RAKYAT SABAH TAK PERLU SELAMATKAN PARTI UMNO YANG TIDAK PANDAI HORMAT RAKYAT SABAH



Evangeline Soraya Kigis 
Saturday July 30/2016
www///sabahinsider14.blogspot.com




1.KEBARANGKALIAN UMNO melalui masa sukar semakin jelas,keyakinan awam terhadap parti Melayu ditahap rendah terutama generasi Y dan kumpulan profesional. Adalah sukar bagi sebuah negara membangun seperti Malaysia kurang diyakini masyarakat antarabangsa kerana urustadbirnya tidak transpiran.

2.Rakyat Sabah perlu peka dengan perkembangan semasa melanda UMNO kalau Melayu sendiri menolak parti mereka, tidak ada sebab suku suku di Sabah menyelamat parti yang tidak menghormati hak rakyat Sabah.

3.Orang ramai jangan terpedaya oleh isu pembangunan dan keselamatan kerana itu tugas hakiki setiap kerajaan yang memerintah.

4.Kalau dulu kita akur apa saja telunjuk Malaya kita kena ikut kerana kita serba kekurangan dari berbagai hal termasuk tahap pendidikan rakyat Sabah rendah.

5.Kalau bukan dana pendidikan dari Yayasan Sabah dan kerajaan Sabah hanya mengharap dari biasiswa dari persekutuan ada kemungkinan paras pendidikan Sabah masih ketinggalan jauh berbanding negeri negeri Melayu.

6.Sampai bila kita mengharap ihsan dari persekutuan yang ramai meragui keikhlasannya membangun Sabah?

7.Setiap pemimpin Sabah yang ikhlas memperjuangkan untung nasib bangsanya akan dicantas dikenakan berbagai tindakan yang kurang wajar dan tidak adil.

8.Dr Jeffrey dipenjara bertahun lamanya dengan alasan membawa Sabah keluar dari persekutuan tanpa bukti yang jelas. Untuk mematikan kharismatik politiknya dituduh mengelapkan wang yayasan Sabah sampai kini mereka tidak dapat membuktikan di mana negara dan bank disimpan.

9.Datuk Shafie Apdal hanya selangkah lagi menjadi timbalan perdana menteri dari Sabah ditelanjangkan gara gara membidas tata laku bosnya no.1.

10.Tun Fuad dan Tun Mustapha adalah pemimpin patriotik Sabah yang ingin melihat negeri ini berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan negeri negeri Melayu. Semua sudah tahu mereka menjadi mangsa politik persekutuan...Al-Fatihah bagi mereka berdua....Aamiin.

11.Siapa lagi kalau bukan kita,bila lagi kalau bukan sekarang kerana kita sudah mampu mengurus hal ehwal Sabah dan kembalikan semangat perpaduan dalam kepelbagaian....

SELURUH PENDUDUK BELURAN MINUM AIR KOTOR SETIAP HARI


OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTI” ANTHONY TIBOK
www///sabahinsider14.blogspot.com
Friday July 29/2016

BELURAN:-  Rata-rata penduduk kawasan Beluran yang menggunakan air paip yang dibekalkan oleh Jabatan  Air Beluran kini  berdepan dengan masalah penggunaan air yang tidak terjamin dari tahap kebersihannya. 
Mereka saban air menggunakan air  dalam keadaan kotor bermacam-nacan warna sebagai  bekalan sumber utama. 
Dimana letaknya tanggungjawab pihak kerajaan khususnya Jabatan Air Beluran kenapa membiarkan perkara sebegini jadi berlarutan yang jelas boleh membahayakan kesihatan orang-orang kampung di kawasan Beluran bila mana mereka menggunakan air kabut dan air kotor sebagai sumber utama lama- kelamahan mereka boleh diserang pelbagai penyakit .
 Walaupun keadaan air kotor itu akan ditapis bila dihantar keloiji  rawatan penapis dan disaring  secukupnya  tetapi kesan dari air yang kotor itu mengandungi pelbagai virus yang menyebabkan manusia mudah dijangkiti pelbagai wabak.
 Diharap  setelah berita ini tersiar dimedia portal The Sabah Insider Online  agar dapat diambil perhatian oleh Ahli Parlimen Belusan  Datuk Ronald Kiandee dan ADUN Labuk Tan Sri Michael Asang dan Jabatan Air Beluran mencari jalan untuk mengatasi loji rawatan air yang dipenuhi oleh rumput-rumpai agar diselenggarakan dengan secepat mungkin yang boleh.





KETUA POLIS NEGARA (I GP) TAN SERI KHALID...... TANAM DAUN-POKOK KETUM TIDAK JADI KESALAHAN JIKA TIDAK DISALAH GUNA

SUDUT PANDANGAN
SHAIMON S JUMADI (TSI)
www///sabahinisder14.blogspot.com
Friday July 29/2016

DALAM kontek penanaman pokok ketum seperti yang dujelaskan oleh Ketua Polis Negara (IGP)  Tan Seri Khalid Abu Bakar dalam satu kenyataan di Kini TV menyatakan tanam  daun ketum/pokok ketum tidak menjadi kesalahan” terbit pada 28/07/2016/


Kata Khalid lagi , dalam undang-undang yang ada menanam ketum tidak menjadi satu kesalahan, malah hendak membuat ladang ketum pun tak salah.

Bagaimanapun, ujarnya menjadi satu kesalahan jika memiliki daun, memproses dan meminum kerana ia mengandungi bahan membuatkan orang meminumnya khayal.

Saya amat menyokong kenyataan IGP itu sebenarnya daun ketum ia merupakan ubat kalau kita  mimun ambil dua-tiga helai direbus minum rasanya kelat-kelat padar boleh menurunkan kandungan gula  dalam badan.

Saya pernah minum daun ketum sebab di kebun sawit anak saya banyak tumbuh liar daun/pokok ketum sekali saya minum dua tiga kali dalam seminngu kandungan gula dalam badan saya biasanya 8.09  selepas saya amalkan seminggu  kandunan gula dalam badan saya menurun mendadak hingga keparas 4.8 .

Sekali saya pergi keklinik pereksa gula doktorpun hairan kenapa boleh turun mendadak gula dalam badan saya bagi tahu doktor makan ubat ikut jadual yang ditetapkan sebenarnya saya minum daun ketum.

Memimum daun ketem yang boleh memabukan orang ia direbus campor dengan lingkaran ubat nyamuk dan racun rumpai sedikit inlah jadi arak yang boleh menghayalkan manusia seperti yang terdapat di Semenanjung banyak orang proses daun ketum bikin arak.

Sekian sahaja penjelasan dari saya mengenai hal kisah daun   ketum kawam-kawan yang  kini sedang berdepan penyakit kronik seperti  Kencing Manis atau Darah Tinggi amalkan minum daun ketum satu minggu 3 kali Insya Allah kandungan gula dalam badan menurun juga  tekanan darah tinggi juga  menurun  kadar bancaam 135-hingga 140.


IRMOHIZAM KENAPA TAKUT-BIMBANG PARTI BARU WUJUD NEGARA INI.......KATA KEMELLIA



OLEH: SHAIMON S JUMADI
www///sabahinsider14.blogspot.com
Friday July 29/0216

TAWAU:-Kenapa Ahli Parlimen Kuala Selangor Datuk Irmohizam Ibrahim melahirkan rasa kebimbangan mengenai penubuhan parti baru yang diasaskan oleh  mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohammad.

Jika benar wujudnya parti baru  itu boleh  menggugat keamanan dan kacau bilau dalam negera senang saja suruh pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) jangan berikan kelulusan terhadap permohonan menubuhkan parti baru jika pihak Tun Mahathir menyerahkan  borang  permohonan itu  kelak.

Dakwa Irmohizam lagi   penubuhan parti baru itu dilihat lebih membawa kemudaratan kepada Malaysia kerana Dr Mahathir bertindak demikian untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan sekaligus  UMNO   adalah wajar.

Ada sebab musababnya bukan saja Mahahir ingin mengguling kerajaan UMNO/BN termasuk Perdana Menteri yang ada sekarang Dato Najib bahkan 89 peratus rakyat di Negara ini termasuk bangsa Melayu Cina India Kadazan-Dusun dan Murut turut bersetuju supaya rakyat tidak akan memberi ruang kepada UMNO/BN untuk terus menerajui kerajaan Malaysia dibawah pimpinan Najib dan sekutuh-sekutuhnya yang sudah tidak  lagi relevan ini.

Nampaknya  Irmohizam takut kepada bayang-bayang  yang telah menghantuinya UMNO/BN akan kalah pada PRU14 nanti bila wujudnya parti baru pimpinan Mahathir akan bergabung satu tnbaga dengan DAP-PKR dan AMANAH  untuk menumbangkan kerajaan UMNO/BN nanti.

UMNO sekarang sudah mula goncang  di Sabah UMNO bakal hancur lebur setiap hari ramai ahli-ahli cawangan dari beberapa bahagian mula beransur-ansur (berinut-rinut) keluar UMNO kerana  mengikut jejak Datu Seri Shafie Apdal.
Demikian penjelasan panjang lebar oleh seorang Aktivis  Sosial Masyarakat Dato Seri Paduka Kemellia Hassan ketika diminta mengulas kenyataan Irmohizam yang dipetik dari BERNAMA pada 27-07-2016 dengan tajuk” Penubuhan parti baharu hanya akan gugat keamanan negara – Irmohizam”
Kata  Kemellia lagi  mungkin UMNO kini dalam keadaan goyah jika parti baru  menjadi kenyataan dan diluluskan oleh ROS tentu orang-orang Melayu berpecah belah 30% menyertai parti baru 25% PKR-25% AMANAH dan  DAP 20 peratus.
“Dengan mudah kalau orang-orang  Melayu bersatu padu  bangkit  sama kaum-kaum lainnya tidak kira dari mana datangnya parti pembangkang  itu untuk tidak mengundi calon-calon UMNO/BN pada PRU14 nanti tentunya UMNO/BN bakal berkecai hancur lebur. Katanya lagi.



700 AHLI TENOM KELUAR UMNO?


( Sebenar UMNO tidak salah/salahnya PEMIMPIN bacul  dan jahil  tak ubah perangai  persis  Gunduruwo anak kepada wewekgombel)

OLEH: ISMAILY BUNGSU
Friday July 29/2016
www///”sabahinsider14.blogspot.com

SAYA sudah cakap. Bukan sekali cakap tapi berkali-kali. Kekadang rasa bosan juga tetapi demi sedarkan saudara-saudara  kita ini, saya harus cakap. Maki dikata besi buruk? Sila saja tak apa-apa. Lawan tatap lawan.

Jika marahpun, silakan sajalah, sebab saya cakap benar bukan bohong. Saya tidak mahu Sabahan kena tipu buli macam lembu atau KARABAU. Melayu ikut perlembagaan definasinya "beragama islam dan amal adat Melayu".

 Itu maksudnya. Jadi, suku bukan yang UMNO di Tenom melayukah? Kenapa kalangan suku-suku di Tenom sertai UMNO sedang parti lain banyak di Sabah atau sertai saja parti yang bukan perkauman.

Hairan bin aneh bte ajaib Rubin Balang, Ambrose dan Kiande ketua UMNO bahagian di Sabah. Melayukah mereka itu?

Kenapa mereka masuk UMNO dan tidak masuk PBS misalnya dan itu jelas ada sesuatu yang dimahukan dan kalau begitu ahli-ahli yang bukan islam dan tidak amal adat melayu makna kena TIPU. Benarkah cakap saya ini? Saya sekadar rujuk definasi perlembagaan Malaysia.

UMNO itu sudah jelas ditubuhkan di Johor? terkait penyair Raja Ali sebab dari atasan hingga ke bawah sama, lalu kenapa sabahan dan KDM sertai parti yang salah. Tinggalkanlah UMNO tak perlu lagi bertahan di sana.

Sekali lagi saya jelaskan jika yang bukan melayu ikut dan tidak amal adat itu makna bukan melayu. jangan marah saya sekadar jelaskan. Maaf, memang ada kalangan melayu di sana dan rasa itu layaklah sertai UMNO jika mahu dan sebalik jika atasan UMNO itu seleweng 1MDB kena fikirlah makna kena tolak.

ISUnya bukan UMNO masalahnya tetapi pemimpin atasan yang rata-rata korup dan kita minta letak jawatan tetapi mereka tidak mahu dan jalan terakhir tumbangkan UMNO/BN dan sebelumnya keluar beramai-ramai.

Nah, kesan pertanyaan saya itu memerlukan jawaban maka jawablah dan saya semula bertanya bawah UMNO, itu Tenom dan kawasan sekitar dalam majukah?

Di Sungai Api dan kampung-kampung yang berdekatan jelas tidak ada paip air dan mereka guna sungai airnya kekadang macam milo kesan di ulu ada yang mencuri balak atau ada pembalakan. Siapa pencuri itu? tanya menterilah!

Lalu tenaga letrik di sana memang dicatu dan tenaga tak cukup kesani alat-alat letrik mudah rosak. Memang kesihan kalangan murut di sana, tetapi kenapa begitu membuta tuli menyokong UMNO/BN yang jelas memperbodohkan diri? sedang yang bangsa Melayu tidak sokong UMNO di Sabah, tetapi yang bukan melayu pula sebaliknya. Memang aneh bin ajaib bte hairan.

Baiklah kita lupakan hal itu dan saya diberitahu sekitar 10 cawangan UMNO di Tenom sekarang terumbang ambing. Apakah ini benar? saya tanya demikian sebab pasti ada kata ini FITNAH dan makanya saya bertanya.

10 cawangan dikata sekitar 700 ahli UMNO sudah tidak lagi dalam UMNO dan ini cukup bahaya buat UMNO, lagi buat apalah kalangan orang kala di sana sertai UMNO yang jelas bukan parti mereka dan kalau mahupun jelas dalam UMNO namannya ORANG PINGGIRAN dan hanya dijadikan badut untuk yang di atas terus berkuasa jadikan diri berkenaan kaya raya. Itu makna jadi alat.

Kesian ANTANOM orangnya kena buli sertai parti pemimpin parti UMNO dan kalaulah Antanom ada tentulah dia marah sangat melihat bangsanya kena pinggirkan dan di luar bandar jauh tertinggal dan tanah juga tempat mereka bercucuk tanam dan dikubur kala mati dirampas oleh kalangan Melayu berkenaan. kesihanlah dan saya tumpang sedih sangat.

Jadi, kalau memang ada 700 ahli meninggalkan UMNO makna itu satu kesedaran dan ini oleh sebab gerakan DS SHAFIE yang meninggalkan UMNO dan ini jelas satu kejayaan dan satu kebangkitan yang tidak boleh lagi dikawal dan MUSA AMAN dan menteri-menteri kabinet jangan fikir Sabahan ini terus menjadi lembu dicucuk hidung.

Bangun kamu duhai sdra2ku murut tenom
kdm, bajau brunei kedayan bisaya dan segala bangsa bersatu
bangun kamu duhai sabahan
kita serentak seirama kaki melangkah
untuk undur tidak sekali meski mati
pemimpin khianat mesti kita hantar ke gaung puaka
siap bersama pejuang bangsa
bantai
bantai
biar rebah
biar tapungkang
siap!
siap!


SEMUA PARTI SAMA SAJA VISINYA


( termasuk UMNO/bezanya cuma pemimpinnya  banyak yang jahil dan songsang/korap)


OLEH: ISMAILY BUNGSU
Friday July 29/1016
www///sabahinsider14.blogspot.com

SEPERTI yang saya katakan sebelumnya bahawa semua parti yang didaftar di ROS itu sama visinya untuk kebaikan rakyat dan tidak ada penubuhannya untuk hancurkan negara.

Di atas kertas memang semuanya baik dan cantik tetapi bila yang pimpin melaksanakan, di situ kita tahu apa sebenarnya dan di situ juga bakal ada tidak senang dan usaha menentang.

Kalau kita perhatikan pemimpin-pemimpin  UMNO dulu awal ditubuh memang kita lihat banyak kebaikannya tetapi sesudah mereka sekian lama berkuasa dan budaya tidak jujur mula meresapi di kalangan kepimpinan atasan dan ramai rakyat tidak melihat itu.

Yang kita lihat sekarang masuk parti bukan untuk perjuangkan negara bangsa atau mengangkat negara menjadi maju seperti negara korea yang dulu tertinggal sekarang jauh di atas, sebalik mereka kalangan pemimpin UMNO berlomba2 mendapatkan projek hingga hidup bermewah-mewah sedang rakyat yang dahagakan pembangunan ternanti2 hidup menderita.

Pemimpin atasan pula siap berbelanja dan anak bini dalam akaun punya berjuta-juta bisa hasilkan filem berjuta, punya kondo mewah di London dan Amerika serta siap sewa kapal mewah belanja juta-juta dan siap membayar untuk acara berjudi.

Di mana saja mereka dapatkan dana yang berbilion ini?

Kesan kita tak tahu ke mana perginya dana berbilion dan rakyat pula tidak boleh bertanya kesan akta OSA dan kemudian ahli UMNO yang bertanya dikata pengkhianat dan siap dipecat.

Nah, yang tadinya wakil rakyat yang menerima amanah dari rakyat tidak boleh pula bertanya dan itu dianggap khianat dan sepatut pemimpin kena siasat dan ambil tindakan yang sesuai jika benar bersalah berlaku adanya ketirisan atau penipuan.

Berani kerana benar dan takut kerana salah tetapi yang kita perhatikan jelas mereka yang bersuara diambil tindakan gantung dan pecat. Jelas wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat tidak dapat melaksanakan peranannya sebagai wakil rakyat dan itu bakal gagal dan wakil rakyatlah yang bakal disalahkan.

Sebenarnya rakyat kalangan ahli UMNO memang tidak senang dengan cara kepimpinan yang ada sekarang tetapi mereka tidak boleh berbuat apa-apa dan jika bertindak pasti mereka yang punya pekerjaan akan digantung pecat dan sistem yang sekarang ini jelas rakyat tidak boleh bersuara dan mendiamkan diri melihat kemungkaran dan ini bukan caranya yang terbaik untuk membawa negara menjadi hebat dan gemilang.

Membiarkan perbuatan yang mungkar dan tidak berbuat apa-spa makna itu bersubahat dan rakyat bakal susah dan tidak hairan negara bangsa kita menjadi rosak binasa kesan kepimpinan yang dimaksudkan.

Kesan sabda nabi "katakan yang benar meski pahit" maka kerana itulah DS Shafie Apdal yang dipecat dari kerusi Menteri dan digantung Naib presiden UMNO serta keahliannya, lalu jalan terbaik dia meletakkan jawatan untuk tidak menyusahkan UMNO mengurus parti.

" Saya sayang parti UMNO tetapi saya lebih sayang rakyat Malaysia terutamanya Sabahan" Kata DSSA ketika kami berbincang banyak hal lewat telefon hari ini.

Jangan lupa 30 Julai, 2016 jam 2:00pm di Kg. Paal/batu 10 Kemabong Tenom. Kita semua jumpa di dana dan 31hb, 2016 jam 2:00pm kita ketemu di kampung halaman saya di kampung Brunei Membakut Sabah.


MASYARAKAT ISLAM KUTUK HABIS-HABISAN JAMAL TONGKOL KELUARKAN FATWA SONGSANG



OLEH: THOMAS P SINGGIUK (IBU PEJABAT)
www///sabahinsider14.blogspot.com
Friday July 29/2016

KOTA KINABALU:-  Fatwa yang Datuk Jamal  Yunos keluarkan antara lain menyebut “JIKA ADA  YANG TERKORBAN KERANA BERJUANG BERSAMA SAYA ANDA BAKAL SYAHID” yang diviralkan  dilaman social FB  mendapat kritikan bertubi-tubi  di kalangan masyarakat Islam di seluruh Negara terasuk Sabah dan Sarawak.

Fatwa songsang itu sepatutnya tidak wajar diwar-warkan  di wall facebook,  Jamal mesti faham persipsi orang berlainan  fahaman dan menjadi kutukan orang ramai terhadap dirinya.

Seorang Aktivis  Sosial Masyarakat  Dato Seri Paduka Kemellua Hassan  ketika mengulas dua berita masing-masing bertajuk” JIKA ANDA BERSEKONGKOL DENGAN JAMAL YUNOS ANDA MATI DALAM SYAHID” pada 27-07-2016 dan PERBUATAN JAHIL-DAJAL  JAMAL BENAR-BENAR CALAR-CEMARKAN NAMA BAIK UMNO-BANGSA MELAYU DAN AGAMA ISLAM” pada 28hb Julai 2016 di media portal The Sabah Insider Online.

“Kita hairan seorang jadi pemimpin UMNO yang menjawat-jawatan Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar tetapi  perangai tak ubah seperti orang kurang siuaman suka banyak buat hal-hal negative yang melanggar undang-undang Negara.

Adakah Jamal telah menyedari akan  perbuatannya itu  yang suka  mencetuskan huru-hara  di dalam Negara khususnya di  negeri Selangor sendiri hingga menimbulkan rasa kebancian rakyat terutamanya kaum Cina- India teradap UMNO/BN kerana terlalu membiarkan  apa saja perbuatan Jamal terkutuk ditetap mendapat sokongan moral di kalanangan  pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO sehingga pihak PDRM sukar untuk membanteras  kejahatan Jamal.


Bukan semua ahli-ahli UMNO/BN yang sokong atas  perbuatan Jamal  kerana betul-betul mencemarkan nama baik UMNO di persada politik tanah air sekaligus mencemar nama baik bangsa Melayu dan Agama Islam.

SHAFIE KEMBALI KE KAMPUNG MENERUSKAN POLITIKNYA DEMI RAKYAT SABAH



KEMBALI KE KAMPUNG 
( tumpu sabahan itu lagi diutamakan DSSA)

OLEH: ISMAILY BUNGSU
www///sabahinsider14.blogspot.com
Khamis Julai 28/2016

DATUK  Seri Shafie Apdal (DSSA) tidak lagi menduduki sebarang jawatan menteri di persekutuan kesan dipecat, bukan saja itu malah kedudukannya sebagai naib presiden UMNO Malaysia/ketiga dalam parti termasuk keahlian juga digantung dan akhirnya memilih meletakkan jawatan sebagai ahli UMNO yang diperjuangkannya penuh setia sejak awal 90an.

DSSA menduduki beberapa kerusi menteri di pusat dan banyak membantu negeri-negeri  di seluruh Malaysia berdasarkan peruntukan yang disediakan untuk kementerian yang ia kepalai.

Meski bantuan tidak dapat memuaskan hati rakyat Malaysia, maka itu sajalah yang termampu dia lakukan berkat izin Allah dan sekarang DSSA hanyalah wakil rakyat Parlimen Semporna.

DSSA yang cukup setia dalam parti sekadar bertanya hal 1MDB dan menyarankan dana 1MDB disiasat dan buat laporan serta ambil tindakan ikut undang-undang jika ternyata ada salahguna kuasa, tetapi kesan teguran itu yang berkenaan memecat jawatan menteri dan menggantung keahliannya.

" Sekarang kebenaran hal 1MDB terbongkar bila Peguam Negara Amerika mengambil tindakan undang dan itu terserahlah rakyat memikirkan kebenaran yang saya katakan selama ini " Kata DSSA.

" Saya dipecat dan gantung itu makna kaki dan tangan saya diikat, mulut saya disumbat dan itu menyebabkan saya terpaksa memilih untuk meninggalkan parti " katanya lagi DSSA lagi dan apa yang terjadi tidak pernah dikesali sebab itu hal seorang perdana menteri.

Mantan Timbalan perdana Menteri/TS Muhyiddin menjelaskan berbilion-bilion dana 1MDB dikeluarkan dari tabung 1MDB tanpa rekod dan dana berkenaan mengalir ke luar negara da pengeluaran itu jelas bertentangan dengan sistem kewangan.

" Setiap pengeluran kewangan 1MDB mesti kelulusan perdana menteri, Menteri kewangan dan pengerusi lembaga 1MDB dan ketiga jawatan itu Najib Razak sendiri peggang. Kalau jawaban tidak tahu maka itu jelas pembohongan " Tambah mantan Timbalan perdana Menteri itu.

DSSA ketika berucap di Kota Belud menjelaskan yang dia berusaha menubuhkan parti baru dan penubuhannya haruslah dirancang secara terperinci tidak gopoh " kata DSSA dan usaha itu diharapkan terlaksana setelah ia selesai jelajah seluruh Sabah nanti.

" Saya akan teruskan perjuangan ini demi membela  nasib anak bangsa Sabah” katanya.


PAKATAN HARAPAN KALAH PRU13 KENAPA SALAHKAN MALAYA?


OLEH: ISMAILY BUNGSU
www///sabahinsider14.blogspot.com
Thursday July 28/2016

KITA ini kesan marah sangat terhadap BN yang tidak jujur terus disalahkan Malaya dan seolah semua orang Malaya itu jahat sedang kalau kita kaji pengundi Malaya rata-rata bantu kita di PRU13. Cuba teliti rekod yang saya sertakan dan kaji serta telaahlah.

PRU13 lalu BN dapat 133 kerusi dan PR dapat 89 kerusi makna PR tertinggal 33 kerusi sahaja.

Malaya ada 165 kerusi MP dan Sabah/Sarawak termasuk Labuan punya 57 kerusi semua 222 kerusi MP.

PRU lalu Malaya sumbang 89 dan Sabah/Sarawak/Labuan sumbang 44 kerusi menjadi 133.
Makna Malaya sudah tolong Sabah dan tolak BN tetapi Sabah yang menyumbang 44 kerusi menyebabkan BN berkuasa.

Lalu kenapa Malaya disalahkan? kesan marah seolah Malaya itu jahat sedang Sabah dan Sarawak/Labuan yang tidak tolak BN. Yang jahat pemimpin UMNO atasan yang ada kuasa rampok khazanah negara.

Pakatan Harapan (PH) perintah Pinang dan Selangor termasuk Kelantan merupakan negeri yang BERSIH rasuah kata Audit Negara banding negeri bawah BN.
Cuba kita fikir sendiri


PERJUANGAN POLITIK 9 TAHUN ERA BERJAYA MAT NOR MANSOR DILUPAKAN BEGITU SAJA




Oleh: Evangeline Soraya Kigis
www//sabahinsider14.blogspot.com
Thursday July 28/2016

😌1.KETOKOHAN dan pendiriannya kekar adalah tepat sekali ditunjuk menjadi pengerusi himpunan parti tempatan bernaung dibawah wadah USA yang diasaskan oleh SAPP,Sabah STAR dan PCS
☺2.Dengan pengalaman yang luas telah melalui liku liku politik Sabah dan dikenali adalah kurang menyenangi persekutuan sehingga mengheret beliau dalam penjara semasa awal pemerintahan Berjaya.
πŸ‘3.Semasa kerajaan Berjaya adalah merupakan tonggak utama dan berperanan menghimpunkan rakyat Sabah dalam satu wadah parti Berjaya terdiri dari bumiputra Islam,KDMR dan Cina Sabah bergerak sama memakmur negeri ini ternyata berkesan sehingga sekarang pencapaian partinya agak sukar ditandingi oleh kerajaan selepasnya.
πŸ’°4.Posisinya dalam parti dan kedudukan dalam kerajaan ketika itu sebagai mantan menteri kewangan digunakan sepenuhnya demi kesejahteraan rakyat Sabah.Adalah pendukung utama memartabatkan pendidikan rakyat Sabah dan pada ketika itu ribuan anak anak muda Sabah melanjutkan pelajaran dari berbagai bidang dalam dan luar negara adalah tidak keterlaluan majoriti kakitangan kerajaan dan sektor swasta sekarang adalah dibawa program Berjaya.
πŸ˜“5.Satu lagi sikapnya perlu diteladani mempunyai kesungguhan setiap tugasan diamanahkan kepada beliau dan tidak pernah menghampakan yang pernah ditunjukannya semasa kerajaan Berjaya.
😌6.Tidak suka menonjolkan diri sebagai bukti sejak kekalahan Berjaya terus menyepi diri hanya berperanan dibelakang tadbir dan konsistan dengan perjuangannya sentiasa tidak berpuas hati dengan layanan persekutuan terhadap Sabah.
πŸ’°7.Dia bukan jutawan apalagi hartawan hanya hidup sederhana sebagai rakyat biasa sedangkan kedudukannya semasa pemerintahan Berjaya membuka jalan bagi mengumpul harta berkoyan koyan tapi dia bukan orang seperti itu...

08. Orang yang saya maksudkan itu tidak lain tidak bukan Datuk Hj Mohd Noor Hj Mansur mantan Menteri Kewangan semasa pemerintahan BERJAYA tetapi jasa-jasanya tiada seiapa yang menghargai atau mengingati  perjuangannya di arena politik tanah air.

PERBUATAN JAHIL-DAJAL JAMAL TONGKOL BENAR-BENAR CALAR DAN CEMARKAN NAMA BAIK UMNO-BANGSA MELAYU DAN AGAMA ISLAM




OLEH:  MAT  ARIF MAT JANI (PINANG)
Thursday July 28/2016

PULAU PINANG- Kejahilan   dan kedajalan Datuk Jamal Junos semakin menyerlah tidak takut berdepan dengan undang-undang Negara.

Kejahilan Jamal yang bergelar  samseng jalanan bukan saja orang luar meluat melihat akan tingkah laku dirinya bahkan ada di kalangan penyokong UMNO  sendiri juga benci dan meluat melihat cara gaya hidup Jamal yang diamalkan sebagai seorang penjenayah dan samseng kerana perbuatannya benar-benar mencemarkan nama baik UMNO juga mencemarkan nama baik bangsa Melayu dan juga  cemarkan agama Islam.

Fatwah yang dikeluarkan oleh  Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar  Jamal Tongkol yang menyatakan antara lain “ JIKA ADA YANG TERKORBAN KETIKA BERJUANG BERSAMA SAYA ANDA BAKAL MENDAPAT SYAHID”

Boleh pakai kah fatwah Jamal itu bukan kah ini telah   melanggar akidah Islam. Jamal mengalahkan Mufti negeri Selangor dan lain-lainnya.

Saya sebagai umat Islam dan masyarakat Melayu  dan seorang ahli UMNO merasa malu melihat kelakuan Jamal yang semakin  hari semakin biadap dan kurang ajar   ini kah ajaran Islam yang sebenar yang dituntut oleh Jamal  sering dan kerap membuat kacau bilau dan huru hara dalam Negeri Selangor caci mencaci hina-menghina agama dan bangsa lain yang jadi sasaran ialah bangsa Cina dan India seibf mendapat maki hamun.

Sudah,sudahlah Jamal bertaubatlah usiamu semkin dekat Kubur Kata Mari-Rumah Kata Pergi  cukuplah jangan  banyak buat hal songsang banyakanlah  berzikir semoga  segala dosa-dosamu dapat diampunkan Allah dan  mati dalam keimanan.

Dan tiada gunanya kau meneruskan kegiatan jenayahmu  orang tidak akan menyokong tindakan ganasmu tetapi ramai orang menyumpah-nyumpah  setiap masa dan setiap waktu supaya kau cepat-cepat mampus lenyap dari muka bumi ciptaan Allah ini.

Seperkara lagi kenapa penduduk Sungai Besar mahu memilih Jamal sebagai Ketua UMNO Bahagian itu tiada kah orang lain yang lebih layak berdisiplin-bersopan santun  dan yang mempunyai ciri-ciri kepmpinan yang boleh dijadikan tauladan kepada generasi muda bukan menunjukkan kejantanan jadi samseng jalanan  yang boleh mencetusan pergaduhan besar antara kaum-kaum lain.




KEMELLIA.... KESAL PARA IBUBAPA MMEMBIARKAN ANAK-ANAK GADIS MEREKA TERJEBAK MENGHISAB ROKOK




OLEH: SHAIMON S JUMADI
Thursday July 28/2016
www:sabahinsider14.blogspot.com

MENGENAI gejala merokok di kalangan pelajar perempuan di beberapa buah sekolah menengah di Sabah  semakin hari semakin menular  hingga merebak kesekolah-sekolah menengah yang lain.

Dato Seri Paduka Kemellia Hassan  (Datin Nally) gambar merupakan seorang aktivis Sosial Masyarakat dalam satu kenyataan hari ini ketika mengulas satu artikel bertajuk: (Ibubapa Gagal Kawal dan Suka  Biarkan Anak-Anak Gadis Mereka Merokok Sejak Dibangku Sekolah) terbit di media portal The Sabah Isnider Online pada 21-07-2016.

“Saya amat kecewa sesetengah ibubapa terlalu memanjakan anak-anak gadis  sehingga anak-anak gadis mereka lupa diri siapa diri mereka yang sebenarnya dengan mudah terjebak melakukan perkara-perkara songsang seperti merokok dengan berpakaian baju seragam sekolah” kata Kemellia.

“Sebagai kedua orang tua seharusnya pandai mendidik anak-anak gadis mereka  bukan membiarkan anak-anak  mereka melakukan perkara tidak senonohpun  dan tiada perhatian langsung dari kedua ibubapa apa punya jenis ibubapa semacam itu.”

Kata Kemellia lagi kalau anak-anak perempuan mereka sudah tidak berminat untuk meneruskan persekolahan itu lebih baik berhentikan saja kerana perbuatan pelajar-pelajar perempuan yang telah ketagihan rokok itu bisa mempengaruhi rakan-rakan sebaya mereka untuk terikut-ikut merokok jelas ini membinasakan serta merosakan masa depan penuntut-penuntut lain

Pihak  Institusi sekolah tidak kira sekolah menengah memang telah memperketatkan disiplin untuk mencegah para penuntun sekolah berkenan merokok di dalam klas mahupun dikawasan persekitaran  sekolah mereka yang telah didapati berbuat demikin boleh dikenakan tindakan.

Apapun kita sebagai ibubapa yang mahu melihat anak-anaknya terutama sekali anak-anak perempuan  berjaya dalam akademik didiklah anak-anak dengan semporna agar satu hari bila mereka sudah dewasa  akan menjadi orang yang berguna kepada Negara- masyarakat juga agama” kata Kemellia yang juga Pengerusi Ahli Lembaga Portal  The Sabah Insider Online ketika di wawancara oleh Wartawan Kanan  sebenar tadi.

Siapa kata kita tak sayangkan anak  anak yang merupakan anugera Tuhan tetapi sayang anak-anak ada tempatnya bukan memanjakan berlebih-lebihan hingga mereka injak-injak (pijak) kepala ibubapa hingga  mereka enggan mendengar sebarang nasihat.


PARTI ALTERNATIF BUMIPUTRA SABAH ADALAH PILIHAN JITU SALAM SABAH FOR SABAHAN- ANTARA SHAFIE-MUSA



Oleh: Evangeline Soraya Kigis
Kota Kinabalu Sabah
Wednesday July 27/2016
.
πŸ˜‡1.Kehadiran  Datu Seri Shafie Apdal (DSSA)  semasa bumiputra Islam Sabah sedang mencari pemimpin menjadi pembela mereka dari kebosanan kepimpinan Musa yang dianggap pro persekutuan dan menyelam sambil minum air.

😯2.Ketika ini rakyat Sabah sedang membuat perbandingan diantara Shafie dan Musa yang mana mampu mengembalikan maruah Sabah yang satu ketika dihormati dan digeruni oleh persekutuan.

πŸ˜‡3.Pada hakikatnya UMNO Sabah sememangnya sudah lemah semenjak Musa menerajui kerajaan Sabah kekuatan UMNO Sabah tidak semata bersandarkan karismatik Musa tetapi bumiputra Islam tidak ada alternatif selain umno/BN

😈4.Sikap Musa mencantas pemimpin terutama dari pemimpin USBO majoriti suku suku berlindung dari pertubuhan melihat Musa musuh mereka wajar disingkir dari politik Sabah.

😍5.Kerjasama parti parti tempatan dalam USA(United Sabah Alliance) adalah satu ancaman kepada UBN Sabah dengan syarat tidak menutup peluang parti tempatan yang lain yang bukan sekutu mereka.

πŸ˜€6.Pendirian Shafie Apdal sudah jelas menumpuhkan perhatiannya kepada Sabah dengan istilah balik kampung untuk membantu suku sakatnya yang jauh ketinggalan dari arus kemajuan.

Maka aspirasi Yong Teck Lee,Dr Jeffrey dan Bumburing dalam USA adalah seirama dan senada dengan Shafie Apdal.

😊7.Gandingan pemimpin veteran dan baru amat diperlukan menghadapi BN Sabah dengan itu bagi pemimpin lama perlulah merenung diri jika merasa menjadi beban kepada parti berlapang dada lah memberi laluan kepada orang lain.

πŸ‘8.Rakyat Sabah ada dua pilihan racun atau penawar. Jika bersama BN maka rakyat terus menerus menelan racun dan makan hati berulam jantung.

Rakyat Sabah perlu betindak bijak bersama USA untuk melepaskan dari ikatan Persekutuan yang tidak mempunyai kesungguhan dan mengabaikan hak negeri ini yang selayaknya dinikmati oleh rakyatnya.