KENAIKAN RM3 SEMETER PERSEGI SATU BEBAN BERAT DITANGGUNG PENGUSAHA PUSAT KECANTIKAN...DAKWA WONG

OLEH: AZMI AZMAN

SANDAKAN:- Berhubung dengan penguatkuasaan Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) untuk mengenakan bayaran lesen sebanyak RM3 semeter persegi sebulan terhadap pusat kecantikan dan pusat penjagaan kesihatan, bermula pada 1 November, MP Sandakan Stephen Wong (DAP) berasa terkejut mengapa MPS berbuat demikian.

Wong berpendapat bahawa, pada masa kini, ekonomi merosot dan harga barangan melambung tinggi, para peniaga susah untuk menanggung kos yang tinggi. Penguatkuasaan MPS ini hanya akan menambahkan beban para peniaga yang cukup berat.

Menurut beliau, pusat kecantikan dan pusat penjagaan kesihatan selain harus membayar yuran lesen, MPS juga mengenakan bayaran RM30 bagi setiap kerusi kecantikan, bererti 5 kerusi kecantikan dikenakan bayaran sebanyak RM150.

Tindakan MPS kini hanya akan mengurangkan mereka yang ingin menceburi bidang berkenaan, manakala peniaga yang sedia ada juga akan menghadapi masalah bankrap.

Wong berkata, MPS mengenakan fi lesen yang tidak sesuai terhadap pusat kecantikan dan pusat penjagaan kesihatan pada ketika ini, merupakan suatu dasar paksaan, dan juga perbuatan yang amat tidak bertanggungjawab.

Wong juga berasa amat kecewa kerana tiada ahli majlis membantah pelaksanaan fi lesen yang tidak wajar itu.

 Beliau berpendapat bahawa ahli majlis seharusnya berdiri bersama rakyat, jangan hanya menyokong MPS secara buta-buta, khususnya pelaksanaan dasar yang tidak munasabah.

Beliau juga tidak berpuas hati dengan pengumuman pihak MPS mengenai cukai pintu tanpa bil.

 Beliau berpendapat bahawa MPS mengenakan bayaran sebanyak RM10 bagi mereka yang ingin mendapatkan bil cukai pintu, adalah tidak wajar langsung.

Beliau bertanya, undang-undang kecil yang manakah MPS mematuhi agar tidak mengeluarkan bil cukai kepada pembayar cukai?

Katanya, pihak MPS giat melancarkan "e-billing", dan walaupun dasar ini patut dilaksanakan, bukan setiap orang dapat atau pandai menggunakan komputer, terutamanya orang tua.

Beliau menekankan bahawa, MPS sebagai kerajaan tempatan agensi yang tertinggi, sepatutnya memberikan perkhidmatan kepada orang ramai, bukanlah memberi kesusahan, mereka harus faham bahawa pembayar cukai adalah bos sebenar bagi penjawat awam.

Pagi tadi Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) telah mengadakan sesi Taklimat Undang-Undang Kecil *Pusat Kecantikan Dan Peniagaan  Penjagaan Kesihatan) di Dewan Masyarakat  Sandakan.

Pada  sesi taklimat itu  yang bermula dari jam 8.00 hingga jam 11.30 pagi telah dihadiri lebih 100 orang pengusaha Pusat Kecantikan dan Peniaga Pencagaan Kesihatan termasuk beberapa pemimpin parti kanan DAP Sandakan yang diketua oleh Timbalan Pengerusi DAP Frankie Poon  dan manta calon Dun Tanjung Papat dan George Hiew , Calvin Chong  Amsi Liew  Pegawai Khas  I Parlimen Sandakan dan Pagawai Khas II Dayang Zubaidah untuk mendengar taklimat itu.

Kata Frankie dalam taklimat tersebut pihak penceramah ada menyebut bahawa Dewan Banraya Kota Kinabalu (DBKK) telah terkecuali daripada dikenakan peraturan sedemikian.

Lain-lain pihak berkuasa tempatan (PBT) bermula Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) Majlis Perbandaran Tawau (MPT) Lembaga Bandaran Kudat (LBK) Majlis  Daerah Penampang, Majlis Daerah Keningau, Majlis Daerah Lahad Datu, Majlisn Daerah Papar, Majlis Daerah Turan dan Majlis Daerah Beaufort.

Semua majlis tempatan yang disebutkan telah terlibat dengan system baru FI Untuk  Lesen Bagi Luas Lantai FI Untuk Kumpulan A  bagi setiap meter persegi akan dikenakan bayaran RM3.00 setiap bulan dibayar setiap suku tahun. 

Fi Untuk kumpulan B bagi setiaqp meter persegi dibayar RM2.50 setiap bulan setiap suka tahun dan FI Untuk Kumpulam C bagi setia[ meter persegi RM2.00 setiap bulan dibayar setiap suku tahun dikira dari dinding kedinding termasuk tandas awam dan keluasan bilik stor.

Jenis bayaran seperti yang dilaksanakan pada 1 Nomber ini yang terbahagi dua kategori Pusat Kecantikan jenis-jenis rawatan dan kedua Pusat penjagaan Kesihatan jenis-jenis rawatan.
Dalam sesi taklimat pagi ini mereka yang mendengar rasa tidak puas hati ramai peniaga yang membantah kadar kenaikan cukai itu yang dianggap satu beban berat kepada pengusaha Pusat Kecantikan dan Pusat Penjagaan Kesihatan.

Salah seorang pengusaha Pusat Kecantikan yang hanya dikenali Linda Chong yang turut membantah kenaikan cukai itu mengatakan tidak apa kami akur dengan kadar bayaran itu tapi kami berjani pada pilihanraya kami tidak mengundi mana-mana calon cina kah atau calon kadazan dan calon melayu daripada BN pada PRU 14 nanti.

“Kami memberikan kemenangan kepada calon-calon MCA, LDP, Gerakan, PBS tidak membawa sebarang hasil yang kami dapat6 hasilnya ialah beban  berat yang ditanggung oleh para peniaga” kata Linda Chong


“Kita kena sepakat masyarakat Cina, Kadazan, Dusun dan Murut mesti jangan mengundi calon-calon BN pada PRU 14 nanti kita mahu coba sejauh mana kalau tiada pengundi dari daripada Cinam Kadazan, Dusun dan Murut boleh kah BN Sabah bentuk kerajaan ini” tegasnya

No comments:

Post a Comment