PENTINGNYA MENGUASAI BAHASA ENGGERIS BAHASA GLOBAL..... KATA ZAKARIA

OLEH: AZMIE AZMAN


Gambar Kelihatan:- Zakaria (tengah) menyampaikan anugerah kepada salah seorang pelajar di Majlis Graduasi 2015 SMK Gum Gum kelmarin


GUM-GUM:- .Ibubapa dan penjaga wajar memberi pendedahan awal kepada anak-anak mengenai pentingnya penguasaan Bahasa Inggeris.

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Datuk Zakaria Haji Mohd Edris berkata  ,penguasaan bahasa antarabangsa itu amat di tuntut msyarakat hari ini termasuk di institusi pengajian tinggi, pasaran pekerjan mahupun alam perniagaan

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Graduasi 2015 SMK Gum Gum di sini kelmarin.

Justeru itu, beliau mahu pelajar menguasai bukan sahaja dari segi pertuturan malah penulisan yang betul dalam bahasa berkenaan.

“Kerajaan telah mencadangkan untuk lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) perlu lulus Bahasa Inggeris namun masih menangguhkan syarat berkenaan,”katanya lagi.

Beliau turut berkata disamping penguasan Bahasa Inggeris, ibubapa harus tidak lupa menekankan penguasaan Bahasa Melayu dan Bahasa Arab.

Pembelajaran Bahasa Arab secara tidak formal mampu mudahkan pelajar Islam menguasai mata pelajaran pendidikan Islam dan Bahasa Arab serta komunikasi.

Sementara itu, Zakaria berkata kerajan banyak memberikan  bantuan kepada sekolah-sekolah di negara ini termasuk pengagihan buku teks , pendaftaran percuma, bantuan persekolahan dan sebagainya.

“Oleh itu masyarakat wajar merebut peluang pendidikan  yang telah disediakan kerajan untuk manfaat rakyat keseluruhannya, “ tambah beliau.

Turut hadir pada majlis ialah Pengetua Sekolah Mohd Khairul Anuar Abdullah,  Pemimpin Pembangunan  Masyarakat (PPM) DUN Gum Gum Kamal M. Said, para guru-guru, ahli-ahli PIBG Sekolah serta ibubapa pelajar.

Seramai 258 pelajar termasuk 104 pelajar SPM telah menerima anugerah kecemerlangan dan hadiah yang disampaikan oleh Zakaria.





PENAMBAHAN PERUNTUKAN RM90 JUTA PINJAMAN MIKRO KREDIT UNTUK PENJAJA CINA

OLEH: SHAIMON S JUMADI 


BATU SAPI:-  Penambahan peruntukan RM90 juta sebagai pinjaman mikro kredit kepada penjaja dan peniaga-peniaga kecil kaum Cina  di negara ini  Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin menyambut baik usaha kerajaan berbuat demikian

Dengan penambahan peruntukan ini menunjukkan walaupun kerajaan mengutamakan agenda Bumiputra, namun  kaum lain seperti kaum Cina tidak diabaikan, kata Linda ketika perbahasan Belanjawan 2016 di Parlimen kelmarin.
 
Linda mencadangkan kepada Kerajaan untuk memberi keutamaan kepada peniaga-peniaga dari Sabah secara amnya, dan khususnya dari kawasan Sandakan yang telah mengalami kemerosotan ekonomi berikutan dengan harga minyak sawit yang rendah dan kekurangan pelancong ke kawasan ini akibat daripada ancaman keselamatan di Pantai Timur Sabah.

Menyentuh berkenaan dengan penyediaan infrastruktur dan kemudahan asas di kawasan luar bandar, Linda menyeru bahawa perhatian diberikan kepada ramai penduduk desa di Sabah yang masih serba kekurangan. Contohnya di pulau-pulau di Kawasan Parlimen Batu Sapi, bekalan air bersih dan bekalan elektrik masih sangat terhad.

Justeru itu, beliau memohon kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah untuk memberi keutamaan kepada kawasan-kawasan yang masih kurang maju ini.

Sementara itu, berkaitan dengan usaha menggalakkan pelancongan di Pantai Timur Sabah yang memang terkenal dengan pelbagai produk eko-pelancongan, Linda menyarankan Kementerian Pengangkutan mempromosikan Lapangan Terbang Sandakan sebagai hub udara untuk Pantai Timur Sabah.

Beliau juga mencadangkan Hub Udara Sandakan ini dihubungkan secara terus dengan lebih banyak lapangan terbang besar, melalui penerbangan syarikat-syarikat penerbangan seperti Malaysia Airlines, Air Asia, Malindo Air, Jetstar Airway,  dan Tiger Airways.

Dalam ucapan beliau juga Linda merayu kepada pihak berkuasa keselamatan agar dapat berusaha dengan lebih gigih untuk menyelesaikan   kes penculikan di Restoran Ocean King Sandakan, di kawasan Parlimen Batu Sapi, pada 14hb Mei, 2015, dan menyelamatkan dua orang mangsa penculikan, iaitu Thien Nyuk Fun, dan  Bernard Then Ted Fen.

Linda memohon kepada Kerajaan Persekutuan supaya menggunakan semua saluran diplomatik dan keselamatan untuk menyelamatkan mereka. Kejayaan menyelamatkan mereka juga akan dapat menyakinkan pelancong tentang keselamatan dan menarik mereka ke Sandakan dan Pantai Timur Sabah.

Beliau turut menyatakan sokongan penuh kepada Belanjawan 2016 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak.


SLOGAN RAKYAT DIDAHULUKAN SEDIKITPUN TIDAK MEMBAWA KEBAHAGIAN RAKYAT


OLEH: ISMAILY BUNGSU

KALA mengamati slogan "rakyat didahulukan" terasakan yang melontar kata-kata  itu kelihatannya seperti malaikat dan rakyat mula merasa senang dan mengatakan yang kerajaan memang terbaik, apa lagi kala melihat di tv dan utusan ada saja bantuan yang datang meski hanya sekeping zink beritanya menjalan lingkar ke mana-mana.
Begitulah yang diceritakan dan semuanya akan merasa senang terasakan dilindungi bawah pemerintahan berhati malaikat.
Disebalik cerita manis itu maka tidak ramai yang tahu ada duka yang mendalam dan kesannya mereka yang terkena kala tidur malam yang dilihat hanyalah langit dan bintang-bintang  berkedipan dan kala hujan berkeliaran entah ke mana mencari perlindungan.
rumah siap digunakan jentera berat untuk menolak dan apa saja yang ada hilang sekelip mata meski di sana mereka sudah hampir berabad tinggal sejak dato nenek mereka dan slogan rakyat didahulukan jelas hanyalah mainan kata2 dari manusia berwajah malaikat tetapi di dalam penuh bobrok dan busuk hati lebih baik binatang jalang.
Maaf kejadian ini memang banyak berlaku di mana2 dan tidak terkecuali negeriku di bawah bayu dan kejadian yang saya paparkan kali ini jelas letaknya di sarawak dan dilaporkan di Bintulu.
Tak kesah di mana tetapi mereka itu rakyat Malaysia dan sepatutnya tidak dilakukan seperti binatang jalang dan sedang bintang jalang liar dan jahat barangkali tidaklah demikian sikapnya dan akhirnya slogan rakyat didahulukan melayang-layang terbang dan turun menjadi dedebu hilang entah ke mana.
Allah itu maha adil kepada semua hambanya tak kira apa fahaman, agama dan kepercayaannya dan insya Allah akan ada pembalasan berkat doa mereka yang teraniaya segala.
salam petang semakin petang dan jumpa malam nantinya dan usahalah kita sama menulis demi kebenaran dan jika ini menjadi kesalahan, silakanlah saya siap asal jangan saya menipu dan mencuri khazanah negara bangsa.


PM NAJIB GASAK SAMPAI TULANG

GST merupakan slogan tercantik "gasak sampai tulang" dan inilah slogan yang dilaksanakan oleh PM Najib bin Razak.
Apa tidaknya, cuba fikirkan!

Sesudah negara berhutang sekitar dmencecah RM900 bilion dan ditambah dengan lesap 42 bilion dan ada RM2.6 bilion masuk ke akaun sendiri dan ada lagi RM42 juta, maka bila kerajaan susah lalu dia laksanakan GST ia korek wang dari poket rakyat tak kesah janda, duda, ibu tunggal, anak yatim, orang cacat, buta, papa kedana, PTI malah orang mati juga kena GST kala beli macam2.

Lalu sesudah ia rasa sukar membayar hutang bilion2 itu maka ia beralasan konon sukar bayar gaji kakitangan perkhidmatan awam tanpa rakyat dikenakan GST dan memang Najib ini bijak beralasan seolah ia perjuangkan kakitangan perkhidmatan awam untuk tutup bangkai gajahnya.

Barangkali ia ingat semua orang di Malaysia ini bodoh sangat tidak tahu dan tidak bijak membaca dan menilai keadaan sebenarnya lantaran dia berkuasa dan salah guna kuasa.

Bermacam alasan Najib katakan kala ditanya dan jawaban tidak lain bak seperti ular sawah yang kekenyangan di reban ayam kesan menelan kambing dan setiap alasan langsung tidak masuk akal.

Kesian, kita ini rupanya punya menteri2 yang jadi pak angguk dan tidak bijak mengurus negara bangsa kita hingga asyik diketawakan oleh dunia luar dan begitu rendah kita dilihat kala ini.

Cukup memalukan dan nasiblah Anwar dalam penjara/jika tidak mesti semuanya salah dikatakan Anwar yang salah burukkan negara di negara asing dan PM Najib selaku pemimpin tidak bersalah padahal susah terang bersuluh lagi.

Cukup memalukan dan wawasan negara 2020 yang diimpikan negara maju dan mewah hanya tinggal "Tahi busuk" menyebar ke mana-mana di seluruh dunia hingga kita menjadi contoh negara raja lawak.
ISMAILY BUNGSU
sabah
28/10/2015
7:47PM

MAJLIS PERBANDARAN SANDAKAN ABAIKAN KEBERSIHAN ALAM SEKITAR

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Semakin hari kian kurang ambil perhatian masalah-masalah dipersekitaran yang kini menjadi punca masalah besar kepada penduduk setempat di satu-satu kawasan oleh pihak Majlis Perbandaran Sandakan.

Terbukti di lorong belakang bangunan Grand View  terdapat saluran najis tersumbat  sudah sekian lama tidak pernah diselenggara dan dibiarkan begitu saja  hingga menimbul keresahan  dimana kah letaknya tanggungjawab sebagai badan pentadbir dan pihak berkuasa tempatan. 

Peniaga atau penghuni bangunan tersebut bukanya duduk percuma saban tahun mereka telah dikenakan bayaran cukai pintu dan cukai lain-lain perkhidmatan kenapa perkhidmatan yang disalurkan oleh pihak MPS amat mendukacitakan.


Begitu juga keadaan di kampung Sim-Sim antara jambaran lorong 01 hingga lorong 05 yang mempunyai rumah kira-kira 200 buah.
 
Pertama kekurangan bekalan tong sampah dan kedua saliran parit tersebut menyebabkan  bila hujan turun saja air tak dapat mengalir dengan lancar.

Beberapa penduduk yang sempat menemui krew Sabah Insider yang nama mereka enggan disebut merayu kepada pihak MPS agar dapat menjalankan kerja-kerja penyenggelaraan laruran najis tersumbat di Bangunan Grand View dan membekal tong sampah untuk kegunaan 200 buah rumah itu.







REMAJA DAN PENDUDUK TAMAN PERUMAHAN INDAH JAYA KECEWA TIADA TEMPAT BERMAIN DAN BERIADAH

OLEH: SHAIMON S JUMADI


TIADA TEMPAT BERIADAH.....Kanak-Kanak dan Remaja akan jadi samseng kerana tiada tempat mereka bermain
SANDAKAN:- Nampaknya anak-anak dan para remaja yang bermastautin di Taman peruma/han  Indah Jaya ini jelas tiada lagi  tempat mereka ber/main,bersukan dan beriadah  seperti dulu bila mana   kawa/san padang itu akan dibangunkan oleh sebuah syarikat sebagai tempat permainan PIN  iaitu  permainan  orang-orang kaya.

Pihak kerajaan khususnya Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) tidak terfikir kah  kawasan lapang sasar yang pernah menjadi tempat permain utama  kepada anak-anak dan para remaja kini mereka telah kehilangan tempat bermain seperti dahulu.


Kata beberapa penduduk yang sempat ditemui oleh krew Sabah Insider satu-satunya padang bola tempat remaja bersukan berkumpul di setiap petang  kini padang itu sudah diambil untuk jadikan kawasan permain PIN BALL maka anak-anak dan remaja tiada sudah tempat lagi di mana kah mereka mahu bermain.

Mungkin kerajaan mahu melihat anak-anak khususnya para remaja yang tinggal di kawasan perumahan itu jadi samseng jadi gangster membuat perkara-perkara yang menyalahi undang-undang kenapa tergamak mengambil tempat anak-anak bermain.

Jika mereka tiada padang tempat mereka bermain kalau terjadi sesuatu perkara buruk yang berlaku jangan 100 peratus menyalahkan kepada para remaja yang terbabit dalam jenayah ini semuanya angkara syarikat yang tamak/rakus  untuk mengambil tempat itu.


Katanya lagi mereka akan membawa perkara ini keperingkat kementerian sekiranya pihak kementerian tidak akan membantu menyelesaikan perkara ini tahulah macam mana penduduk nak hukum kerajaan BN  pada PRU14 nanti.


GHAFUR BUNG MUKTAR MUHYIDDIN DAN SHAFFIE PEMIMPIN BERANI MEMBUAT TEGURAN PERKARA-PERKARA SONGSANG

OLEH: ISMAILY BUNGSU
SHAIMON S JUMADI


MEMANG susah hendak mencari pemimpin UMNO/Barisan Nasional (BN) seperti Datuk Seri Abdul Ghafur Hj Salleh  yang berani menyelar para pemimpin UMNO yang didapti tidak bersependapat dengannya.

Tindakan Ghafur menyelar Timbalan Menteri Suruhanjaya  Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM)  Datuk Jailani  Johari ada kebenaran nya.

Ahli Parlimen Kalabakan itu menjelaskan jika benar projek1Bestari Net  gagal ianya tidak harus disalahkan semata-mata kepada mantan Menteri Pendidikan Malaysia  sebaliknya ia adalah dibawah tanggungjawab pihak kementerian dan juga kerajaan

" Timbalan menteri kata ada projek 1BestariNet daripada mantan menteri pendidikan. Kita satu kerajaan, jangan cari mantan, Kementerian bukan mantan" Kata Ghafur.
" Kalau begini, lain kali orang akan kata mantan punya..mana ada mantan punya, itu kerajaan punya" katanya di Parlimen hari ini.
Kenapa sesudah Muhyiddin tidak lagi duduki kerusi Menteri projek itu dipertikaikan dan apa saja maksud tersirat timbalan menteri berkenaan?

Terbaik kalaulah ada salah guna kuasa, pihak kerajaan minta saja SPRM siasat dan heret yang berkenaan ke muka pengadilan.

Mempertikai setelah dipecat kesan pertikai 1MDB seolah Jailani ada niat mengampu sebalik kritikannya itu.

Seorang lagi Ahli Parlimehn  Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin seorang pemimpin UMNO yang berani membuat teguran bila sesuatu hal yang tidak kena dihatinya suka menempalak kerajaan.

Baru-baru ini Bung telah menempalak kerajaan BN khususnya pihak Kementerian Pelajaran  mengenai alaun guru telah dipertikaikan kata Bung guru-guru dari Semenanjung yang ditugaskan di Sabah dan Sarawak alaun mereka sebulan RM1,500.00 sementara Guru-Guru dari Sabah dan Sarawak yang bertugas di Semenanjung hanya di bayar RM750.00 sahaja kenapa gaji guru tidak diselaraskan sama seperti gaji di Semenanjung ini tidak adil.

Kita difahamkan  sesiapa sahaja andata antarany6a kalau pemimpin kerajaan yang suka menempalak dan membuat kritikan  walaupun  pada hakikatnya untuk kebaikan rakyat selalunya mendapat kecaman  hebat daripada pemimpin-pemimpin UMNO yang lain mereka tidak  mahu menerima kritik-kritikan seumpamanya.

Sebagai kesimpulan dan contoh yang terdekat dimana pemimpin UMNO nombor 2 dan nombor 3 seperti Timbalan Presiden UMNO  Datu Sri Muhyiddin Yassin,Naib Presiden UMNO Datuk Mohd Shafie Hj Apdal, Abdul Rahim  Bakri MP Kudat dan Hassan Malik mantan Menteri Perdagangan Dalam Negeri  Kepenggunaan dan Koperasi  gara-gara mereka membuat teguran mengenai kes 1MDB mereka jadi mangsa pemecatan dari jawatan di Kabinet.


Mujurlah Ghafur dan Bung Mukhtar tidak terikut-rikut mengeritik kes 1MDB kalau tidak akan jadi mangsa keadaan seperti mereka yang sudah disingkirkan itu.



MASIUNG TINJAU PROJEK TERNAKAN IKAN KOLAN KG KOTODON ENTILIBON

OLEH: SHAIMOBN S JUMADI


TINJAU....Masiung bersama penduduk kampung meninjau projek ternakan ikan kolam



KUAMUT:- Pelbagai kaedah dan usaha  untuk meningkatkan ekonomi penduduk luar Bandar selain bercucuk tanam.

Para belia yang duduk diluar Bandar tak perlu pergi ke Bandar untuk mencari pekerjaan yang belum tentu boleh  menjamin kehidupan dimasa
hadapan bagus lagi tinggal di kampung usahakan tanah-tanah yang terbiar sama ada untuk bercucuk tanam atau membuka kolam ikan.
  
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Kuamut yang juga Pembantu Menteri Belia dan Sukan Negeri Datuk Masiung Banah bercakap kepada media ketika beliau melawat dan meninjau tapak projek Kolam Ikan Tagal Kampung Kotodon Entilibon Tongod dekat sini kelmarin.

Projek ternakan ikan tagal yang diusahkan oleh  Persatuan Belia Kampung Kotodon Entilibon jika diusahakan dengan sebaik-baiknya boleh menjana pendapatan ekomoni penduduk setempat.

Katanya harga ikan air tawar sekarang dipasaran agak tinggi berbanding dengan ikan air masin contohnya ikan Tapak, ikan Patin, Ikan Keli, Ikan Haruan, Ikan Talapiya, Ikan Ubi dan Ikan Lampa Jawa harganya sekilo dipasaran boleh mebcecah RM12.00 hingga RM30.00.
  
Kata Masiung lagi kerajaan akan sentiasa membantu mendapatkan benih-benih ikan daripada Jabatan Perikanan selain itu mereka yang berhasrat hendak menambah kolam ikan mereka boleh membuat pinjaman melalui bank-bank berkenaan.

“Saya harap projek ternakan ikan air tawar yang diusahakan oleh para belia khususnya Kampung Kotodon Entilibon ini akan menjadi reality dan belia contoh kepada kampung-kampung lain untuk mengikut jejak langkah membuka kolam air tawat ini” jelas Masiung lagi.










BALAN-BALAN DENGAN PENANGGALAN ADA SEDIKIT PERBEZAANNYA

OLEH: SHAIMON S JUMADI


TUGAS UTAMA.....Penanggalan suka mencari wanita hendak bersalin


BERBICARA tentang kewujudan  Bal-balan (balan-balan) dengan Penanggalan terdapat sedikit perbezaan bal-balan kalau terbang dia menggunakan seluruh anggota badannya sementara Penanggalan kalau terbang ianya kepalanya tercabut (copot) daripada badannya dengan  anak-anak perutnya  sekali.

Saya ingin menarik perhatian di Sandakan dulu dan sekarang masih ramai orang jadi bal-balan atau penanggalan di Sungei Batang  pada tahun 1950an hinggg 1960 an kampung Pangpang yang terletak di Batu 10 Jalan Sungei Batang  sebelum dikenali kampung Pangpang nama asalnya ialah kampung bal-balan.




BEGINI WAJAH.....Penanggalan 


Kenapa ia disebut kampung Bal-balan sebabnya kampung itu merupakan kubu dan sarang bal-balan atau penanggalan sebilangan besar 80 peratus penduduknya ramai bangsa Kagayan.

Mungkin ramai yang sudah mati mungkin tiada yang mahu  mewarisi ilmu bal-balan itu kini kampung Pangpang tidak lagi kedengaran wujudnya bal-balan atau penanggalan.

Untuk makluman anda sekelian Kampung Sungai Korek bersebelahan dengan Batu Putih di  dikabarkan bal-balan atau penanggalan dikedua-dua kampung tersebut semakin banyak kewujudan makluk itu.

Penanggalan ataupun bal-balan itu suka mengganggu manusia sesiapa yang pernah pergi ke Batu Putih disebelah malam harus berhati-hati jangan cakap sembarangan sebut nama bal-balan dia akan menyerang.

Lazimnya makluk ini suka menyamar kalau didepan rumah tiba-tiba ada daun pisang  ambil parang tetak sekali sahaja jangan tetak dua kali kalau menetak dua kali maka jadilah.

Kadangkalanya dia menyamar sebagai bidan mengintai orang bersalin (beranak) menyamar jadi kucing atau anjing, tugas bal-balan atau penanggalan ia suka pada mayat orang mati, makan tembuni orang baru bersalin.




BALAN-BALAN...Wajah Sebenarnya



BEGINILAH RUMAH .....orang yang mempunyai ilmu balan-balan atau prnanggal tingkap dipujuru  rumah sentiasa terbuka

Biasanya penanggalan atau bal-balan kalau mahu keluar rumah sekurang-kurangnya jam 10.00 malam dan balik kerumah sebelum azan subuh.

Kita pastikan kalau seseorang itu ada ilmu penanggalan atau bal-balan lihat sahaja bentuk rumahnya dipenjuru atas rumahnya ada tingkap sentiasa terbuka untuk memudahkan dia keluar melalui lubang tingkap itu.


Cerita bal-balan atau penanggalan bukanya direka-reka cerita makluk ini memang kini masih wujud di Kg Batu Putih  Sandakan, sebut saja bal-balan semua orang naik bulu romahnya.

Kita sambung cerita balan-balan atau penanggalan  nanti.



JIKA MUHYIDDIN DISINGKIR DARIPADA UMNO DAN KELOMPOKNYA MUNGKIN MEREKA AKAN MENYERTAI AMANAH-PKR


OLEH: KAMARUL ZAMAN

SAH MENYERTAI PARTI PEMBANGKANG.....Jika penyingkiran Muhyiddin dan kelompoknya daripada UMNO mereka bakal menyertai AMANAH atau PKR?
PETALING JAYA:- Penyingkiran Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama   kelompok gunting dalam lipatan dalam UMNO  lantaran di mana Ketua UMNO Bahagian Sungei Besar Datuk Jamal Mohd Yunus dengan sendirinya telah mengesahkan memang wujud gerakan untuk menyingkir mereka pada masa terdekat ini akan menjadi reality.

Beliau tegas menyatakan lebih 100 ketua bahagian Umno seluruh negara mengadakan perbincangan tertutup sebagai usaha menyingkir Muhyiddin dan kumpulannya dari parti itu.

“Pendapat peribadi saya, Tan Sri Muhyiddin perlu dipecat dan sekarang kita (Umno) dalam usaha mengumpul senarai nama ketua bahagian untuk menyokong penyingkiran berkenaan.

“Kalau saya di tempat Perdana Menteri dah lama saya pecat beliau (Muhyiddin) bukan setakat sebagai Timbalan Presiden Umno malah ahli Umno,” katanya kepada Sinar Harian.

menyifatkan pendekatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang terlalu berlemah-lembut dan tidak sampai hati telah menyebabkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu agresif menentang pentadbirannya.

Jamal bagaimanapun tidak menyangka gerakan senyap ketua Umno bahagian ini telah pecah kepada media.

“Saya sudah lama mendesak Muhyiddin untuk dipecat daripada kerajaan mahupun parti.
“Lihat sekarang gelagat beliau, sebab itu kita cuba kumpul sokongan untuk keluarkan Muhyiddin daripada parti dan posisi itu diganti,” katanya.

Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Hulu Langat, Datuk Johan Abdul Aziz hanya menyarankan agar pucuk pimpinan Umno mengambil tindakan disiplin terhadap Muhyiddin berdasarkan kepada tindak tanduk beliau sejak kebelakangan ini.

Difahamkan, beberapa laman sosial telah diviralkan mengenai kempen ini yang dikatakan dilakukan melalui aplikasi Instagram.
Laman sosial Johor Bangkit, misalnya telah mendakwa terdapat 140 ketua bahagian bersetuju untuk melakukan tindakan menyingkir bekas Timbalan Perdana Menteri itu termasuk mendapat lima sokongan di Johor, sementara dua lagi tidak melayan kempen berkenaan.

Dalam kenyataan laman sosial itu turut mendakwa punca mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang sepatutnya dijadualkan berlangsung pada 30 Oktober ini terpaksa dibatalkan untuk membolehkan mereka mempunyai masa kumpulkan nama ketua-ketua bahagian yang lebih banyak bagi menjayakan komplot tersebut.

Sabah Insider dapat maklumat yang boleh dipercayai sekiranya penyingkiran Muhyiddin dan  kelompoknya menjadi reality kemungkin besar mereka akan menyertai parti pembangkang sama ada Amanah atau PKR.

Muhyiddin, Shafiee Abdal dan lain-lain yang menjadi mangsa penyingkiran itu kemudian mereka menyertai parti Amanah atau PKR sudah tentu ini akan memantabkan lagi perjuangan Harapan Pakatan iaitu  Amanah PKR dan DAP untuk PRU14 nanti.

Kata sumber itu seandainya Shafie Abdal menyertai PKR atau Amanah  bilamana pilihanraya umum PRU14 nanti semua kerusi ADUN dan Parlimen daripada kawasan DUN/Parlimeh  Semporna, Kunak, Lahad Datu dan Tambisan bakal  menyaksikan disapu habis oleh parti-parti pembangkang yang bertnding nanti.






AMBIL DUIT UNDI HARAPAN PAKATAN ....BERPECAH KITA PATAH


OLEH: ISMAILY BUNGSU

POLITIK di Sabah tidak seperti di Semananjung. Yang di Semananjung siap berani membantah dengan slogan "lawan tetap lawan" membujur lalu melintang patah.
Sabah ini agak lain sedikit, meski berkobar semangat juang tetapi akan patah di hujung jalan bila mereka melihat ada habuan dan ini cukup mengecewakan.
Orang Sabah ini dimiskinkan no satu oleh BN dan bila hidup dalam kemiskinan maka wang habuan di masa election cukup bermakna dan bererti meski sedikit dan jelasnya tangki biru dan BR1M telah menutup mata mereka dan terus mengatakan BN cukup baik.
Sepatut orang sabah guna falsafah " Duit ambil, Undi Harapan Pakatan" segalanya demi sabahan.
Jelas kita ini di Sabah macam dikasihnya pisang tetapi "Burit dikait dengan duri". Inilah keadaannya dan untuk mendidik bangsa kita jadi faham dan mengerti memang sukar sedikit terpaksa dilakukan secara evolusi perlahan-lahan dengan bantuan Allah mudah2an kita berjaya.
Mereka yang tinggal di Selangor dan Pinang serta Kelantan jenis yang bijak dan mereka tidak akan terpengaruh dengan habuan sebab mereka tahu sumbangan sedikit kepada rakyat untuk tutup mata tetapi berjuta2, malah bilion ringgit masuk ke poket menteri yang berkuasa yang akhirnya rakyat juga menderita dengan kos hidup yang tinggi cukup menyakitkan hati.
Di Sabah ini memang banyak cara BN lakukan untuk pertahankan kuasanya. Mereka gunakan segala macam jentera termasuk jabatan/agensi kerajaan untuk mempengaruhi pengundi di ulu2 yang tidak terdedah dengan fakta sebenarnya.
TV dan Utusan memutar-mutar fakta dan menipu fitnah dan itu sebab bila diheret ke Mahkamah ternyata mereka salah dan kesannya asyik membayar saman dan ini sudah jelas BN parti yang berusaha memesongkan fakta agar rakyat terpengaruh.
Memang jelas bahawa selagi kita gagal menendang BN/UMNO dari Putrajaya maka selagi itulah rakyat Malaysia akan terus kena tipu oleh atasan yang berkuasa dan untuk menghumban BN, kita mesti bersatu tenaga menangi kerusi MP MESTI lebih dari 112 kerusi dan jika gagal makna kemenangan di manapun tidak bererti dan samalah seperti sekarang ini BN terus berkuasa.
Makanya jalan terbaik termasuk di Sabah dan di Semananjung serta Sarawak sekaligus mesti bersatu tenaga untuk melawan BN secara "satu lawan satu".
Jangan lupa dimusim election lalu PR yang sekarang dinamakan Harapan Pakatan telah memenangi 52% undi rakyat Malaysia dan BN hanya memperolehi 42% undi. BN hanya berkuasa kesan menangi kelebihan 33 kerusi MP.
Nah, dengan cara kita bersatulah kita bakal beroleh kejayaan untuk membenamkan BN di PRU mendatang dan jika sebaliknya maka seperti kata orang bercerai kita musnah dan bersatu kita jadi hebat dan bergaya.
HARAPAN PAKATAN parti nasional memang jenis terbuka dan siap akan berkerjasama dengan semua parti di mana-manapun.
Rundingan demi rundingan perlu diadakan dan untuk sementara ini usaha lupakan kepentingan diri untuk menjadi calon/YB dan terpenting kita bersatu mem"bantai" BN di election akan datang.
Selamatkan Malaysia!
Selamatkan Malaysia!
Selamatkan Malaysia
BN mesti tumbang!
Mesti tumbang!
Mesti!



HARAPAN PAKATAN TANDING 222 KERUSI TEMPATAN REBUT 25 MP PUTRAJAYA GAGAL TUKAR KERAJAAN



OLEH: ISMAILY BUNGSU

PERTAMANYA rakyat Sabah jangan sekali-kali terpengaruh dengan slogan undi parti tempatan sebab itu tidak akan dapat meruntuhkan BN dan kalau menangpun pasti sama semacam kemenangan PBS dalam tahun 1985.

PBS merupakan parti lokal dan menangi pilihanraya Negeri dalam tahun 1985 dan berjaya memerintah Sabah selama 13 tahun tetapi ketika itu mereka bukan kerajaan persekutuan dan kesan hanya berkuasa di Negeri yang akhirnya mereka terpaksa mengharapkan kerajaan persekutuan untuk sumbang dana bangun Sabah.

Rakyat Sabah kena faham maksud kerajaan Negeri dan kerajaan persekutuan dan kena faham fungsi dan peranan masing-masing.

Kerajaan persekutuan kuasai WANG DISATUKAN termasuk pendidikan, Kastam, Imigresen, Kehakiman, Polis, Tentera dan jabatan2 lain dan sekarang cukai GST juga kerajaan persekutuan yang kutip, sementara kerajaan Negeri terpaksa meminta di kerajaan persekutuan.

Apa sudah jadi bila PBS memerintah dalam tahun 1985 dan berkuasa selama 13 tahun itu?

Jelas akhirnya kesan susah dan tidak boleh tadbir Sabah dengan baiknya, maka PBS terpaksa sertai BN dan menjadi kuda tunggangan BN secara tidak langsung dan kasus ini akan berulang sama pada parti2 tempatan jikapun menang nanti/tetapi untuk menang memang sukar sebab sekarangpun di peringakat parlimen parti tempatan tidak mempunyai satu kerusipun kecuali hanya menang 1 kerusi DUN Sabah disandang oleh Dr Jeffery Kitingan.

Nah, jika parti tempatanpun menang dimusim PRU akan datang dan kuasai Kerajaan Sabah, itu sama seperti kemenangan PBS tidak akan dapat merubah apa-apa dan akhirnya akan mengikut jejak langkah PBS sertai BN. Inilah hakikat yang jelas dan nyata.

Parti tempatan tidak akan berjaya kuasai kerajaan Sabah selagi ada parti PBS, PBRS dan UPKO yang terus berada di BN.

Kemenangan PBS dalam tahun 1985 adalah atas sebab sokongan padu dari masyarakat KDM dan Cina sedikit melayu/bumiputera Islam ketika itu dan sekarang ini masyarakat Cina berpadu dalam DAP dan kemenangan 1985 itu tidak akan berulang lagi.

Pemimpin2 KDM selain yang dalam BN hanya perjuangkan untuk mendapatkan title YB dan selagi tidak dalam kerajaan persekutuan pasti tidak akan dapat perjuangkan visi seperti yang HARAPAN PAKATAN perjuangkan iaitu Autonomi dan perjanjian 1963.

Untuk perintah kerajaan persekutuan, kita kena tumbangkan kerajaan persekutuan. Yang hanya boleh perintah kerajaan persekutuan hanyalah PARTI NASIONAL yang bakal tandingi 222 kerusi MP di Malaysia.
Ada dua pilihan saja iaitu DAP/PKR/Amanah yang berpadu dalam HARAPAN PAKATAN atau Barisan Nasional. Hanya BN dan HARAPAN PAKATAN saja merupakan parti nasioal yang boleh mengubah kerajaan persekutuan tetapi BN kuta tahu memiskinkan Sabah.

Makannya tidak boleh tidak seluruh rakyat di Sabah ini kena bersatu mengundi parti yang boleh merubah keadaan di Malaysia ini terutama urustadbir di Sabah ini dan parti lain tidak akan dapat merubah keadaan selain hanya untuk kepentingan diri dan kelak bakal sertai parti nasioanl juga akhirnya.

Kalau kita mahu memanjat pokok kelapa, maka pertama kita pastikan dulu kepala itu berbuah dan kalau tidak ianya akan menjadi sia-sia

Nah, demikian juga maksudnya kalau mahu mengundi untuk perubahan maka parti tempatan/jika menangpun di negeri sama seperti kemenangan PBS dalam tahun 1985.
Tidak boleh tidak hanya HARAPAN PAKATAN sahaja yang benar-benar bakal bawa perubahan yang jelas dan pasti, sebab Harapan Pakatan ialah parti nasional yang belumpun teruji memerintah Malaysia.

Meski demikian kerajaan DAP/PKR/AMANAH di Pinang, PR di Selangor termasuk Kelantan telah memperlihatkan kepimpinan TERBAIK dan ikut auditor negara bawah pimpinan DAP/PKR telus, amanah, jujur dan berjaya mengurangkan korupsi dan menipu rakyat seperti pentadbiran BN.

Undilah PKR/DAP dan Amanah yang dinamakan HARAPAN PAKATAN.