GAMBAR KELIHATAN.....Zakaria (dua kiri) kelihatan sedang menyampaikan sumbangan kepada
Ketua Kampung sambil diperhatikan oleh Juslie serta pegawai-pegawai lain di
Kampung Wawasan Jaya
OLEH: SHAIMON S JUMADI
GUM-GUM:- Kemeriahan menyambut kedatangan Ramadan diteruskan
dengan majlis penyampaian sumbangan kepada penduduk-penduduk dalam kawasan
Dewan Undangan Negeri (DUN) Gum Gum oleh Wakil Rakyatnya Datuk Zakaria Haji
Mohd Edris dan Ahli Parlimen Libaran Datuk Juslie Ajirol.
Hampir 400 orang dari enam buah kampung menerima sumbangan sempena
program Bantuan Ramadan kedua-dua pemimpin tersebut.
Program berkenaan telah diadakan bermula sejak minggu lepas. Para
penerima adalah dari Kampung Wawasan Jaya, Kampung Sungai Kapor, Kampung
Pertanian, Kampung Garinono , Kampung Kitagas dan Kampung Sinar Harapan.
Hadir bersama dalam program-program penyampaian sumbangan itu
ialah Pemimpim Pembangunan Masyarakat (PPM) DUN Gum Gum Kamal M Said , Pegawai
Kemajuan Masyarakat DUN Gum Gum Rosly Aziz, pemimpin masyarakat setempat serta
pegawai-pegawai lain dari Pejabat Unit PPM Gum Gum dan pejabat Parlimen
Libaran.
No comments:
Post a Comment