


Wednesday Jun 08/2016


DARI JENDELA EDITOR TSI
SHAIMON S JUMADI  
MUSTAFFAH MOHD HASSAN
ISMAILY BUNGSU (KOLEKTIF IDEA)
www: sabahinsider14.blogspot.com

 
PEMERGIAN seorang tokoh tari  seni budaya tanah air khususnya dari negeri Sabah  merupakan satu kehilangan besar bila mana Cikgu Nasriadi Abdullah meninggalkan kita semua sebagai insan seni untuk selama-lamanya. pada malam tadi.

Izinkan saya/kami menceritakan serba sedikit kisah  riwayat hidup Allayarham Cikgu Nasriadi Abdullah dalam penglibatannya di  bidang seri tarian  di Sabah.


Mula beliau  (Nasriadi)  menubuhkan kumpulan seni tari pada tahun 1974  nama kumpulannya  Tunas Budaya  pada ketika itu antara penari beliau ialah Haji Mohamad,  Hajah Saimah Gulan dan lain-lain lagi.

Pada tahun 1976 hingga 1979 beliau (Masriagi) telah terlibat menubuhkan persatuan  Seni Tari iaitu  ASTAKA dan semasa riwayatnya beliau banyak membantu persatuan-persatuan kebudayaan khususnya di daerah Sandakan antaranya  Kumpulan Bungai Budaya, Kumpulan Anak Seni (KUASA) kumpulan tari Taridra SMK Sandakan dan banyak lagi persatuan-persatu budaya yang tak sempat di huraikan.

Dalam kerjayanya beliau seorang pendidik (Guru)  dan pernah mengajar di SK Karamunting dan SK Berhala Darat dan guru tari adalah kerja sampingannya.

Berasal dari Kampung Pulau Nunuyan Laut berbangsa Banjar dan ibunya berbangsa Suluk sebut nama saja Cikgu Nasridi memang tidak  asing lagi sama ada warga pendidik  mahupun di Jabatan Pelajaran Negeri mahu juga warga anak seni tempatan.

Kata seorang penulis tanah air iaitu Hj Ismaily Bungsu semasa hidupnya  Arwah banyak membantunya   ketika Ismaily  bertugas di kementerian kebudayaan sekitar 27 tahun dan kita terhutang budi yang bukan sedikit kesan perkembangan seni budaya di Sabah.

Seluruh kerabat seniman dan yang aktif budaya mengucapkan salam sama duka dan doa Allah letakkan arwah di syurga.


Marilah kita sedekahkan Al-Fatihan agar rohnya dicucuri rahmat dan tergolongan  di kalangan orang-orang yanng beriman.

Dalam konteks ini saya ingin menyentuh jasa baktinya kepada tanah air sabah dalam mengharumi nama Sabah dalam seni tari sehingga ke peringkat nasional akan tetapi para pemimpin politik khususnya pihak kerajaan Negeri Sabah sedikitpun tidak pandai mengenang jasanya selama belau menjadi guru tari  yang boleh membawa gelaran Tokoh Guru Tari.

Satu pingatpun arwah tidak dapat dari mana-mana Istana sepatutnya arwah boleh dianugerahkan pingat kebesaran darjah yang membawa Datuk berbanding dengan ahli-ahli politik baru setahun jadi Ahli Yang berhormat  (YB) dengan mudah mendapat title (gelaran) Datuk.

Semasa beliau pencen dari guru  telah dipinjamkan oleh Kementerian Kebudayaan Belia dabn Sukan  Negeri sebagai juru latih tarian selama beberapa tahun sekali kita dengar beliau di khabarkan telah kembali ke rahmatullah Al Fitihah Amin.






No comments:

Post a Comment