MANGSA KEBAKARAN KG TINUSA II TERIMABANTUAN

Khamis Februari 11.2016


Gambar Kelihatan……Zakaria (tengah) ketika mewakili Ketua Menteri untuk menyampaikan bantuan serta sumbangan kepada mangsa kebakaran Kampung ATinosa 2 pada hari Selasa

OLEH: AZMIE AZMAN
www.sabahinsider14.blogspot.com

SANDAKAN:  Pembantu Menteri Kerajaan Tempat dan Perumahan Negeri Datuk Zakaria Haji Mohd Edris telah mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman dalam menyampaikan bantuan serta sumbangan kepada mangsa-mangsa kebakaran Kampung Tinosa 2 dua hari lepas.

Zakaria yang juga Naib Ketua Bahagian UMNO Libaran telah melawat tapak kebakaran dan mewakili Musa untuk menyampaikan bantuan berkenaan kepada mangsa-mangsa kebakaran.

Hadir bersama ialah Ketua Wanita UMNO Bahagian Libaran Datuk Armani Haji Mahiruddin, pegawai-pegawi dari UPPM Sungai Sibuga, ahli-ahli UMNO Libaran serta Datih Raisah Jubar, isteri kepada Zakaria.

Selain dari UMNO Bahagian Libaran dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Sandakan, mangsa kebakaran juga menerima bantuan dan sumbangan daripada 1AZAM, Majlis Perbandaran Sandakan,  KRT Kg Tinosa 2 , masyarakat dan Ketua Kampung Tinosa 2.

Lebih 20 orang dari empat keluarga kehilangan kediaman mereka dalam kebakaran di Jambatan 4 Kampung Tinosa 2 yang memusnahkan tiga buah rumah pada petang Feb 8. Tiga mangsa dilaporkan mengalami kecederaan ringan dalam kejadian tersebut.

Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan terima panggilan kecemasan pada 2.40 petang dan menghantar dua jentera bomba serta sebuah kenderaan utiliti bersama sepuluh anggota bomba ke lokasi kebakaran.

Kebakaran berjaya dikawal dari merebak ke rumah-rumah lain pada 3.21 petang sebelum dipadam sepenuh pada 4.32 petang, kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan Haikal Jammy Ngali Abdullah.

Punca serta kerugian masih dalam siasatan, tambah Haikal.





No comments:

Post a Comment