MP BATU SAPI AKAN GUNAKAN PERUNTUKAN PARLIMEN BAGI BAIKI BUMBUNG SMK MUHIBBAH

OLEH: MOHD SUFFIAN KAMARULZAMAN
   
LAWAT.....Linda  Tsen lawat ke bangunan SMK Muhibbah tinjau masalah


BATU SAPI:-   Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin akan menggunakan peruntukan Ahli Parlimen beliau untuk membina bumbung di bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Muhibbah.

Linda menyampaikan berita baik itu selepas menerima permintaan pihak sekolah ketika beliau serta pegawai-pegawai beliau membuat lawatan ke sekolah tersebut.

Kerja-kerja membina bumbung itu akan dimulakan dalam tempoh terdekat dan apabila siap kelak, para pelajar serta guru-guru akan terlindung dari kepanasan matahari atau hujan semasa perhimpunan sekolah.

Mereka juga boleh mengadakan aktiviti-aktiviti sekolah dibawah bangunan yang berbumbung berkenaan. Turut hadir dalam lawatan ialah Ketua Pegawai Perhubungan Pejabat Ahli Parlimen Batu Sapi Kong Nyuk Thou.




PERMAS ALU-ALUKAN MENYERTAAN UMAT ISLAM JADI AHLI ....... ABD HALIM

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN: Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (PERMAS) mempelawa serta mengalu-alukan masyarakat Islam di negeri ini supaya menjadi ahli PERMAS berikutan asas perjuangannya lebih kepada memartabatkan Islam sebagai agenda utama.

Presidennya, Dato' Abdul Halim Ali memberitahu sudah tiba masanya masyarakat kita bersatu untuk mengembalikan maruah ugama Islam memandangkan timbul suara-suara yang cuba menghina sekali gus mengecilkan hati umat Islam.

Justeru itu, ujarnya, PERMAS sebagai NGO Islam yang telah pun berdaftar di bawah Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada tahun 2011 akan tampil ke hadapan bagi menangani apa jua isu yang menghina Islam daripada terus berleluasa.

"Matlamat PERMAS ditubuhkan adalah bagi mempertahankan bangsa, agama dan tanahair ... badan NGO Islam yang kita bentuk ini bukannya pertubuhan rasis yang merosakkan keharmonian kaum, sebaliknya untuk kebaikan semua lapisan masyarakat.

"Kita mahukan keharmonian ... kita tidak mahu timbul isu yang hanya mengecilkan hati orang-orang Islam, hati perlulah dijaga jangan sampai terguris sebab itu pertubuhan sebegini penting yang akan membantu mempertahan sekali gus mendaulatkan kesucian ugama Islam itu sendiri," jelasnya semasa ditemui kelmarin.

Ayahanda Halim berada di Sabah dalam rangka lawatan beberapa hari di Kota Kinabalu dan Sandakan bagi pembentukan ahli jawatankuasa tertinggi Badan Perhubungan PERMAS Sabah termasuk menghadiri satu Majlis Mesra Silaturrahim di sini.

Majlis berkenaan yang turut mengalu-alukan kedatangan Presiden PERMAS Malaysia serta rombongan Majlis Tertinggi (MT) dan Penerangan Sabah telah dianjurkan oleh Ayahanda Yusof Latip bagi mewakili Permas Zon Beluran. 

Mengulas lanjut, beliau berkata pertubuhan tersebut telah mulai bergerak sejak dari tahun 2008 sehinggalah terdaftar pada 2011 yang kini menyaksikan seluruh negeri mempunyai badan-badan perhubungan PERMAS termasuklah di Sabah.

Katanya, sambutan masyarakat terhadap pertubuhan semakin memberangsangkan berikutan pencerahan dan penerangan yang kerap diadakan membolehkan sokongan rakyat terus meningkat.

Jelasnya, PERMAS adalah sebuah pertubuhan yang perlu dipandang kerana matlamatnya lebih kepada usaha-usaha murni memartabatkan agama Islam daripada dihina anasir-anasir yang tidak bertanggungjawab.

"Badan Perhubungan PERMAS Sabah telah pun menyusun atur program kemasyarakatan untuk mengadakan pelbagai aktiviti termasuklah masuk ke kawasan pendalaman memandangkan matlamat turut menitikberatkan aktiviti-akviti kebajikan untuk membantu masyarakat seluruhnya. 

"Dengan adanya program kemasyarakatan yang kita laksanakan nanti, sudah tentu menjalin dan mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli-ahli jemaah serta seluruh masyarakat tanpa mengira apa pun fahaman yang dianuti," ujar bekas kontraktor itu.

Malahan, katanya, pihak PERMAS akan bekerjasama dengan kerajaan, badan-badan berkanun, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan atau NGO dan individu-individu yang mempunyai matlamat serta halatuju yang sama.

Dalam pada itu juga matlamat dan halatuju PERMAS ialah untuk muafakat bagi penyatuan semua ayahanda-ayahanda seluruh Malaysia tanpa mengira pertubuhan yang dianggotainya yang berlandaskan kepada perjuangan untuk memartabatkan Agama Islam, Bangsa Melayu, Sultan dan Raja-Raja Melayu serta negara kita Malaysia yang tercinta dan berpegang kepada Al-Quran dan Assunnah.

Penyatuan ayahanda-ayahanda ini adalah atas dasar permuafakatan yang menjadi teras penubuhan PERMAS. 
Penubuhan PERMAS juga bukanlah bertujuan untuk menyaingi pertubuhan-pertubuhan yang sedia ada.

Ringkasan halatuju PERMAS mempertahankan dan mendaulatkan Agama Islam, Bangsa Melayu, Sultan dan Raja-Raja Melayu serta Negara Malaysia yang tercinta ini.
Menumpahkan taat setia kepada kebawah Duli Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung, Sultan-Sultan dan Raja-Raja Melayu.

Bermuafakat untuk menyatukan semua ayahanda-ayahanda, orang-orang Melayu beragama Islam dan ahli-ahli jemaah seluruhnya.

Memartabatkan ayahanda-ayahanda sebagai Khalifah dan pemimpin yang dihormati serta disegani oleh masyarakat.

Mewujudkan Badan Pemantau yang diberi pengiktirafan sebagai Badan Tertinggi iaitu Majlis Lembaga Penasihat (MAJLIS SYURA) sebagai penasihat.

Mempertingkatkan kewibawaan dan kualiti ayahanda-ayahanda yang mempunyai disiplin yang tinggi dan bertanggungjawab.

Menjalin dan mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli-ahli jemaah serta seluruh umat Islam tanpa mengira apa fahaman politik yang dianuti oleh mereka.

Berusaha menganjur dan menjalankan aktiviti-aktiviti keagamaan, pendidikan, ekonomi, sosial, serta mewujudkan tabung kebajikan bagi mengumpul dana untuk memperkukuhkan 
Majlis Ayahanda.

Berikutan juga merupakan barisan tertinggi jawatankuasa Badan Perhubungan PERMAS Sabah yang terdiri daripada Pengerusi Tetap, Ayahanda Ahmad Angki; Pengerusi (Ayahanda Haji Abdul Manan Amjiah); Timbalan Pengerusi 1 (Noorbaki Haji Lamsari) dan Timbalan Pengerusi 2 (Jamal Ali).

Bagi Naib Pengerusi PERMAS Sabah masing-masing disandang Cikgu Awang Sham (Zon 1); Ustaz Zulkifli (Zon 2); Matlan Marjan (Zon 3); Ustaz Kamarudin (Zon 4); Yusuf Latip (Zon 5) serta Suhaimi (Zon 6).



NORAINI RASMI PERTANDINGAN PAIN BALL ANJURAN BIRO SUKAN UMNO SANDAKAN
























ALBUM KENANGAN....NORAINI BERDIRI (TENGAH) bersama  ketua Pumuda Bahagian UMNO Sandakan dan para AJK Penganjur Pertandingan Pain Ball

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Ketua Wanita UMNO Bahagian Sandakan Norani Sulong berkata pertandingan Pain Ball yang julong kali diadakan di Sandakan ini wajar teruskan sampai bila-bila masa memandangkan sambutan yang amat menggalakan di kalangan belia.

Kecenderongan pihak penganjur untuk mengadakan pertandingan Pain Ball ini ia menjurus  menggalakan para belia untuk menyertai program-progam sebegini ini untuk mengelakan daripada mereka terjebak dengan aktiviti-aktitivi yang kurang sihat .

“Syabas Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sandakan kerana berusaha mengadakan program sebegini khusus mengalakan para belia mengambil bahagian dalam kesukanan Pain Ball yang jarang-jarang dianjurkan oleh mana-mana NGO” katanya ketika berucap merasmian Pertandingan tersebut.

CENDERAHATI KENANGAN.... KETUA Pemuda UMNO Sandakan menghadiahkan cenderahati kepada Noraini Sulong

Pertandingan Anjuran Biro Sukan UMNO Sandakan dengan kerjasama Pemuda UMNO Dan Puteri UMNO Sandakan yang diadakan lapang sasar Kelab Indah Jaya telah disertai seramai 30 orang belia lelaki dan wanita telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut.




JANGAN SALAHKAN ORANG MELAYU KG SIM-SIM BAGI KALI KEDUA MEREKA UNDI CALON DAP/PKR PADA PRU 14 NANTI...DAYANG

OLEH: SHAIMON S JUMADI

WONG PRIHATIN.....Alilah sekali lagi menerima bantuan Kerusi Roda daripada Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong


SANDAKAN:-  Kejahilan  dan kekejaman  pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Sandakan yang telah memotong batuan bulanan RM300.00 keatas seorang warga emas macik Alilah Binti Akbal 82 duduk  bersendirian di rumah PPRT Kampung Sim-Sim Jabatan lorong 13 adalah dianggap para pegawai Jabatan berkenaan tidak mempunyai dasar peri kemanusian terhadap sesama insan terutama golongan miskin.

Ini adalah dasar kerajaan  Barisan Nasional (BN) yang suka mengabai-abaikan golongan miskin kalau hendak memberi bantuan kepada orang-orang golongan berada saja sementara macam macik Alilah mereka langsung tidak pandang dibuatnya macam sampah tepi jalanan.

Kehidupan macik Alilah bergantung kepada bantuan  eshan  jiran-jirannya ia mempunyai seorang anak angkat perempuan dalam usia 13 tahun  anak angkatnya itulah yang  disuruh meminta sedekah dari rumah kerumah untuk mencari sesuap nasi mana sudah pemimpin masyarakat yang telah dilantik oleh ADUN Tanjung Papat kenapa mereka langsung tidak menjengok lantas memberi bantuan.


TERDAHULU BANTUAN..... Wong menjengok Warga Emas Alilah Akbal sambil membawa buah tangan berupa beras dan makanan ringan juga  wang tunai RM200.00 untuk keperluan hariannya



Seminggu yang lalu Ahli Parlimen Sandakan  Stephen Wong telah memberi bantuan berupa makanan kepada Alilah pagi tadi Wong telah menghadiahkan  sebuah kerusi Roda (Wheel Chair) kepada Alillah untuk memudahkan  beliau duduk dikerusi roda tersebut.

Walaupun Stephen Wong merupakan Ahli Parlimen Sandakan dipihak pembangkang tetapi beliau menunjukan seoarang wakil rakyat yang sentiasa prihatin  terhadap mana-mana golongan tidak kira warna kulit baik orang itu bangsa Cina mahupun bangsa Melayu dalam memberi bantuan sama rata.

“Jangan salahkan orang-orang Melayu Kampung Sim-Sim bila PRU 14 nanti mereka mengundi calon-calon pembangkang terutama parti Pakatan Rakyat  sama ada PKR/DAP bertanding di DUN Tanjung Papat DUN Elopura termasuk Kerusi Parlimen” kata Dayang Zubaidah Datu Tahil pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Sandakan yang turut menyaksikan pemberian kerusi roda tersebut.

Katanya Ahli Parlimen Sandakan membantu setakat yang mampu sebab DAP tiada mempunyai sebarang peruntukan ia menggunakan wang sendiri sebagai alternatif untuk mjengurangkan sedikit beban.

Dayang menambah di Pejabat Unit Pembangunan Pemimpin Masyarakat (UPP) kawasan Tanjung Papat mempunyai ramai pegawai yang telah dilantik oleh ADUN Tg Papat tapi satupun tidak kelihatan mereka membuat lawatan ke Kampung Sim-Sim untuk mencari masalah agar segala masalah dapat diselesaikan dengan sebebarapa segera.







JANJI GLOBINACO AKAN SENGGELARAKAN JALAN DIBLOK BANGUNAN 16 BANDAR DUA TIGA HARI

OLEH: AZMI AZMAN

SANDAKAN:- Kerosakan jalan dilorong bangunan Blok 16 di Bandar yang sekian lama telah menjadi masalah pengguna jalan dalam dua tiga hari lagi jalan yang berlubang di sana sini sehingga menyebankan air bertakong bau busuk akan diselenggarakan.

Ini dijelaskan sendiri oleh Penyelia Syarikat Globinaco Chu Kem Men kepada Chang Shak Hung Penolong Setiausaha DAP Sandakan ketika meninjau di tempat tersebut.
 
Kata Chu pihaknya  yang membuat kerja-kerja penyenggelaraan keatas jalan tersebut  hanya jalan yang betul-betul rosak yang berlubang-lubang dan dipenuhi oleh air bau busuk.

Chang mengucapkan terima kasih kepada pihak Syarikat Globinaco atas keprihatinan  yang akan menyenggelarakan kerosakan jalan di blok 16 pada masa terdekat ini.


“Para pengguna rasa rugi membayar parking fee kepada pihak MPS kerana jalan itu tidak sesuai untuk meletakan kereta di Blok 16 kerana  diatas jalan itu semua dipenuhi oleh air najis” katanya.

SIKAP SUKA MEMBUANG TUALA WANITA (MODES) PUNCA UTAMA SALIRAN PEMBENTUNGAN SERING TERSUMBAT.. CHANG

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SEKONG-  Kurangnya sikap bertanggunjawab segelintir penduduk terutamanya golongan wanita di kawasan Perumahan Taman Anggerik yang gemar membuang dengan sesuka hati Tuala Wanita (Modes) kedalam lubang mangkok tandas (Jamban) adalah punca sebenar saliran bembentungan najis sering tersumbat ini menyebabkan tahi berlempahan di 7 blok  di kawasan tersebut.

Chang Shak Hung Penolong Setiausaha DAP Sandakan yang menerima aduan daripada penduduk setempat mengenai fenomena ini lantas menguhungi pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi memaklumkan 7 blok saliran najis di kawasan perumahan Taman Aggerek tersumbat.

Dengan rasa tanggungjawab pihak JKR kelmarin mereka telah menyenggelarakan semua  saliran najis yang tersumbat dan masih mandapati  beberapa tuala wanita menyangkut dicela-cela lumbang tersebut.


SUMBAT..Chang sedang dimaklumkan oleh pekerja JRK mengenai punca saliran najis sering tersumbat akibat sikap wanita yang suka membuang tuala wanita (modes) kedalam lubang mangkok tandas jadinya semua blok bermasalah.


Chang menasihati golongan wanita yang tinggal di perumahan Taman Anggerek dan dimana-mana jua tempat tolong jangan membuat  tuala wanita ke dalam lubang mangkok tandas kerana inilah punca  sebenar saliran najis selalu tersumbat.

Katanya disebabkan perbuatan tidak bertanggungjawab wanita bebuat sedemikian rumah ini telah menyusahkan penduduk yang lain kerana perbuatan beberapa orang wanita yang gemar membuang tuala wanita ke dalam tandas semuanya mendapat  risikonnya barang kali kamu suka melihat tahi berlempah ruah sebagai perhiasan di kawasan rumah kamu dengan terhidu bau tahu setiap hari.

“Saya cadangkan kepada Ahli Dewan Undungan Negeri (ADUN) kawasan Sekong agar menubuhkan satu badan iaitu Jawatankuasa Kemasyarakatan Dalam Bandar (JKDB)  di Taman Anggerik jika sudah tertubuhnya JKDB di taman tersebut mereka boleh menjaga kawasan itu dengan baik dan semua masalah yang terdapat di kawasan perumahan itu mereka boleh mengadakan perbincangan antara satu sama lain untuk mengadakan sebarang aktiviti-aktiviti kemasyarakatan” Ujarnya.


Chang mengucapkan terima kasih kepada pihak JKR kerana begitu bertanggungwab  terhadap masalah di kawasan perumahan itu. 

MP SANDAKAN GESA KERAJAAN KAJI SEMULA AKTA KAWALAN HARGA DAN ANTI PENCATUTAN

DARI BILIK MEDIA DAP

SANDAKAN:- Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong berasa tidak puas hati terhadap keputusan kerajaan yang mengumumkan harga minyak naik 10 sen mulai 1 Jun. 

Beliau syaki bahawa tindakan berulang-ulang menaikkan harga itu adalah untuk membayar hutang negara yang begitu tinggi.

Wong berkata, kerajaan Barisan Nasional telah mengumumkan Akta Kawalan Harga Dan Anti Pencatutan disahkan pada 26 Disember 2014 manakala akta ini telah dipakaiguna secara luas selepas pelaksanaan GST pada April tahun ini.

Beliau tambah, akta tersebut melarang pencatutan harga berlaku dari 1 Januari 2015 hingga Jun 2016 selama 18 bulan. Sekiranya sesiapa melanggar undang-undang akan dikenakan hukuman.

Beliau berkata, akta pencatutan ini gagal memberikan definasi terhadap "pencatutan" secara jelas, oleh kerana GST menyebabkan banyak peniaga terpaksa menaikkan harga jualan barangan untuk menampung kos yang semakin meningkat, ia telah mengakibatkan peniaga-peniaga tersebut dikenakan saman yang tinggi di bawah Akta ini.

Beliau mengutuk kerajaan bahawa tindakan tersebut adalah memaksa peniaga menanggung kos yang meningkat dan menyebabkan mereka menghadapi kesusahan sedangkan kerajaan sedar bahawa pelaksanaan GST akan menyebabkan harga barangan naik serta inflasi naik, tetapi kerajaan masih menindas peniaga-peniaga tersebut dengan menggunakan akta pencatutan. Ini adalah zalim dan tidak munasabah.


Wong juga mengkritik kerajaan Barisan Nasional merupakan kerajaan "Barang Naik". Walaupun harga minyak antarabangsa telah menurun dekat dekat ini, tetapi kerajaan masih berkali-kali menaikkan harga minyak untuk membebankan rakyat. Beliau tambah, hanya kerajaan saja boleh naik harga, tapi peniaga dan rakyat biasa tidak dibenarkan naik harga walaupun menghadapi kesusahan. Ini langsung tidak munasabah.

Beliau berasa amat kecewa kerana tidak nampak sesiapa wakil rakyat dari Barisan Nasional mengutuk tindakan ini yang membebankan dan menindaskan rakyat. Ia jelas menunjukkan wakil rakyat itu gagal membela kebaikan rakyat.

Beliau menuntut kerajaan harus mengkaji semula akta serta tindakan tersebut yang telah menyusahkan rakyat dan beliau berharap agar wakil rakyat dari BN akan menyuarakan kesusahan rakyat, bukan mendiamkan dan terus mengeksploitasikan rakyat.


TINDAKAN UGUT PENDUDUK PERUMAHAN LPPB SRI TAMAN OLEH KONTRAKTOR SUTRA KINABALU BOLEH LAPOR POLIS

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:-  Tindakan pihak Sutra Kinabalu Kontraktor yang  akan mengenakan caj RM15.00 untuk perkhidmatan penjagaan kebersihan sebilangan besar penduduk Perumahan LPPB Sri Taman membuat bantahan

Beberapa penduduk yang sempat ditemui ketika mereka mengadakan perhimpunan aman di depan premis kedai LPPB Sri Taman sambil disaksikan oleh Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong yang turut berada disitu.

Mereka kesal dengan tindakan pihak kontraktor Sutra Kinabalu kerana semasa mengidarkan borang untuk Caj RM15.00 dengan nadah yang kasar cara memaksa supaya borang yang diedarkan itu hendaklah diisi sekiranya penduduk enggan mengisi borang tersebut nanti geran rumah mereka akan digantung ini bentuk ancaman kepada penduduk disitu.

Perkataan  yang dilafaskan oleh pihak kontraktor Sutra Kinabalu benar-benar menyinggung perasaan dan kemarahan dikalangan penduduk setempat sudahlah semasa menghantar borang-borang berkenaan bercakap yang bukan-bukan kepada setiap penghuni.

Dalam pada itu Ahli Parlimen Sandakan Stephen yang menemui sebilangan penduduk yang memprotes tidakan kontraktor tersebut antara lain beliau akan membantu menyelesaikan masalah ini dan akan menulis kepada pihak Lembaga Pembangunan  Perumahan dan Bandar (LPPB) untuk memaklumkan mengenai Kontraktor Sutra Kinabalu bertindak   mengenakan caj RM15.00 pada setiap penghuni.


“Sepatutnya pihak kontraktor tersebut bawa berbincang dahulu kalau hendak buat sesuatu untuk kepentingan penduduk Perumahan LPPB Srri Taman agar segala perkara yang hendak  dibuat mendapat persetujuan semua  pihak ini jalan terbaik agar tidak timbul sebarang ketegangan.

Saya bukan hendak membela mana-mana pihak dengan tindakan mendadak pihak kontraktor terus menerus mengeluarkan notis tanpa dibawa perbincangan antara kedua bela pihak ini sudah  melanggar hak asasi kemanusian.


Saya sebagai Wakil Rakyat amat  simpati diatas nasib yang bakal menimpa penduduk tetsebut kerana tindakan menaikan caj RM15.00 lagi satu beban yang ditanggung oleh penghuni” kata Wong kepada Wartawan  kelmarin. POSTED BY FREE SANDAKAN TODAY

PARTI KEBANGSAAN SABAH (PKS) AKAN DILANCAR DI SANDAKAN.....ABDUL MAID

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:-  Sebuah parti baru ditubuhkan di negeri ini yang dikenali Parti Kebangsaan Sabah atau ringkasnya PKS  telah diluluskan pendaftarannya pada 2hb  Ogos 2013 dan telah dilancar pada 18hb April 2015 di Keningau.

PKS adalah sebuat parti yang berbilang kaum di Sabah dengan berwadahkan perjuangan dalam membela nasib rakyat dan mempertingkatkan semangat muhibbah dan bekerjasama  di kalangan rakyat Sabah yang terdiri daripada pelbagai suku bangsa kaum dan agama.

Ketua Bahagian Penaja PKS Sandakan  Abdul Maid  Mat berkata  Bahagian PKS Sandakan akan dilancar di Hotel Siang Garden pada 7hb Jun ini jam 1.00 petang.

Presidennya Thomas Anggan  dijangka akan merasmikan pelancaran PKS bagi Bahagian Sandakan.

Kata Abdul Maid antara hala tuju perjuangan PKS ialah mewujudkan semangat muhibbah kerjasama  dan keharmoian dikalangan rakyat Sabah.
 
Disamping untuk memulihkan semangat Perjanjian Persekutuan Malaysia 1963 kedudukan Sabah sebagai rakan kongsi yang sama  dalam dalam Persekutuan Malaysia dengan memulihkan autonomi kepada rakyat Sabah dalam rangka Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Maid berkata lagi ia juga bertujuan untuk membentuk pentadbiran negeri yang cekap, telusdan bersih dengan membanteras sebarang aktiviti kronisme  di pelbagai peringkat kerajajandengan melaksanakan polisi “Tender Terbuka” untuk mengelakan pembaziran dan rasuah.



ALILAH DAN OTHMAN TERGOLONG MISKIN TEGAR PERLU DAPAT BANTUAN...... KATA WONG

OLEH: SHAIMON  S JUMADI

SIMPATI... Wong sedang menyatakan sesuastu kepada macik Alilah



SANDAKAN:-Membantu kepada orang susah khususnya miskin tegar tidak terletak dibahu  para pemimpin kerajaan semata-mata untuk meringankan sedikit beban  pendiritaan yang ditanggung.

Malahan wakil pembangkangpun yang mempunyai rasa simpati  terhadap golongan ini  turut membantu seberapa yang mampu dan terdaya.

Dalam pada itu  Ahli Parlimen Sandakan (DAP) Stephen Wong  telah melawat bagi menziarahi seorang  perempuan warga tua di Kampung Sim-Sim Jambatan Lorong 13 dekat sini petang tadi


Macik yang berumur 82 tahun duduk dengan anak angkatnya disebuah rumah PPRT dikenali Alilah Bti  Akbal yang hidup dalam kemiskinan dan  anak angkatnya setiap hari meminta sedekah kerumah-rumah untuk mencari sesuap nasi untuk makan pagi dan petang.

Menurut Alilah dulu dapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat  sebanyak RM300.00 setiap bulan tetapi kini bantuan telah dibatalkan  walaupun dia tergolong miskin tegar menurut pegawai  berkenaan bahawa Alilah tidak layak menerima bantuan dari kerajaan.
 
Wong yang melawat ke rumahnya bersama rombonganya Frankie Poon Pengerusi Dap Tanjung Papat, Amsi Liew Pegawai Khas  I Parlimen dan Dayang Zubaidah Datu Tahil Pegawai Khas II Parlimen telah membawa buah tangan  berupa  beras dan makan-makanan ringan dan sedikit wang tunai untuk keperluannya.

Sejurus selepas dari rumah Alilah kemudian Wong pergi ke Sim-Sim Rumah Murah untuk menziarahi keluarga Othman  Jouni 50 tahun juga tergolongan miskin tergar.

Isterinya yang bernama Anie Jamadil 47 telah kehilangan penglihatan matanya hampir buta tinggal disebuah rumah berala pondok.

Kata Othman  diapun telah  memohon bekalan eletrik dan air paip tetapi sehingga ke hari  belum ada jawaban daripada pihak-pihak yang berkenaan.







PAKAI TUDUNG TETAPI BERSELUAR PENDEK ROZITA CHE WAN DIKECAM TERUK



OLEH: WAN SALMAH WAN DZULKIFLIE

ROZITA Wanita Muslimah bertudung tetapi menjijik mata memandang melihat pehak ditayang-tayang terdedah


KUALA LUMPUR:-  Sedang bercuti bersama keluarga di London, hampir setiap hari Rozita Che Wan akan berkongsi foto percutian beliau bersama peminat di akaun Instagram miliknya.

 Ramai yang memuji kejelitaan Che Ta dan imej keluarga bahagia beliau.


Namun, ada satu foto beliau telah mendapat perhatian ramai dan ia dikecam oleh peminat dimana Che Ta kelihatan seperti memakai seluar pendek bersama sepasang kasut boots.

Mamakai tudung konon menutup uarat tetapi pehak ditayang-tayang adakah Rozita  Che Wan  tahu hokum hakam Agama Islam


Mungkin Rozita terlalu ghairah menerima pujian demi pijuan bahawa dia adalah wanita tercantik walaupun sudah berumur sehingga berkahwin suami  lebih mudah 17 tahun.


TERDEDAH... Kalau macam ini dia dedahkan pehak orang tak kisah sangat sebab tidak memakai tudung





Ramai yang mula menganggap bahawa Che Ta tidak menjaga sensitiviti sebagai seorang wanita Islam  yang sudah bertudung dan hanya ingin mengikut fesyen sahaja.

Apa-apa pun diharap selepas ini Che Ta akan lebih berhati-hati dalam memilih pakaian beliau bukan pakaian membuka aurat sakit mata memandang sedangkan Che Ta seorang muslimah.

Meskipun tidak menggayakan sesuatu yang seksi tetapi kadang-kala kita tidak sedar ia mampu mengundang fitnah jika orang ramai melihatnya.




MP BATU SAPI GESA SESB TANGANI GANGGUAN ELEKTRIK DI SABAH


OLEH: SHAIMON S JUMADI



BATU SAPI:-  Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin berharap pihak Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) akan mengambil tindakan yang sewajar untuk menangani kadar gangguan bekalan elektrik di Sabah.

“Kadar gangguan bekalan elektrik di sesebuah kawasan perlu ditangani agar tidak menjadikan kesulitan kepada proses pembangunan dan juga keselesaan kehidupan rakyat,” kata Linda dalam ucapan ketika perbahasan di Parlimen.

Menurut Linda, beliau telah banyak kali menyuarakan masalah gangguan bekalan elektrik di sabah dan berharap di bawah Rancangan Malaysia Ke 11, perkhidmatan bekalan elektrik terutamanya di kawasan bandar seperti Kota Kinabalu dan Sandakan dapat dibaiki lagi.

Kestabilan bekalan elektrik bukan sahaja mencerminkan kemajuan sesebuah negara, ianya juga merupakan salah satu faktor yang menjadi penilaian oleh pihak pelabur dari dalam dan luar negara untuk melaburkan modal bagi membangunkan sesuatu projek di sesebuah kawasan, kata Linda.

Sememangnya tenaga elektrik amat penting dan merupakan keperluan asas yang diperlukan oleh semua rakyat samada di bandar mahupun di kampung – kampung, mahu tidak mahu tidak dapat lari dari menggunakan tenaga elektrik, tambah beliau.

Dalam perkembangan yang lain, Linda berkata bahawa usaha murni kerajaan dengan memperkenalkan projek rumah mampu milik Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dan program perumahan rakyat di seluruh negara merupakan satu langkah bijak yang boleh membantu lebih ramai rakyat memiliki rumah sendiri.

“Ini dapat meningkatkan taraf hidup rakyat dan memberi kesejahteraan kepada rakyat di negara ini terutamanya kepada golongan rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana,” kata beliau lagi.

 Adalah amat diharapkan agar projek-projek PR1MAini diperbanyakkan lagi bagi membolehkan lebih ramai rakyat negara ini memiliki rumah sendiri, tambah Linda.

“Dengan pembangunan pesat di bandar-bandar utama di sabah, seperti Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau, terdapat masalah setinggan yang berpunca dari penghijrahan penduduk-penduduk dari desa ke bandar.

Sehubungan dengan ini,  Linda mencadangkan agar penduduk-penduduk di kawasan setinggan ini, yang banyak terdapat di kawasan parlimen Batu Sapi yang beliau wakili, diberi keutamaan dalam projek-projek PR1MA dan program perumahan rakyat ini.




RMK-11 anaktiri Sandakan sebagai bandar kedua terbesar di Sabah; DAP gesa desentralisasi


OLEH: MEDIA DAP


SANDAKAN:- Kegagalan kerajaan menyalurkan perdana pembangunan asas di Sandakan justeru Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong melahirkan  rasa kecewa kerana pembangunan bandar kedua terbesar di Sabah iaitu Sandakan masih jauh ketinggalan  jika dibandingkan dengan keadaan di  Kota Kinabalu sepanjang tempoh lima tahun kebelakangan ini.

Saya berasa sukacita apabila mendengar Kota Kinabalu telah diistihar sebagai growth catalyst city, tetapi bagi Sandakan sebagai bandar utama kedua di Sabah, ia bukan saja tidak diberi keutamaan, malah RMK11 ini seperti tidak memberi apa-apa kebaikan kepada Sandakan.

Dalam masa yang sama, saya ingin mengetahui sejauh mana hasil kejayaan dan status beberapa projek yang telah diistiharkan dalam Rancangan Malaysia yang lalu seperti RMK-9 dengan pengumuman projek pembinaan by-pass Jalanraya Libaran. Ini kerana, walaupun Menteri telah berkali-kali berjanji bahawa projek ini akan bermula secepat mungkin, namun, ia masih tidak memperlihatkan apa-apa hasil.

Selain itu, saya juga ingin tahu berapa jumlah peruntukkan secara spesifik disalurkan untuk membangunkan Sandakan? Bukan sahaja kekurangan jalanraya malah liputan High Speed Broadband juga tidak memuaskan. Sandakan juga sering mengalami gangguan elektrik akibat dari kekurangan janakuasa elektrik di kawasan Pantai Timur; dalam hal yang sama, apakah status pembinaan janakuasa gas yang dicadangkan dibina di Lahad Datu seperti dicadangkan dalam RMK-9.

BANDAR Sandakan Masih Jauh Ketinggalan Foto By The Borneo Sabah Insider. net Arkib



Saya harap perkara ini tidak lagi ditunda memandangkan keperluan elektrik Sandakan semakin meningkat dalam masayang sama kerajaan menentukan sasaran yang tinggi supaya SAIDI Sabah boleh diturunkan ke 100 minit setiap pengguna setiap tahun.

Demi merealisasikan Sabah sebagai sebuah negeri yang maju setaraf negeri-negeri di Semenanjung Malaysia khususnya Kuala Lumpur, Sabah perlu diberi autonomi untuk mentadbir. Hanya dengan proses ini, Sabah akan lebih berkembang.

Beliau sebagai Timbalan Pengerusi DAP Sabah  antara lain menyatakan “bagi pendapat saya, kesemua masalah pembangunan ini diakibat dari pemusatan kuasa yang banyak kepada kerajaan persekutuan. Justeru satu-satunya kaedah untuk menjadikan Sabah lebih makmur dan berdaya saing ialah melalui proses desentralisasi supaya pembahagian kuasa dan sumber atau kewangan boleh dilaksanakan dengan lebih sempurna.


Menurut Perjanjian Malaysia, ada pandangan yang menggatakan bahawa Sabah berhak menuntut 40 peratus perkongsian cukai pendapatan kembali ke tangan kerajaan Sabah supaya pembahagian sumber itu diagihkan dengan lebih adil dan seimbang. Apakah pendirian kerajaan dalam hal ini dan saya berharap ia boleh ditunaikan tertakluk sepertimana dalam perjanjian Malaysia.

Selain itu, dari semua 154 jawatan Ketua Jabatan Kerajaan Persekutuan di Sabah, hanya 20 peratus sahaja pegawai-pegawai ini terdiri dari orang Sabah, perkara ini amat dikesali dan saya mengutuk keras-kerasnya terhadap ketidakseimbangan ini dan ia merupakan bukti yang menunjukkan Kerajaan Persekutuan tidak menghormati semangat Borneosasi dan mengetepikan orang Sabah. Saya menggesa RMK-11 ini mampu meningkatkan peratusan tersebut sehingga 50 peratus di mana warga Sabah diberi keutamaan untuk mengisi jawatan sebagai ketua-ketua jabatan kerajaan persekutuan di Sabah.

"Saya ingin mengingatkan, jika Sabah masih miskin, tiada makna Malaysia menjadi negara maju kerana ia hanya akan menunjukkan kegagalan kerajaan. Sabah failed, then Malaysia failed. Saya harap kerajaan memberi keutamaan kepada Sabah supaya pembangunan Sabah boleh dipercepatkan dalam lima tahun yang akan datang, masa yang sama Sabah diberi jaminan pembahagian sumber yang lebih adil dan seimbang." Ujarnya.