RUMAH TERBUKA TAHUN BARU CINA 2016 ANJURAN DAP DAPAT SAMBUTAN MERIAH

Thursday February 11.2016

OLEH: SHAIMON S JUMADI
www.sabahinsider14.blogspot.com

SANDAKAN:- Sudah menjadi kebiasaan setiap menjelangnya apa saja perayaan di Negara ini  sama ada Hari Raya Aidilfitri –Krismas- Deepavali, Pesta Kaamatan dan juga perayaan Tahun Baru Cina mesti sambut oleh pelbagai masyarakat sama ada secara besar-besaran mahupun secara sedarhana  saja untuk menerima tamu yang terdiri daripada pelbaga kaum.

Kelmarin  Parti DAP yang diketuai oleh Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong Tien Fatt bersama beberapa orang pemimpin kanan DAP Sandakan telah mengadakan rumah terbuka Kong Hee Fatt Choy yang dilangsungkan di Gelanggang Futsal KM 7.8 Jalan Utara dekat sini.

Ramai tetamunya yang terdiri daripada pelbagai kaum  turut gembira menyambut tahun baru cina 2016  walaupun kegawatan ekonomi Negara telah dirasai oleh semua rakyat namun perayaan tahun baru cina tetap disambut walaupun secara sedarhana denga tujuan untuk menjalinkan keharmonian bangsa yang ada di Negara ini.


Sambil itu Wong mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina 2016 kepada rakyat diseluruh Negara semoga tahun monyet ini akan membawa berkat dan kemakmuran.







No comments:

Post a Comment