CADANGAN BUNG TUTUP ASTRO KERANA MENIPU KERAJAAN DAN RAKYAT MENDAPAT SOLONGAN 90 PERATUS PELANGGAN ASTRO SELURUH NEGARA


OLEH: KAMARUL AZMAN

KUALA LUMPUR: Lebih 90  peratus pelanggan ASTRO memberikan sokongan sepenuhnya tergadap dakwaan Ahli Parlimen BN-Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin mendakwa saluran televisyen berbayar, Astro telah menipu kerajaan dan rakyat dengan menyiarkan iklan.
Sehubungan itu beliau menggesa kerajaan mengambil tindakan terhadap stesen televisyen berbayar itu.
“Berdasarkan perjanjian, Astro tidak boleh menyiarkan iklan sebab ianya TV berbayar. (Ini) kalah TV3 (banyak iklan), kita tak nampak mereka dibawa ke mahkamah,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015 Peringkat Jawatankuasa Kementerian Komunikasi dan Multimedia di Dewan Rakyat.
Memetik laporan BNBBC, Bung berkata, Astro mengutip iklan berbillion ringgit tetapi rakyat dan kerajaan ditipu dan menggesa, “Tutup sahaja Astro ini sebab tidak menguntungkan (rakyat dan kerajaan).”
Terdahulu, beliau mengecam tindakan syarikat tersebut menaikkan bayaran RM5 baru-baru ini namun mutu perkhidmatan masih tidak baik selain mengulang siar program sama dan lama.
Kecaman Bung Moktar terhadap Astro turut mengundang usikan daripada Timbalan Speaker Ismail Mohamad Said yang mengusik: “Kinabatangan (Bung Moktar) tak bimbang kalau ada pelakon yang tak dibenarkan masuk Astro.”
Usikan itu merujuk kepada isteri Bung Moktar, Zizie Ezette merupakan pelakon dan terdapat dramanya turut disiarkan di stesyen tersebut.
Usikan Ismail itu menyebabkan ahli-ahli parlimen turut gelak tetapi turut dijawab sambil gelak oleh Bung Moktar, katanya “rezeki ada di mana-mana”


BUNG....Saya cadangkan tutup saja ASTRO kerana menipu kerajaan dan rakyat


Sementara itu, ketika menjawab persoalan berkaitan Astro, Timbalan Menteri Kementerian Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata, iklan yang disiarkan hanya 10 minit untuk setiap sejam dan iklan merupakan satu yang universal bagi stesyen televisyen berbayar.

Ulasan tambahan pihak Editorial  The Sabah Insider.net mengenai dakwaan Ahli Parlimen Kinabatangam mengenai ASTRO menipu kerajaan dan rakyat memang tepat sekali  lebih  90  peratus pelanggan menyokong dakwaan Bung Mohktar tentang  isu berkaitan.

Pelanggan ASTRO di daerah Sandakan sahaja dianggarkan lebih 70 peratus telah tertipu mereka yang sudah tidak lagi menjadi pelanggan ASTRO dan telah melangsaikan hutang piutang bil-bil mereka  yang tertunggak pihak ASTRO masih lagi mengirim bil untuk menagihkan hutang sambil mereka dihubungi oleh agen-agen ASTRO.

Kami setuju cadangan Ahli Parlimen itu lebih agar siaran ASTRO ditutup saja daripada terus menipu kerajaan dan rakyat yang banyak menjadi mangsa penipuan ASTRO.


“Saya sudah mengatur pertemuan lebih 30 orang bekas pelanggan ASTRO  akan mengadakan Demontrasi dihadapan pejabat ASTRO di Taman Tying Garden untuk mengutuk perbuatan ASTRO yang banyak menyusahkan rakyat pada masa terdekat ini” jelas jurucakap itu.

Kata jurucakap itu lagi siaran TV1 TV2 dan TV3 cukup berkualiti berbanding dengan siaran ASTRO contohnya kalau ada angin sepui-sepui atau mendung saja siarannya terus terputus apa lagi kalau hujan lebat orang bodoh saja masih mahu jadi pelanggan ASTRO yang jelas telah menipu kerajaan dan rakyat seperti yang didakwa oleh Bung Mokhtar semasa sesi soal jawab dipersidangan Parlimen hari ini mendapat sokongan daripada lapisan masyarakat seluruh negara

No comments:

Post a Comment