PAKATAN HARAPAN DAP-PKR DAN AMANAH TERUS MENDAPAT SOKONGAN PADU DARI RAKYAT SARAWAK

 Sunday May 01/2016
  
OLEH: SHAIMON S JUMADI &
JENANG ANAK NGALAU
www: sabahinsider14.blogspot.com

KEMPEN  Pilihan Raya Negeri (PRN) ke 11 di Sarawak nampaknya  semakin hari semakin panas kerana sama-sama kuat di pihak parti pemerintah khususnya Barisan Nasional (BN)pun tidak kurang sengit begitu juga parti pembangkang seperti DAP-PKR dan AMANAH mempunyai jentera kempen yang amat tersusun walaupun terdapat perbalahan antara DAP dengan PKR mengenai pembahagian kerusi DUN di enam kawasan itu bukanlah satu masalah.

Pada hakikatnya memang agak sukar hendak diramalkan BN dan Pakatan Harapan yang membariskan DAP-PKR dan AMANAH juga mendapat sokongan yang padu daripada  pengundi-pengundi tempatan.


Seorang Aktivis Masyarakat Dato Seri Paduka Dr. Kemellia Hassan berpendapat  paling ketara sekali sokongan padu terhadap parti DAP-PKR dan AMANAH mereka 90 peratus terdiri dari penduduk yang tinggal di kawasan pedalaman khasnya yang mendiami rumah-rumah panjang terdiri dari suku kaum Iban-Dayak-Bidayu dan Penan  kerana mereka terus terpinggir dalam menikmati arus perdana pembangunan dan prasarana daripada kerajaan BN sejak dari dulu dan sekarang.

Kata Kemellia lagi kaum Iban-Dayak-Penan dan Bidayu sekarang mereka  tidak rasa takut-takut untuk mengubah kehidupan mereka lantas mereka akan memberikan kemenangan besar terhadap calun-calun DAP-PKR dan AMANAH

“Jika kita perhatikan Ketua Menteri Sarawak seolah-olah takut dengan ketua-ketua khususnya para pemimpin parti-parti pembangkang Ketua Menteri Sarawak Adenan Saten telah mengarahkan  Jabatan Imegeresen Sarawak untuk tidak membenarkan pemimpin-pemimpin pembangkang dari Semenanjung  memasuki negeri itu untuk membantu kempen PRBN11 ini” katanya lagi.

Selanjutnya Kemellia berkata begitu juga pengundi Cina mereka tetap memberikan sokongan tidak berbelah bagi terhadap DAP-PKR dan AMANAH untuk memenangi kerusi-kerusi DUN yang ditandingi itu.

Pada kesimpulan jika rakyat Sarawak bersatu hati seperti kaum Iban-Dayak-Bidayu-Penan-Cina dan Melanau  pastinya kemenangan PRN11 memihak kepada PAKATAN HARAPAN.
 
Teruskan perjuangan hingga ketitisan 
darah yang terakhir.




BUDAK-BUDAK  DIJADIKAN ALAT POLITIK KOTOR BN BOLEH BERKEMPEN KAH  DI BAWAH UMUR TANYA SPR

No comments:

Post a Comment