RUMAH TERBUKA KONG HEE FAHH CHOI TIMBALAN PENGERUSI PEMASSA

Saturday February 13.2016

OLEH: AZMIE AZMAN
www.sabahinsider14.blogspot.com

GAMBAR KELIHATAN…..Haslin (duduk tengah) bersama James( 梁駿健) dan keluarga beliau serta tetamu lain semasa rumah terbuka James (梁駿健

SANDAKAN:  Rumah terbuka sudah menjadi lumrah pada sambutan perayaan di Malaysia sehingga seluruh lapisan masyarakat di negara ini mengetahui istilah amalan tersebut.

Rumah terbuka  bermaksud sesuatu perayaan termasuk Hari Raya Aidil Fitri, Tahun Baharu Cina, Krismas,  Deepavali, Kaamatan dan juga Gawai, disambut oleh penganut pelbagai agama dengan tujuan memupuk persefahaman di kalangan rakyat negara ini.

Amalan ini sesuatu yang unik dan memberi makna besar terutamanya dalam mengeratkan perpaduan kaum dalam masyarakat majmuk di negara kita.

Perpaduan yang terjalin akan dapat memudahkan pencapaian misi dan visi negara dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara Bangsa.

Demikian dinyatakan oleh pengerusi Persatuan Media Sandakan Sabah (PEMASSA) Haslin Gaffor semasa menghadiri rumah terbuka timbalan pengerusi PEMASSA James Leong (梁駿健)  yang juga Kapitan Cina kawasan Elopura di kediamannya di sini baru-baru ini.

Turut hadir untuk meraihkan sambutan Tahun Baharu Cina bersama James (梁駿健)  dan ahli keluarga beliau ialah barisan AJK PEMASSA dan keluarga serta warga media Sandakan.




No comments:

Post a Comment