KEMELLIA….. PORTAL SABAH INSIDER.NET SEMAKIN BERTAMBAH BILANGAN PEMBACA INDEKS MENUNJUKAN JUMLAH 227,114 RIBU



Thursday June 30/2016

OLEH: AZMIE AZMAN
www. Sabahinsider14.blogsport.com


SANDAKAN:- Portal Online The Sabah Insider.net  semakin hari semakin dapat sambutan hangat di kalangan peminat pembaca media portal di seluruh Negara  termasuk Sabah Sarawak,Brunei Singapura juga Indonesia.



Setakat ini Sabah Insider baru berusia lebih kurang tiga tahun Indeks  jumlah pembaca ialah 227,114 ini menunjukan ada peningkatan di kalangan pembaca.


Pengerusi Ahli Lembaga Portal The Sabah Insider.net Dato Seri Kemellia Hassan (gambar) berkata peranan  media portal Sabah Insider yang tidak  berat sebelah dalam membuat penyiaran berita-berita panas dan sensasi sama ada datangnya dari pihak kerajaan mahupun pihak pembangkang asal bentuk tulisan itu mempunyai fakta bukan cerita direka-reka yang disumbangkan oleh para penulis tempatan pastinya ada ruang untuk disiarkan hasil karya-mereka.

Sementara dalam  kenyataan berasingan Ketua Pegawai Eksekitif (CEO) Porta The Sabah Insider.Net Jun Pacifico Abdullah  menyatakan Sabah Insider akan diperluaskan dan akan membuka cawangan di Lahad Datu Tawau dan Semporna .

Sekarang ini kata Jun Sabah Insider beribu pejabat di Kota Kinabalu di bawah pentadbiran saya dan cawangannya di Sandakan  diurus tadbir Shaimon S Jumadi dan Azmie Azman di Kuala Lumpur diurus tadbir oleh Kamaruddin Zaman.


Saya bagi pihak pengurusan Sabah Insider mengambil kesempatan mengucapkan setinggi terima kasih kepada seorang tokoh penulis  tanah air yang tidak asing lagi iaitu Saudara Hj Ismaily Bungsu dan Nurliyana Abdullah dan juga James Leong Ketua Biro Akhbar New Sabah Times kerana mereka bertiga ini banyak menyumbangkan bahah-bahan cerita/artikel dan juga berita-berita tempatan untuk disiarkan di portal Sabah Insider.


“Saya tidak berjanji  sekiranya kedudukan kewangan Sabah Insider stabil mereka yang menyumbangkan tulisan-tulisan kepada portal ini akan diberi sedikit ganjaran sagu hati” kata Jun.





TERESA KOK….ADUN TENOM MENGAGIH-AGIHKAN KURMA KEPADA PENDUDUK SETEMPAT DIBULAN RAMADA


Thursday June 30/2016

OLLEH: THOMAS P SUNGGIUK
SHAIMON S JUMADI
www:sabahimsider14.blogspot.com

TENOM:  Seperti di tahun-tahun lepas sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak bulan yang mulia  ini Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Tenom Teresa Kok tidak lupa kepada masyarakat di kawasan yang diwakilinya untuk memberikan  buah kurma kepada penududuk setempat.
 
Walaupun Teresa Kok seorang ADUN dari parti pembangkang iaitu DAP dia (Kok) juga mempunyai rasa tanggungjawab untuk membuat  kerja-kerja amal khusus dimusim-musim bulan yang penuh berkat ini sambil menemui rakyat  sambil itu mengagih-agihkan buah kurma untuk santapan berbuka puasa.
“Kunjungan saya di Baazar Ramadhan ramai orang Islam agak terkejut bila saya hulurkan kotak kurma kepada mereka lantsn  mereka senyum  sambil mengucapkan terima” katanya.

“Sudah jadi tanggungjwab saya sebagai wakil rakyat yang dipilih oleh pelbagai kaum saya tidak akan melupai mereka serta menjaga kebajikan mereka terus terpelihara” tambahnya.


KALA JANTUNG BERDEGUP ( ahli sekitar 140,000+ orang)

Thursday June 30/2016


NUKILAN: ISMAILY BUNGSU
www:sabahinsider14.blogspot, com

SESUDAH saya tidak lagi menjadi kolumnis di Sabah Times maka saya berpindah ke Borneo Mail. Di Borneo Mail saya menjaga satu kolum setiap minggu kena menulis dan nama kolum itu ialah KALA JANTUNG BERDEGUP.

DI Borneo Mail sekitar 8 tahun saya menulis dan setiap minggu mesti ada tulisan saya dan sesudah Borneo Mail ditutup, maka saya STOP menulis malah semacam mogok termasuk tidak membaca surat kabar dan tidak menonton TV sekitar 4 tahun lamanya.

Ketika itu dunia saya memang sepi dan saya sekian lama tinggal di kampung/di hujung kampung dalam hutan tanpa letrik, cuma ada air paip dan di situlah saya diam tak membaca dan tidak menulis hanya bertemankan hutan dan kala malam gelap sekitar kecuali bunyi malam.

Bila mana facebook bermula teman kenalkan, maka saya ia minta aktif semula malah facebook pertama saya Ismaily Bungsu A yang berkenaanlah mencipta dan bukan saya, lalu sejak itulah saya menulis dan mula tinggal di Kota Kinabalu.

Ketika di Kota Kinabalu, saya mencipta banyak sangat grup facebook dan grup facebook KALA JANTUNG BERDEGUP juga merupakan grup facebook pertama dan sejak itulah juga saya tidak tidak tidur malam dan tidur siang sekitar 6-10 pagi setiap hari.

Hingga sekarang saya mogok baca surat kabar yang rata-rata membohong dan terus menulis dan membaca melalui internet dan hinggalah sekarang.

Grup Facebook yang pertama saya cipta ini punya ahli sekitar 140,000 orang dan ada sekitar 110 grup2 facebook lagi yang jumlah ramai ahli barangkali jutaan semuanya atas nama PKR seperti PKR Nabawan, PKR Sabah dan Sarawak, PKR Kucing, PKR Hulurejang, PKR Kiulu, PKR Sandakan, PKR Labuan Sabah, Wajah Sabah, Pitas O Pitas, PKR Sandakan, PKR Lawas, PKR Kudat dan macam-macam.

Demikianlah sejarahnya

ADUN INANAM TURUN PADANG AGIH-AGIHKAN BUAH KURMA KEPADA WARGA PENJAJA BAAZAR RAMADAN


Wednesday June 29/2016

OLEH: JOSEPH  SINGKALUI A/K GABAN
www: sabahinsider14.blogspot.com

 INANAM:- Walaupun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi kawasan Inanam  dari parti pembangkang khususnya PKR tapi masih berupaya memberikan sumbangan dimusim bulan Ramadan Al-Mubarak yang penuh berkat kepada para penduduk setempat.
Sebagai orang wakil rakyat  yang dipilih oleh rakyat jelata  Roland Chia tidak pernah mengabaikan atau melupakan terhadap para pengundi di kawasan yang diwakilinya. Kelmarin Roland Chia bersama rombongannya turun padang  melawat ke 
  Baazar Ramadan Bukit Padang,Taman Nelly Kolombong dan Inanam Point  sambil berjumpa rakyat sambil mengagih-agihkan buah kurma kepada warga penjaja yang sedang menjalankan perniagaan di bulan yang mulia ini.
Katanya masyarakat Islam yang bakal menyambut hari lebaran ini agar berbelanja lebih berhemah kerana harga barang-barang keperluan di hari sekarang terlalu tinggi harganya jadi sambutlah hari raya secara sedarhana saja dan belilah barang-barang yang perlu sahaja.

Bottom of Form


MP BATU SAPI INSPECTED FACILITIES AT AT BANDAR KARAMUNTING

Wednesday June 29/2016

ICTURE SHOW….Linda (centre) inspects the facilities at Bandar Karamunting during her turun padang programme


 BY: PANAU A/L KURAP
 www. Sabahinsider14.blogspot.com

BATU SAPI:- A large scale gotong royong (cleanliness exercise) will be held soon to rid the filthy surroundings near several warehouses at Bandar Karamunting of its eyesore.

Batu Sapi Member of Parliament (MP) Datuk Linda Tsen Thau Lin disclosed that her office would organize the event with the collaboration of other agencies to clean up the area.

Linda inspected facilities at the commercial township during her turun padang visits to her constituency and noted that many public facilities in the neighbourhood were in need of urgent attention.

Missing or broken concrete covers will be replaced as the exposed drains are a safety hazard to both residents and visitors, Linda said.

According to Linda, she gives emphasis to public safety and she has instructed her offices tmake the necessary arrangement to replace the drain covers.

Also present was Batu Sapi MP Office Head Liaison Officer Kong Nyuk Thou.



MP SANDAKAN HADIR MAJLIS BERBUKA PUASA ANJURAN PKR BATU SAPI


Wednesday June 29/2016


OLEH: SHAIMON S JUMADI
www.sabahinsider14.blogspot.com

KARAMUNTING:- Sebagai rakan seperjuangan dalam barisan Pakatan Harapan antara DAP-PKR dan AMANAH Ahli Parlimen Sandakan bersama  Stephen Wong Tien Fatt bersama rombongan  DAP Sandakan telah menhadiri  satu Majlis Berbuka Puasa bersama-sama umat Islam di Kampung Air dekat sini semalan.

Majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh Ranting Parti KeAdilan Rakyat (PKR) Batu Sapi yang diadakan  kediaman  Mustapha Talib di Kampung Air telah dihadiri lebih 70 orang penduduk setempat.


Dalam ucapan ringkas Ahli Parlimen itu antara lain menjelaskan DAP berjuang bukan untuk satu kaum saja sebalik untuk semua kaum yang ada dimuka bumi Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.


“DAP tidak anti Islam tidak anti orang Melayu orang –orang tertentu sengaja membuat fitnah kononnya DAP adalah anti Islam itu  tidak benar” katanya.


Sambil itu Wong merasa kesal dakwaan Mufti Pahang Datuk Abdul Rahman Osman  yang menyelar orang-orang Islam yang menyokong/bersekongkol dengan  DAP di cap sebagai kafir harbi dan haram.

Kenapa UMNO  bersekongkol dengan MCA dan Gerakan kenapa Mufti itu mereka dicap sebagai kafir-harbi dan haram  kalau parti DAP diketuai oleh bangsa Cina apa bezanya dengan MCA dan Gerakan dipimpin juga oleh bangsa Cina.

Sejurus selepas majlis tersebut selasai Wong dengan ikhklas hati menghukurkan wang raya kepada warga emas untuk keperluan di hari lebaran nanti.

Dalam pada itu Ketua Rantin Batu Sapi Hj Basri Ibrahim bagi pihak ahli-ahli PKR mengucapkan terima kasih kepada Wong juga Frankie Poon dan Bryan Chang Shak Hung kerana sudi datang  untuk bersama-sama berbuka puasa sambil menghulur bantuan kewangan kepada warga emas.




.

BERSIKAP PROFESSIONAL ( elak memuakkan orang di sekitar)


Wednesday  June 29/2016

OLEH: NURLIYANA ABDULLAH
www:sabahinsider14.blogspot.com


KEKADANG  ada yang usia sudah dianggap matang tetapi sikapnya semacam kebudak-budakan  dan langsung tidak professional.

Ketika bercakap semacam kanak-kanak yang baru merangka dan kata-kata banyak sangat yang remeh tidak kepada persoalan pokok atau lain ditanya lain dijawab.

Yang di sekelilingi kita juga selalu begitu seperti memerhatikan hal orang lain, bergossip, main handphone ketika berkerja secara curi2 dan terang-terang hingga kerja terbantut dan banyak salah atau lambat dan menyusahkan orang lain.

Kekadang asyik mengekori orang lain yang entah apa dimahunya hingga orang lain yang berkenaan sebab terperhatikan dan kesannya kerjanya tertinggal alias terabai.

Ketika kerja kita boleh saja JOKE/jenaka tetapi jangan melampau dan tangan meski berkerja menumpu sepenuh waktu apa yang diamanahkan bukan sebaliknya.

Ketika orang bercakap, kita kena mendengar atau jangan menyampuk dan jangan buat-buat sikap tak dengar atau semacam perli/sinis, terutama ketika bermesyuarat dan sikap tidak peduli atau semacam perli itu sikap tidak baik dan harus diubah atau boleh saja dikatakan " kurang ADAB".

Dalam semua hal kita harus positif dan siap menerima teguran/kritikan dan siap memperbaiki diri bukan melenting dan ribut di belakang.

Katakanlah yang benar meski pahit dan sabda nabi itu cukup sebagai panduan hidup kita dan diharap semua mengerti demi kebaikan atas dasar konsep tegur menegur yang membina.


MUFTI PAHANG AGAMA DICAMPUR ADUKAN POLITIK ADA KAH BENAR DAP ANTI ISLAM ANTI ORANG MELAYU



Wednesday  June 29/2016

DARI SUDUT MEJA EDITOR (TSI)
SHAIMON S JUMADI
www:sabahinsider14.blogspot.com

POLITIK sering dikaitkan dengan agama dicampur adukan seperti yang dilakukan di Semenanjung dakwa Mufti Pahang Datuk Abdul Rahman Osman orang-orang Islam yang berskongkol dengan DAP mereka  diselar Kafir Harbi dan hukumnya haram disisi agama Islam adakah hadis menyebut atau merungkai perkataan seumpama itu.
 
Ternyata  kenyataan Abdul Rahman itu merupakan sentiment yang boleh menimbulkan kemarahan bukan saja bukan orang-orang Islam bahkan orang Islam sendiri turut mengutuk habis-habisan terhadap Mufti Pahang yang mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa.

Sayang sekali sebagai Ulamak atau Mufti yang bertauliah berilmu yang mendalam dalam bab-bab hal ehwal Islam tetapi bersifat sombong-angku dan bongkak walaupun diminta memohon  maaf keatas kenyataannya itu tetapi Rahman  tetap  berdegil dan tidak akan memohon maaf atas kesalahannya itu dia (Rahman) sanggup menerima cacian,makian dan celahan dari orang-orang di sekelilingnya namun minta maaf jauh pagang dari api.


Mufti   Pahng itu adalah Mufti yang paling biadap dan kurang ajar  di  dalam Negara Malaysia,   sesuka hatinya saja kalau mahu mengeluarkan kenyataan tidak kira perkataan itu  berbaur fitna atau menghasut orang-orang Islam agar tidak menyokong DAP main hentam saja sebab ada orang backing dari depan belakangnya.

Kalau DAP memang benar anti Islam anti orang Melayu kenapa DAP berabis membuang duit untuk dibelanjakan semata-mata memberi sedekah kepada fakir miskis.

Golongan warg
a emas- orang kelainan upaya (OKU) ibu-ibu tunggal (Balu-Balu)  anak-anak yatim mereka telah terpelihara akan kebajikan mereka dimana para pemimpin DAP yang bukan seagama dengan kita mereka amat sibuk pergi kesana kemari di dimusim-musim bulan  Ramadhan Al Mubarak memberi pelbagai bantuan dan wang raya kepada golongan-golongan seperti yang dimjaksudkan itu.

DAP berbelanja untuk majlis-majlis berbuka puasa di beberapa kampung  contoh terdekat Ahli Parlimen Sandakan (DAP) sibuk menghadiri majlis-majlis berbuka puasa bersama-sama penduduk Islam sambil menghulur bantuan raya.

Saya tidak nampak ciri-ciri perjuangan DAP adalah anti Islam anti Melayu  ini cuma dakwaan semata-mata oleh orang-orang yang digelar munafik.


Ahli Parlimen  Gelang Patah Lim Kit Siang juga bersusah paya  menyediakan pelbagai bantuan sempena di bulan Ramadan untuk murid-murid  sekolah agama yang terdiri daripada anak-anak yatim ibu-ibu tunggal dan warga emas juga mendapat  bantuan raya.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menghadiri majlis berbuka puasa bersama-sama umat Islam  adakah ini DAP benar-benar anti Islam seperti yang didakwa oleh ahli-ahli UMNO.

Kenapa UMNO bersekongkol dengam parti Cina MCA dan Gerakan tidak pula diselar kafir atau harbi atau haram, mengapa orang-orang Melayu Islam yang menyokong DAP diselar mereka kafir-harbi atau haram hukumannya.


Adakah dalam Kitab Suci Al Quran atau mana-manis hadir  menyebut kalau orang-orang Islam bersekongkol dengan DAP parti Cina hukumnya  haram atau kafir harbi hanya Mufti Pahang saja yang mengatakan seumpama itu.

UMNO SEMPORNA JADI PECAH BELAH GARA-GARA GANTUNG SHAFIE ABDAL 6,000 KELUAR UMNO

Wednesday June 29/2016


DARI SUDUT MEJA PENGERUSI AHLI LEMBAGA
(PORTAL THE SABAH INSDER NET)
DATU SERI PADUKA KEMELLIA HASSAN
www:sabahinsider14.blogspot.com



SAYA tertarik  membaca sebuah artikel Kupasan Deri Meja Editor (TSI) yang bertajuk “UMNO Lumpuh 6,000 Babitkan 300 Ketua Cawangan Keluar Meninggalkan UMNO Semporna” yang tersiar di Portal The Sabah Insider.Net pada tanggal 28-06-2016.


Pada pandangan dan pendapat peribadi saya amat setuju tindakan drastic Datuk Jaujan Sambakong ADUN Sulabayan, Datuk Jasa Raudah Pengerusi Tetap UMNO Semporna, Ketua Pemuda Bahgian Semporna Datuk Aziz Zaman Ketua Wanita Bahagian UMNO Semporna dan Ketua Puteri Bahagian Semporna serta 300  Ketua-Ketua Cawangan dan ahli-ahli UMNO seramai 6,000 turut keluar dari UNO satu tindakan yang tepat dan mendapat sokongan moral.


Ini berikutan jawatan Naib Presiden yang disandang oleh Datuk Seri Mohd Shafie Hj Abdal serta keahliannya dalam telah digantung oleh Presiden UMNO  Dato Najib atas sokongan Ahli-Ahli Masjil Tertinggi UMNO (AMT)

6,000 ahli UMNO yang memprotes tindakan AMT menggantung kedudukan DS Shafie dalam UMNO yang sekian lama berjuang bermati-matian untuk menegakan UMNO gara-gara Shafie turut mengkritik  Najib tentang 1MDB dan RM2.6 billion akhirnya jadi mangsa pembuangan dari UMNO.
 

Najib dan AMT UMNO memang cukup bijak menyingkir Mukhris-Muhyiddin dan Shafie juga bakal jadi mangsa pembuangan yang sekarang apa sudah jadi dengan kedudukan UMNO Semporna.

AMT tidak berfikir panjang sebelum memecat  Mukhris-Muhyiddin dan menggantung  Shafie dari UMNO risikonya amat tinggi sekarang UMNO telah menerima  padahnya 6,000 UMNO sudah hilang keahlian yang begitu ramai.

Datuk Nasir Tun Sakaran ADUN Senalang dan ADUN Bogaya Datuk Ramlie Marhaban dijangka dalam beberapa hari lagi akan ikut jejak Jaujan keluar dari UMNO.

Sekarang  kedudukan UMNO Semporna jadi lumpuh siapa lagi yang diharap semua orang kuat UMNO yang berpengaruh besar sudah keluar meninggalkan UMNO.

Saya cadangkan jangan tubuh parti baru  buka rantingan Parti KeAdilan Rakat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN) kukuhkan mantabkan perjuangan Amanah atau PKR di  kawasan Senporna hingga ke Lahad  Datu Kunak Silabukan, Tungku dan Tambisan.

Partinya semua kerusi di kawasan yang saya sebutkan itu nanti bila Pru14  pasti jadi milik pembangkang sama ada PKR atau Amanah Insya Allah jika diusahakan dan ditakdirkan.
 

Sebentar tadi ADUN Bogaya Datuk Ramlie Marhaban dabn Ketua Puteri Bahagian UMNO Semporna dalam wawancra di TV3  mereka  menafikan bahawa  mereka tidak terlibat langsung dalam komplot Shafie keluar dari UMNO Semporna.

Apapun kita lihat sejauh mana kebenaran penafian itu  kita sama-sama tunggu reaksi seterusnya.


GARA-GARA PENGGANTUNGAN SHAFIE UMNO SEMPORNA BERKOCAK GELORA MEMBADAI


Wednesday June 29/2016


OLEH: ISMAILY BUNGSU
www: sabahinsider14.blogspot.com

 
TERINGAT katanya Mahathir bahawa orang bijak tidak berada dalam UMNO sebalik ramai sertai parti bukan UMNO/bukan BN dan kesannya teringat cerita Hang Nadim di Temasik yang bijak kasus Singapura dilanggar todak dibunuh oleh Raja.

Makanya yang tinggal dalam UMNO itu terdiri mereka yang tidak bijak dan kerana itu kita selalu saja membaca kenyataan menteri-menteri UMNO yang sama sekali tidak masuk akal meski bukanlah gila atau yang sama dengan kata itu.

Makanya juga sesiapa saja yang sedikit bijak dalam UMNO dan menyuarakan sesuatu yang benar dianggap sebagai sampah yang tidak berguna dan menteri-menteri yang kurang bijak itu duduki jk kuasa siap angguk-angguk dan siap akur apa saja perintah sang ketua yang banyak sangat melakukan tindakan yang jelas salah.

Sudahnya yang terjadi terhadap 3 orang berwatak Hang Nadim dibunuh keduanya dan satu pula digantung yang maksudnya tidak ada kuasa dan diperintah diam secara tidak langsung. Apakah yang digantung itu akan diam?

Sebuah parti yang benar-benar perjuangkan hak rakyat tentu kepimpinannya siap menerima teguran orang bawah, sebalik jika yang bersuara diambil tindakan pecat atau gantung, maka itu jelas bukan lagi sebuah parti menjunjung demokrasi sebalik itu bakal menjahanamkan bukan saja parti malah negara bangsa.

Kesannya apa yang terjadi?

Di pantai Timur yang namanya SEMPORNA tidak lagi sempurna dan pantai laut dan daratan sedang berkocak dan gelora ada di mana-mana dan ini cukup bahaya buat sebuah perahu/kapal yang besar kala tengah robek di mana-mana menunggu karam tergantung sama nasib dan doa.

Kita akan melihat Tsunami menggoncang bumi semporna serta gadis tidur di depan pantai Semporna akan tenggelam dan itu akan merebak ke kawasan2 lain pantai timur lain seperti di Sandakan dan lain yang didiami oleh suku kamu Bajau dan kalau ini bergabung dengan PH maka titik bahaya itu akan melebar dan memusnahkan kapal yang memang sudah kehilangan arah sekarang ini.

Kedengaran begitu jelas faktanya dari sejumlah 481 cawangan yang ada sekitar 350 cawangan dan ketua cawangan telah bubar dan meninggalkan UMNO dan yang sisa hanyalah 131 cawangan dan itupun sedang memikir akan sama bergerak serentak seirama dan jangan dikira ini enteng bakal menjahanamkan sang koruptor yang ada di depan mata rakyat.

UMNO bukan lagi parti yang memperjuangkan rakyat, sebalik hanya berslogan pertahankan pemimpin yang sudah terang bersuluh melakukan pengkhianatan kepada negara bangsa sendiri.

Kata-kata rakyat didahulukan hanyalah RETORIKA yang kosong dan retorika itulah juga menjadi ikutan kalangan menteri-menteri kabinet yang berwatakkan badut dan melembu yang tinggal di kondo mewah berharga 250 juta.


UMNO SEMPORNA JADI PECAH BELAH GARA-GARA GANTUNG SHAFIE ABDAL 6,000 KELUAR UMNO

Wednesday June 29/2016


DARI SUDUT MEJA PENGERUSI AHLI LEMBAGA
(PORTAL THE SABAH INSDER NET)
DATU SERI PADUKA KEMELLIA HASSAN
www:sabahinsider14.blogspot.com



SAYA tertarik  membaca sebuah artikel Kupasan Deri Meja Editor (TSI) yang bertajuk “UMNO Lumpuh 6,000 Babitkan 300 Ketua Cawangan Keluar Meninggalkan UMNO Semporna” yang tersiar di Portal The Sabah Insider.Net pada tanggal 28-06-2016.


Pada pandangan dan pendapat peribadi saya amat setuju tindakan drastic Datuk Jaujan Sambakong ADUN Sulabayan, Datuk Jasa Raudah Pengerusi Tetap UMNO Semporna, Ketua Pemuda Bahgian Semporna Datuk Aziz Zaman Ketua Wanita Bahagian UMNO Semporna dan Ketua Puteri Bahagian Semporna serta 300  Ketua-Ketua Cawangan dan ahli-ahli UMNO seramai 6,000 turut keluar dari UNO satu tindakan yang tepat dan mendapat sokongan moral.


Ini berikutan jawatan Naib Presiden yang disandang oleh Datuk Seri Mohd Shafie Hj Abdal serta keahliannya dalam telah digantung oleh Presiden UMNO  Dato Najib atas sokongan Ahli-Ahli Masjil Tertinggi UMNO (AMT)

6,000 ahli UMNO yang memprotes tindakan AMT menggantung kedudukan DS Shafie dalam UMNO yang sekian lama berjuang bermati-matian untuk menegakan UMNO gara-gara Shafie turut mengkritik  Najib tentang 1MDB dan RM2.6 billion akhirnya jadi mangsa pembuangan dari UMNO.
 

Najib dan AMT UMNO memang cukup bijak menyingkir Mukhris-Muhyiddin dan Shafie juga bakal jadi mangsa pembuangan yang sekarang apa sudah jadi dengan kedudukan UMNO Semporna.

AMT tidak berfikir panjang sebelum memecat  Mukhris-Muhyiddin dan menggantung  Shafie dari UMNO risikonya amat tinggi sekarang UMNO telah menerima  padahnya 6,000 UMNO sudah hilang keahlian yang begitu ramai.

Datuk Nasir Tun Sakaran ADUN Senalang dan ADUN Bogaya Datuk Ramlie Marhaban dijangka dalam beberapa hari lagi akan ikut jejak Jaujan keluar dari UMNO.

Sekarang  kedudukan UMNO Semporna jadi lumpuh siapa lagi yang diharap semua orang kuat UMNO yang berpengaruh besar sudah keluar meninggalkan UMNO.

Saya cadangkan jangan tubuh parti baru  buka rantingan Parti KeAdilan Rakat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN) kukuhkan mantabkan perjuangan Amanah atau PKR di  kawasan Senporna hingga ke Lahad  Datu Kunak Silabukan, Tungku dan Tambisan.

Partinya semua kerusi di kawasan yang saya sebutkan itu nanti bila Pru14  pasti jadi milik pembangkang sama ada PKR atau Amanah Insya Allah jika diusahakan dan ditakdirkan.
 

Sebentar tadi ADUN Bogaya Datuk Ramlie Marhaban dabn Ketua Puteri Bahagian UMNO Semporna dalam wawancra di TV3  mereka  menafikan bahawa  mereka tidak terlibat langsung dalam komplot Shafie keluar dari UMNO Semporna.

Apapun kita lihat sejauh mana kebenaran penafian itu  kita sama-sama tunggu reaksi seterusnya.


KEBAJIKAN OKU TERUS TERPILAHARA MP SANDAKAN STEPHEN WONG


Wednesday  June 29/2016

OLEH: SHAIMON S JUMADI
www:sabahinsider14.blogspot.com


SANDAKAN:- Seorang kanak-kanak yang merupakan dalam golongan Orang Kelainan Upaya (OKU)  berumur dalam lingkungan 7 tahun tinggal di Flat  LPPB Sri Taman yang dikenali sebagai Warren Zeqwai bin Mazrey telah mendapat perhatian daripada Ahli  Parlimen Sandakan (DAP) Stephen Wong Tien Fatt.


Ahli Parlimen pernah membantu Warren untuk masuk kesekolah  pihak 7 buah sekolah telah menolak permohonannya dengan alasan Warren seorang cacat anggota salah sebuah sekolah yang menolak pendaftarannya ialah SK Sungai AAnib 1.

Walau Warren tiada tangan sejak ia dilahirkan namun keadaannya luar biasa  cerdik pandai seperti kanak- kanak normal.


Dalam kesempatan di bulan Ramadan  bulan yang mulia ini Wong  bersama rombongannya Bryan Chang Shak Hung dan  Frankie Poon telah melawat kerumahnya sambil berbuka puasa.

Wong menyifatkan hubungan keluarga Warren  dengan ahli parlimen itu adalah seperti keluarga sendiri Wong amat bersimpati atas nasib malang yang menimpa Warren.


Add caption
Untuk menyambut hari lebaran tinggal beberapa hari lagi Wong telah memberi wang raya kepada Warren serta keluarga yang lain.

UMNO LUMPUH 6,000 AHLI BABITKAN 300 KETUA CAWANGAN KELUAR MENINGGALKAN UMNO SEMPORNA

6,000 AHLI UMNO BABITKAN 300 KETUA-KETUA CAWANGAN YANG DIKETUAI JAUJAN KELUAR MENINGGAL UMNO SEMPORNA

Wednesday  June 29/2016

KUPASAN DARI MEJA EDITOR (TSI)
SHAIMON S JUMADI
www.sabahinsider14.blogspot.com

TINDAKAN  inisiatif dan proatif  ahli-ahli cawangan UMNO seramai 300 Ketua-Ketua Cawangan yang meletakan jawatan  termasuk  Naib Ketua UMNO Bahagian Semporna Datuk Jaujan Sambakong dan Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Semporna Datuk Jasa Raudah kerana memprotes  tindakan Najib dan ahl-ahli majlis tertinggi UMNO telah menggantung jawatan Datuk Seri  Mohd Shafie Hj Abdal sebagai Naib Presiden UMNO kena dan tepat pada masanya.


Tahniah dan syabas  ahli-ahli UMNO Semporna termasuk Datuk Jaujan dan Datuk Jasa kerana berani bertindak mengikut lunas-lunas yang tertentu.

Nampaknya UMNO Semporna yang membabitkan Senalang-Sulabayan dan Bogaya kini jadi lumpuh  tidak lagi bermaya sebab orang-orang kuat seperti Ketua Pemuda UMNO Bahagian Semporna Datuk  Aziz Jaman turut  keluar dari UMNO.

Dicadangkan jangan tubuh parti baru buka saja ranting Parti KeAdikan Rakyat (PKR) atau  Parti Amanah Negara (PAN teguhkan dan kuatkan perjuangan dua parti ini pasti mendapat sokongan padu yang tidak berbelah bagi dari mantan ahli-ahli UMNO yang telah meninggal UMNO.itu.

Memang sudah diduga  dari awal-awal lagi pastinya ahli-ahli UMNO Semporna lambat laun mesti keluar dan meninggalkan  UMNO apabila kedudukan  DS Shafie terjejas bukan kah menjadi satu reality.

DS mempunyai pengikut dan pengaruh yang besar jangan coba-coba  main api atau  cari pasal dengan Shafie dari Semporna Kunak Silabukan Lahad Datu Tungku hingga ke Pulau Tabisan adalah pengikut setia  DS Shafie sebabnya mereka sebangsa suku Bajau.

Usaha dan tidak Datuk Jaujan membawa 300 ketua-ketua cawangan UMNO Semporna yang membabit keahlian seramai 6,000 orang keluar UMNO  adalah tindakan yang tepat  sekali  dan mendapat sokongan.

Jumlah 6,000 ahli UMNO yang meninggalkan UMNO Semporna bukan jumlah yang sikit  jelas boleh melumpukan perjalanan dan perjuangan UMNO baru padan muka Najib dan Majlis Teringgi UMNO yang lain bertindak  memecat atau menggantung keahlian UMNO bukan datang kebaikan atau menguntungkan UMNO sebaliknya memburukan  dan merugikan kedudukan UMNO sendiri.

Kini jelas dan terang-terang UMNO Semporna  sudah lumpuh akibat perbuatan pemimpin UMNO yang tidak pandai memikirkan masa depan dan mengabil tindakan  melulu akibatnya UMNO sendiri yang menerima padahnya dan bala.

Kita doakan agar ramai ahli-ahli  UMNO yang lainnya di Sabah dan di Semenanjung ikut jejak seperti UMNO Semporna keluar beramai-ramai meninggalkan UMNO yang tidak lagi relevan bukan macam UMNO zaman Mahathir ini UMNO zaman Najib banyak penyimpang jauh dari perjuangan asalnya.