CAPS SOKONG KEWUJUDAN SABAH INSIDER


Surat terbuka  kepada Editor

Saya Hj Ali Ahmad Pengerusi Hal Ehwal Pengguna Sabah (CAPS) Bahagian Daerah Sandakan ingin mengalu-alukan kewujudan portal The Sabah Insider.Net di Sabah.

Saya berpendapat secara peribadi kewujudan Sabah Insider ia merupakan sebagai ruang tempat masyarakat untuk menyuarakan pelbagai masalah dari beberapa sudut aspek

Saya harap Sabah Insider dapat memainkan peranannya sebagai sebuah portal yang tidak berat sebelah dalam menyiarkan berita-berita terutama sekali menganai pembangunan  sama ada di kawasan Bandar mahupun di kawasan terpencil yang masih dahagakan kemudahan asas yang disalurkan oleh kerajaan yang sedia ada.

Teman-teman saya daripada suku Kadazan, Murut dan Dusun khususnya yang tinggal di kawasan pedalaman yang mempunyai kemuskilan jangan segan-segan hantar tulisan-tulisan anda ke portal ini.


Sekian terima kasih
Hj Ali Ahmad  CAPS


No comments:

Post a Comment