The Sabah Insider Online…..WARISAN DAPAT SAMBUTAN DARI 32 ATNIK SUKU KAUM DI SABAH BERBANDING USA UNTUK SATU KAUM SAHAJA


SUDUT PANDANGAN EDITOR (TSI)
SHAIMON S JUMADI
Tuesday November 28/20

SAMBUTAN rakyat    yang datangnya daripada  suku-suku  kaum yang terbesar di Sabah sama  ada kaum Kadazan-Dusun-Murut-Cina dan bumiputera Islam terhadap perjungan Parti Warisan Sabah (WARISAN) yang dipimpin oleh Datuk Seri Shafie Apdal Darell Leiking (wakil) Kadazan-Dusun-dan Murut  Junzs Wong wakil Cina  sungguh  amat menggalakan.

Tumbuhnya WARISAN di Sabah benar-benar menggugat kestabilan dan keharmonian UMNO/BN  kerana semakin hari semakin lama ahli-ahli UMNO dari beberapa bahagian  di Sabah berinut-rinut (beransur-ansur) keluar UMNO mereka menyertai WARISAN.

Sempena kedatangan Presiden WARISAN  D.S. Shafie bersama-sama rombongannya ke Dewan Hakka  tidak sangkah-sangkah dewan tersebut di penuhi lautan manusia datang berpusu-pusu  menyanbut Shafie diangarkan 5,000 orang 97 peratus adalah ahli-ahli UMNO dari lima bahagian  UMNO Libaran-Beluran-Kinabatangan-Batu Sapi dan Sandakan kerara mereka menyerahkan  borang-borang kemasukan ahli Warisan.

Kedatangan beramai-ramai  lebih kurang 5,000 ribu yang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat  tanpa mengira warna kulit  dan agama  mereka datang sendiri tanpa di bayar tambang kereta atau bas.

Keikhlasan ahli-ahli UMNO seramai 12 ribu orang ahli dari lima bahagian itu menyertai WARISAN  tanpa sebarang syarat mereka  menyertai WARISAN semata-mata atas kesedaran diri masing-masing  yang UMNO hanya parti BONEKA orang-orang Sabah sahaja.

Saya bukan hendak banding-bandingkan antara perjuangan dan kekuatan parti Sabah seperti WARISAN dan Parti United Sabah Alliance (USA)  yang bergabung tiga buah iaitu SAPP-STAR-PCS (Parti Cina Sabah).

Kekuatan parti WARISAN  walaupun single tidak bergabung dengan mana-mana parti tempatan di Sabah dan juga parti-parti pembangkang dari Semenanjung  akan tetapi respon rakyat yang berbilang kaum berbilangan budaya berbilang agama sungguh mengkagumkan.

Semua suku atnik 32 kaum di Sabah menjadi ahli WARISAN kelmarin saja 12 ribu ahli-ahli UMNO  yang membabitkan lima Bahagian   UMNO Libaran-Beluran-Kinabatangan-Batu Sapid an Sandakan mereka keluar menyertai WARISAN.

United  Sabah Alliance (USA) yang menggabungkan tidak buah parti SAPP-PCS dan  STAR  jika parti ini mahu mendapat sokongan padu dari semua bangsa yang ada di Sabah ini harus liberal  bukan parti berasaskan perjuangan untuk kaum Dusun-Kadazan-Murut  dan Cina sahaja sementara orang-orang Islam  tidak di jemput untuk membariskan sebagai ahli Majlis tertinggi semua jawatan penting di ponopoli oleh satu kaum saja.

Berapa banyak  kaum Kadazan-Dusun-Murut dan Cina di  Sabah sedangkan Kadazan-Dusun-Murut serta Cina sudah berpecah belah  sepearuh pergi ke PBS separuh lagi  ke UPKO dan PBRS manakala kaum cina seperuh MCA-LDP dan PCS.

Ternyata USA memang bersaing dengan WARISAN sebab WARISAN mendapat sokongan padu dari mantan ahli-ahli UMNO/BN yang kita hampir 200 ribu ahli-ahli UMNO yang melibatkan 24 bahagian sudah menjadi ahli WARISAN.

Contohnya macam Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang merupakan  parti Cina  barisan majlis tetinggi semua Cina hingga DAP ditubuhkan parti memperjuangankan nasib kau cina semata-mata;.

Tetapi atas  kesedaran  orang-orang Melayu  sendiri  bahawa DAP parti milik semua kaum yang ada di Negara ini  sekarang orang-orang Melayu 67 peratus sudah menjadi ahli DAP parti DAP semakin dekat dihati rakyat yang berketurunan Melayu.













The Sabah Insider Onlime......MUSA TERCABAR BILA BERDEPAN SHAFIE APDAL



OLEH: SORAYA EGG
Tuesday November 29/2016

1.Semenjak UMNO Sabah diterajui Musa Aman tidak pernah stabil kerana style politiknya cantas dan buang pada pemimpin sesama dalam UMNO terutama yang berisiko menjadi saingannya dalam UMNO Sabah.

2.Ini tekniknya dapat bertahan sampai kini menjadi ketua Perhubungan Umno Sabah pada satu ketika dulu pada PRU2008 beberapa pemimpin kanan UMNO Sabah telah menidakan hak mereka untuk tidak mempertahankan kursi mereka tanpa alasan yang munasabah.

3.Selepas itu, DSSA ada musuh ketatnya dalam UMNO Sabah sehingga bermacam gelaran diberi pada DSSA antara nya Bajau Perompak Laut atau lanun dan tidak sampai di sana sehingga setiap peruntukan dan pembangunan di Semporna disekat tanpa menghirau jasa jasa penduduk Semporna sebagai benteng UMNO Sabah.

4.Kesempatan untuk menyingkirkan DSSA datang juga semasa krisis 1MDB memuncak dalam mesyuarat kerja parti UMNO, namunpun Musa hanya berstatus pemerhati dalam mesyuarat membuat cadangan agar DSSA digantung keahliannya dalam parti namunpun ada beberapa ahli majlis tertinggi tidak menyenangi terhadap saranan Musa itu kerana akan membawa ketidak stabilan UMNO Sabah.

5.Adalah menjadi perangai Musa merasa dirinya hebat kerana menurutnya wang adalah segala-galanya dapat membeli maruah pengundi Sabah dan pemimpin sekutu BN Sabah yang lain agar sokongan mereka terhadap kepimpinannya berterusan.

6.Itu mungkin dulu orang tidak sedar maruah mereka boleh dibeli tetapi sekarang terutama golongan anak muda dan keluarga mereka tidak boleh lagi diperjual belikan dan telah mulai memahami nilai-nilai maruah dalam diri mereka dan kepimpinan Musa mulai diragui atas dasar isu-isu semasa yang banyak melibatkan dirinya secara langsung atau tak langsung.

7.Keraguan itu terbukti benar, semenjak DSSA keluar Umno dan menubuhkan parti Warisan Sabah adalah di luar jangkaan sambutan rakyat Sabah terutama suku yang pernah menjadi akar umbi penyokong Tun Mustapha satu ketika dulu di mana pelusuk termasuk kepulauan akan berdiri teguh bersama Warisan Sabah umpamanya di Sandakan, jelajah DSSA dibanjiri oleh ribuan akar umbi namunpun ada usaha usaha menghalang tidak menghadiri majlis itu untuk menjaga hati ketua menteri Sabah kerana kawasan pilihanrayanya terletak di kawasan itu.

8.Sebenarnya bumiputra Islam telah merasa muak dengan kepimpinan Musa terutama di luar sukunya tetapi oleh kerana demi agama terpaksa menyokong Umno dan Musa kerana tidak ada pilihan mengelak Pisang berbuah dua kali pengalaman semasa PBS. Rakyat masih menyimpan dendam dengan Musa kerana gara-gara Musa, PBS diterima dalam BN sedangkan PBS adalah bekas seteru bumiputra Islam yang pernah menindas mereka dari 1975 hingga 1974.

9.Ditakdirkan juga anak-anak muda KDM dan Cina telah turut berjuang bersama Warisan Sabah. Pengelibatan tenaga muda profesional adalah pemangkin Warisan Sabah mendekati untuk mengubah Sabah ke landasan yang betul dan tepat.


II The Sabah Insider Online..... SELAUATAN MANUSIA SAMBUT KEDATANGAN D S SHAFIE DI SANDAKAN

OLEH: ISMAILY BUNGSU
Isnin November 28/2016
TAK nampakkah manusia semacam lautan dan dewan HAKKA Sandakan penuh sesak meski di sana tiada pesta gong atau tamu.
Apa lagi alasan untuk dikatakan yang WARISAN tidak mendapat sambutan dan ada kata parti WARISAN bakal hambar sambutan di Sandakan.
Barangkali akan ada kenyataan konon sambutan bukan ukuran yang warisan bakal mendapat undi terbanyak.
Sambutan sudah cukup untuk kita nilai dan itu antara bukti yang boleh dikatakan yang warisan mendapat sambutan di luar jangka.
Sebenar presiden menerima borang beribu penyertaan orang umno sertai warisan meski Musa Aman turun ke Sandakan sebelum ini usaha elak jangan ada hadir di perjumpaan hari ini dan seruan Musa ternyata gagal.
Ubahsabah
Ubahsabah
Ubahsabah
Kata2 itu memenuhi ruang dewan yang orang hadir melimpah ke luar dewan kesan lokasi dalam dewan tak mengizin sekitar lebih 8,000 orang hadir mendengar ucapan presiden parti warisan Sabah/ itu laporan zakaria jack yang berada di Sandakan.
Hapuskan korupsi dan BN harus disingkir kesan gagal memerintah sabah dan rakyat sabah tidak sabar lagi yang mahukan BN tumbang dan pemimpin korup diheret ke mahkamah untuk diadili kesan mencuri khazanah negara bangsa hingga sabahan miskin papa dan ada yang kedana.
Bantai BN
Bantai BN

III The Sabah Insider Online…12 RIBU AHLI-AHLI UMNO DARI LIMA BAHAGIAN SANDAKAN-BATU SAPI- LIBARAN KINABATANGAN DAN BELURAN SERTA PARTI WARISAN SABAH

 ( pintu terbuka asal ikhlas)


OLEH: ISMAILY BUNGSU (KK)
JOSEPH P ANDAU (KB)
Monday November 28/2016

  
DI SABAH ini dari satu parti ke satu parti perkara biasa dan bukan luar biasa dan itu sesuatu yang tidak menghairankan.
Dari USNO ke BERJAYA, PBS KE UMNO, PKR lalu ke parti baru dan akhir ke WARISAN perkara biasa.

Itu biasa bukan luar biasa yang penting visi sama perjuangkan Sabahan tolak parti korup. Ini menakutkan pihak lawan termasuk agen BN jika benar.

Saya tak minat politik tapi saya minat menulis dan parti yang saya sertai sejak awal hingga kini hanyalah KEADILAN dan tidak sertai parti lain dan di WARISAN visinya sama maka itu disokong undi warisan.
Saya sokong WARISAN sebab nampak lebih keikhlasan dan mereka yang dilain parti visi sama ikhlas perjuangkan Sabahan itu tiada masalah tak perlu diperikai.

Ada otak fikir
Ada mata lihat
Ada akal guna
Sendiri mahu ingat

Memang banyak sangat orang bertanya dan jawaban saya sama, lalu untuk lebih jelas tanya saja yang berkenaan pasti bakal dapat jawaban tak meragukan.
ubahsabah
ubahsabah

Demi perubahan pertahan warisan semua kena bersatu dan WARISAN siap terima siapa saja dan soal gabung tak perlu gopoh kena halusi dan timbang fikir secara matang kesan masa lalu merobek hati.

Shafie, Darell, Jaujan, Junz, terrence dan peter meski bukan maksum tapi beza dengan yang lain itu cukup jelas untuk kita pilih WARISAN landas perjuangan.

Kita CINTA akan warisan kesan hanya WARISAN bawa harapan gapai keinginan bakal berdiri di puncak.

Yang lanun itu yang curi dana 1MDB dan SIRUK minyak gas Sabah dan WARISAN bukan perampok jauh bersikap melanun khazanah sabah.-


OLEH: JOSEPH P ANDAU (KB)
Monday November 28/2016

KOTA KINABALU:- Pelbagai fitnah dan tuduhan dilemparkan oleh para pemimpin kanan UMNO terhadap saya mereka dikatakan  saya adalah mengkhianati perjuangan UMNO/BN.

Saya adalah   mangsa pemecatan jawatan dari  Kabinet persekutuan seterusnya saya digantung keahlian UMNO yang menyandang Naib Presiden UMNO  gara-gara saya mengeluarkan kenyataan mengenai skandel 1MDB.

Kalau saya tidak dipecat dari UMNO/BN sekarang saya masih bersama-sama mereka berjuang  ini dikatakan saya pengkhianat dalam UMNO/BN.
Presiden Parti Warisan Sabah (WARIS lebih  4,000 ribu ahli-ahli  UMNO di sesi perjumpaan dengan para pemimpin tertinggi WARISAN di Dewan Hakka Sandakan kelmarin

Kata Shafie lagi perjuangan UMNO tidak sama di zaman Tunku Abdul Rahman- Tun Razak-Tun Hussien Onn,Tun Mahathir Mohamad  dan Tun Abdullah Ahmad Badawi sekarang  perjuangan UMNO di bawah pimpinan Najib dan sekutunjya banyak berkisar melakukan skandel korup dan menyelewengan dana rakyat.

“Dalam UMNO/BN sesiapa  yang suka mempertikaikan soal 1MBD  pastinya menerima pelbagai bala dan malapetaka  banyak orang-orang UMNO jadi mangsa pembuangan dan pemecatan pelbagai jawatan serta menyingkiran dari UMNO” katanya.

Dalam pada itu seramai 12,000 ribu orang yang terdiri daripada ahli UMNO yang melibatkan  lima Bahagian UMNO  Sandakan-Batu Sapi-Kinabatangan-Libaran dan  Beluran mereka keluar beramai-ramai dan menyertai WARISAN  dan borang-borang kemasukan ahli telah diserahkan sendiri oleh ketua masing-masing.

Nampaknya banyak bahagian UMNO sekerang kekurangan  ahli ekoran mereka keluar dari UMNO.










The Sabah Insider Online.... 5000 RIBU AHLI UMNO KELUAR SERTAI WARISAN DIPIMPIN SHAFIE APDAL DI DEWAN HAKKA


OLEH: SHAIMON S JUMADI
AZMIE AZMAN
Sunday November 27/2016

SANDAKAN:- Seramai 5,000 orang ahli-ahli UMNO dari lima bahagian  UMNO Sandakan-Batu Sapi-Libaran Kinabatangan dan Beluran telah keluar beramai-ramai menyertai Parti Warisan Sabah (WARISAN) yang dipimpin oleh Datuk Seri Shafie Apdal.

Upacara penyerahan borang-borang kemasukan ke parti WARISAN daripada 5,000 orang ahli UMNO/BN itu telah diadakan disesi perjumpaan raksaksa dengan para pemimpin tertinggi WARISAN yang dilangsungkan di Dewan Hakka  yang sekarang masih lagi berlangsung.

Dalam ucapan Presiden WARISAN D S Shafie antara lain mengajak ahli-ahli UMNO di lima bahagian itu agar keluar dan meninggalkan UMNO/BN yang merupakan kerajaan yang dtadbir oleh para pemimpin UMNO yang penuh korap (Rasuah) dan pelbagai skandel lagi yang membabitkan wang rakyat.
 
Add caption
“Saya bersyukur  kedesaran ahli-ahli UMNO di lima bahagian ini telah mengambil satu ketetapan yang berani meninggalkan kerajaan kukuh besi ini  dan berjuang bersama-sama WARISAN  Insya Allah WARISAN akan menjadi kerajaan negeri selepas PRU14 nanti” katanya.

“Bertahun-tahun  lamanya saya  berjuang dalam UMNO tetapi perjuangan saya hanya sia-sia sahaja gara-gara saya yang mencari kebenaran dan menegur tentang isu 1MDB  saya jadi mangsa penggantungan ahli UMNO dan di pecat dari Kabinet  sebagai menteri saya redha.


“Sebenarnya dalam UMNNO sekarang teralu banyak iblis dan syaitan  kerana sering mengusik jiwa sanubari Najib sehingga Najib begitu mudah termakan hasut-hasutan dari setan dan iblis yang suka mencari kesalahan orang  lain  saya ingat tidak  salah  kalau  saya hanya menegur yang betul” ujarnya.

Dalam pada itu  ucapan  Ketua Parti Warisan Sabah (WARISAN)   Libaran Aris Melayu  menyeru ahli-ahli  WARISAN  agar sentiasa  menanamkan semangat kerjasama antara satu sama lain untuk mempastikan perjuangan WARISAN di Libaran  lebih teguh dan kuat untuk berdepan dengan calon-calon BN yang bakal bertanding  pada PRU14 nanti.

Berita selanjutnya mengenai jelajah Shafie Apdal akan disambung siarannya pada esok Isnin.



The Sabah Insider Online ALLAH MURKAH DI ISRAEL BERLAKU KEBAKARAN BESAR

ALLAH BARANGKALI MURKA
( kasus di Israelia dan Rohingya)


OLEH ISMAILY BUNGSU
Sunday November 27/2016

MUSLIM di dunia diakhir zaman memang tertindas. Ditindas oleh mereka yang berkuasa. Muslim di mana-mana sekarang tidak lagi muncul sebagai bangsa yang hebat sebalik menjadi bangsa yang mundur dan kian jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan mulanya muslim di zaman Andalusia yang melahirkan kaldum, Kindi, Sina dan segala macam.

Yang begitu ketara sekarang muslim di Palestina dan di Rohingya ternyata cukup menyedihkan sekali disamping kehancuran Iraq, Mesir dan banyak lagi kesan kuasa-kuasa barat yang dikuasai oleh bangsa Yahudi bawah Zionis yang jahat.

Di Rohingya jelas berlakunya pembataian, pembakaran kampung, pengusiran, perogolan, tembak, pukul terutama di wilayah provonsi Rokhine, Burma dan sebagainya yang harusnya tidak boleh dibiarkan oleh dunia tetapi dunia melihat hanyalah sebagai satu persembahan teater di atas pentas lakon.

Kita sendiri tidak tahu kenapa seorang pejuang keamanan yang menerima anugerah/hadiah nobel, pemimpin demokrasi Mynmar Aung San Suu Kyi hingga sekarang terus mendiamkan diri tanpa berbuat apa-apa malah sepatah perkataan tidak pernah ia ucapkan.

Apa yang berlaku di Rohingya itu sesuatu yang cukup menyedihkan dan sesuatu yang harusnya tidak lagi berlaku di zaman moden ini dan jelas kepimpinan di sana merupakan pemimpin yang sikapnya ala setan kesan jelas begitu merestu pembantai manusia begitu kejam dan jahat sekali.

Lalu kembali ke Palestina juga sama sejak bertahun-tahun mereka di sana dianiaya dan tidak dibenarkan hidup dalam keadaan yang selesa.

Tanah/air mereka dirampas dan mereka dikepung oleh satu bangsa yang biadap dan paling laknat di dunia meski tidak semua yang Yahudi itu sejahat yang kita fikirkan tetapi di bawah Zionis memang mereka bercita-cita mahu kuasai dunia bakal merosakkan.

Sepertinya terdapat dalam ayat QS, AL Israa 4-5 bahawa di sana dijelaskan yang Bani Israel itu akan membuat kerosakan di muka bumi dan selalu menyombongkan diri, maka dijelaskan kala datangnya kejahatan pertama dan kejahatan itu akan dituntut hingga mereka akan dicari dan pasti menjadi.

Nah, berdasarkan ayat al Israa seperti yang hampir sama seperti saya katakan maksudnya maka sekarang ini tiba-tiba saja api datang menyambar hingga angkasa israel penuh dengan api dan itu berlaku setelah larangan azan diperdengarkan di mesjid di palestina.

Sekarang hampir separuh bumi Israel yang dirampas dari Palestina bermandikan api dan api itu naik menjulang ke ke angkasa hingga mereka berlarian mahu menyelamatkan diri masing-masing dan kesannya hampir ratus ribu terus meninggalkan rumah hingga saudara-saudara  Palestina sendiri menghantar bantuan ikut sama memadamkan api yang menyala-nyala itu.

Kita lihat apa selanjutnya dan mudah-mudahan hal sedemikian dapat menyedarkan mereka yang jahat dan sama mendiami dunia ini dengan aman dan semua orang punya kesempatan untuk menikmati hidup.


The Sabah Insider Online...... SABAH LION DANCE LEAGUE CHAMPIONSHIP RECEIVED CHEQUE FROM MCA LIBARAN

PICTURE SHOW……Chin (2nd right) receives the sponsorship request letter from Danny Kok

BY:  POCONG A/L BALAN-BALAN
Sunday November 27/2016


SANDAKAN:  The organizers of the grand final of the 3rd Sabah Lion Dance League Championship received sponsorship for the event from MCA Libaran division

MCA Libaran division chairman Chin Kim Hiung handed over a cheque to Sabah Dragon, Unicorn and Lion Dance Association chairman Danny Kok and witnessed by the latter's committee members.

According to Chin, MCA Libaran division is always supportive of all kind cultural activities. 

The grand final of the 3rd Sabah Lion Dance League Championship which is organized by the Sabah Dragon, Unicorn and Lion Dance Association will held at the Sandakan Community Centre today (Sunday).

Twelve teams from throughout Sabah which took part in the first round in Kota Kinabalu in June will be facing it off in the decider for the overall winners of this year’s league championship.

The Sabah Lion Dance League Championship is the first ever lion dance league in Malaysia. Its aim is to elevate the standard of lion dance in Sabah to be on par with their counterparts from Peninsula Malaysia.




The Sabah Insider Online.....KISAH JALUT DAN TALUT DALAM SURAH AL-BAQARAH

Bacaan yang menarik  dalam Ayat Surah Al- Baqarah 245-251

HURAIAN OLEH: SORAYA KIGIS
Sunday November 27/2016

DALAM ayat  246 -251 surah al-Baqarah telah mengisahkan satu kaum Bani Israil yang diceritakan oleh Allah SWT kepada Rasulullah SAW, untuk dijadikan iktibar oleh umatnya. Untuk lebih jelas, kisah ini dibawakan sekadarnya mengikut catatan para mufassirin, diantaranya daripada al-Khazin.

Kisah ini mula diceritakan selepas Nabi Musa AS wafat meninggalkan kaumnya iaitu Bani Israil. Orang yang menggantikannya untuk meneruskan syariat Allah yang berpandukan kitab Taurat ialah Yusyak bin Nun.

Dialah khalifah Nabi Musa yang pertama, yang kemudian digantikan pula oleh Kalib in Yuqana sebagai khalifah kedua dan kemudian digantikan pula oleh Hizqil bin Buza sebagai khalifah ketiga.

Setelah beberapa lama Hizqil bin Buza meninggal dunia, Bani Israil mula melupakan agamanya sehingga ada di antara mereka yang bertukar menyembah berhala-berhala. Kemudian Allah mengutus Ilyas kepada mereka.
Ilyas adalah seorang Nabi dan Rasul yang ditugaskan seperti lain-lain Nabi keturunan kaum Bani Israil, supaya mengingatkan kaumnya yang telah melupakan agama yang dibawa oleh Nabi Musa dahulu dan menyuruh mereka mengamalkan semula syariat tersebut.

Kemudian diutus pula Ilyasak, yang juga seorang Nabi dan Rasul. Ia meneruskan syariat Nabi Musa beberapa lama sehingga meninggal dunia.

Demikianlah sehingga beberapa lama sepeninggalan Nabi Ilyasak ini manusia telah berbalik semula kepada berbuat bermacam-macam kejahatan dan meninggalkan agama mereka.

Pada masa itulah timbul satu kaum yang menjadi musuh kepada Bani Israil yang menjajah dan menindas mereka. Musuh itu dikatakan bernama Balthatha, diketuai oleh seorang raja bernama Jalut.

Mereka mendiami tempat yang berdekatan dengan kawasan pantai jajahan Rum, yang terletak di antara Palestin dengan Mesir. Mereka itu juga dikatakan berasal daripada kaum Amaliqah – kaum yang terhitung tua daripada bangsa Arab.

Banyak kawasan negeri Bani Israil yang mereka takluki, anak pinak yang mereka perhambakan dan anak-anak raja yang ditawan. Mereka dikenakan ufti dan cukai, Taurat dirampas sehingga menyebabkan bencana dan kesengsaraan yang amat sangat.

Keadaan demikian berlaku kerana telah lama tidak ada nabi yang diutus seperti yang sudah-sudah. Biasanya seorang Nabi yang akan muncul daripada kaum Bani Israil mestilah berketurunan Nabi pula. Baka-baka yang akan menurunkan Nabi ini telah ramai yang mati.

Hal ini menyebabkan lama tidak dibangkitkan Nabi yang dapat memimpin dan membela mereka daripada kekejaman dan penindasan musuh.

Maka ditakdirkan Allah, ada seorang sahaja yang berketurunan Nabi – itu pun perempuan pula orangnya - lalu mereka jaga dan pelihara baik-baik. Sampailah masanya perempuan ini mengandung, dia dikurniakan seorang anak lelaki yang kemudiannya dinamakan Syamwil.

Kanak-kanak ini telah dididik dan dibesarkan oleh seorang pendita yang alim dan diajarkannya syariat Nabi Musa serta kitab Taurat, yang akhirnya Allah mengutus Jibril kepadanya untuk melantiknya menjadi Nabi dan menyuruh supaya kaumnya menyembah Allah.

Syamwil telah menyeru kaumnya agar menyembah Allah, tetapi kaumnya itu telah mendustakannya dan mencabarnya supaya ia dapat menunjukkan bukti kenabiannya lalu mereka berkata :

“Utuslah seorang raja untuk kami, supaya kami boleh berperang di jalan Allah” (ayat 246)

Kata-kata mereka meminta bukti atas kenabian Syamwil dengan meminta kepadanya supaya mengadakan seorang raja bagi mereka ini, kerana sebagaimana yang telah diketahui bahawa Bani Israil dewasa itu sedang ditimpa malapetaka, ditindas dan diperkosa oleh musuh yang menyebabkan mereka berpendapat perlu beraja atau ketua yang akan memimpin umat mereka.

Manakala Nabi Syamwil mendengar cabaran kaumnya meminta kepada Allah supaya mengadakan bagi mereka seorang raja, Nabi Syamwil pun berkata :

“Boleh jadi jika diwajibkan ke atas kamu berperang, kamu tidak mahu berperang” (ayat 246)

Nabi Syamwil menyindir kaumnya, bahawa dalam perang itu boleh jadi mereka bersifat pengecut lalu melarikan diri meninggalkan medan perang.
Mereka menjawab :

“Mengapa pula kami tidak akan berperang pada jalan Allah, sedang kami telah diusir dari kampung halaman kami, dan (dari) anak-anak kami?” (ayat 246)

Mereka menceritakan bagaimana kejamnya raja Jalut dan kaumnya yang telah menghalau mereka keluar dari rumah, menawan dan memperhambakan anak-anak raja mereka. Jadi, sudah semestinya mereka akan berperang dan menuntut bela.

Hanya syaratnya, hendaklah mereka beraja dan dengan itu barulah mereka percaya akan kenabian Syamwil. Tetapi Allah SWT telah menempelak pengakuan mereka :

“Maka apabila perang itu diwajibkan atas mereka, mereka membelakangkan kewajipan itu, kecuali sebahagian kecil dari mereka. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan orang-orang yang zalim”. (ayat 246)

Nabi Syamwil memohon kepada Allah SWT supaya mereka dikurniakan seorang raja. Allah SWT mewahyukan bahawa raja mereka bernama Talut. Nabi Syamwil telah membawa Talut ke hadapan pembesar Bani Israil untuk mengisytiharkan perajaannya, lalu berkata :

”Bahawasanya Allah telah melantik Talut menjadi raja bagi kamu”. (ayat 247)
Mereka tertanya-tanya, bagaimana Talut boleh menjadi raja, setahu mereka setiap Nabi Bani Israil tidak akan dibangkitkan melainkan mestilah keturunan Lawi bin Yaakub dan setiap raja Bani Israil tidak akan dinagkitkan melainkan daripada keturunan Yahuza bin Yaakub.

Lawi dan Yahuza dua rumpun anak Nabi Yaakub bin Ishak bin Ibrahim yang menjadi sumber kemegahan Bani Israil. Daripada rumpun Lawi, terbitlah Nabi Musa dan Nabi Harun AS.

Daripada rumpun Yahuza, terbitlah Nabi Daud dan Nabi Sulaiman AS yang menjadi raja besar Bani Israil disamping menjadi Nabi.

Tetapi Talut ini tidaklah lahir daripada kedua-dua rumpun tadi bahkan beliau adalah keturunan Bunyamin bin Yaakub. Berdasarkan adat dan tradisi lama inilah mereka menolak Talut untuk menjadi raja mereka. Kata mereka :

“Bagaimana dia mendapat kuasa memerintah kami sedang kami lebih menjadi raja daripadanya, dan ia pula tidak diberi harta kekayaan yang banyak?” (ayat 247)

Dengan kenyataan ini, jelaslah bahawa merek masih mengagung-agungkan keturunan dan kekayaan harta benda untuk melayakkan diri menjadi seorang raja.

Maka berdasarkan pendapat dan kebiasaan kaum Bani Israil ini, masih ramai yang terpengaruh dan berpegang dengan adat lama bahawa jawatan pimpinan, ketua negara, atau raja yang memerintah adalah merupakan warisan turun temurun yang tidak boleh diwarisi oleh orang lain.

Pendapat sebegini disangkal oleh Allah SWT :
Nabi mereka berkata : “Sesungguhnya Allah telah memilihnya (Talut) menjadi raja kamu, dan telah mengurniakannya kelebihan dengan ilmu pengetahuan dan tubuh badan yang kuat”.

Dan (ingatlah), Allah jualah yang memberikan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah Maha Luas (rahmatNya dan pengurniaanNya), lagi meliputi ilmuNya. (ayat 247)

Ertinya Allah SWT memilih Talut sebagai raja mereka bukanlah sesuatu yang sia-sia, bukan atas dasar keturunan atau kekayaan tetapi di atas kekuasaan dan kehendak Allah SWT dengan kurnia ilmu dan kekuatan tubuh badan yang dimiliki oleh Talut.
Talut

Diceritakan bahawa Talut itu nama gelaran dalam bahasa Ibrani kerana susuk tubuhnya yang besar dan tinggi. Dialah di antara orang yang paling tinggi pada zamannya menurut ukuran kepala dan bahunya.

Nama Talut yang sebenar ialah Sawal bin Qais dari rumpun Bunyamin bin Yaakub. Kerjanya menyamak kulit binatang dan ada riwayat lain mengatakan ia sebagai tukang air yang memberi minum keldai.

Pada suatu hari keldai kepunyaan ayahnya hilang tersesat dan Talut pergi mencarinya. Ia lalu di hadapan rumah Nabi Syamwil untuk bertanyakan sekiranya Nabi itu tahu akan hal keldainya.

Sedang ia berada di rumah tersebut, tiba-tiba mendidihlah minyak yang tersimpan di sebuah tanduk binatang yang sentiasa diperhatikan oleh Nabi Syamwil setiap kali ada orang masuk ke rumahnya.

Ini kerana ketika Allah mewahyukan kepadanya tentang orang yang bakal menjadi raja, Nabi Syamwil telah dibekalkan dengan sebatang tongkat dan sebuah tanduk berisi minyak.

Sekiranya ada orang yang masuk ke dalam rumahnya dan didapati minyak itu mendidih, itu adalah isyarat bahawa yang masuk itu ialah orang yang dijanjikan sebagai bakal raja.

Apabila Nabi Syamwil melihat minyak yang di dalam tanduk itu menggelegak, lalu diambilnya tongkatnya kemudian diukur dan didapati sama tinggi dengan Talut.

Yakinlah Nabi Syamwil bahawa Talut inilah orang yang bakal menjadi raja setelah melihat kebenaran tandanya. Lalu minyak itu pun disapukan ke kepala Talut dan diangkat menjadi raja Bani Israil di hadapan khalayak ramai.

Inilah Talut, raja yang dilantik dengan kehendak Allah SWT yang berasal daripada tukang menyamak kulit atau tukang air yang memberi minum kepada keldai. Bukanlah ia daripada keturunan raja-raja dan bukan pula daripada golongan orang kaya atau berharta.

Allah SWT hanya mengurniakan kepadanya ilmu pengetahuan, kepintaran dalam pemerintahan dan muslihat peperangan, dan mengurniakan pula kepadanya tubuh yang sasa, besar, tinggi dan penuh dengan kekuatan.
Allah SWT mengurniakan kerajaanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya.

Bani Israil kemudiannya bergegas hendak berperang melawan musuh. Mereka terdiri daripada 70 ribu askar diketuai oleh Talut sendiri. Mereka melalui padang yang panas terik dan tidak berair.

Mereka gelisah bagaimana boleh menentang musuh dalam keadaan mereka kehausan dan kekurangan air. Mereka merayu agar raja mereka memohon air kepada Allah SWT.

“Bahawasanya Allah menguji kamu dengan sebatang sungai. Sesiapa yang minum airnya maka ia bukanlah daripadaKu, dan sesiapa yang tidak meminumnya sesungguhnya ia adalah pengikutku kecuali mencedok minum dengan tangannya. (ayat 249)

Apabila amaran ini telah diberikan kepada askarnya, bertemulah mereka dengan sebatang sungai – iaitu Sungai Palestin. Amaran ini menjadi ujian adakah mereka sebagai tentera mempunyai tatatertib, patuh kepada arahan dan pimpinan atau tidak.

“Maka mereka pun meminum air sungai itu kecuali sedikit sahaja daripada mereka yang tidak minum atau meminum secedok sahaja”. (ayat 249)

Diriwayatkan bilangan tentera Bani Israil yang melanggar arahan dengan meminum air sungai itu sangat ramai. Antara 70 ribu itu, hanya tinggal sekitar tiga ratus orang sahaja yang taat perintah ketua iaitu mereka yang beriman yang patuh kepada ketua.

Orang yang meminum hanya secedok, hilanglah haus mereka. Binatang tunggangan mereka juga cergas dan mereka dapat menyeberangi sungai untuk meneruskan perjuangan.


Sementara yang banyak minum semakin lemah, pucat dan kecut hati sehingga tidak berani untuk berperang.

The Sabah Insider Online ....KEDAI MR D.I.Y TIPU DUIT RM700.00 KEPUNYAAN CEO THE SABAH INSIDER ONLINE




OLEH: THOMAS   SINGGIUK (KK)
Sunday November 27/2016

KOTA KINABALU:-  Seorang pelanggan yang membeli peralatan dan kelengpan pejabat bernilai RM700.00 dari sebuah kedai  MR.D.I.Y  di bandaraya Kota Kinabalu telah tertipu.

Mangsa yang dikenali Jum Pacifico Abdullah  (gambar)  selaku Ketua Pewagai Eksekutif  (CEO) Media Portal The Sabah Insider Online yang beribu pejabat di Jalan Api-Api  Centre Point di katakana telah membayar pembelian barang-barang tersebut di kedai berkenaan dengan menggunakan Maybank Kad   Debit.
Jun berkata semasa  membuat pembayaran tersebut berjumlah RM700.00  menggunakan kad debit   sekali tekan mesin kredit/debit  tidak berfungsi menurut casher  kedai MR. D.I.Y dan telah di coba beberapa kali sama juga alasan yang di berikan oleh pekerja kedai  tersebut mesin tidak berfungsi sebab terputus line.

Insiden  itu berlaku  lebih kurang juam 11.. pagi setelah mesin gagal berfungsi saya membayar dengan wang tunai  berjumlah RM700.00  kepada pekedai tersebut.
Kemudian lebih kurang jam 6.00 petang  saya pergi ke  Maybay Bank untuk membuat semakan keatas baki wang saya yang ada di dalam akaun  baki wang tersebut telah dipotong dua kali berjumlah RM1,800.30

Wang  berjumlah : RM601.60 ) bayaran pertama dan  pembelian  kedua (3) tiga kali potongan RM62.70  ( berJumlah RM187.10 ) bagi barangan yang sama,  dan sebenarnya barangan  tersebut SAYA  BAYAR  MENGGUNAKAN  WANG  TUNAI  kerana menurut cashier bertugas KAD DEBIT  MAYBANK SAYA  tidak dapat digunakan.

Lebih kurang jam 6.20 petang,  apabila saya adukan perkara ini kepada pihak mereka,
CIK  KALISA  Assistant Supervisor cawangan memberi jawapan yang  mengecewakan walaupun saya menunggu begitu lama sehingga jam 9.00 malam,  lebih kurang  9:15 malam,  seorang  Assistant Branch Manager Puan KASMATUN  dari cawangan  MR. D.I.Y, IMAGO, KOTA KamiNABALU,   telah  berjumpa  saya dan berjanji mengembalikan wang saya menggunakan 

Wang peribadinya dahulu  sebelum jam  5:00 petang  esok (26/11/16) sekiranya   masalah dengan pihak Maybank  atau  Public Bank  belum selesai  kembalilan wang” kata Jun lagi.

 “Saya tiada pilihan lain jika pihak kedai tersebut berdoladalik  enggan membayar wang berjumlah RM700.00 saya terpaksa membuat laporan Polis dan pihak Kementerian  Perdagangan Dalam  Negeri Kepenggunaan dan Koperasi (KPDNKK) agar mereka dambil tindakan  ini  satu  merupakan   perbuatan penipu pelanggan.” Ujarnya