OLEH: SHAIMON S JUMADI
TERIMA KASIH DATUK.....Rahman Rabi menerima cenderahati.
BATU SAPI:- Nampaknya Ketua Wanita UMNO Bahagian Batu
Sapi yang juga Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK) Parlimen
Batu Sapi Rahimah Asrah semakin
melangkah jauh menjelajah di musim-musim bulan Ramadan ini.
Program Karismah Ramadhan anjuran Majlis Pembangunan Wanita dan
keluarga (MPWK) Batu Sapi telah diadakan
di Hotel Ibis Styles dekat disini petang tadi.
Program yang diadakan jam 4.00 petang itu telah disempornakan
oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Sekong yang juga selaku Ketua Bahagian UMNO Datuk Hj Samsudin Yahya.
Dalam ucapannya menyeru umat Islam khususnya penduduk-penduduk
Bati Sapi agar menjalani ibadah puasa dibulan
Ramadan kerana supaya selama sebulan itu dibulan yang mulia bukan
sekadar menahan lapar dan dahaga akan tetapi menahan segala melakukan perkara-perkara
yang boleh membatalkan supaya.
“Banyakan bersedekah kepada orang-orang yang kurang bernasib
baik disempena sepanjang bulan yang
mulia ini kalau kita beramal ibadah banyak dapat ganjaran dan palaha” tegas Samsudin.
Sementara dalam ucapan alup-aluan Rahimah antara lain mengingatkan kaum ibu dan
surirumah yang bakal menyambut hari lebaran yang tidak lama lagi menjelma dinasihatkan bila berbelanja biarlah berjimat
cermat menandangkan harga barang dimusim perayaan ini semua agak mahal belilah
barang-barang yang perlu sahaja” katanya.
No comments:
Post a Comment