JIKA BENAR SHAFIE APDAL AKAN KELUAR UMNO MENYERTAI PR UMNO SEMPORNA HINGGA KE LAHAD DATU AKAN HANCUR

OLEH: PAPARAJE AL RAMASAMY

KUALA LUMPUR:  Pemecatan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah  Datuk Hj Mohd Shafie  Hj Apdal  sedikitpun tidak mengejutkan kepada ahli-ahli UMNO  diseluruh Negara kerana memang daripada awal-awal lagi telah diduga barang siapa cakap atau campur tangan mengenai isu 1MDB pastinya mereka akan menjadi mangsa pembuangan  jawatan penting daripada kabenet Persekutuan.

Ini andaian demi andaian kini telah menjadi kenyetaan seseiapa saja bercakap mengenai isu 1MDB pastinya akan menjadi mangsa penyingkiran jawatan yang mereka sandang itu.

Tindakan Perdana Menteri membuang beberapa orang menteri kanan daripada kabenet itu dua orang yang merupakan orang berpengaruh besar di kalangan ahli-ahli UMNO iaitu Shafie dan Tan Seri Muhyiddin Yassin akan menjejaskan sokongan padu kepada UMNO sendiri.

Contoh terdekat seperti Shafie Apdal daripada  kawasan Semporna hingga ke Lahad Datu  adalah pemimpin ADUN dan MP yang paling rapat dengan Shafie sebangsa lagi.

Mereka tentu marah dengan PM bila mana terjadinya dan tercetusnya pembuangan keatas Naib Presiden UMNO Malaysia dan juga penyandang Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilyah iaitu mangsa Shafie.

Jika andaian itu menejadi kenyataan Shafie benar-benar keluar daripada UMNO kemudian menyertai Parti KeAdilan Rakyat (PKR)  sudah tentu kerusi parlimen Semporna hingga kerusi MP Jambongan dan kerusi-kerusi kawasan Senalang, Bogaya  dan Sulayan hingga kekawasan perairan pantai Lahad Datu akan dimonopoli oleh PR bilamana menjelangnya PRU14  nanti.

Disinilah mulanya hancur UMNO di Sabah salah satu sebab ekoran  pemecatan Shafie Apdal orang yang berpengaruh besar  dalam kelompok UMNO tidak mustahil  perkara ini tidak akan terjadi pastinya terjadi.


Dalam konteks ini saya tidak akan membicarakan hal Muhyidin Yassin sebab saya tidak berapa faham  mengenai hal ehwal pribadinya berbanding dengan kisah perjuangan Shafie


THREE SCHOOLS JALAN SIBUGA WILL HAVE A NEW WALKWAY......LINDA TSEN



OLEH: AZMI AZMAN

Linda (middle) and her aides inspect the ongoing construction work of the covered walkway at the three schools in Jalan Sibuga


BATU SAPI:-  More than 3,000 students of three schools in Jalan Sibuga will have a new covered walkway to shelter them from the scorching sun or rain while coming and returning from school.

Batu Sapi Member of Parliament (MP) Datuk Linda Tsen Thau Lin is utilizing her MP Fund to build the 450-foot long walkway following a request from the schools’ Parents-Teachers Associations (PTA).

The construction of the covered walkway is ongoing and Linda accompanied by her aides, including Head Liaison Officer Kong Nyuk Thou, inspected the progress of the work recently.

Representatives of the PTAs were present during her visit to the site and they expressed gratitude to Linda for her concerns to the wellbeing of the schoolchildren.

The three schools which will be using the covered walkway are Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sandakan 2, SMK Elopura 2 and Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai  Anib 2.





ZAKARIA....KEHARMONIAN KESTABILAN POLITIK

OLEH: AZMI AZMAN

Zakaria (5 dari kiri) bersama Juslie serta pemimpin lain di Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri beliau dan Juslie.


GUM-GUM:-  Keamanan, keharmonian, toleransi agama dan kestabilan politik yang kita nikmati di Negara kita amnya dan Sabah khasnya harus dikekalkan.

“Malaysia adalah negara contoh yang mengamalkan toleransi agama dan harmoni walaupun terdiri dari berbilang kaum serta budaya.,” kata Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Datuk Haji Zakaria Haji Mohd Edris.

Dalam dunia yang bergolak akibat persengketaan agama dan perbezaan fahaman politik , marilah kita menunjukkan kepada dunia bahawa Negara kita adalah model dimana rakyat berbilang kaum dan budaya hidup dalam keamanan, mengamalkan toleransi agama serta harmoni.

Zakaria yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Gum Gum berkata demikian kepada media di Rumah Terbuka Aidil Fitri beliau bersama Ahli Parlimen Libaran Datuk Juslie Ajirol di Pusat Kebudayaan Kampung Sungai Tiram di sini kelmarin.

Sementara itu , sambutan Hari Raya Aidil Fitri mengeratkan jalinan ukhuwah, persaudaraan dan perpaduan sesama kita, kata Zakaria.

 “Kita bermaafan bagi melupakan kesilapan yang lalu, di samping bersedia membuka lembaran baharu menuju tahap permuafakatan yang lebih tinggi,” kata beliau lagi.

Ikatan perpaduan yang erat merupakan jaminan untuk kemajuan masyarakat dan negara kita. Interaksi silang budaya amat besar maknanya terhadap kehidupan yang harmoni dan sentosa, tambah Zakaria.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Datin Hajah Raisah Jubar, isteri kepada Datuk Zakaria, Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan Haji Mohd Hamsan Haji Awang Supain, Pemimpin Pembangunan Masyarakat DUN Gum Gum Kamal M Said, Pegawai Kemajuan Masyarakat DUN Gum Gum Rosly Aziz, Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Libaran Sapilin Md. Yassin, AJK UMNO Bahagian Libaran, Pemuda, Wanita serta Puteri dan pemimpin setempat.

Lebih dari 3,000 masyarakat dari kawasan situ dan berhampiran telah mengunjungi Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri kedua-dua pemimpin berkenaan yang diadakan dari jam 10 pagi hingga 2 petang.




JAINAB AHMAD TIDAK WAJAR AMBIL TINDAKAN KEPADA PENJAJA GAGAL PAMER TANDA HARGA .....DAKWA WONG

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Semasa lawatan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Ehwal Pengguna Sabah Datuk Jainab Ahmad untuk menjalankan pemeriksaan mengejut di Pasar Umum Sandakan baru-baru ini dan mendapati 6 orang penjaja yang  gagal mempamerkan tanda harga lantas mereka telah diambil tindakan serta merta oleh pihak kementerian terbabit.

Ahli Parlimen Sandakan Stephen  Wong berpendapat tindakan menteri itu tidak  wajar mengambil sebarang tindakan undang-undang  terhadap para penjaja terbabit kerana cuma melakukan kesalahan kecil sahaja sepatutnya diberi amaran dahulu kerana atas  kesalahan yang pertama dilakunyanya.

Beliau berkata, menteri patut memantau harga di pasar, tetapi pada dasarnya, harga barangan di pasar tidak jauh berbeza. Semasa menteri memantau di pasar, adakah beliau nampak saluran paip dan kipas yang rosak sekian lama, dan kekotoran yang lama tidak dibersihkan?

Tambah beliau, menteri harus mengambil tindakan ke atas kenaikan tarif air, elektrik dan harga minyak yang melampau. Apa sebabnya tarif air bagi sektor perniagaan dan perindustrian dinaikkan dengan begitu tinggi? Harga minyak antarabangsa telah menurun beberapa kali , mengapakah tarif elektrik tidak turun? Malah terus menaikkan harga petrol?

Pada pandangan Wong, menteri tidak prihatin dengan kenaikan harga minyak, tariff elektrik dan air yang mempengaruhi kehidupan rakyat, tetapi hanya pergi ke pasar memeriksa tanda harga dan menindas rakyat dengan peraturan-peraturan, ini adalah tidak wajar.

Beliau mengingatkan bahawa gaji menteri, pegawai tinggi, presiden MPS dan lain-lain adalah daripada hasil cukai yang dibayar oleh rakyat, mereka dibayar gaji oleh rakyat.

Kata beliau, pada pilihan raya umum yang bakal datang, satu undi pun tidak patut diberikan kepada BN yang hanya reti menindas rakyat, khususnya semasa pemerintahan BN, kerajaan menaikkan harga pada setiap barang, tetapi rakyat pula tidak boleh naik harga.

Wong berharap rakyat mengingati perkara buruk yang dilakukan oleh kerajaan BN, bersama-sama menukarkan kerajaan BN yang menindas rakyat ini dengan menggunakan undi di tangan anda.

    

SYC ORGANISED 10KM RUN 2015 MALAYSIA DAY CELEBRATION ON SEPT 16

BY: AZMI AZMAN


PICTURE SHOW:  SYC Commodore Daniel Liaw (廖伟雄) (middle) presents the participation forms to a representative of the 3PMHikers group as organizing chairman Norman Sim (沈伟聰) and other group members look on


SANDAKAN:  Sandakan Yacht Club (SYC) is organizing a 10KM run in conjunction with the 2015 Malaysia Day celebration on Sep 16.

Organizing chairman Norman Sim (沈伟聰) who is also the SYC Committee in charge of Sports on Monday said the Malaysia Day 10KM Run will start and end at SYC in Jalan Buli Sim Sim.

“Participation fee is RM 50 per person inclusive of a T-shirt and the deadline for the submission of participation forms is Aug 15,” Sim (沈伟聰) said after SYC Commodore Daniel Liaw (廖伟雄) presented the participation forms to members of the 3PM Hikers.

Sim (沈伟聰) added that the registration process (of participants) will commence at 6am on the event day and advised participants who have returned their participation forms to come early.

We are targeting between 250 and 300 participants for this inaugural Malaysia Day 10KM Run organized by the SYC, Sim (沈伟聰) said.

Those who are interested to take part in the event can contact the SYC Office at 089 21 2518 during office hours for further details, he (沈伟聰) said.

Also present were SYC Rear Commodore James Leong (梁駿健), Honorary Treasurer Jeremy Chan(陈在仁) and committee member Chin Nam Hong (陈南雄).



MP SANDAKAN (DAP) MEMPERTIKAIKAN PERLANTIKAN PENASIHAT KEPADA PM

OLEH: KREW DAP

SANDAKAN:- Timbalan  Pengerusi DAP Sabah merangkap  Ahli Parlimen Sandakan  Stephen Wong mengkritik Kabinet baru terlalu ramai anggotanya, dan mendedahkan Penasihat Khas Perdana Menteri menikmati layanan setaraf menteri dan gaji setinggi menteri, budaya pelantikan kroni politik ini semata-mata demi mengukuhkan kedudukan dan kuasa PM, tidak membantu dalam kewangan dan kecekapan pentadbiran negara.

Menurut jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim di Dewan Rakyat, Perdana Menteri telah melantik beberapa pemimpin BN sebagai penasihat beliau, seperti bekas Ketua Wanita UMNO Datuk Shahrizat sebagai penasihat PM dalam hal ehwal wanita, bekas Menteri Penerangan Tan Sri Rais Yatim sebagai penasihat PM hal ehwal sosial dan kebudayaan, Ahli Parlimen Kubang Pasu Datuk Johari sebagai penasihat khas PM mengenai Pembangunan Ekonomi Koridor Udara, dan Ahli Parlimen Tanjung Karang Datuk Seri Noh Omar sebagai penasihat khas PM berhubung negeri Selangor.


Mereka kebanyakannya pemimpin UMNO, Ahli Parlimen atau pemimpin yang tewas dalam pilihanraya. PM Najib menggunakan taktik politik untuk mengukuhkan kuasa beliau, dan menenangkan pemimpin-pemimpin UMNO.

Wong berasa tidak puas hati kerana Datuk Shahrizat yang telah tewas dalam pilihanraya pun dilantik sebagai penasihat khas PM hal ehwal wanita, dan menikmati gaji setaraf menteri, mengapakah beliau dilantik? Apakah tugas yang perlu ditangani?

Dalam Kabinet terdapat Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, apakah perbezaan di antara mereka? Adakah pelantikan ini semata-mata untuk menenangkan pemimpin yang tewas, dan dengan wang rakyat? Shahrizat juga terlibat dalam skandal kes penyelewengan penternakan lembu, kini dilantik sebagai penasihat tanpa mengetahui kebenaran skandal tersebut, ini tidak dapat diterima.

Selain itu, mengapakah Noh Omar dilantik sebagai penasihat PM dalam hal ehwal negeri Selangor? Padahal Selangor terdapat Kerajaan Negeri. Ini jelas menunjukkan ia merupakan pelantikan politik, dan mungkin adalah bertujuan untuk merampas kembali negeri Selangor.

Wong juga berpendapat bahawa pelantikan Rais Yatim sebagai penasihat hal ehwal sosial dan kebudayaan adalah tidak wajar, kerana dalam Kabinet terdapat Kementerian Kebudayaan dan juga menterinya, apa sebabnya ditambahkan dengan seorang penasihat? Apakah tugas mereka? Rakyat ingin mengetahui kesemua ini.

PM juga melantik beberapa orang Duta Khas, termasuk Bekas Presiden MCA Datuk Seri Ong Ka Ting sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke China, Datuk Seri Tiong King Sin sebagai duta khas bertaraf menteri ke Asia Timur, Bekas Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu Duta Khas ke India Selatan, dan Jamaluddin Duta Khas Amerika Syarikat yang baru meninggal dunia, mereka adalah bertaraf menteri dan memperoleh gaji lebih kurang RM20ribu, tetapi tidak bertanggungjawab ke atas Dewan Rakyat, ini bertentangan dengan semangat demokrasi di mana menteri adalah bertanggungjawab ke atas Dewan Rakyat, dan Duta Khas serta Penasihat Khas yang dilantik oleh PM menambahkan perbelanjaan negara, gaji mereka ditanggung oleh rakyat.


Wong berpendapat bahawa pelantikan tersebut adalah pembaziran dana awam, kerana negara kita mempunyai Kementerian Luar Negara dan Duta di luar negara, tiada keperluannya untuk melantik duta khas, mengakibatkan jawatan dan kuasa berkenaan bertindih.

Beliau juga berkata, Kabinet yang baru ini ramai anggotanya, tetapi langsung tidak dapat meningkatkan kecekapan pentadbiran kerajaan. Kabinet negara kita lebih besar berbanding dengan Australia dan England, ditambahkan dengan duta-duta dan penasihat yang bertaraf menteri ini, membebankan kewangan negara.

Selain itu, Wong berkata, budaya pelantikan politik ini mengakibatkan politik negara kita bergantung kepada hubungan kroni, tidak berkaitan dengan kebolehan dan keupayaan. Jawatan-jawatan kementerian yang penting disandang oleh pemimpin dalam BN masing-masing, bukan melalui prosedur temuduga yang lebih efektif, supaya melantik mereka yang benar-benar berkeupayaan dan layak untuk melaksanakan tugas-tugas tersebut, membantu rakyat dan meningkatkan kecekapan pentadbiran.

Negara kita menambahkan jawatan menteri dan mewujudkan jawatan yang baru untuk memuaskan kesemua pemimpin BN, ini adalah tidak berguna untuk negara. Sebagai contoh, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, semasa zaman Abdullah Badawi hanya terdapat 5 orang Menteri di Jabatan PM, tetapi kini bertambah sehingga 12 orang, kelak mungkin semua MP pun akan dilantik, tetapi tidak berjasa kepada negara. Wong juga bertanya, apakah tugas 12 orang Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini? Mengapakah begitu ramai menteri diperlukan? PM harus memberi penjelasan!







SISTEM INTERNET DI MALAYSIA TERLALU LEMBAB BERBANDING KEMBOJA DAN VIETNAM DAKWA...WONG

OLEH: SHAIMON  S JUMADI


SANDAKAN:- System penggunaan  Internet yang ada di Negara ini terlalu lembab dan lebih teruk berbanding dengan negara Komboja  dan  Vietnam dan orang ramai sebagai pengguna rasa rugi rasa tertipu bila mereka menyedari fenomena ini berlaku.

Ahli Parlimen  Sandakan YB Stephen Wong tidak berpuas hati dengan kelajuan internet yang ada sekarang di Negara ini dan  berpendapat bahawa kerajaan BN harus bertanggungjawab terhadap mengatasasi masalah system ini.

Wong berkata, kebelakangan ini menerima aduan orang awam tentang masalah kelajuan internet, dan masalah ini adalah akibat kerajaan hanya membenarkan syarikat telekomunikasi mengaut keuntungan, tetapi tidak memantau pelaksanaan tersebut, mengakibatkan para pengguna mendapat perkhidmatan dan kelajuan internet yang teruk, dengan bayaran yang tinggi.

Menurut Wong, aduan menunjukkan perkhidmatan internet TELEKOM tidak stabil, terutamanya baru-baru ini perkhidmatan internet di daerah Sandakan terhenti, menyebabkan para pengguna mengalami kesusahan dan gangguan dalam urusan perniagaan dan aktiviti harian, ini adalah tidak adil kepada semua pengguna.


Pada pandangan beliau, kerajaan wajib menjelaskan mengapakah para pengguna tidak dapat mengguna perkhidmatan internet walaupun telah dibayar? Sedangkan negara kita berwawasan untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020, kriteria yang asas ialah membekalkan kelajuan internet yang baik, dengan ini barulah dapat memperkasakan pembangunan ekonomi negara.

Beliau berkata, jika tidak disediakan kemudahan internet yang paling asas, maka keinginan Perdana Menteri dan kerajaan BN untuk mentransformasikan  Malaysia menjadi sebuah negara yang berpendapatan tinggi dalam bidang inovasi dan teknologi, adalah tidak dapat tercapai.

berkata, bukan sahaja perkhidmatan internet, malahan banyak kawasan di Sabah masih belum dibekalkan tenaga elektrik, ini menunjukkan kerajaan BN hanya bercakap kosong sahaja.

Kata beliau, menurut laporan statistik ujian kelajuan internet, purata kelajuan internet Malaysia ialah 7.46Mbps, menduduki tempat ke-127 dalam 199 negara seluruh dunia, lebih teruk berbanding dengan negara jiran seperti Kemboja (9.64Mbps), Thailand(20.58Mbps), Vietnam (18.43Mbps), malahan lebih teruk berbanding dengan Bangladesh (11.52Mbps), ini amat memalukan.


Wong bertanya kepada kerajaan BN, bagaimanakah hendak menjadi sebuah negara maju dalam jangka masa yang pendek, sedangkan kelajuan internet pun lebih teruk berbanding dengan negara-negara jiran yang lain? Adakah maksud negara maju ialah perkhidmatan internet yang berputus-putus, sehingga emel pun tidak dapat dihantar?

Wong berkata, jika dibandingkan dengan negara jiran, perkhidmatan internet Malaysia mengenakan bayaran yang lebih tinggi, tetapi kelajuan dan kualiti perkhidmatan yang lebih teruk. Bagi negara Singapura, jika tidak mengira mata wang,  setiap bulan SD 50 dapat menikmati kelajuan internet 10 kali ganda lebih pantas berbanding dengan negara Malaysia, dan purata kelajuan internet  Singapura adalah 139Mbps, bayaran internet untuk sebulan tidak melebihi SD 100.


Kata beliau, dalam negara Malaysia pula, contohnya UniFi Telekom 20Mbps, dikenakan bayaran lebih kurang RM200, tetapi kelajuan lebih teruk berbanding dengan Thailand dan Vietnam. Lagipun di sebahagian kawasan, seperti Sandakan dan Tawau tiada perkhidmatan UniFi, membayar RM110 hanya dapat kelajuan internet 1 Mbps, ini seumpama merompak dan menindas rakyat secara terang-terang.

Wong berkata, ini menunjukkan tahap negara Malaysia adalah begitu teruk, kerana kelajuan internet lebih lemah berbanding dengan negara yang lebih mundur, seperti Bangladesh. Kerajaan BN harus memberi penjelasan terhadap isu ini.

Pada pendapat beliau, dengan perkara kelajuan internet sahaja pun telah mencukupi untuk rakyat menukarkan kerajaan dalam pilihanraya umum yang bakal datang.


Sebahagian pengguna ada yang sanggup membuang  duit  lebih   semata-mata mahu  kelajuan dan  manambah sehingga 8 GB    tetapi setelah mereka menukarnya namun sisten itu tetap masih tidak berubah tetap seperti 2GB sahaja bukan itu ertinya  satu penipuan  pelanggan secara terang-terang 

WONG MP SANDAKAN PERSOALKAN PENTADBIRAN NEGARA TIDAK DIPERTINGKATKAN SENANG- SENANG MAIN BUANG

OLEH: CREW DAP

SANDAKAN:-  Ahli Parlimen Sandakan   Stephen Wong berkata, menurut kajian yang dibuat, beliau mendapati berbanding dengan negara lain yang mengamalkan “Westminster System”, seperti England, Australia, India dan lain-lain, Kabinet Malaysia amat gemuk dan banyak dana awam akan dibazirkan, tetapi kecekapan pentadbiran pula tidak dipertingkatkan.

Beliau berkata, berbanding dengan Kabinet sebelum ini, walaupun 4 orang menteri termasuk Timbalan Perdana Menteri telah gugur, tetapi bilangan anggota Kabinet tidak dikurangkan, malah telah bertambah dari 35 orang kepada 37 orang, Timbalan Menteri pula ditambahkan kepada 31 orang berbanding dengan Kabinet yang lalu 27 orang. Hampir satu pertiga daripada 222 orang MP di dalam Parlimen kini. Dalam kata yang lain, BN terdapat 133 orang MP, lebih daripada separuhnya telah dimasukkan ke dalam Kabinet, ini merupakan kejadian yang menghairankan bagi negara yang mengamalkan sistem kabinet.

Wong yang juga Pengerusi DAP Sandakan  memberi contoh, populasi England berlipat ganda ebih banyak berbanding dengan negara kita, skala ekonomi juga 3 kali ganda lebih besar daripada negara kita, bilangan MP (650 orang) lebih kurang 3 kali ganda negara kita, tetapi Kabinet England hanya terdapat 22 orang menteri(termasuk PM dan Menteri Kewangan), tetapi negara kita pula Jabatan Perdana Menteri sahaja telah mengandungi 12 menteri, lebih kurang sama besar dengan kabinet Japan (16 menteri), ini adalah tidak masuk akal.

Selain itu, berbanding dengan Australia, populasi Australia kurang daripada negara kita, saiz tanah adalah 10 kali ganda lebih besar daripada kita, tetapi bilangan anggota Menteri dalam Kabinet Australia adalah 19 orang, Timbalan Menteri 11 orang, jumlah 30 orang. Bagi negara India pula, populasi sebanyak 1.2billion adalah 40 kali ganda berbanding dengan negara kita, mempunyai 545 MP, tetapi kabinet hanya 32 orang Menteri sahaja, kurang berbanding dengan Kabinet Malaysia.


Kabinet Australia dan England juga tidak mempunyai Jabatan Perdana Menteri yang mengakibatkan masalah kabinet terlalu ramai anggota dan pelbagai masalah kerumitan prosedur timbul. Misalnya, Kementerian Pengangkutan negara kita tidak bertanggungjawab atas perkara berkaitan dengan pengangkutan awam, tetapi diserahkan kepada Jabatan Pengangkutan Awam di bawah Jabatan PM, manakala ESSCOM bukan di bawah Kementerian Dalam Negeri, tetapi diselaras oleh Menteri Jabatan PM. Disebabkan terlalu ramai anggota kabinet, mengakibatkan sistem pentadbiran kurang cekap .

Dari segi gaji pula, gaji tahunan Menteri di Kabinet England adalah lebih kurang 130ribu, jumlah gaji tahunan bagi 22 orang menteri termasuk PM dan Menteri Kewangan adalah 3 juta British Pound (GBP). Berbanding dengan 37 menteri di Malaysia, gaji pokok tahunan adalah lebih kurang RM170ribu, setiap tahun dana awam sebanyak RM6600ribu adalah untuk pembayaran gaji mereka, ini tidak termasuk elaun-elaun lain seperti elaun rumah, kereta, petrol dan lain-lain. Jika gaji bulanan menteri adalah RM55ribu secara purata, maka dalam setahun menteri dalam kabinet telah memakan dana awam sebanyak RM24.7juta.

Oleh yang demikian, tidak kira dari segi populasi, ekonomi atau keluasan tanah, saiz kabinet negara kita adalah tidak masuk akal berbanding dengan negara lain. Bilangan menteri yang ramai tetapi tidak efisien. Wong berpendapat bahawa kabinet ini adalah semata-mata untuk membahagikan jawatan-jawatan menteri kepada warga BN dan UMNO, untuk mengukuhkan kuasa PM, ini tidak berhubungkait dengan kepentingan rakyat.

Wong juga mengkritik, calon menteri juga tidak dilantik mengikut kebolehan, tetapi hanya untuk menenangkan pihak yang berkenaan dalam BN. PM melantik empat orang anggota PAC menjadi anggota Kabinet, semata-mata untuk menghentikan siasatan 1MDB.


Walaubagaimanapun, Kabinet ini terlalu gemuk kerana ia digunakan untuk menjalin hubungan dengan pemberian jawatan menteri. Sedangkan negara kita menghadapi hutang yang banyak dan ekonomi merosot, kerajaan tidak jimat tetapi menambahkan beban kewangan negara, ini menunjukkan kabinet ini hanyalah untuk memanjangkan hayat politik UMNO.


RUMAH TERBUKA RAYA ANJURAN PARLIMEN SANDAKAN (DAP) DAPAT SAMBUTAN MERIAH

OLEH: AZMI AZMAN

SANDAKAN:- Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilftri Bersama Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong yang diadakan diperkarangan perumahan Flat MPS Sim-Sim baru-baru ini telah mendapat sambutan meriah.

Seramai lebih 200 penduduk setempat telah menyaksikan acara persembahan nyayian dan tarian traditional  terrmasuk cabutan tiket bertuah.


SUMBANGAN RAYA Wong menghulur Ang Paw  raya kepada salah seorang warga mas


Sebuah Band  yang tidak asing lagi di daerah Sandakan The Melody Group pimpinan Shaimon S Jumadi yang mengiringi dari awal hingga akhir rancangan telah memukau para penonton dengan lagu berjudol  Pewangi yang  dinyanyikan  oleh vocalist utama band tersebut iaitu Rudy Karim dan lagu-lagu raya nyanyian Awang Masran
 
Walaupun Lead Guitarist Shaimon S Jumadi tidak dapat turut serta memetik guitarnya kerana beliau  sedang  terlantar 2 minggu di Hospital akibat kakinya cedera parah gigit kucing namum band melody telah berjalan dengan lancar.


ANGGOTA-ANGGOTA   THE BAND MELODY GROUP DI BAWAH PIMPINAN SHAIMON S JUMADI

Ketika berucap  Wong menjelaskan tujuan majlis raya disambut adalah untuk memupuk  semangat  perpaduan di kalangan rakyat majmuk untuk sama-sama bergembira menyambut suasasa hari raya.


Turut hadir ialah Persuruhjaya PAS Batu Sapi Haji Hamza Abdullah  dan lain-lain  pemimpin kanan PR daripada pelbagai kawasan.


Sejurus selepas menikmati hiburan dan sajian  Wong kemudian memberikan AngPaw Raya kepada warga emas



WONG SUMBANG WANG TUNAI KEPADA MANGSA-MANGSA KEBAKARAN KG SIM-SIM



OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:-  Kebarakan yang berlaku di Jambatan 20 Kampung Melayu Bumiputera  Sim-Sim dekat disini telah mendapat perhatian oleh semua pihak.

Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong Tien Fatt   turut berada semasa tragidi  itu dan melahirkan simpati kepada mangsa terbabit dengan kemudian menghulurkan sumbangan berupa wang tunai kepada mangsa-mangsa berkenaan untuk  meringankan beban yang ditanggung.

Saya berharap para mangsa yang menerima ujian agar bersabar menghadapinya” Ujar Wong.

Turut  hadir ialah Frankie Poon dan para pegawai khas parlimen Sandakan.



PEMILIK AKAUN FB AZLITA AZ AKAN DI SAMAN OLEH DATO KEMELLIA KERANA MENCACINYA DI WALL FB

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:-  Seorang usahawaan muda dan Aktivis Masyarakat Dato Seri Peduka Kemeliia Hassan akan mendakwa di mahkamah terhadap seorang pemilik akaun Laman Sosial (FB) yang dikenali sebagai Azlita Az (gambar) kerana telah mengeluarkan kata-kata kesat dilaman FBnya yang berunsur mencelah dan menghina kepripadian Kemellia.

Soal pakai tudung atau sebaliknya terhadapat seorang mulismah (perempuani) sememanngya diwajibkan memakai tudung  dalam hukum Islam pun di syorkan itu  adalah hak masing-masing Islampun tidak memaksanya setiap seorang perempuan memakai tudung soal pahala dan dosa adalah ditanggung sendiri.


NASIB MALANG Azlita akan di dakwa di mahkamah

Kenapa kalau seseorang perempuan  yang  memakai tudung dia itu alim kah itukan cuma pakaian cuma fesyen sahaja tetapi hati belum tentu suci banyak orang  yang memakai tudung berkelakuan tidak sesonoh  bercumbu-cumbuan pegang anjing ini lagi betul-betul mencemarkan kesucian Agama Islam di mata bukan beragama Islam.

Jadi kenapa Azlita Az terlalu  sibuk dan tergamak mengeluarkan kata-kata sedemikian yantg boleh mengaibkan pribadi orang di sisih masyarakat sehingga  menimbulkan kemarahan orang lain di bulan Ramadah ini.

LAPORAN POLIS NO P/R:SANDAKAN/011687/15 DATED 13hb Julai 2015 didedahkan untuk  mendakwa Azlita Az


Kalau Azlita Az seorang wanita yang benar-benar ikhlas ingin menegur tidak salah kalau teguran itu membina  tetapi bukanlah didedahkam diwall FB dia boleh ditulis Inbox  ini semua orang terbaca itu namanya  bertujuan untum memalukan seseorang  lagi cari pasal cari bala namanya.

Esok pagi Kemellia buat laporan Polis di Balai Polis Sandakan kemudian melantik seorang peguambela penguam cara untuk menyaman dan terus menghubungi pihak SKMM untuk menutup akaun FBnya.


Kau   silapbenar-benar tersilap langha  Azlita Az  orang kau hina adalah seorang juwataan seorang usahawaa  ramai kawan  peguam bela bukan kah ini  namanya cari penyakit diri sendiri selain berita ini tersebar luas di media portal online akan diasiarkan dimedia-media cetak TV1-TV2 TV3 TV Amani Astro TV7 dan TV9 bukan kah kamu maolu nanti bilamana nama kamu terdedah di kaca-kaca TV.


Sepatutnya fikir dahulu sebelum berbuat demikian sama juga pemilik akaun Sandakan Kini sedang dalam perhatian polis dan SKMM kerana terbabit memfitnah tidak berasas kini hanya tinggal masuk lokap saja setelah disahkan nama pemilik akaun sebenar.



ADUN SEKONG DAN KETUA WANITA BATU SAPI BAGI SUMBANGAN PUSAT ZAKAT KEPADA GOLONGAN ASNAF


OLEH; SHAIMON S JUAMDI


BANYAKAN BERSEDEKAH....dibulan ramadan banyak pahala...Samudin


BATU SAPI:- Program Jelajah ke kawawan kepulauan di sekitaran kawasan DUN Sekong dan Parlimen Batu Sapi telah  berjaya dilaksakan oleh  UMNO Bahagian Batu Sapi dengan gandingan kerja bersepadu  Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Batu Sapi kelmarin.

Jelajah kepulau-pulau itu diketuai sendiri oleh Ketua UMNO Bahagian Batu Sapi  Datuk Hj Samsudin Yahya dan Ketua Wanita UMNO Batu Sapi Rahimah Asrah.

Mereka pergi kepulau-pulau di Zon Sekong bersama rombongan adalah bertujuan untuk memberikan bantuan dan sumbangan Pusat Zakat kepada golongan asnaf setempat.

“Dibulan Ramadan yang penuh keberkatan ini Umat Islam  yang berkemampuan di saran untuk memberi atau menghulur sumbangan kepada golongan asnaf yang memerlukan untuk keperluan bagi mereka menyambut hari raya secara sedarhana” kata Samsudin.
  

“Selain berpasa di bulan Ramadah ia merupakan ibadah yang dituntut Islam sebagai rukun Islam ke empat buat amal jariah seperti  memperbanyakan bersedekah kepada golongan fakir miskin, anak-anak yatim dan orang-orang tua (warga mas) juga merupakan satu ibadah juga yang akan mendapat ganjaran dan pahala daripada Allah SAW berlipat ganda” Kata Rahimah.

KEMELLIA AKTIVIS MASYARAKAT DAN WONG MP SANDAKAN HULUR BANTUAN ANAK-ANAK YATIM WANG RAYA

0LEH: AZMI AZMAN

SANDAKAN:- Pengerusi  Penaja Persatuan Kebajikan Anak Yatim dan Warga Mas Sandakan (PEKEAYMAS) Dato Seri Kemellia Hassan petang tadi telah mengagih-agihkan ang pow raya seramai 26 orang kepada anak-anak yatim yang tinggal Pusat Anak-Anak Yatim Selawat Nabi Blok B 162 Lorong 9 Taman Sejati Ajuna dekat ini.

Katanya tujuan memberikan sumbangan raya dan barang-barang keperlu kepada  26 orang golongan anak-anak yatim itu selain untuk meringankan beban kepada penjaga juga untuk mencari redhaan Allah dimusim-musim bulan Ramadan yang penuh berakat ini.

“Saya akan bercuti mulai esok  12hb Julai 2015 selepas hari raya baru balik bertugas sekiranya ada-apa-apa hal penting anda boleh kontek nombor 013-8882409 Pembantu Pribadi saya  iaitu Shaimon S Jumadi dan tinggalkan pesanan jika perlu. Ujarnya.

ALBUM KENANGAN... Dato Seri Kemellia Dato Seri Chin Stephen Wong dan Frankie Poon bergambar sama-sama anak yatim Selawat Nabi Taman Ujana



Dalam pada itu tidak  ketinggalan juga Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong yang prihatin  tentang nasib anak-anak yatim yang tinggalkan oleh kedua ibubapanya turut menghulurkan sumbangan wang raya kepada anak-anak yatim ditempat yang sama.

Dato Kemellia dalam ucapannya antara lain mengucapkan terima kasih kepada Wong kerana sudi menghulurkan sedikit bantuan wang raya kepada golongan yang memerlukan.

“Walaupun Wong seorang ahli parlimen di pihak pembangkang namun beliau (Wong) seorang berjiwa  rakyat yang sentiasa menghulurkan pelbagai bantuan yang memerlukan syabas YB Wong”  Terangnya.


Turut hadir ialah Dato Seri Chin Si Yin,  Frankie Poon dan para petugas pejabat Parlimen Sandakan, sementara Pembantu Pribadi Dato Kemellia Shaimon S Jumadi yang juga Setiausaha Akhbar Kepada Ahli Parlimen Sandakan  tidak dapat hadir kerana mengalami kecerderaan di bahagian kakinya  selepas di terkam kucing beliau memohon beribu maaf sesuatu perkara yang tidak disengajakan

MPS KOMPAUN 2 PUSAT HIBURAN BANDAR PRIMA SQURE KERANA TIDAK MEMPUNYAI LESEN SAH.....SAIARIN


OLEH: SHAIMON S JUMADI


PERIKSA DOKUMEN.... Sairin sedang bincang dengan pemilik Pusat Huburan yahg didakwa tiada memilik lesen yang sah

SANDAKAN:-  Penolong Pegawai Penguatkuasa Kanan  Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) yang diketuai Sairin Abdul Rahman bersama 8 orang  anggota yang lain pada 9hb Julai ini (Malam tadi)  kira-kira jam 9.15 am hingga 10,30 malam telah memeriksa pusat hiburan dipersekitaran kawasan Bandra Prima Square Batu 4 dekat ini.
  
Hasil Pemeriksaan yang dilakukan itu mendapati  2  buah premis  pusat hiburan yang sedang beroparesi itu  telah dikenakan kompaun kerana tidak memiliki lesen hiburan yang sah dan telah melanggar kesalah di bawah ordinan  Hiburan Awam 1958 pindaan 2003  di bawah seksyen  3 yang boleh dikompaun  bagi kesalahan pertama RM1,000.00 manakalah bagi  kesalahan seterusnya  boleh dikenakan kompaun  sehingga RM25,0000.00


Sairin berkata kesemua premis dinasihatkan agar tidak menjalankan sebarang aktiviti hiburan sehingga mendapat lesen yang sah dari majlis,disamping itu juga tindakan tegas akan di ambil kepada mana mana premis yang menjalankan operasi melebihi had masa yang di tetapkan di bawa undang undang  Hiburan Awam 1958 pemeriksaan berterusan akan di jalankan dari masa kesemasa.


“Dan  perlu dingatkan  mana mana premis hiburan yang  beroperasi serta melanggar syarat yang di tetapkan,   pihak majlis akan mengambil tindakan yang tegas termasuk menyita segala peralatan muzik yang digunakan” Ujarnya.