AMARAN AHLI-AHLI DAP-PKR DAN AMANAH TIDAK BOLEH AMBIL BR1M KERANA WANG UMNO....KATA MOHD SHAFIE


Thursday January 28.2016

OLEH: PAPARAZI
www.sabahinsider14.blogspot.com

SEMASA persidangan UMNO  tahun lalu seorang perwakilan dari UMNO Bahagian Wilayah Persekutuan Datuk Mohd Shafie Abdullah  menggesa Putrajaya supaya mengkaji semula pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) terhadap rakyat di Negara ini yang menyokong parti-parti pembangkang.

Sememangnya mereka tidak layak menerima BR1M kerana wang itu adalah Wang UMNO/BN jadi sesiapa antara mereka yang menyokong parti pembangkang seperti DAP-PKR dan Amanah saya haramkan mereka mengambil wang BR1M.

Jika perlu saya akan buat arahan kepada polis untuk menangkap ahli-ahli DAP-PKR dan AMANAH yang telah dikenali  mereka datang untuk mengambil BR1M  dimusim sekarang ini.

Seandainya mereka juga degil jika dilarang dengan secara halus mereka enggang mendengar  pihak polis wajar menembak satu-persatu  terhadap mana-mana ahli-ahli pembangkang yang coba menggangu gugat datang untuk mengambil BR1M yang sememangnya  mereka tidak layak kerana BR1M itu adalah hak mutlak wang UMNO” katanya kepada wartawan di sini.

Jadi memang sah BR1M adalah milik mutlak UMNO itulah Datuk Mohd Shafie Abdullah wakil dari Bahagian UMNO Wilayah Persekutuan berani bercakap sedemikian rupa.

Terpulanglah kepada pihak polis jika mereka turut dan patuh arahan dari para pemimpin UMNO untuk menembak satu-persatu ahli-ahli pembangkang yang terdiri dari PKR-DAP dan AMANAH yang datang untuk mengambil BR1M itu kita lihat dan tunggu apa kesudahannya.

“Kami benarkan lagi rakyat asing yang mempunyai mykad projek untuk mengambil BR1M sebab mereka adalah pengundi tegar dan pengundi setia UMNO/BN bila menjelangnya PRU nanti daripada kita membenarkan rakyat sendiri jadi penderhaka dan petualang Negara” tegasnya

MOHD SHAFIE ....Saya sokong banglahdes ambil BR1M 


Kata Mohd Shafie dianggarkan rakyat Bangladesh yang tinggal dinegara ini berjumlah 1.2 juta yang telah mendapat kerakyatan songsang  bertaraf wagranegara Malaysia turut gembira kerana mereka bakal menerima BR1M bersama sama rakyat yang menyokong parti UMNO/BN

CAKAP SALAH, TAK CAKAP LAGI SALAH ( kesannya serba salah)

Thursday January 28.2016

OLEH: ISMAILY BUNGSU
www.sabahinsider14.blogspot.com

 

HATI kecil saya kata, cakap salah dan tak cakap pun salah. Semuanya serba salah.

Kalau cakap, orang kata kita ini lawan kerajaan dan mereka lihat kita satu macam macam setan.

Muka-muka  mereka itu macam makan orang dan kita ini dilihat macam binatang.

Ah, memanglah mereka marah. Mereka marah sebab kalau kerajaan jatuh, mereka susah cari makan dan tidak boleh tidak mereka pertahankan ketua mereka agar projek selalu mari dapatlah kasih makan anak bini dan enjoy terbang sana sini jadi orang kaya baru.

Kita ini kalau bercakap dikatakan tidak senang dan dikatakan memfitnah pula. Kekadang apa saja yang kita tulis tanpa mereka fahami maksud atau tidak membaca terus mereka kata yang kita memfitnah.

Mereka ini kalau sudah taksub dan dapat projek bersih parit untung bagi-bagi tetap mereka katakan yang kita ini bangkatan alias monyet setan dan jahat mahu tabur pasir di periuk mereka.

Maaflah, kita bukan jenis ampu dan bodek alias angkat kaki mahu dapat projek. Kalau kita mahu sudah lama kita jadi jutawaan tetapi bukan itu visi hidup kita duhai kawan!

Visi hidup saya menulis sesuatu yang benar bagi pandangan saya. Mungkin saja pandangan orang apa yang saya luahkan tidak benar dan itu kita boleh sama hujah secara disiplin tanpa kata-kata kesat sebalik penuh hikmah secara bersahabat demi mendapatkan jalan yang benar.

Sekarang ini memang sedikit keras tulisan kita siap kena perhatikan dan ada saja yang melapor ke polis untuk ditangkap bawah akta hasutan dan memang sukar kelihatannya dan kesannya ramai yang diam membatu membiar saja kebobrokan berlaku di mana-mana.

Sekarang ini memang negara dalam gawat dan wang reserve kita di bank negara tinggal 101 bilion dan ini memang cukup bahaya dan pakar ekonomi mengatakan dalam 100 hari Malaysia akan tersungkur dan ini diakui sendiri oleh Tun Daim yang menjelaskan September Malaysia akan tersungkur.

Melihat keadaan kita sekarang dan laporan govenor bank negara memang negara dalam bahaya tetapi Najib terus mendendangkan yang Malaysia makmur dan selamat dan dia sedang perjuangkan hakikat menuju negara maju tahun 2020. Maju apa?

Itulah saya katakan, cakap salah dan tak cakap lagi salah, semuanya jadi serba salah, tetapi meski apapun kita kena cakap juga. Kalau mahu tangkap, sila sajalah tak menjadi apa-apa asal jangan ditangkap kesan mencuri, merogol, rampok dan menipu.

Kala ditangkap kesan penulisan, tentu kita rasa bangga dan tidak akan ada penyesalan. Kalau cakap salah tak cakap salah maka saya memilih "cakap sajalah


TIDAK LAMA LAGI MUKHRIZ-MAHATHIR-MUHYIDIN DAN SHAFIE ABDAL BAKAL MENYERTAI AMANAH-PKR?


Thursday January 28.2016

OLEH: KAMARUN ZAMAN
www.sabahinsider14.blogspot.com



KUALA LUMPUR:- Penyingkiran  Datuk Mukhriz  Tun Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah akan  membawa kehancuran dan malapetaka terhadap kedudukan UMNO sendiri.

Disebabkan   tidak sehaluan dengan pucuk pimpinan UMNO khususnya dengan Presiden UMNO bukan saja Mukhriz yang menjadi mangsa penyingkiran dari jawatan-jawatan yang disandang malahan Tan Sri Muhyidin Yassin dan Datuk Mohd Shafie Abdal menerima nasib yang sama seperti Mukhriz.

Inilah penyakit dan virus yang ada dalam parti UMNO kalau mereka mahu singkirkan seseorang itu mereka tidak pandang atau nilai dahulu jasa bakti yang mereka berjuang mati-matian khususnya untuk UMNO.
 

Rakyat Malaysia memang mengharapkan bila Mukhriz  sudah tersingkir dari Menteri Besar Mukhriz serta bapanya Tun Mahathir agar menyertai Parti  Amanah Negara (PAN) ataupun PKR dalam hati kecil Mukriz berkata-kata apa lagi saya buat dalam UMNO saya berjuangpun tidak dihargai.


Kemasukan Tun Mahathir dan Mukhriz termasuk Muhyidin Yassin serta Shafie Abdal  sama ada Parti Amanah atau PKR dalam kelumpok PAKATAN HARAPAN  sudah tentu memberi peluang besar kepada PAKATAN HARAPAN  menjadi kerajaan persekutuan pada PRU14 nanti.

Sekarang ini kemarahan dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan UMNO bukan saja di kalangan masyarakat Cina-India Kadazan-Dusun-Murut Iban-Bidayu-Penan-Melanau dan Dayak bahkan orang-orang Melayu sendiri 80 peratus sudah pandang serong terhadap kepimpinan UMNO dan juga Perdana Menteri termasuk sendiri Peguam Negara.

Di sinilah kita lihak kemerosotan sokongan rakyat terhadap kerajaan BN kalau kita lihat laman lalam social FB kebanyakan orang yang menghentam Najib 70 peratus adalah orang-orang Melayu sendiri jelas sekali kebencian orang-orang Melayu terhadap kepentingan Najib semakin hari semakin menyerlah.


Apa lagi timbul krisis Datuk Mukhriz Tun Mahathir yang bakal disingkir daripada Menteri Besar Kedah kini telah menjadi isu besar menambahkan  lagi kemarahan orang-orang Melayu di Negeri Kedah terhadap UMNO dan Najib serta tali-tali barutnya.

Apapun kita lihat nanti apa kesudahannya  apabila Mukhriz tersingkir Menteri Besar Kedah diharap Tun Mahathir, Tan Sri Muhyidin Yassin, Datuk Shafie Abdal dan Mukhriz serta pengikut-pengikut yang lain akan menyertai Parti Amanah ataupun PKR semoga menjadi reality.









PRU-14 : PEMBANGKANG PECAH SERIBU ( jangan harap menang jika tak bersatu)

Wednesday January 27.2016

OLEH: NURLIYANA ABDULLAH
www.sabahinsider14.blogspot.com

POLITIKUS jika mahu menang dan rakyat diutamakan kena baca sejarah/hakikat setiap keputusan PRU terutama PRU-12 dan 13 lalu.

Sejarah telah membuktikan BN bila saja PRU menjelma keputusannya kita akan lihat peratusan pengundi sebelahi pembangkang dan tidak hairan Anwar pernah menyatakan di PRU-14 akan datang pembangkang akan memenangi sekitar 60% banding PRU-13 lalu PR mendapat 52% makna peningkatan 8% dan itu tidak mustahil, malah difikirkan melebihi daripada itu sebab terlalu banyak skandal dan rakyat menderita.

PRU-13 lalu memang PR mendapat undi 52% dan BN mendapat undi 47% tetapi oleh sebab sistem kita yang memperolehi lebih 112 kerusi MP, maka parti berkenaanlah yang memerintah.

Di PRU13 lalu BN memperolehi kelebihan 33 kerusi MP, maka secara tidak langsung melebih 112 kerusi dan BNlah yang berhak duduki kerusi PM dan melantik menteri kabinet sekaligus kuasai kerajaan persekutuan dan berhak menjaga/terima amanah kendalikan WANG DISATUKAN dan itulah hakikatnya.

Soalnya sekarang kenapa BN boleh menangi melebih 33 kerusi MP dan kalau di lihat makna BN di Malaysia sudah tersungkur dan siapa saja yang selamatkan BN ini sebenarnya?

Sabah dan Sarawak ada sekitar 57 kerusi MP sebelum tambahan di Sarawak dan PRU lalu kedua negeri ini telah menyumbang sekitar 44 kerusi MP dan bayangkan kalau Sabah dan Sarawak tidak menyokong BN,. bukankah jelas BN tersungkur dan bukan BN memerintah, maka pasti akan berbondong YB BN akan melompat selamatkan diri kesan tong tahi yang bertebaran di mana-mana.

Kesan Sabah dan Sarawak membantu BN yang menyebabkan BN menang kelebihan 33 kerusi, maka hadiah yang terus BN berikan kepada Sabah ialah Sabah rakyatnya termiskin no:1 dan Sarawak pula termiskin no:4 kerana kedua negeri di Borneo ini merelakan diri mereka dirampok hingga miskin papa kedana.

Kita lihat selanjutnya apa jadi september mendatang kesan Tun Daim pernah menyatakan Malaysia akan muflis dan ini boleh dipercaya sebab Malaysia punya hutang sekitar 900 bilion dan dana Tabung Haji hingga ditahap berbahaya,

Dana Pencen selesai, Tabung YAPEIN jadi mangsa hingga suku sakat Wanita Kelantan itu berhenti tetapi sudah kenyang.
Banyak lagi yang tidak terkatakan termasuk ketirisan sekitar 40 bilion lapor Audit Negara dan apakah kita masih yakin dengan BN?

Kalau memang BN tumbang di PRU-14 akan datang, maka kerajaan yang menggantipun akan menderita menanggung beban hutang dan jelas yang ditinggalkan sebuah negara yang hampir berkecai dan memang sukar mahu dipulihkan, kalau pulihpun terpaksa menunggu bertahun-tahun dan rakyat kena siap berkorban sama tanpa menyalah parti pemerintah nantinya.


Tiga parti yang menamakan PAKATAN HARAPAN antaranya DAP-PKR dan AMANAH mereka sudah semestinya tolong menolong dan di mana kawasan yang ditandingi oleh salah satu parti conthohnya DAP lantas  dua parti ini mereka tidak meletak calon disitu begitu juga antara PKR dan AMANAH.

Tapi yang dikhuatiri lain-lain parti pembangkang yang tidak mahu bergabung tenaga untuk menumbangkan kerajaan BN disitu ada calon DAP ada calon PKR dan calon AMANAH disitu juga mereka bertandingan ini yang kasih pecah undi  yang untung akhirnya BN.

Biar satu lawan satu antara calon DAP atau  PKR dan AMANAH seandainya calon DAP kah calon PKR dan AMANAH  salah satu ada yang tewas oleh calon BN kita tidak menyesal kerana ini pilihan rakyat, tapi kalau pecah undi disebabkan oleh calon-calon pembangkang  yang lain yang kacau daun bukan dalam PAKATAN HARAPAN ini yang amat mengecewakan kerana hasrat kita hendak menumbangkan kerajaan BN jadi terbantut  tidak tercapai.



MASALAH KESUMBATAN PEMBENTUNGAN NAJIS FLAT MPS SIM-SIM BERES

Wednesday January 27.2016

OLEH: SHAIMON S JUMADI
Wwww.sabahinsider14.blogspot.com



SANDAKAN:-  Atas budi bicara Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong Tien Fatt dan beberapa orang ahli-ahli DAP Sandakan yang telah mengadakan perbincangan pihak  Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya (JKR) pada 20hb Januari lalu   telah membuah hasil atas perbincangan antara kedua belah pihak.


Masalah kesumbatan pembentungan najis yang membawa masalah besar kepada penduduk Flat Prumahan MPS Sim-Sim kini telah selesai dan masalah STP dan tangki laluan saliran najis diflat berkenaan telah diselenggarakan (maintenance) dan kini berfungsi sudah.
 

Tugas dan tanggungjawab Ahli Parlimen walaupun di pihak parti pembangkang namun mempunyai tanggungjawab yang berat yang harus dipkul untuk membela nasib rakyat dalam apa jua masalah harus bantu sehingga selesai.


Sebenarnya masalah kesumbatan saliran pembentungan najis di Flat Perumahan MPS Sim-Sim sudah lama dialami oleh penduduk setempat akan tetapi tiada siapa yang mahu menguruskan hal itu walaupun berkali-kali memberi tahu kepada pihak ADUN Tg Papat namum membisu seribu bahasa.



MANGSA KEBAKARAN KG SUNGEI KAYU HUJUNG DAPAT BANTUAN PRIBADI......ZAKARIA


Rabu Januari 27.2016

Gambar Kelihatan......Zakaria (tengah) menyampaikan bantuan kepada salah seorang ahli keluarga mangsa kebakaran semasa lawatan beliau ke tapak kebakaran di Kampung Sungai Kayu Hujung kelmarin

OLEH: AZMIE AZMAN
www.sabahinsider14.blogspot.com

SANDAKAN: Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah Datuk Zakaria Haji Mohd Edris telah melawat tapak kebakarandi Kampung Sungai Kayu Hujung kelmarin (Isnin).

Beliau turut menyampaikan bantuan berbentuk makanan dan sumbangan peribadi kepada mangsa-mangsa kebakaran.

Zakaria yang juga Naib Ketua Bahagian UMNO Libaran meminta mangsa supaya bersabar dan berharap bantuan akan dapat sedikit banyak membantu meringankan sedikit beban mangsa.

Menurut beliau, pihak Kebajikan telah memberi makanan bermasak selama tiga hari kepada mangsa dan juga bantuan alat-alat lain

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri  turut memberithau bahawa pihaknya akan berbincang bersama Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman dan Majlis Perbandaran Sandakan untuk mengenalpasti apa bentuk bantuan selanjut yang akan diberikan kepada mangsa kebakaran.

Hadir bersama  Zakaria semasa lawatan ialah pegawai-pegawai dari Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sandakan, Majlis Perbandaran Sandakan, Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) DUN Sungai Sibuga dan DUN Gum Gum serta isteri beliau Datin Raisah Jubar.

Tiga buah keluarga tinggal sehelai sepinggang dalam kebakaran yang memusnahkan tiga buah rumah di Kampung Sungai Kayu Hujung di Batu 7 pada pagi Sabtu lepas. 

Difahamkan mangsa-mangsa kini menumpang sementara di rumah saudara mara serta jiran berhampiran.





PENDUDUK KG MANGARIS KOTA MARUDU DAPAT BEKALAN AIR BERSIH

Wednesday January 27.2016

OLEH: THOMAS SUNGGIUK
www.sabahinsider14.blogspot.com

KOTA MARUDU:- Penderitaan penduduk-penduduk Kampung Mangaris Satu  Kota Marudu disebabkan tiada bekalan air bersih akibat kemarau berita itu menjadi viral tersiar diportal online The Sabah Insider.Net.

Dengan tersiarnya berita ini The Sabah Insider.Net tentang masalah air di Kampung berkenaan sedikit sebanyak telah mendapat perhatian oleh semua pihak khususnya kerajaan.
 
Kelmarin atas budi bicara pihak Ahli Parlimen Kota Marudu Datuk Dr Maximus  Ongkili yang memberi arahan Kepada Penolong Pegawai Daerah (ADO) Kota Marudu Madlunab telah menghantar bekalan air bersih kekampung berkenaan  dengan menggunakan  sebuah jentera Bomba

Irene Jeffry wakil penduduk Kampung Mangaris Satu mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ahli Parlimen Kota Marudu, ADO Kakitangan Jabatan Bomba dan juga Ketua Wanita PBS Imelda  kerana turut turun padang bagi menyaksikan sendiri kerja-kerja pembahagian air kepada penduduk-penduduk tersebut.

“Semoga penghantaran air ini teruskan selagi air paip dari jabatan air belum disambungkan ke Kamping ini adapun  air sungai sedia ada tidak  selamat digunakan terutama untuk  kegunaan memasak dan diminum kerana dikhuatiri mempunya bakteria yang boleh memudaratkan kesihatan manusia” Kata Irene lagi.
 
“Kami dipihak media portal The Sabah Insider.Net sedia membantu menyebarkan segala permasalahan yang dihadapi oleh penduduk-penduduk kampung agar tersiarnya berita itu akan dipantau oleh pihak-pihak tertentu.



DERITA PENDUDUK KG MANGARIS KOTA MARUDU KINI REDAH KERANA DAPAT BEKALAN AIR BERSIH

Wednesday  January 27.2016

OLEH: SHAIMON S JUMADI
www.sabahinsider14.blogspot.com

KOTA  MARUDU:-  Derita yang ditanggung oleh penduduk-penduduk Kampung Mangaris Satu Kota Marudu berapa hari ini kerana ketiadaan air akibat kemarau kini masalah mereka telah dipantau oleh pihak kerajaan.

Kelmarin orang-orang kuat Ahli Parlimen Kota Maradu Datuk Dr Maximus Ongkili telah masuk kekampung berkenaan  bersama-sama  sebuah jentera Bomba bagi mengagih-agihkan air bersih kepada penduduk-penduduk Kg Mangaris yang amat memerlukan bekalan air bersih bagi kegunaan harian  khususnya untuk  air  memasak dan minum.

Sebelumnya adapun perigi gravity yang dibuat oleh kerajaan kini telah kering kontang disebabkan ketiadaan bekalan air bersih sebagai sumber untuk kegunaan harian minum dan mandi mereka terpaksa berjalan berbatu-batu jauhnya untuk sampai ke sungai bagi  mendapatkan bekalan air yang kualitinya belum tentu terjamin.
 
Wartawan portal The Sabah Insider.Net yang sentiasa mengikuti perkembangan semasa keadaan kampung berkenaan mereka 70 peratus adalah penyokong kuat kerajaan Barisan Nasional (BN)

Adalah diharap mereka supaya berjimat cermat menggunakan air di musim kemarau dan air sungai boleh juga digunakan untuk mandi mencuci sahaja kalau buat air minum dikhuatiri mempuyai bakteria yang boleh mengancam kesihatan manusia.









JANGAN KERANA TANGKI BIRU PRU 14 UNDI BN RAKYAT BINASA (Dari Rakyat-Kepada Rakyat)

Tuesday January 26 2016
OLEH: ISMAILY BUNGSU
www.sabahisnider14.blogspot/com
BILA rakyat kasih amanah kepada sesebuah parti/kumpulan untuk memerintah, maka mereka bukan pemimpin parti lagi kala duduki kabinet, tetapi menteri kepada semua rakyat Malaysia yang sejumlah sekitar 29 juta dan mereka bukan lagi pemimpin parti yang mereka pimpin.

Mereka yang diberikan amanah itu menjaga WANG DISATUkan yang didapatkan dari sumber negara dan juga cukai termasuk GST yang dikutip dari seluruh rakyat Malaysia tak kira pemerintah atau pembangkang.

Maknanya WANG DISATUKAN itu adalah hal semua rakyat dan wang itulah yang digunakan untuk membangun negara bangsa dan wang itu jugalah yang digunakan untuk menyediakan tangki biru termasuklah pemberian Br1M.

Kalau ada yang mengatakan itu dari BN jelas salah sebab BN sebenarnya tidak punya wang dan mereka bukan peniaga, malah mereka kalangan YB termasuk dari pemerintah atau pembangkang dibayar gajinya oleh rakyat dan mereka hanya diamanahkan, sedang membangkang fungsinya menegur dan membetulkan keadaan yang salah dilakukan oleh BN.

Tangki biru mula mari
Tangki biru mula membiru
Tangki biru siap membutakan mata
Tangki biru siap menulikan telinga
Lalu rakyat siap ke jalan raya
Mengharap
Meminta
Berbondong datang
Kesian!

Kenapa warnanya harus BIRU? Apakah Malaysia tidak punya lambang lain atau kenapa saja tidak digunakan lambang bendera tanda memberian kerajaan dan kalau biru agak lain sedikit maksudnya, seolah itu pemberian BN dan sekali lagi rakyat yang jauh di pedalaman semacam dikaburi mata mereka dan yang tak tahu memang itulah pemberian BN, apa lagi yang menyampaikannya YB-YB  BN dan ini lagi menguatkan kata-kata rakyat yang membuta tuli.

Kita tak kesah sangatlah tetapi kalau benar ikhlas, sila saja gunakan lambang yang sewajarnya bukan menangguk ikan di air keruh dan kelihatannya di situ ada titik kesempatan dan memangpun itulah cara mereka sebenarnya untuk menyatakan yang parti mereka terbaik, sebalik harga asal sekian dan yang jadi agen dapat sekian dan inilah untung atas angina namanya/di situlah berlaku ketirisan dana rakyat sekitar 40 bilion kata Auditor negara.

Cuba saja kita fikirkan, kalau ketirisan itu bisa diatasi maka GST yang dapat sekitar 25 bilion ditahun 2015 sebenarnya tidak perlu sebab ketirisan 40 bilion lagi besar jumlahnya banding kutipan GST berkenaan.

Itulah yang jelas tetapi sekarang bukan itu ISU yang mahu saya perkatakan. Soalnya di sini sampai bila rakyat Sabah terus dikotak katikkan dengan tangki biru ini?

Kenapa harus tangki biru dan kenapa sistem air paip setelah sekian lama merdeka masih banyak sangat orang Sabah hidup sama seperti di zaman Jepun dan Inggeris.

Cuba kita teliti kampung2 jauh sedikit dari pekan Tenom, Nabawan, Sook, Pitas, Kota Marudu dan memang cukup menyedihkan sekali dan kita sudah merdeka sekian tahun tetapi soal keperluan asas air, eletrik dan jalan raya masih lebih kurang sama seperti di zaman batu kecuali di Bandar, pun keadaan jalannya ada yang berlobang-lobang, eletrik selalu tergendala dan air juga kekadang selalu tiada.

Sampai bila rakyat di luar bandar di Sabah mengharapkan tangki biru dan ada yang masih menggunakan lampu minyak tanah, tetapi minyak tanah susah dapat, sementara sungai pula selalu tercemar kesan pembalakan haram atas arahan atasan yang mahu meranapkan segala hutan simpan dan hasil masuk ke kantung para pemimpin yang rakus dan tamak.

Memang Sabahan ini terlalu baik dan kesan baik itulah kepala Sabahan selalu kena injak-injak  tanpa mereka tahu dan untuk mengelak mereka marah dan memberontak, maka siap disediakan akta untuk bersuara pasti kena tahan bawah Hasutan dan inilah akta yang jadah tidak membenar rakyat bersuara.

Apa yang telah terjadi di sekitar kita ini?
Sampai kapan kita bersikap begini? Sampai nanti anak cucu cicit menderita dan menjadi pelarian di tanah air sendiri dan kesannya untuk mati juga kita tak punya tanah untuk persemadian. Lalu salah siapa, kalau tanah seluas mata memandang milik syarikat luar Sabah dan kesannya sabahan sering saja duduk di muka pintu melihat lori-lori balak, tembaga dan sawit lewat tanpa kata apa2pun.


WAJAR PEMILIK TANAH NCR DAPAT PEMBELAAN DI MAHKAMAH BILA TERTUBUHNYA TRIBUNAL NCR


 Tuesday January 26.2016

OLEH: SHAIMON S JUMADI
www.sabahinsider14.blogspot.com



SUDAH sewajarnya  Hakim Besar Sabah dan Sarawak yang diketuai oleh Hakim Tan Sri Richar Melanjum menubuhkan Tribunal bagi mengendalikan kes-kes tanah-tanah adat (NCR) yang pemiliknya sering menjadi mangsa keadaan.

Cadangan Melanjum itu  adalah merupakan usaha murni untuk membantu mengendalikan kes-kes tanah NCR yang kerap kali menjadi sasaran kepada para pemilik tanah-tanah Pribumi  adat itu sehingga kehari ini mereka tidak mempunyai surat-surat hitam putih apa lagi geran jauh selaki.

Dalam satu kenyataan beliau berkata mahkamah di Sabah dan Sarawak kini dibebani banyak kes tanah NCR yang memerlukan banyak masa untuk diselesaikan.

"Ia suatu proses yang merenyahkan serta melibatkan banyak saksi serta jurubahasa kerana masalah dialek," kata beliau, sambil menjelaskan bahawa Sabah sahaja mempunyai lebih 45 dialek yang dapat dikenal pasti, manakala Sarawak mempunyai lebih banyak lagi.

Berucap merasmikan Tahun Undang-undang Sabah dan Sarawak 2016 di Kompleks Mahkamah Sibu di sini Jumaat, Malanjum berkata anggota tribunal yang dicadangkan itu perlulah turut terdiri daripada mereka yang berpengetahuan mengenai tuntutan tanah pribumi.

Sebagai opsyen kepada penubuhan tiribunal itu ialah penyusunan semula Mahkamah Bumiputera/Pribumi, dengan para hakimnya terdiri daripada mereka yang berpengalaman dalam mengendalikan tuntutan dan pertikaian mengenai tanah pribumi.

Dua puluh kes baharu didaftarkan di Sarawak tahun lepas, dengan Sibu dan Kuching mencatat jumlah terbanyak iaitu masing-masing tujuh kes, manakala Miri dan Bintulu masing-masing tiga kes.

Sebanyak 20 kes diselesaikan tahun lepas dan 28 lagi masih tertangguh.

Di Sabah pula, 10 kes baharu didaftarkan tahun lepas, manakala lima kes masih tertangguh.

Malanjum berkata kes tanah NCR bukan sahaja melibatkan isu undang-undang, tetapi juga unsur budaya dan tradisi atau dimensi yang memerlukan seseorang itu merupakan sejarawan, ahli antropologi, pewasitah dan kadangkala, ahli politik separuh masa untuk mengendalikannya.

"Jika dua unsur terakhir itu diabaikan, maka pribumi tidak akan gembira dan mungkin mengadakan upacara 'Miring' di premis mahkamah serta tidak akan menerima sebarang keputusan mahkamah, walaupun ia mungkin mematuhi undang-undang sepenuhnya," kata beliau.

Malunjun berkata Mahkamah Pribumi boleh diberi kedudukan yang sama seperti Mahkamah Syariah dan diletakkan di bawah Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan.

Apapun cadangan hendak menubuhkan Tribunal Tanah Adat (NCR) semoga  akan menjadi reality kerana dengan tertubuhnya badan tribunal itu mahkamah akan dapat membantu menyelesaikan tanah-tanah adat (NCR) di Sabah yang dikatakan sering menjadi rebutan dan mudah diceroboh oleh orang-orang luar terutamanya golongan kelongmerad (tyccon) dari Semenenjung yang kebanyakan membolot tanah-tanah NCR seperti yang kerap berlaku di Kudat Kuamut Sugut dan Ranau.

Oleh kerana tiada pembelaan daripada Hakim-Hakim berkenaan maka mereka  dengan sewenang-wenangnya dapat memilik tanah-tanah adat itu sehingga mereka membuka ladang-ladang sawit berpuluh-puluh hektar yang di dalangi oleh Jabatan Tanah dan Ukur Sabah kerana dapat sogokan duit berpuluh-puluh ribu akhirnya anak jati Sabah sendiri yang menderita tidak mempunyai tanah.




Bottom of Form

SALAM TAHUN BARU CINA (KONG HEE FATT CHOY)

Tuesday January 26.2016


DARIPADA:NURLIYANA ABDULLAH
www. blogspot.com sabahinsider14.
  
TAK lama lagi bakal diraikan Tahun Baru Cina dan seperti biasa perayaan semacam itu visinya yang jelas untuk perpaduan disamping ianya sebagai amalan suku kaum berkenaan sejak berabad.

Di Sabah ini apa saja perayaan yang bersifat kebudayaan atau keagamaan kalangan rakyat akan sama mengucapkan kata selamat terhadap yang meraikan perayaan berkenaan tanda saling hormat menghormat.

Kata Selamat tahun baru, tidak semestinya kita tergolong yang meraikan, tetapi sekadar mengucapkan selamat tidak jadi masalah sebab Tuhan sendiri mahukan kita terus menghormati apa bangsa lain tanpa sengketa.

Bila memperkatakan perayaan Tahun Baru Cina ini, maka saya teringat dulunya ada acara pertandingan tarian singa di padang Bandaran.

Pertandingan itu menyediakan hadiah yang cukup lumayan dan sekitar 20 kumpulan kalau tak silap menyertai pertandingan itu dan saya melihat cukup meriah sebab ekonomi kita ketika itu memang di tahap yang bagus.

Sesudah selesai pertandingan, maka keputusan telah diperoleh dan diumumkan bermula penerima tempat ke tiga dan ke-dua.lalu diumumkan tempat pertama dan ketika diumumkan penonton terpegun dan terkejut sebab yang mengambil hadiah pertama ini terdiri kalangan belia-belia suku Bajau, Dusun dan Brunei.

Memang itu satu perkembangan yang cukup baik sebab di situ kita lihat bahawa kebudayaan itu telah dinikmati bersama oleh pelbagai kaum di Sabah dan itulah yang dinamakan perpaduan bangsa Malaysia sesuai dengan dasar kebudayaan kebangsaan yang diperjuangkan oleh kerajaan Malaysia.

Tahniah dan selamat tahun baru cina kepada semua  rakan-rakan yang bangsanya Cina dan doa semuanya dalam keadaan yang baik disamping terus memupuk perpaduan yang lebih utuh sesama rakyat Malaysia yang terdiri pelbagai bangsa, agama, warna kulit dan juga kepercayaan beragama.
selamat semua


PEMBONGKARAN PEMBERIAN SIJIL ANAK NEGERI YANG TIDAK LAYAK ANAK JATI SABAH JADI MANGSA KEADAAN


Tuesday January 26.2016


SUDUT PANDANGAN EDITOR
SHAIMON S JUMADI

 












Gambar Hiasan Saja

MULA timbulnya pemalsuan Sijil Anak Negeri yang membawa status Sino-Native dan Sino Kadazan ialah semasa kerajaan BERJAYA sijil itu wujud pada tahun 1976.

Di mana kebanyakannya  yang mendapat sijil anak negeri berstatus sebagai sino-native dan sino Kadazan rata-tara 100 peratus bangsa cina yang tergolong kelongmerad (tycoon) saudagar-saudagar kayu balak.


Saya dedahkan perkara ini bukan cerita sengaja direka-reka akan tetapi ada realitinya semasa PBS mengambil alih tampuk pemerintahan daripada BERJAYA pada 1985 semasa itu saya sebagai Pemaju Mukim N18 Elopura di mana  ADUNnya ialah Datuk Tham Nyip Shen.

Sebaik saja PBS menjadi tampuk kerajaan negeri saya dapati ramai kaum cina menghantar sijil-sijil anak negeri kepejabat ADUN ELopura.

Lantas Datuk Tham memanggil saya untuk meminta draft surat Kepada Sesiapa Yang Berkenaan (To Whom It May Concern) tetapi kata Tham  lagi sebelum mereka menerima surat tersebut harus periksa dahulu Surat Lahir mereka seandainya bencangga dengan data-data yang tercatat di dalam Surat Lahir dengan Sijil Anak Negeri jangan bagi surat itu ini satu penipuan mengaku dirinya sebagai sino-native-sino Kadazan bijak juga Datuk Tham.


 Ada beberapa orang cina datang kepejabat  ADUN Elopura apa bila saya meminta surat beranak mereka memang sah satu penipuan ada salah seorang cina  bernama Wong dalam surat lahir tercatat tempat lahir di Tanah Merah ibubapanya semuanya keturunan cina tulen, akan tetapi dalam Sijil Anak Negeri pula tercatit tempat kelahiran  mereka di Kampung Sungai Nangka Kolapis Beluran.

 Akhirnya satupun mereka tidak surat pengesahan daripada ADUN tersebut kerana mereka rata-rata gagal  menunjukan kenyataan yang benar semuanya bercangga dengan keterangan asal.


Tujuan mereka kalau dapat surat pengesahan itu mereka akan melabur dengan Amanah Saham  Berhad  (ASB) dan Amanah Amanah Nasional (ASN) kerana pada masa itu ASB-dan ASN faedahnya cukup tinggi termasuk bonus tahunan.


Perkara ini saya memang tahu benar bagaimana mereka boleh dapat Sijil Anak Negeri berstatus Sino-Kadazan yang kenyang siapa jadi Ketua Daerah (OKK) pada zaman pemerintahan BERJAYA dapat habuan beribu-ribu ringgit.

Satu lagi kesilapan besar terhadap pegawai-pegawai Bank yang berkenaan apabila mereka  hendak melabur skim ASB-ASN mereka tunjukan Sijil Anak Negeri yang mereka kononnya sono-native-sino Kadazan kenapa mereka tidak pula meminta surat lahir masing-masing.


Begitu juga pihak Jabatan Tanah dan Ukur Sabah memang buta hati kerana di sogok wang ringgit berpuluh-puluh ribu makan duit haram mereka juga bersubahat kenapa mereka juga tidak meminta surat lahir apabila mereka tunjukan Sijil Anak Negeri sebagai Sini-Native-Sino Kadazan untum mendapat tanah berstatus Native Title (NT).

 Yang menjadi mangsa gara-gara Pegawai Jabatan Tanah dan Ukur terlalu rakus mahu makan duit najis –haram mereka tergamak meluluskan tanah-tanah NT kepada orang-orang cina yang tidak layak mendapatkan tanah NT itu.

Saya difaham beribu-ribu hektar tanah kini dimiliki orang-orang yang memegang Sijil Anak Negeri palsu adakah pihak kerajaan membiarkan fenomena ini berlaku berterusan sehingga anak jati Sabah Kadazan-Dusun-Murut dan Orang Sungai menjadi mangsa keadaan.



GARA-GARA MEMALSUKAN SIJIL ANAK NEGERI-SINO NATIVE 31 ORANG DITAHAN SPRM

http://www.orangmuda.tv/pic/banner1_06.gif



 Tuesday January 26.2016

  OLEH: CHARLES P ANDIANG
  www.sabahinsider14.blogspot,com


KOTA KINABALU: Seorang lelaki yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam kerana dipercayai memiliki Sijil Anak Negeri Sabah yang dipalsukan, memiliki kira-kira 300 geran tanah.

Hartanah ini diperoleh dengan menggunakan Sijil Anak Negeri.

Keluasan dipercayai sekitar 3,500 ekar dengan mengambil kira setiap geran melibatkan kawasan seluas antara empat hingga lima ekar.

Tanah itu dimiliki di kawasan Sandakan manakala Sijil Anak Negeri diperileh di kawasan Kota Merudu.

“Lelaki yang berusia 50-an ini mengaku memiliki tanah-tanah ini menggunakan status sebagai Bumiputera Sabah dengan memiliki Sijil Anak Negeri,” kata sumber SPRM hari ini.

Hari ini SPRM Sabah telah menahan 13 orang pemilik Sijil Anak Negeri bagi membantu siasatan SPRM.

Daripada 13 orang itu, sembilan adalah lelaki manakala empat yang lain perempuan. Mereka berusia antara 40-an dan 79 tahun.

Empat orang ditahan di Kota Kinabalu, Tawau (lima), Keningau (dua) dan Semporna (dua). Sijil Anak Negeri milik lima orang telah disita hari ini.

Dengan 13 orang yang ditahan hari ini, setakat hari ini (Khamis) 31 orang telah dipanggil oleh SPRM.

Mengulas lanjut, sumber SPRM memberitahu, pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti harta yang diperoleh atas dasar keistimewaan sebagai Bumiputera Sabah.

“Siasatan terperinci sedang dijalankan. Bentuk tindakan akan ditentukan apabila selesai siasatan kelak,” kata sumber lagi.

Sumber itu menambah, kebanyakan individu yang ditahan tidak sedar bahawa Sijil Anak Negeri yang dimiliki sebenarnya telah dipalsukan.

“Sebab itu, siasatan mendalam dan terperinci perlu dijalankan,” katanya.

Malah menurut sumber, pihaknya juga akan mengadakan perbincangan dengan Jabatan Ukur dan Tanah mengenai status tanah yang diperoleh itu.


Kebanyakan yang memiliki Sijil Anak Negeri yang berstatus Sino Kadazan Sino Native adalah bangsa cina mereka sanggup membayar berapa saja harga satu keping sijil berkenaan, akan tetapi mereka telah melakukan satu kesilapan besar kerana bercangga  dengan keterangan data dalam sijil kelahiran mereka.


Sebagai contoh data yang direkodkan dalam surat beranak lahir di Tanah Merah sekali mereka memperoleh sijil anak negeri tercatat pula tempat kelahiran di Beluran dan lagi dalam catatan di sijil beranak  tiada rekod  bahawa ibu mereka bangsa Kadazan-Dusun atu Murut, disinilah mereka akhirnya telah kedapatan menipu.