OLEH: SHAIMON S
JUMADI
SIMPATI...Dato Seri Kemelia kelihatan duduk di pondok itu untuk menunggu kedua-dua ibubapanya.
SANDAKAN:- Sekeluarga yang
menyewa sebuah rumah berhampiran Sungai Batu 8 terpaksa keluar kerana rumah
tersebut diambil alih oleh pemiliknya.
Disebabkan mereka tidak
mempunyai tempat tinggal mereka terpaksa mendirikan kemah diatas tanah
bersebelahan dengan Taman Buaya untuk sementara waktu.
Dalam pada itu seorang aktivitis masyarakat yang dikenali
sebagai Dato Sri Kemelia Hassan (gambar) yang mengetahui hal ini bergegas pergi ke
lokasi itu untuk mencari kepastian sebab menurut info yang tersiar di laman sosial
FB mendakwa mereka termasuk ibu dan
anak-anak telah dihalau oleh bapanya cerita ini meleset dan tidak benar.
Menurut Kemelia mereka
bukannya orang hidup merempat seperti
yang disangkakan itu hidup mereka sedarhana
dan menurut mereka sudah memohon
rumah di Program Perumahan Rakyat (PPR) di Rancangan Sungei Manila tetapi
mereka menolaknya sebab jauh dari tempat anak-anak mereka belajar.
Kemilia yang simpati atas
nasib keluarga itu kerana tidak mempunyai tempat tinggal tambahan agi mahu
menjelangnya hari lebaran yang semakin hampir ini dan berharap Wakil Rakyat Sungei Sibuga dan Ahli Parlimen Libaran
agar mencari jalan alternative bagaimana
hendak membantu mengsa ini supaya mereka
dapat tinggal yang lebih selesa..
“Dengan hati yang
telus ikhlas sekiranya tiada sesiapa sudi yang mahu membantu mereka saya bercadang mereka
agar duduk saja diatas tanah saya bersebelahan dengan bengkel saya” jelas
Kemelia yang sedih melihat keadaan mereka tinggal disebuah kemah seolah-olah
mereka ini seperti pelarian
No comments:
Post a Comment