MPWK AKAN ADAKAN MESYUARAT AJKNYA BAGI KALI KE 2......NORAINI SULONG


OLEH: AZMI AZMAN

SANDAKAN:- Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK) bagi kawasan Parlimen P186 Sandakan akan mengadakan Mesyuarat AJKnya bagi kali kedua yang akan diadakan di Pejabat UMNO Bahagian Sandakan pada 27hb September 2014  jam 2.30.petang ini.

Pengerusi MPWK Sandakan yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Sandakan Noraini Sulong (Gambar) berkata tujuan Mesyuarat tersebut adalah untuk membincangkan beberapa perkara khususnya yang ada kaitan dengan pembangunan hal ehwal wanitan di Sandakan ini.

“Saya memohon jasa baik semua Ketua-Ketua Wanita daripada parti-parti komponen BN PBS,PBRS,UPKO, Gerakan, LDP, MIC MCA dan badan-badan NGO  kawasan Sandakan adalah dijemput hadir kemesyuarat tersebut.


“Dengan kehadiran semua ketua-Ketua Wanita daripada parti-parti komponen BN termasuk badan NGO maka kita dapat sama-sama memberikan sumbangan daripada segi buah fikiran untuk melaksanakan pelbagai program khususnya yang berkaitan kemajuan wanita dalam pelbagai sudut” ujar Noraini.

No comments:

Post a Comment