PENDUDUK KG SUNDANG KAWASAN MP BATU SAPI TERPINGGIR DARI ARUS KEMUDAHAN ASAS


Khamis Februari 04.2016

OLEH: AZMIE AZMAN   
www.sabahinsider14.blogspot.com


BATU SAPI:-  Penduduk Kampung Sundang yang terletak di kawasan Parlimen Batu Sapi seakan akan mereka tidak mempunyai  Wakil Rakyat kerana kawasan perkampungan itu  terpinggir  dari menikmati aruS perdana pembangunan asas daripada kerajaan yang sedia ada sekarang.

Beberapa orang penduduk mengadu kepada Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Sabah Haji Hamzah Hj Abdullah semasa beliau bersama Ketua Cabangan Parti KeAdilan Rakyat (PKR) Batu Sapi Hj Basri Ibrahim  membuat lawatan mengejut kekampungan berkenaan kelmarin rata-rata penduduk mendakwa kampung itu yang sudah berusia lebih 50 tahun tetapi sehingga kini tiada bekalan elektrik daripada kerajaan hanya mereka menyewa daripada Syarikat Pentagon.

Kata penduduk itu lagi bayaran kadar pembayaran caj lektrik yang dikenakan oleh pihak Pentagon amat berbeza dengan pihak SESB pihak Pentagon  kira satu barangan elektrik seperti kipas angin  dikenakan caj RM10.00    satu biji mentol lampu RM10,00 sendainya  sebuah rumah itu menggunakan 10 biji mentol tidak termasuk penggunaan kipas angin mahu juga dikenakan caj RM140.00 hingga RM170.00 sebulan bukan kah mahal.
 
“Jika kami  gagal membayar sewaan penggunaan lektrik daripada Petagon sudah tentu bekelan eletrik yang disambung kerumah  kami terus dipotong tanpa adanya rasa belasan ihsan” kata penduduk itu lagi.

“Pilihanraya umum kali ini PRU14 nanti penduduk-penduduk  dan  pengundi kawasan Batu Sapi harus bijak memilih Ahli Parlimen yang benar-benar berjiwa  rakyat  yang tidak mempunyai sikap birokrasi dalam pengagihan  kemudahan asas kepada pengundi setempat”






No comments:

Post a Comment