MPWK P186 SANDAKAN AKAN ADAKAN HARI KELUARGA 2014, PERTANDINGAN KRAFTANGAN DAN WANITA ANTI JENAYAH


OLEH: SAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK) kawasan P186 Sandakan akan mengadakan sambutan Hari Keluarga 2014 di sebuah hotel terkemuka di sini pada 11hb Oktober berula dari jam 9.00 sehingga 2 petang.

Pengisian program tersebut antaranya pertandingan nyanyian Karaoke melukis dan mewarnai dan lain lagi.

Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga berkata tujuan mengadakan sambutan Hari Keluarga itu adalah untuk memupuk semangat kecerian keluargaan masing-masing.

Selain itu juga kata Noraini pada 25hb dan 26 Oktober ini MPWK juga akan menganjurkan Pertandingan Kraftangan dan Wanita Anti Jenayah kedua-dua program tersebut akan diadakan di Dewan Masyarakat Sandakan bermula pada jam 8.00 pagi.

Katanya kedua-dua program tersebut adalah tebuka kepada warga tempatan mereka yang berminat boleh daang ke dewan tersebut untuk mendaftarkan diri.



“Ketiga-tiga program yang telah dijadualkan  diadakan pada bulan Oktober ini adalah sebagai menyahut seruan pihak Kementerian Pembangunan Wanita dan keluarga Malaysia di mana setiap MPWK diwajibkan mengadakan aktiviti-aktivitinya” ujarnya.

Kata Noraini Jawatankuasa Kuasa penganjur bagi ketiga-tga program tersebut sudahpun dibentuk mereka adalah terdiri baripada ahli-ahli NGO, Parti Komponen BN UMNO, PBS, Gerakan, LDP, MCA, MIC, UPKO, PBRS.

No comments:

Post a Comment