SEORANG PESAKIT MENDAPAT PENGHORMATAN DARI PEMIMPIN POLITIK DAN AKTIVIS


Wednesday  May 25/2016

OLEH: AZMIE AZMAN
www.  sabahinsider14.blogspot.com

SEBAGAI seorang pemimpin politik tidak kira mana-mana parti  orang yang sudah bergelar Yang Berhormat tidak kira mereka  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau Ahli Parlimen (MP) mereka adalah wakil rakyat.

Sebagai seorang yang bergelar wakil rakyat ia tidak tertumpu kepada soal pembangunan dan ekonomi semata-mata sebaliknya  juga memikirkan tentang soal kebajikan rakyatnya perlu diutamakan.

Itulah sikap  seorang wakil rakyat walaupun daripada parti pembangkang namun berjiwa rakyat yang sentiasa tersemat dihati sanu barinya.


Dato Seri Paduka Dr. Kemellia Hassan Pengerusi Ahli Lembaga  portal The Sabah Insider.Net yang juga merupa ahli korperat dan aktivis masyarakat berkata sikap wakil rakyat seperti Yang Berhormat Stephen Wong Tien Fatt yang juga Ahli Parlimen Sandakan memang sentiasa mengambil berat tentang kebajikan sama ada pegawainya, mahupun masyarakat  setempat dalam apa jua mereka berdepan pelbagai masalah.

Walaupun Wong melawat menjengok cuma tangan kosong itu sudah cukup sebagai penghormatan kepada si pesakit  si pesakitpun tidak mengharapkan apa-apa buah tangan untuk dihadiahkan.

Pada Ahad lepas Wong bersama rombongannya  telah melawat di wad Hospital  bagi menziarahi  Shaimon S Jumadi Editor Kanan portal The Sabah Insider.Net yang dimasukan ke wad Hospital Duchess of Kent Sandakan kerana radang paru-paru berair selama  enam hari bermula dari 18hb hingga 23hb  May 2016.


Disitulah kita lihat keikhlasan seorang pemimpin walaupun daripada pembangkang  tetapi begitu prihatin untuk menjengok pesakit tidak kira bulu warna kulit dan pangkat juga bangsa dan agama.

Sementara Shaimon S Jumadi yang ditemui dirumahnya juga melahirkan  ucapan terima kasih  kepada Dato Kemellia Hassan yang sudi datang dari jauh khususnya dari Kuala Lumpur  dengar saja beliau di tahan di wad sudi datang ke Sandakan semata-mata mahu mengziarahi Shaimon yang terlantar di wad hospital.

“Dato Kemellia Hassan buka saja  sebagai boss saya tetapi juga sebagai kawan karib sukar nak cari kawan seperti Dato Kemellia” katanya.

Apapun Shaimon bagi pihak keluarganya mengucapkan terima kasih kepada semua rakan-rakan yang mengenali dirinya sudi menjengok semasa beliau terlantar di wad Hospital.

Tak lupa juga Shaimon ucapkan jutaan terima kasih kepada seorang jururawat pelatih tahun pertama  iaitu Nieza Bella  kerana memberi layanan yang cukup baik semasa beliau di rawat diwad berkenaan.

Terima kasih juga kepada Frankie Poon dan Basith NC Osman kerana sudah datang melawatnya.





No comments:

Post a Comment