OLEH: SHAIMON S JUMADI
TERIMA KASIH ALLAH..... Jamillah bersama-sama anaknya bergambar dengan para petugas Jabatan Amal Zon Sandakan ketika menghulur bantuan tersebut kepada mangsa
SANDAKAN:- Atas keprihatinan
pihak Jabatan Amal Zon Sandakan telah menziarahi keluarga Redzuan Kijan yang
tinggal di sebuah kemah yang didirikan di sebelah Sungai Batu 8 Jalan Labuk.
Ekoran tersiarnya dua berita di Portal Online The Sabah Insider.Net di
mana seorang aktivis masyarakat Dato Seri Kemellian Hassan menyelongkar
mengenai fenomena ini akhirnya mendapat perhatian oleh pihak-pihak tertentu
terutama sekali Jabatan Amal Zon
Sandakan.
Kemellia bagi pihak keluarga
Jamillah Abdullah dan suaminya redzuan
Kijan mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Amal Zon Sandakan kerana
sudi memberi bantuan seadanya kepada keluarga mereka.
“Semoga segala bentuk bantuan yang disalurkan oleh Jabatan itu akan meringankan beban yang ditanggung oleh
keluarga terbabit.
Dengan kami mendoakan kepada para petugas Jabatan Amal Zon Sandakan akan
mendapat ganjaran pahala darioada Allah SAW disempena bulan Ramadan yang mulia
ini” Kata Kemellia.
.
No comments:
Post a Comment