MANGSA-MANGSA KEBAKARAN KARAMUNTING BARU TERIMA SUMBANGAN WANG TUNAI DARIPADA MP BATU SAPI


OLEH: SAIMON S JUMADI

KARAMUNTING:- Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin telah membahagi-bagikan bantuan berupa wang tunai kepada mangsa-mangsa kebakaran Kampung Karamunting Baru kelmarin.
Katanya tujuan membahagi-bagikan wang tunai tersebut adalah untuk meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa-mangsa berkenaan kerana ramai yang hanya tinggal sehelai sepinggang.
Semasa kejadian  itu angin begitu kencang sekali jadi kebanyakan mangsa tidak sempat untuk menyelamatkan harta benda mereka.

“Kita sebagai seorang pemimpin khususnya Ahli Parlimen Batu Sapi yang telah diberikan mandat oleh rakyat lantaran kita tidak boleh lari daripada tanggungjawab kita sebagai pemimpin harus memberi bantuan terhadap mana-mana rakyat yang telah ditimpa musibbah seperti kebakaran yang terjadi di Kampung Karamunting Baru dua hari yang lalu” ujarnya..

Katanya selain pihaknya memberikan bantuan kepada mangsa-mangsa berkenaan Jabatan Kebajikan Masyarakat juga turut memberikan sumbangan berupa peralatan dapur dan bahan-bahan makanan. 

Turut hadir  pada majlis penyerahan batuan tersebut ialah Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) Haji Mohd Hamsan Hj Awang Supain.



No comments:

Post a Comment