MUKHRIZ KEKAL MB KEDAH ( Makna lebih 11 dari 21 DUN BN sokong Mukhriz, Kenyataan 14 sokong singkir PALSU dipaksa)


Wednesday February 02.2016

OLEH: ISMAILY BUNGSU
www.sabahinsider14.blogspot.com

TERLALU malu rasanya mereka yang berniat jahat untuk menyingkir MUKHRIZ dari kerusi Menteri besar Kedah.
 
Ini semuanya rancangan dari atas ke bawahan yang beriya-riya mahu duduki kerusi sama sebagai pengganti dan tentu saja perancangan sang ketua parti yang mengarahkan orang lain menguar-uarkan konon rakyat di Kedah tidak menyebelahi Mukhriz.

Jelas begitu kejahatan mereka lakukan, Allah tidak izinkan dan kalaupun izinkan pasti ada hikmahnya.

Apa jadinya kedudukan PM sekarang ini dan yang lain? Siap rakyat Kedah akan menghukum mereka nanti di PRU-14.

Kejahatan akan dibunuh oleh ketelusan dan kejujuran sebab selama inipun MUKHRIZ tidak melakukan apa-apa kesilapan besar yang memudaratkan negara meski dikatakan Kedah tidak membangun dan segala macam alasan sebaliknya Najib yang banyak membinasakan negara hingga rakyat menderita.

Kalau Kedah dikatakan tidak membangun, bagaimana pula negeri2 lain yang MB/KMnya lantikan dari parti BN sendiri?

Bagaimana Perlis, Melaka, Perak, Negeri Sembilan dan negeri lain? apakah negeri2 berkenaan maju dan hebat bawah pimpinan ketua menteri/Menteri besar masing-masing? Bagaimana Sabah yang diperintah oleh BN baik kerajaan negeri termasuk kerajaan persekutuan.

Bandingkan pula dengan Pinang dan Selangor? apa bezanya?

Seperti yang saya katakan bahawa tiada siapa boleh menjatuhkan MUKHRIZ duduki kerusi MB Kedah itu kecuali 11 dari 21 DUN BN atau jika tak selesai terserah di tangan 19 dari sejumlah 38 kerusi DUN Kedah. Jelas 14 dun yang dikatakan sokong MUKHRIZ disingkir AUTA dan permainan mereka yang busuk hati dan benarlah ada dipaksa.

Nah, hanya dua cara itu sahaja Mukhriz boleh dijatuhkan jika 21 DUN Kedah tidak dapat selesaikan, barulah 36 ahli dun Kedah selesaikannya secara undi tidak percaya di DUN. Ini cara perundangan tubuh kerajaan Negeri.

Apa sudahnya nanti kepada Najib dan yang beriya-iya mahu jatuhkan MB Kedah itu? Kita lihat nanti dan untuk itu tahniah buat MUKHRIZ.



TAK GUNA JUGA SABAH KAYA PARTI PEMBANGKANG JIKA TIDAK BERSATU BN TERBAHAK KETAWA



Wednesday February 03.2016

OLEH: ISMAILY BUNGSU
www.sabahinsider14.blogspot.com

UMNO memang anak murid British dan kerana itu dia jadi bijak guna sistem Pecah dan Perintah. Itu sebab dulu di Malaya ada kasta Cina di bandar, India di ladang dan Melayu di kampung-kampung.

Kerana itu juga lahir UMNO untuk orang Melayu dan lahir MIC untuk orang India dan lahir MCA untuk bangsa cina.

VISi/MISI pecah dan perintah itulah yang menyebabkan dulu Inggeris berjaya ubah pemikiran bangsa melayu dan pemikiran politik Melayu di Tanah Melayu ketika itu dan akhirnya kemerdekaan diberi atas kesihan inggeris sendiri.

Di Sabah memang rakyatnya mudah goyah dan mudah pening kepala dan kerana itu sistem air paip lambat berubah dan jalanraya juga amat teruk kecuali di kawasan bandar, pun ada yang berkurap berbisul meski di tengah bandar. Inilah hakikatnya.

Kesan Sabah dititikkan sebagai negeri yang rakyatnya termiskin, maka segala itu tidak begitu diperduli meski Sabah ini kaya dengan sumber alam merupakan negeri terkaya dan keadaan di Sabah tidak selayaknya demikian kalau dibandingkan dengan sumber alam yang Allah anugerahi.

Kenapa demikian jadinya? apa salah dan dosa orang Sabah?

Nah, soalan semacam itu tidak perlu jawaban dan kita tahu sebab Nabi sendiri tidak mahu umatnya miskin sebab miskin sabda nabi mendekat kufur dan bila kufur maka semuanya bisa tergadai.
Jelas, rata2 kesan tiada air paip dan rakyat miskin maka Tangki Biru dan BR1M cukup bererti buat orang miskin yang ramai di Sabah dan bila kemiskinan ini melanda, maka pemberian itu cukup bermakna meski tidak difikir masa depan negara bangsa sendiri.

Sesudah itu berjaya, maka ada lagi senjata yang cukup hebat iaitu memecah-mecahkan bangsa di Sabah.

BN pecahkan KDM dengan diwujudkan UPKO, PBRS untuk imbangi kekuatan PBS yang dimonopoli oleh kaum KDM ketika itu yang rata-ratanya kalangan KDM ahlinya dan sekarang KDM pecah seribu istilahnya belum dikira parti STAR, PCS dan lain-lain.

Nah, bila BN melihat keadaan di Malaya cukup bahaya, hanya Sabah dan Sarawak saja penyelamat BN di Malaya yang lingkup di PRU13 lalu dan kesan bantuan Sabah dan Sarawak diraih 44 kerusi MP di PRU13 lalu di kedua negeri yang menyebabkan PR tertinggal 33 kerusi menyebabkan Najib duduki kerusi PM.

Sekarang pula di Sabah sudah ada parti tersedia sebanyak 10 buah dan kemudian diluluskan lagi 13 buah parti dan keadaan ini menyebabkan BN ketawa terbahak-bahak dan rasanya BN tidak perlu risau kala Sabah TATAP dalam tangan dan Sarawak hanya bermain sandiwara semata sebab Sarawak sendiri termiskin no empat meski di sana pimpinan parti lokal sedang kuasa Malaya jaga.

Benarlah kata saudara saya Ahmad Shah Naing bahawa katanya ada tiga golongan kenapa mereka menubuhkan parti. Pertama katanya memang mereka mahu jadi YB tetapi sesudah menang bakal lompat macam katak kesan dapat habuan.
Kedua katanya mereka umum tanding dan dekat election/mengundi mereka tarik diri kesan dapat habuan dan ini memang pernah terjadi atau diam-diam di rumah guna sms sokong calon BN.

Ketiga kata Ahmad Shah lagi memang kesan dipasang oleh BN untuk pecahkan undi dan akhirnya BN menang.

Hakikatnya benar dan saya amat bersetuju pandangan saudara Ahmad Shah Naing mantan wartawan dan editor terkenal di Sabah Times dulu sebelum menjadi peniaga yang berjaya.

Seorang lagi pengamat politik yang tajam dan selalu menulis dalam suasana kabur dan mahu kita berfikir ialah saudara Juhari Sarbatly yang rambutnya putih sama macam Pak Samad Said.

Dia akui di Sabah banyak parti dan hingga sekarang ini ada yang belum dikenal kecuali PCS dan USNO baru, sementara yang lain hanya mendiamkan diri, malah pejabat juga tidak nampak dan ketika ditanya mereka jawab bergerak secara senyap-senyap. Apakah parti harus bergerak secara senyap sepi macam pencuri?

Saudara Juhari Sarbatly menjelaskan untuk tubuh KESEPAKATAN, ajak saja parti yang kuat dan berpengaruh sementara "serpihan" itu biarkan saja begitu dan tidak usah dipeduli sangat tetapi kala mereka mahu berkerjasama itu tidak mengapa tetapi jangan pula bersyarat mahu jadi calon dan itu tidak boleh dipraktikkan.


PARTI PKR SOKONGAN KEPIMPINAN MUKHRIZ MB KEDAH….WAN AZIZAH



Wednesday February 03.2016

OLEH: KAMARUDIN ZAMAN &
SHAIMON S JUMADI
www,sabahinsider14.blogspot.com

SUNGEI PETANI:-  Sejarah yang paling menggembirakan rakyat Kedah belum pernah mana-mana parti pembangkang di dalam Malaysia menyokong usaha murni kerajaan yang bermotifkan menyokong dan menyelamatkan kedudukan seorang anggota Kabinet kerajaan.

Wartawan portal The Sabah Insider.Net yang ditempatkan di mana-mana sudut yang sentiasa  mengikuti akan perkembangan perjalanan  senario  politik dan Kes Menteri Besar yang disandang oleh Datuk  Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir Mohamad yang akan digulingkan atas desakan Perdanama Menteri kini hampir selamat

Syabas Parti KeAdlian Rakyat (PKR)  Kedah membuat keputusan untuk menyokong Datuk Seri Mukhriz Mahathir kekal sebagai menteri besar, mengatakan perubahan kepimpinan pada ketika keadaan ekonomi tidak menentu, tidak memihak kepada rakyat.

Keputusan ini dicapai selepas PKR negeri mengadakan mesyuarat biro politik pagi ini di Alor Star bagi membincangkan kemelut menteri besar, tidak berapa lama sebelum Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang dijadualkan bertemu Jemaah Diraja Kedah.

"PKR membuat keputusan rakyat harus didahulukan dan kemelut ini dimulakan Datuk Seri Najib Razak secara tidak bertanggungjawab demi kepentingan politiknya.

"Kami menentang menteri besar ditukar pada waktu ini kerana ia bukanlah untuk kebaikan rakyat Kedah dengan keadaan ekonomi yang sedang kita lalui," kata Pengerusi PKR Kedah Dr Azman Ismail dalam mesej pesanan WhatsApp kepada The  Sabah  Insider hari ini.

Ahli Parlimen Kuala Kedah itu ditanya mengenai pendirian PKR berhubung kemelut menteri besar melibatkan anak kepada Tun Dr Mahathir Mohamad itu.

Krisis menteri besar Kedah sudah berlarutan sejak lebih seminggu lalu, sejak Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mengadakan sidang media pada 20 Januari menggesa Mukhriz disingkirkan.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan petang ini, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengatakan partinya menyokong pentadbiran Mukhriz di Kedah.

Katanya, PKR menghormati proses Perlembagaan dalam menentukan calon menteri besar yang dapat kepercayaan majoriti Adun dan sebarang keputusan untuk menyingkirkan penyandang jawatan menteri besar bagi mana-mana negeri mestilah diasaskan dengan alasan yang munasabah.

"Dalam kes negeri Kedah tidak ada sebarang alasan munasabah yang dikemukakan untuk menyingkirkan Datuk Seri Mukhriz selaku menteri besar selain daripada politik persaingan dalaman Umno.

"Atas alasan tersebut, pada pandangan kami, kami akan terus menyokong pentadbiran yang sedia ada," kata Dr Wan Azizah yang juga merupakan ketua pembangkang.



AHLI PARLIMEN SANDAKAN SUMBANGKAN 12 MEJA JEPUN UNTUK KELAS TABIKA KEMAS KG BERHALA DARAT


Wednesday February 03.2016

OLEH: SHAIMON S JUMADI
www.sabahinsider14.blogspot.com


TANJUNG PAPAT:- Kelas TABIKA KEMAS dibawah kelolahan Jabatan Perpaduan Negera (Jabatan Kemajuan Masyarakat) KEMAS Kg Berhala Darat Jambatan Lorong C Rancangan Rumah Murah Sim-Sim dekat sini  yang dalam serba serbi kedaifan akhirnya dapat juga pembelaan dari pihak pembankang yang sekian lama tidak diambil peduli oleh ADUN Tanjung Papat.

Pagi Kelmarin kira-kira jam 10.00  pagi Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong Tien Fatt bersama Frankie Poon wakil DAP Tg Papat dan Basith  Hj Ohman  telah melawat ke Kelas TABIKA KEMAS Kg Berhala Darat sambil memberikan  sumbangan berupa 12 buah meja Jepun untuk kemudahan para murid yang selama ini mereka tidak mempunyai kerusi dan meja mereka hanya duduk ngelesot dilantai.

Sebagai Ahli Parlimen Sandakan yang telah diberi mandate oleh rakyat Wong tidak sampai hati melihat situasi kelas Tabika Kemas tersebut yang dalam kedaifan  murid-murid belajarpun memang tidak selesa.

Kemana kah perginya para pemimpin kerajaan BN Tg Papat  yang sentiasa menerima pujian bertalu-lalu mendapat sanjungan seperti Nabi tetapi masalah kecilpun tidak boleh menyelesaikannya.
 
Dalam pada guru-guru  Tabika Kemas bagi pihak para ibubapa mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli Parlimen Sandakan walaupun hanya parti pembangkang tetapi mempunyai rasa tanggngjawab membela rakyat yang sering terpinggir dalam menikmati arus kemudahan asas.



PARTI-PART PEMBANGKANG HARUS BERSATU KALAU MAHU TUMBANGKAN KERAJAAN BN PRU14



Wednesday February 03.2016

DARI SUDUT PANDANGAN EDITOR
SHAIMON S JUMADI
www.sabahinsider14.blogspot.com


DALAM  kiraan parti-parti politik yang berdaftar dengan  Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS)   dalam pembentukan Barisan Nasional  (BN) pada tahun 1973 apa bila parti perikatan yang melibatkan UMNO-MCA dan MIC bergabung dengan beberapa parti lain dan terbentuknya Barisan Nasional.

Dan  setakat ini terdapat 13 buah parti komponen  yang berjaya membentuk  Kerajaan Barisan Nasional (BN) UMNO-MCA-MIC-PBB-SUPP-GERAKAN-PPP-LDP-PBRS-UPKO-PBS-SPDP dan PRS

Sementara parti-parti pembangkang yang berpengaruh besar iaitu DAP-PAS-PKR dan AMANAH sementara parti SAPP dan Star  seperti air didaun keladi atau nyawa-nyawa ikan atau lain bahasa hidup segan mati tak mahu, mereka ini sebagai pengacau untuk memecah undi saja.

Seperti kita  sedari parti pembangkang yang sekarang ini yang mempunyai pengaruh besar di kalangan rakyat pelbagai suku bangsa ialah DAP-PKR dan AMANAH sementara PAS telah keluar dari gagasan PAKATAN RAKYAT (PAKATAN HARAPAN)  kerana difahamkan PAS akan bergabung tenaga untuk memenangi PRU14 nanti akan  membentuk kerajaan camporan antara UMNO-PAS.

Bercakap tentang kewujudan parti-parti pembangkang bila menjelangnya PRU  tumbuh macam cendawan yang paling ketara sekali rakyat Sabah paling gemar untuk menubuhkan parti walaupun ahli-ahli hanya  sekumit tapi nafsu mereka terlalu besar mahu juga menubuhkan parti walaupun pemimpinnya atau presidennya mirip kaya sontoloyo bin Gatel Pak Loso.
 
Bagi pihak Jabatan Pendataftaran Pertubuhan (ROS) tidak pula menghalang mereka yang ingin menubuhkan parti-parti tersebut asalkan memenuhi  syarat-syarat yang diwajibkan oleh ROS.

Kenapa dan mengapa mereka suka menubuhkan parti baru bila menjelangnya PRU sebab mereka ada tujuan dan maksud sebenar bukan bertujuan untuk memenangi kerusi DUN atau Parlimen akan tetapi matlamat mereka untuk menawarkan diri untuk dibeli oleh parti-parti lawan  khususnya yang menentang calon-calom BN yang bertanding satu lawan satu.

Musim sekarang bukan musim di zaman BERJAYA mereka beli calon yang menentang satu lawan satu nilainya  paling rendah RM500 ribu akan tetapi masa kini nilai calon parti-parti pembangkang yang suka tarik diri selepas penamaan calon hanya sekadar RM10.000 hingga RM20.000 sahaja tidak semahal macam 41 tahun dulu.

Bagi pandangan saya,  dan saya bukan seorang politikus  ada kalanya parti-parti pembangkang akan bakal wujud nanti tolak DAP-PKR-dan AMANAH   mereka harus bekerja sama antara satu sama lain.


Maksud saya bergabung tenaga kalau memang benar-benar ikhlas dan jujur yang mempunyai satu matlamat dan tujuan untuk menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN)

Di mana di kawasan itu mereka meletak calon seperti DAP mereka tak usah meletakan calun parti-parti pembangkang yang lain lantas bantu calon DAP tadi, begitu seterusnya AMANAH dan PKR  di mana ada calon PKR atau calon AMANAH parti-parti lain jangan letak calon kawasan yang ditandingani.

Begitu juga halnya di mana parti-parti yang ditandingan oleh parti-parti lawan DAP-PKR dan AMANAH tidak meletakan calun-calun mereka sebaliknya mereka saling bantu membantu antara satu sama lain untuk mempastikan kerusi DUN kah atau Parlimen jatuh ketangan pembangkang.

Jika  teori dan formula sebegini bisa  diguna pakai oleh mana-mana parti pembangkang di  Sabah ini pastinya kemenangan berpihak kepada parti-parti pembangkang nanti kemudian baru bentuk barisan PAKATAN HARAPAN yang berdaftar kalau sudah berjaya membentuk kerajaan baru.




DASAR UMNO KAH ATAU DASAR PRESIDEN UMNO SUKA-SUKA BUANG ORANG WALAUPUN BERJASA?


Monday February 01.2016

ULASAN DARI MEJA EDITOR
SHAIMON S JUMADI
www.sabahinsider14.blogspot.com


DALAM UMNO  sesuka hati  memecat dan membuang orang  jika dianggap tidak sehaluan  daya pemikiran dan sependapat dengan Presiden  UMNO yang juga Perdana Menteri yang keenam tidak lain tidak bukan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Adakah ini memang dasar UMNO atau dasar Presiden UMNO mana-mana ahli diperingkat Majlis Tertinngi UMNO yang didakwa tidak sehaluan pendapat dengan Najib semestinya jadi mangsa keadaan.

Sebagai Presiden UMNO yang juga Perdana  Menteri Najib tidak terfikirkah kalau orang-orang kuat UMNO tiba-tiba disingkirkan daripada jawatan akan membawa malapetaka kepada UMNO kemudian hari.
 

Kesan daripada tindakan penyingkiran beberapa orang kuat UMNO sebanyak sedikit membawa impak negatif kedudukan UMNO bilamana orang-orang itu melompak ke satu-satu parti

Jelas terbukti Tan Seri Muhyiddin Yassin Datuk Shafie Abdal akan datang juga Mukhriz bakal jadi mangsa menyingkiran  membawa perpecahan di kalangan kelompok-kelompok UMNO kerana bukan semuanya ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO setuju apa yang telah berlaku sekarang.

Demi menjaga periuk nasi macam mana pahitnya ubat ini terpaksa ditelan juga kerana untuk menyenbuhkan sesuatu penyakit itu.

Kes  Datuk Mukhriz  sebagai Menteri Besar  Kedah  kini telah menimbulkan kemarahan ahli-ahli diperingkat akar umbi di Kedah bukan semuanya mereka bersetuju si Mukhriz di pecat atau disingkir daripada Menteri  Besar Kedah.

Banyak orang berpendapat yang sama semua ini ada dalangnya kalau si Najib kita fikir dia tidak tergamak untuk membuang mana-mana ahli UMNO yang berjasa yang berpengaruh besar oleh kerana ini semuanya  jadi mangsa keadaan ini sebenarnya disebakan sandiwara dan lakonan orang-orang Najib yang suka korek pantat suka membodek maka fikiran si Najib diracuni oleh kunci-kuncu Najib yang ingin melihat UMNO hancur maka pandai-pandai mereka menghasut si Najib untuk memecat sekian-sekian orang yang telah mengkritik Najib sama ada tentang isu1MDB dan juga RM2.6 billion itu.

Orang tukang kipas si Najib memang pandai berpura-pura setia didepan Najib tetapi dibelakang Najib tabiat macam setan atau gunduruwo semua ahli-ahli UMNO berkecai berai.

Jika difikrkan Najib tidak sejahat manapun dia (Najib) tidak sekejam itu untuk suka-suka membuang orang-orangnya sendiri cuma disebakan ada orang tukang kipas dari  belakangnya jadi serba salah kalau pisau itu tumpul tapi kalau di asa hari-hari tentunya tajam silap langkah boleh memutuskian jari sendiri.

Bagi pihak parti pembangkang sememangnya sudah ternanti-nanti menunggu kemasukan ahli-ahli UMNO yang menjadi mangsa penyingkiran seperti Muhyinddin Yassin, Mohd Shafie Abdal, Mukhriz dan seketunya menyertai PKR ataupun AMANAH kalau menyertai PAS jauh sekali kerana PAS sekarang tiada sokongan moral di kalangan orang-orang Islam apabila hasrat PAS ingin bergabung untuk menubuhkan kerajaan campuran  antara PAS-UMNO selepas PRU 14 nanti.

Sekarang PAS pimpinan Hj Abdul Hadi Awang terkapar-kapar kerana ramai sudah ahli-ahli PAS keluar dan menyertai AMANAH, jadi sekarang isu yang sering  dimainkan oleh PAS ialah menghentam DAP  menghina agama Kristian sehingga menimbulkan kemarahan di kalangan umat Kristian di Sabah dan di Sarawak.

Andai kata angan-angan PAS berjaya membentuk kerajaan campuran kelak selepas PRU14 nanti bagaimana kedudukan parti-parti komponen Barisan Nasional diperingkat persekutuan seperti MCA-MIC dan Gerakan.

Sementara parti-parti komponen yang lain di Sabah seperti PBS-UPKO-PBRS dan LDP adakah mereka bersetuju dengan UMNO yang mahu menubuhkan kerajaan campuran itu, ini menjadi persolannya.











LONGGOKKAN SAMPAH DEKAT KUBURAN RANCANGAN SUNGEI MANILA KINI BERES


 Tuesday February 02.2016


OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTO: MUSTAFAH MOHD HASSAN
www. Sabahinsider14.blogspot.com

SUNGEI SIBUGA:- Kes pembuangan sampah sarap dibersebelahan Tanah Perkuburan Orang-Orang Islam Bintang Batu Rancangan Sungei Manila Batu 12 yang menjadi isu panas kini telah beres.

Seorang penduduk Rancangan Sungei Manila yang juga Wartawan  News Sabah Times Mustafah Mohd Hassan dalam satu kenyataan hari ini katanya walaupun Rancangan Sungei Manila bukan dibawah selia Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) akan tetapi atas prihatin dan dasar prikemanusian pihak MPS telah meyuruh para pekerja untuk membersihkannya.
 
Mustafah bagi pihak penduduk-penduduk Rancangan Sungei Manila mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Presiden MPS Haji Mohd Hamsan Hj Awang Supain kerana begitu susah paya membantu membersihkan sampah-sampah bertaburan.

Wartawan The Sabah Insider.net telah terkilan ada seorang hamba Allah yang telah melihat gambar sampah bertaburan berhampiran rumah sampah itu katanya gambar lama untuk diviralkan yang ditulisnya di laman social FB.

Satu pembohongan kepada masyarakat katanya dia sering lalu dekat jalan itu akan tetapi dia tidak nampak sampah-sampah bertaburan kenapa dia fikir kerja wartawan sengaja buat cerita direka-reka memang kalau orang buta hati macam itulah.





KATA-KATA YANG BERBELIT ( rata-rata perut boroi semacam ular sawah)

Tuesday February 02.2016

OLEH: ISMAILY BUNGSU
www.sabahinsider14.blogspot.com

KEKADANG  menonton Malaysiaku seolah seperti melihat filem Tamil atau filem barat yang banyak sangat pembohongan kesan teknik dan teknik itulah yang diguna oleh kaum politikus kita untuk menutup segala tong tahi agar tidak kedapatan/ketahuan oleh rakyat jelata.

Dikoreknya satu lubang dan lalu ditutupnya dan korek lagi sedang di belakang ramai sangat semacam babi-babi  hutan yang siap menyondol siapa saja bakal menghentam dan untuk kuatkan sondolan itu, lalu dicipta segala macam akta.
begitulah.

Suatu waktu dijelaskan dana di bank singapura ditahan dan kemudian dikatakan arab menderma/yang aneh pendermanya itu sudah jauh di dalam tanah dan kelihatannya memang aneh.

Raja Arab meninggal di bulan januari sedang zahid ketemu di bulan ogos dan kelihatannya semacam main wayang yang dikira semua orang bodoh dan kemudian tiba-tiba  penguam negara kata jangan bangkit isu dana arab tua itu sebab sudah dikembalikan.

Lalu tiba-tiba  muncul pula dana 1MDB rm16 bilion dibekukan di Swiss Bank. Kenapa di swiss bank? harta siapa di sana? begitu kaya pemimpin kita ini disimpannya di Swiss Bank agar tiada siapa bisa tahu, tetapi Allah itu adil, lalu terbongkar yang swiss bank bekukan dana itu sebab didapati wang haram.

Itu yang kita tahu kesan Tuhan bantu dan barangkali pasti banyak lagi pemimpin kita yang pernah duduki kerusi PM/Menteri besar dan Ketua Menteri punya harta menimbun di Swiss Bank dan bank-bank lain.

Kalaulah begini kelakuan dan perangai pemimpin kita, maka ramalan muflis itu tetap bakal kita hadapi dan kalau tidakpun hidup kita bak ulat dalam batu. Memang hidup tetapi menderita mengharap nasib semata.

Allah maha adil dan suatu waktu akan terbongkar semua perkara dan itu sebab mereka khuatir sebab kalau UMNO tersungkur, segala tong tahi akan menyebar di jalanan dan akan kelihatan di depan mata, bukan saja itu mereka akan duduki jawatan menteri di negara yang namanya sungai buloh.


AMANAH KESAL SIKAP BIROKRASI JPN DALAM PEMBIKINAN MYKAD TERHADAP RAKYAT SABAH



Tuesday February 02.2016

OLEH: SHAIMON S JUMADI
www.sabahinsider14.blogspot.com

SANDAKAN:-  Sikap karenah  birokrasi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam memproses permohonan Mykad terhadap rakyat Sabah dan terlalu banyak prosedur  jelas ini menyulitkan mereka sukar mendapatkan mykad.

Pelbagai halangan di perkenalkan oleh JPN seperti mewajibkan “Pengesahan Taraf” dari mahkamah diminta mengisi Borang 10 dan bagi  membetulkan fakta dalam Sijil Lahir dan sebagainya  berbanding dengan PATI yang mendapat Mykad begitu mudah tanpa apa-apa syarat dikenakan.

Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Sabah Hj Hamzah Hj Abdullah berkata dalam sesi sidang media di sini kelmarin menyatakan rasa kesal Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ditubuhkan bukan menyenangkan rakyat Malaysia akan tetapi  sebaliknya menyusahkan rakyat yang berurusan tentang pembikinan Mykad.

“Dengan ini saya bagi pihak Parti Amanah Negara (AMANAH) menggesa JPN supaya melonggarkan syarat-syarat untuk memproses pembikinan Mykad khusus untuk rakyat Sabah seperti mana JPN telah melonggarkan syarat-syarat kepada rakyat asing (PATI) dalam memiliki Mykad dengan mudah” tegas Hj Hamzah.









PKR CABANG BATU SAPI ADAKAN MESYUARAT BULANANNYA



Tuesday Februari 02.2016

OLEH: SHAIMON S JUMADI
www.sabahinsider14.blogspot.com


BATU SAPI:- Parti KeADIlan Rakyat (PKR) Cabang Batu Sapi  telah mengadakan mesyuarat bulanannya yang diadakan di Bandar Ramai-Ramai kelmarin.

Pengerusi Cabang PKR Batu Sapi Hj Basri  Ibrahim teleh mempengerusi mesyuarat tersebut yang hampir dua jam itu bagi membincangkan isu-isu semasa.

Agenda kedua ialah mengenai penambahan ahli PKR kerana memandangkan ramai di kalangan penduduk kawasan Sekong termasuk Batu Sapi mereka berminat untuk menyertai PKR.

Antaranya turut hadir pada sisi menyuarat itu ialah Naib Ketua Cabang 1 Baby Annie Alsali, Naib Ketua Cabang 2. Matusin Apang Bendahari Mustafah Talib Ketua Wanita Norhaya dan Ketua Angkatan Muda Mohd Fadil dan ter masuk Ahli Jawatankuasa Cabang yang lain.

Hj Basri dalam ucapannya menyeru semua ahli-ahli PKR Cabang Batu Sapi agar sentiasa memberikan  kerjasama dengan rakan-rakan seangkatan dalam barisan Pakatan Harapan iaitu antara DAP dan juga Amanah.

Katanya ketiga-tiga parti ini bergabung dengan satu tujuan dengan satu matlamat untuk menumbangkan  kerajaan Barisan Nasional (BN) pada PRU14 nanti.

“Kalau boleh tolong daftarkan anak-anak muda yang berumur 20 tahun sebagai daftar pemilih baru (SPR) agar mereka boleh mengundi bila genap usia mereka 21 tahun untuk PRU 14 nanti” katanya lagi.



Rakyat tahu baca politik kotor Najib – Anina



 |
Tuesday February 02.  2016

PETALING JAYA: Rakyat negara tahu membaca strategi politik Datuk Seri Najib Razak yang didakwa kotor dan menjijikkan.
Bekas ahli UMNO, Anina Saadudin membuat perkiraan itu berdasarkan momokan yang dibuat rakyat setiap kali sesuatu isu berlaku melibatkan Perdana Menteri.
“Tidak sukar untuk rakyat membaca permainan Perdana Menteri dalam mencatur politik peribadi beliau. Semuanya digerakkan dalam strategi tersusun, namun ianya kotor dan menjijikkan,” katanya kepada FMT, di sini, hari ini.
Katanya, strategi itu dapat dibaca apabila barisan kepemimpinan UMNO Kedah membuat pengumuman hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, menyebabkan rakyat kecoh mengenainya.
Perkara berkenaan mengiakan tekaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Mukhriz hanyalah mangsa percaturan politik oleh Perdana Menteri.
Jelasnya, tidak cukup dengan itu, kemarahan rakyat bertambah apabila Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengumumkan keputusannya membersihkan segala dakwaan terhadap Perdana Menteri berhubung isu SRC International dan derma RM2.6 bilion, sekali gus mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menutup kes berkenaan.
Anina berkata, kemarahan rakyat kemudiannya menjadi tangisan terhadap Perdana Menteri apabila Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) diluluskan dengan persetujuan seramai 127 ahli Parlimen.
“Rakyat menangis melihat ahli Parlimen tersenyum riang di lobi Parlimen (sebaik sahaja TPPA diluluskan),” katanya. POSTED BY FMT



RAKYAT MALAYSIA MASIH SOKONG MUKHRIZ JADI MB KEDAH



Tuesday February 02.2016

OLEH ANINA SAADUDIN
www.sabahinsider14.blogspot.com
 · 
DALAM  perkembangan politik di Kedah yang semakin para-kritikel Saya dimaklumkan  bahawa  Datuk Seri Mohd  Najib Tun Abdul Razak memanggil hampir 260 ADUN , Ahli Parlimen dan kesemua pemimpin-pemimpin bahagian di Kedah untuk hadir mesyuarat khas yang diadakan  di Bangunan UMNO, PWTC petang  baru-baru ini  untuk membincangkan  berkaitan isu menggesa Perdana Menteri akan  menukar Menteri Besar  Kedah yang kini disanang oleh Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir Mohamad tetapi  (jumlah sebenar tidak dapat dipastikan setakat ini). 
Malangnya, hanya 54 orang yang hadir. Jika semalam kononnya 15 Ketua Bahagian tolak   Mukhriz, bermakna hari itu jelas seramai  206 pemimpin bahagian tolak   Najib.
 
Dalam kes penyingkiran Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah perlu juga  saya hendak  maklumkan, dalam 54 orang tersebut, separuh darinya adalah penyokong setia  Mukhriz yang hadir sekadar untuk mengambil gambar muka-muka penyamun negara.
Saya juga nak beritahu  Najib, bukan sahaja seluruh rakyat KEDAH sayangkan  Mukhriz, malah seluruh Malaysia mahu  Mukhriz kekal sebagai MB Kedah sehingga menjelangnya PRU14 nanti.
Satu lagi perkara penting yang saya nak beritahu adalah, 30 juta rakyat Malaysia  mendesak supaya  Najib letak jawatan minggu depan ini bukan saja untuk menyelamatkan Negara Malaysia tetapi untuk membersihkan nama UMNO yang kini gara-gara perbuatan songsang Najib UMNO turut terpalit bau busuk.


Baruah-Baruah Najib seperti Ahmad Mazlan Pendekar Amin Mulia, Tengku Adnan Tengku Mangasur Mas Joko Datuk Zahid Hamidi, Datuk Salleh Burung Said Keruak  dan Datuk Azlina Othman (Lesbian)  suruh bersedialah  dari sekarang mana tahu  Najib terungkur nanti mereka ini sebagai kuncu Najib turut juga tersungkur.