BENARKAH POKOK-POKOK PISANG TEMPATAN PEMBIAYAKAN NYAMUK AEDES TAU TEMPAT BALAN-BALAN BERLINDUNG

Tuesday May 17/2016

OLEH: MUSTAFFAH MOHD HASSAN
SHAIMON S JUMADI
www.sabahinsider14.blogspot.com


PIHAK  Jabatan Kesihatan Sandakan dan Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) mendakwa antara punca berlaku wabak denggi di PPR Taman Mesra di sebabkan oleh penanaman  pokok-pokok pisang diseluruh pinggir jalan

Dikesan dari pembiakan nyamuk Aedes dan lokasi pembiakan antaranya adalah di daun pisang yang menakung air, habitat nyamuk aedes membiak di air jernih 
yang  tidak mengalir.

Justeru atas pertimbangan Jabatan Kesihatan Kawasan Sandakan
MPS telah mengambil tindakan proaktif dengan menumbang semua pokok pisang
yang ditanam penduduk persekitaran  perumahan itu.

Soalan kami  jika pokok pisang adalah  menyumbang utama  kepada pembiakan nyamuk aedes


Kenapa dan mengapa hanya pokok pisang sekitar PPR Taman Mesra sahaja dimusnahkan? Kenapa pokok pisang di hadapan PPR Taman Mesra di kawasan lapang Seri Taman tidak pula dimusnahkan.

Malah kawasan lapang itu semacam telah dinaik taraf menjadi kebun pisang dan tebu.

Apa Jabatan Kesihatan dan MPS merasakan bahawa lokasi tersebut bebas daripada  pembiakan Nyamuk Aedes. dan nyamuk berkenaan tidak mampu menggigit penduduk PPR Taman Mesra.


Sebenarnya para penduduk Taman Mesra  bukan suka-suka menanam pokok-pokok  ditepi jalan raya mahupun di kawasan belakang ini adalah atas syoran oleh Jabatan Pertanian di mana pada tahun 2010 Jabatan Pertanian telah menjemput para penduduk Taman Mesra  untuk mendengar taklimat mengenai rancangan buku hijau.

Lantaran Jabatan Pertanian telah membahagi-bahagikan bibit-bibit  pokok pisang bibit pokok mangga  bibit pokok nangka untuk di taman di kawasan lapang ini untuk mencantikan suasana dipersekitran rumah PPR Taman Mesra dalam kelihatan kehijauan.

Kejahilan  pihak MPS dan Jabatan Kesihatan sepetutnya sebelum mereka menebang semua tanaman di Taman Mesra mereka mengadakan perbincangan terlebih dahulu kepada penduduk-penduduk Taman Mesra untuk memberi tahu bahawa mereka akan menebang semua bentuk tanaman yang ada tumbuh di Taman Mesra kerana punca pembiayakahn nyamuk Aedes.

Sekarang tiada sudah pokok pisang malahan nyamuk semakin banyak disebabkan tiada tempat berlindung nyamuk-nyamuk berkenaan sekarang  terus langsung masuk kerumah ini akan membahayakan lagi kepada penduduk setempat.
 


Pokok Pisang sebenarnya adalah tempat perlindungan Balan-Balan-Penanggalan  sebab kami ini adalah keturunan balan-balan  sekarang sudah tiada pokok pisang di Taman Mesra susah kami hendak berlindung di sebalik cela-cela daun pisang untuk mencari mangsa kami. 

No comments:

Post a Comment