OLEH:
SHAIMON S JUMADI
SANDAKAN:-
Aktivis Masyarakat yang tidak asing lagi
di negeri ini iaitu Dato Seri Kemellia Hassan (gambar) mengucapkan ribuan terima kasih
atas keprihatinan Ketua Wanita Bahagian UMNO Libaran Datuk Hajah Armani Datuk
Hj Mahirddin kerana sudi mengambil keluarga yang malang iaitu Jamilah Abdullah
dan suaminya Redzuan Kijan serta anak-anaknya berpindah dari kemah tersebut.
“Pada
mulahnya saya memang berniat untuk membawa mereka berpindah dari kemah itu kerumah
saya berhampiran Bengkel saya yang terletak di Batu 9 Jalan Labuk dekat sini”
katanya kepada Media Sabah Insider
petang tadi.
PRIHATIN.... Ketua Wanita UMNO Bahagian Libaran Datuk Armani berjiwa rakyat kerana membantu insan yang malang itu
“Syukur
juga rupanya ada juga insan yang simpati terhadap kehidupan keluarga Jamilah
terima kasih Datuk Armani dan yang lainnya kerana sudi untuk membantu insan
yang malang” ujar Kemellia.
TANGGUNGJAWAB.. Jabatan Amal Zon Sandakan juga prihatin membantu mereka.
Katanya
bila terkeluar gambar di laman social mengenai kehilangan mendadak macam-macam
timbul cerita negative yang dilemparkan ada yang mengatakan orang itu tidak
boleh dipercayai itu satu dosa memfitnah tanpa adanya usul periksa terlebih
dahulu.
“Saya
berdoa semoga mereka sekeluarga hidup bahagia seperti orang lain pertama hendak
menyambut hari lebaran yang semakin hampir menjelang ini” kata Kemellia lagi.
DATO SERI KEMELLIA seorang Aktivis Masyarakat yang sentiasa membatu insan-insan yang malang.
“Saya
juga mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Amal Zon Sandakan kerana sudi
membantu mereka membawa segala barang-barang keperluan untuk mereka tak lupa
juga saya ucapkan terima kasih kepada pihak media portal online The Sabah
Insider.net kerana banyak membantu
memainkan peranan menyeberkan berita ini sehingga diketahui umum syabas
Sabah insider dan terima kasih kepada ADUN Elopura Datuk Au Kam Wah dan
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sandakan Datuk Hj Awang Kadin kerana sudi
menghulur bantuan kepada keluarga malang itu” Ujarnya
No comments:
Post a Comment