KEMELLIA AKTIVIS MASYARAKAT TERUS MEMBANTU ANAK-ANAK YATIM DAN FAKIR MISKIN DI BULAN RAMADAN

OLEH: SHAIMON S JUMADI

KELIHATAN..... Dato Kemellia dan Dato Chin bersama-sama anak-anak Yatim.


LAHAD DATU:- Program Jelajah Kepusat Anak-Anak  Yatim dari Sandakan,  Lahad Datu dan  Tawau hingga  Ranau oleh seorang  seorang Aktivis Masyarakat Dato Seri Kemellia Hassan dan bersama Dato Seri Chin Yi Sin di daerah Sandakan telah berlangsung hari ini.

ALBUM KENANG-KENANGAN.... Kemellia dan Chin bersama-sama anak-anak Yatim sejurus selepas mengagih-agihkan bantuan raya.



Kata Kemellia  program Jelajah  Kepusat Anak-Anak Yatim yang pertama diadakan  di Rumah Amal Selawat Nabi di Sandakan  tujuan program itu diadakan adalah untuk membantu kepada anak-anak yang yang masih kecil lagi sudah ditinggalkan ibubapa untuk memberi sumbangan bagi keperluan menyambut hari raya aidilfitri yang tidak lama lagi menjelma.

Selain memberikan bantuan kepada anak-anak yatim tidak juga ketinggalan  seramai 26 orang anak-anak fakir miskin juga menerima bantuan yang serupa.


“Semoga dengan adanya  bantuan sedemikian dapatlah meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh keluarga mereka” kata Kemellian kepada Wartawan The Sabah Insider.Net.

Menurut Kemellia program Jelalah Kepusat Anak-Anak Yatim akan diteruskan sepanjang bulan Ramadan ini dan akan menjelajah Ke   Beluran, Telupid dan Kinabatangan pada masa terdekat ini.

Inilah satu-satunya Aktivis  Masyarakat  wanita Dato Seri Kemellia terus prihatin kepada insan-insan yang dalam mengharungi kehidupan yang sempit terus  mendapat bantuan.





No comments:

Post a Comment