KELAB PENYOKONG BN SANDAKAN SAH DITUBUHKAN NO SIJIL PENDATARAN PPM-004-12-24102014


OLEH: CHARLES SUNGGIUK

KOTA  KINABALU:- Kelab Penyokong BN Sandakan (KPBS) baru saja ditubukan daerah Sandakan pada 24 Oktober ini dan telah diluluskan pendaftaran penubuhannya oleh pihak Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS)  Nombor Sijil  Pendaftaran-004-12-24102014.

Pengerusi Penaja Penubuhan Kelab tersebut Hajah Rauyah Baharul Asyik  berkata tujuan kelab ini ditubukan khusus adalah bagi mengganti  tempat  kedudukan Kelab Penyokong BN  Sabah dan Kerajaan yang telah didaftarkan di daerah Tawau.

Hjh Rautah berkata sebenarnya KPBNSDK  tidak  ada cawangan di Sandakan ia berpusat di daerah Tawau tapi malangnya kelab NGO ini tidak mempunyai ahli di Tawau dan  ramai ahli-ahli kelab itu semua orang Sandakan dan ini adalah bertentangan dengan dasar peraturan dan perlembagaan ROS sebenarnya.


“Saya telah difahamkan dengan sejelas-jelasnya  oleh Pegawai Pendaftaran Pertubuhan (ROS) bahawa KPBNSDK yang ditubuhkan diatas nama daerah Tawau tidak mengambil dari mana-mana tempat  luar dari kawasan Tawau seperti yang berlaku pada hari ini KPBNSDK ramai ahli-ahli datang orang dari Sandakan.

Adalah menjadi satu kesalahan besar kalau KPBNSDK didaftarkan atas nama daerah Tawau  tapi mengambil keahlian dari daerah lain seperti dari Sandakan” jelas Hjh Rauyah.

“Sekarang Kelab Penyokong BN Sandakan tidak lagi mahu berkompromi dengan KPBNSDK Tawau  semua yang telah menjadi ahli KPBNSDK secara atomatik telah berpinda  menjadi ahli Kelab ini.” Jelas Hajah Rauyah.

Kata Hajah Rauyah lagi pihaknya akan membuat laporan polis sekiranya Pegawai Perhubungan KPBNSDK yang bernama Rosli didapati masih menjalankan pungutan yuran kemasukan keahlian KPBNSDK  akan diumban kepenjara.

“Kalau dulu   sebelum  Kelab Penyokong BN Sandakan ini  ditubuhkan bolehlah  si Rosli suka-suka hati  masuk kampung keluar kampung mengutip yuran untuk kemasukan keahlian bagi KPBNSDK tapi sekarang polis akan menjejaki pergerakan Rosli silap langka Rosli  akan dicekup polis baru dia rasa terkapai-kapai dalam menpejara meninggalkan anak-anak kalau itu  yang dia mahu boleh saya cabar Rosli teruskan usahamu pungut duit dengan orang-orang kampung mampus kau nanti dilempar kepenjara  ini bukan satu gertak” katanya.

Katanya pihak Kelab Penyokong BN Sandakan pada masa terdekat ini sudah siap sedia untuk membuat laporan polis mengenai tingkah laku Rosli yang selama ini dia memungut duit daripada orang-orang kampung.


No comments:

Post a Comment