OLEH: SHAIMON S JUMADI
KELIHATAN Dato Kemellia sedang mendengar luahan hati Jamillah mengenai nasib keluarganya.
SANDAKAN:- Sebagai pembetulan info yang tersebar luas dilaman social FB yang mendakwa Jamilah Abdullah 34 bersama empat orang
anaknya telah dihalau oleh suaminya Redzuan Kijan 32 tahun adalah dibenar sama
sekali sengaja mereka-reka cerita untuk
mangaibkan suaminya.
Kira-kira jam 8.00 malam tadi saya bersama Dato Seri Kemelia Hassan
telah pergi menemui sendiri keluarga Jamilah yang tinggal disebuah kemah
berhampiran dengan Sungai Bartu 8 dan sempat menemubual isterinya Jamilah.
Dalam pertemuan saya dan Kemelia isterinya (Jamillah) menceritakan perkara sebenarnya kenapa mereka sekluarga
tinggal dikemah itu salah satu sebabnya mereka telah dihalau keluar oleh
pemilik asal rumah yang mereka sewa dahulu.
Menurut Jamillah mereka sudah tinggal di kemah itu sudah tiga bulan lama
tiada sesiapa yang tahu mujur cikgu kepada murid-murid anaknya tahu keadaan
mereka lantas mereka malawat kelokasi berkenaan kemudian menyiarkan
gambar-gambar tersebut dilaman social FB baru diketahui umum.
Kata Jamilah suaminya Redzuan tidak mempunyai pekerjaan tetap melainkan
setiap pagi subuh suaminya memajak sayur-sayuran dan memajak ikan untuk dijual
menggunakan kereta sorong dimemerata tempat lumayan juga pendatannya sehari.
Memandang Jamilah dan Redzuan adalah pengundi kawasan DUN Elopura
baru-baru ini kata Jamilah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Elopura Datuk Au
Kam Wah telah melawatnya sambil membawa makanan seperti beras dan lain
keperluan untuk keluarganya.
Sambil itu Au berjanji akan mendapatkan rumah di Program Perumahan
Rakyat (PPR) di Rancangan Sungei Manila sebelum menjelangnya hari leberan ini,dan
ini adalah janji ADUN Elopura itu kepada Jamilah.
Sementara seorang aktivis masyarakat Dato Seri Kemellia Hassan akan membawa
pindah keluarga Jamilah untuk duduk dirumahnya bersebelahan dengan bengkelnya
di Batu 9 Jalan Labuk.
Syabas Dato Kemellia seorang wanita dan insan yang prihatin terhadap
kesusahan yang ditanggung oleh keluarga Jamilah semoga segala bantuan yang
dihulurkan itu kepada insan yang malang itu Dato mendapat hidayah dan
keberkatan daripada Allah SAW lagi-lagi dibulan Ramadan yang mulia ini.
Saya sebagai wartawan memohon rakan-rakan FB sesiapa yang membaca info
bahawa suami Jamilah iaitu Redzuan yang didakwa menghalau isteri dan anak-anaknya
adalah tidak benar saya nasihatkan dibulan Ramadan yang mulia ini memang tidak
baik suka menaibkan seseorang itu
sehingga Redzuan dipandang serong untuk para pembaca FB macam-macam tomahan
dilemparkan kepada Redzuabn suami Jamillah yang tidak berdosa itu.
Sesiapa yang mereka-reka cerita yang berbentuk dusta/bohong mereka
adalah berdosa besar.
No comments:
Post a Comment