ADUN KARAMUNTING DISARAN CARI BANGUNAN UNTUK SAN-SAR

OLEH: SHAIMON S JUMADI

KARAMUNTING:- Para ibubapa yang menyekolahkan anak-anak mereka ke Sekolah Agama Negeri (SAN) meminta belas kesihan dengan Wakil Rakyat Karamunting khususnya Charlie Pang untuk membantu mendapatkan peruntukan bagi menambahkan keluasan bangunan sekolah agama tersebut.

Sekolah Agama Negeri (SAN) dan Sekolah Agama Rakyat (SAR) adalah sebuah institusi pengajian Islam  adalah dibawah tanggungan pihak JHEAINS termasuk tenaga pengajar dan gaji guru-guru.

Antara cadangan yang diajukan oleh para ibubapa ini  bagi DUN khususnya DUN Karamunting yang tidak mempunyai Sekolah Agama Negeri (SAN) tapi masih boleh menubuhkan Sekolah Agama Rakyat (SAR) kawaswan DUN masing-masing.untuk jangka pendek  mengatasi keperluan asas yabng mendesak.

Pemimpin setempat boleh mencari tempat atau bangunan yang sudah sedia ada untuk dijadikan bangunan SAN atau SAR      buat sementara waktu saja dan sebenarnya SAN-SAR Karamunting memang tidak mencukupi hanya ada tiga ruang bilik saja dan tidak dapat menampung 150 orang murid.

Sebagai contoh di kawasan DUN Sekong tidak mempunyai SAN atau SAR  adapun SAR yang terletak di Kampung Bahagia adalah diperuntukan oleh UNHCR.

Memang kelihatan ganjil anak-anak tempatan bumiputera telah dihantar  ke sekolah dibawah naungangan UNHCR begitu juga agak ganjil sedikit anak-anak penduduk Sekong dihantar  untuk belajar di SAN dan SAR Karamunting maka wajar kedua ADUN Karamunkin dan Adun Sekong perlu mencari jalan alternative bagi mengatasi masalah tersebut demi keselesaan anaki-anak Islam setempat.





ADUN PAS SOKONG PENUH KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

OLEH: KAMARUL ZAMAN

Gambar Kelihatan…. Adun Pas P. Pinang tetap sokong Guan Eng Salleh Man berjabat tangan dengan Guan Eng
pada sidang media di Komtar, Pulau Pinang hari

PULAU PINANG:- Pendirian tegas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tunggal PAS di Pulau Pinang Datuk Mohd Salleh Man menegaskan memberikan sokongan  terbuka yang berterusan terhadap  Kerajaan Negeri Pakatan Harapan.

 ADUN  Permatang Pasir itu turut menyokong dan akan terus membela Ketua Menteri, Lim Guan Eng atas semangat kerjasama dalam pakatan itu.

“Kemenangan saya adalah atas semangat kerjasama Pakatan Rakyat (PR) kalau tiada kerjasama belum tentu PAS di kawasan itu.

“Oleh itu, saya akan terus berkhidmat dengan baik sebagai wakil rakyat di Dun Permatang Pasir dan mendoakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah kepimpinan Pakatan Harapan lebih maju," katanya pada sidang media di pejabat Ketua Menteri di Komtar, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menafikan laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris yang melaporkan 'Penang Pas rep 'wont' support state gov'.

Menurutnya, beliau tidak pernah ditemuramah oleh mana-mana wartawan dari akhbar berkenaan untuk mendapatkan kenyataan

"Saya menyifatkan laporan akhbar bertarikh 31 Oktober itu bersifat fitnah semata-mata. Justeru, saya meminta akhbar itu untuk menarik balik kenyataan tersebut dengan segera, sekira gagal saya akan menyaman akhbar berkenan" katanya.

Bagaimanapun, dalam sidang media itu, Mohd Salleh terus mengelak dari menjawab sebarang pertanyaan dari wakil media dengan alasan kesuntukan masa bagi menghadiri mesyuarat dan urusan lain.

Sebaliknya, beliau meminta mereka merujuk dan mengikut teks yang terdapat dalam kenyataan medianya dengan alasan tiada kenyataan tambahan yang akan diberikan..

Beberapa bulan lalu, Salleh Man yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (Mainpp) menegaskan setia bersama Pas dan sesekali tidak akan meninggalkannya.

"Saya akan tetap bersama Pas untuk meneruskan perjuangan dalam politik. Setakat ini, saya tidak ada niat untuknya meninggalkan Pas dan menyertai parti lain.

"Tidak terlintas dalam hati untuk keluar Pas dan masuk parti lain.

"Saya akan teruskan perjuangan dengan Pas walau apa pun yang terjadi," katanya ketika ditanya media kemungkinan menyertai parti baharu yang akan digerakkan oleh bekas pemimpin Pas yang kalah dalam pemilihan parti baru-baru ini” Tambahnya lagi.

Parti itu kini didaftarkan sebagai Parti Amanah Negara dan dterajui Mohamad Sabu.


MAHATHIR KATA NAJIB PATUT DIDAKWA BUKAN KHAIRUDDIN DAN MATTHIAS


OLEH: KAPANAUAN A/L KURAPAN

KUALA LUMPUR:- Mantan  Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, mereka yang menbuhkan dana pelaburan negara yang sarat hutang, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan pengurusannya, adalah pihak yang mensabotaj negara ini, yang sebelum ini mempunyai pengurusan kewangan dan sistem perbankan yang baik.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang seharusnya didakwa kerana mensabotaj sistem perbankan dan kewangan negara, bukannya pemberi maklumat Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya Matthias Chang, kata Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

Beliau berkata, mereka yang menubuhkan dana pelaburan negara yang sarat hutang, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan pengurusannya, adalah pihak yang mensabotaj negara ini, yang sebelum ini mempunyai pengurusan kewangan dan sistem perbankan yang baik.

"Mereka orangnya yang harus didakwa di mahkamah kerana mensabotaj sistem kewangan dan perbankan Malaysia. Memandangkan Najib yang mewujudkan 1MDB, meminjam RM42 bilion dan melabur wang dan menghilangkannya, Najib juga harus didakwa dengan sabotaj," kata beliau dalam blognya hari ini.

"Selain itu, semua orang, sejak awal penubuhan 1MDB hingga kepada pinjaman itu, kepada pemberita akhbar dan laporan kepada polis, semuanya harus didakwa mensabotaj sistem kewangan dan perbankan Malaysia."

Najib juga ialah menteri kewangan dan pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB.

Khairuddin dan Chang didakwa bulan lalu kerana dikatakan cuba mensabotaj ekonomi Malaysia dan sistem kewangan dan perbankan negara.

Khairuddin, bekas naib pengerusi Umno Bahagian Batu Kawan dituduh mensabotaj negara selepas membuat laporan kepada penyiasat di Hong Kong, Switzerland, Perancis dan United Kingdom berhubung skandal 1MDB.
Chang adalah peguamnya.

Kedua-dua mereka didakwa mengikut Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan membawa hukuman penjara sehingga 15 tahun.
Dr Mahathir berkata, beliau keliru dengan pertuduhan terhadap Khairuddin dan Chang yang juga merupakan bekas pembantu politiknya, kerana mereka membuat laporan terhadap 1MDB lama selepas laporan berita diterbitkan berkenaan dakwaan salah urus dana pelaburan negara itu.

"Tetapi laporan akhbar asing itu, mengenai penipuan dalam pelaburan 1MDB, diterbitkan lama sebelum Khairuddin membuat laporan.

"Laporan-laporan berita ini bukan laporan biasa tetapi penerangan yang sangat terperinci mengenai apa dan siapa yang terlibat. Mereka melaporkan apa yang diketahui umum ke seluruh dunia.

"Mengapa laporan-laporan akhbar itu tidak disangkal dengan sepuasnya oleh 1MDB atau Kementerian Kewangan memandangkan gambaran yang diberikan mengenai dakwaan penyalahgunaan sistem kewangan dan perbankan Malaysia boleh akhirnya mengakibatkan kehilangan keyakinan terhadap suasana politik dan ekonomi serta kewangan Malaysia juga?" dia bertanya.

Bekas perdana menteri itu, yang dulunya penyokong Najib tetapi kini beralih arah, berkata tidak akan ada laporan akhbar atau aduan polis jika tiada 1MDB dan hutang RM42 bilion yang dikumpulnya dalam masa 6 tahun beroperasi.

"1MDB mungkin menjual tanah yang dibelinya pada RM60 sekaki persegi daripada kerajaan pada kadar 5,000% lebih dari harga pembelian dan membayar balik pinjaman itu.

"Tetapi hakikatnya, jika 1MDB tidak diwujudkan, sejumlah besar wang pinjaman tidak akan hilang. Oleh itu, 1MDB dan mereka yang bertanggungjawab masih perlu didakwa kerana penyalahgunaan sistem perbankan dan kewangan, pembayaran balik pinjaman, walau apa pun," katanya.


BANJIR KILAT DI JALAN MEGALONG PETAGAS-PUTATAN AKIBAT SALIRAN PARIT TERSUMBAT

OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTO: NURLIYANA ABDULLAH


BANJIR KELAT....Jalan Megalong-Petagas-Putatan dilanda banjir kilat

KOTA KINABALU:-   Sistem saliran peparitan yang tidak teratur adalah  penyebab dan punca utama kawasan rendah mudah dilanda banjir kilat walaupun turun tidak sampai tiga jam.

Ini terbukti kurangnya perhatian pihak berkuasa tempatan  (PBT) dalam menjaga saliran system perparitan dikawasan tertentu maka berlakunya  banjir kilat melanda di jalan Megalong,Petagas dan Putatan

Akibat banjir kilat itu menyebabkan kesesakan berlaku   banyak kenderaan yang terperangkap dijalan raya.

Adalah diharap pihak yang berkenaan akan mengambil tindakan  terhadap mana-mana saliran parit tepi jalan yang tersumbat agar diselenggarakan demi mengelakan jalan-jalan tertentu mudah dilanda banjir kilat  memandangkan  bulan November hingga Disember adalah musi, tengkuju


ANAK CUCU- CICIT BAKAL JADI PELARIAN DITEMPAT SENDIRI

OLEH: ISMAILY BUNGSU


LANGIT di lembah kinabalu semakin mendung udara di sekitar kita pengap dan nafas mula terasakan payah dan sukar berantakan.
Kadazan dusun murut bajau brunei mula tidak kelihatan bakal hilang dari pandangan untuk masa mendatang bumi ini bukan milik kita lagi malah warisan anak cucu cicit bakal terusir jadi pelarian di bumi sendiri.
Mereka yang datang masuk pintu belakang mula berani bersuara lantang menuntut hak atas nama tuhan dan mula menginjak2 kepala kaum bumi yang diam tanpa tanduk.
Apa saja yang terjadi di sekitarku ini?
Aku mula bertanya dan rakyat mula bertanya tapi pertanyaan tanpa jawaban malah menjadi teka teki mengundang persoalan.
Kita hidup dalam udara yang sesak nafas derita payah sedang di sana sini hidup dalam kekhuatiran rumah siap dengan pagar besi khuatir akan pencuri.
Untuk bersuara siap segala macam akta mengikat dan kita hanya diajar untuk akur atas pembangunan yang tidak menghasilkan bijak berfikir tapi hanya melembu jadi bodoh dan bahalol.
Inilah gambaran warna bangsa kita kadazan dusun murut bajau irranun sungai bakal terusir menjadi pelarian di bumi sendirI


FRANKIE POON MENZIARAHI ARWAH HJH FATIMAH ,MENINGGAL DUNIA

OLEH: SHAIMON S JUMADI

KUNJUNGAN MESRA..... Frankie Poon bersama rombongan menziarahi Arwah Hjh Fatimah yang kembali kerahmatullah

SANDAKAN:-     Walaupun dipihak parti pembangkang yang tidak punya kuasa apa-apa, apa lagi kalau memberi bantuan kepada penduduk di satu-satu kawasannya sudah tentu tidak berkemampuan kecuali yang ringan-ringan saja.

Inilah hakikat sebenarnya perjuang para pemimpin pembangkang  hanya bisa  bersuara lantang sama ada di sidang Dewan Undangan Negeri ataupun di sidang-sidang Parlimen ataupun menerima media-media cetak dan media portal.

Walaupun orang sering menganggap   suara pembakang tak ubah seperti anjing menyalak bukit, namun bukit sedikitpun tidak berubah, akan tetapi suara-suara sumbang pembangkanglah banyak membawa kebaikan untuk kepentingan rakyat jelata.

Begitulah peranan yang dimainkan oleh mantan calon DAP bagi tahun DUN Tanjung Papat pada  PRU13 lalu walaupun tewas ditangan calon BN namum perjuangan untuk membela rakyat tetap akan diteruskan.

Mantan calon DAP Tanjung Papat itu tidak lain tidak bukan Frankie Poon beliau terus mengorak langkah jauh kedepan untuk memajukan dirinya  berkarie dalam gelanggan politik tanah air dengan bermatlamatkan membela nasib rakyat yang sentiasa memerlukan bantuan.

Kelmarin hari Ahad Frankie Poon bersama rombongannya dibawa melawat kekampung Sim-Sim Jambatan Lorong 3 nombor rumah 52 bagi menziarahi Arwah  Hajah Fatimah Abdul Ghani isteri kepada Mandor Awang Bujang yang telah kembali ke Rahmatullah kelmarin.

Dalam lawatan  itu Frankie tidak hanya tangan kosong lantas memberi sedikit sumbangan untuk keperluan pengurusan jenazah.

PRU14 nanti penduduk Kaawan Tanjung Papat khususnya kawasan Kampung Sim-Sim kalau memilih wakil rakyat tidak kira dari mana datangnya sama ada daripada pembangkang atau BN pilihlah calon-calon yang berjiwa rakyat yang selalu dekat dengan rakyat bukannya bila sudah dekat PRU14 nanti baru sibuk masuk kampung keluar kampung pemimpin macam ini memang tidak boleh pakai langsung.




AHLI-AHLI UMNO SEMPORNA-KUNAK-LAHAD DATU-SILAM DAN TAMBISAN AKAN KELUAR UMNO DAN MENYERTAI PEMBANGKANG


OLEH AZMIE AZMAN &
PAPARAZI

BERCAKAP tentang  pemecatan Datuk Mohd Shafie Hj Abdal kini telah menjadi isu besar di kalangan ahli-ahli UMNO di Semporna, Kunak, Lahad Datu Silam dan Tambisan dan menjadi tajuk perbualan di warung-warung dan dikedai-kedai mamak.

Rata-rata penyokong tegar UMNO  telah marah dengan Najib dan lain-lain pemimpin khususnya ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO kerana tidak puas hati dengan Shafie.

Dengan itu sudahlah Shafie telah kehilangan jawatan sebagai Menteri Kemajuan  dan Pembangunan Luar Bandar ini pula disusuli dengan pemecatan daripada menjadi ahli UMNO.

Shafie yang mempunyai pengaruh besar bukan saja di kawasan Pantai Timur Sabah bahkan sehingga di Semenanjung  kesan buruk jika Shafie dipecat nanti.

Sabah Insider telah menjelaja di tiga kawasan antaranya Semporna, Lahad Datu dan Kunak di mana pihak kami telah menghantar krew kami untuk membuat tinjauan  mengenai situasi politik di ketiga daerah itu untuk mendapatkan komen-komen.

Dalam pertemuan beberapa orang ahli UMNO di Semporna memang rata-rata mereka murkah dengan pucuk pimpinan UMNO yang tergamak menyingkir seorang tokoh politik tanah air yang berpengaruh besar iaitu Shafie Abdal.

Jika menjadi kenyataan Shafie Abdal dipecat sebelum perhimpunan Agung UMNO ini maka ahli-ahli UMNO dari Semporna, Kunak, Silam Lahad Datu dan Tambisan sekiranya Shafie Abdal menyertai Parti Amanah Negara (PAN) atau PKR mereka semua satu hati keluar dari UMNO yang mengikut jejak Shafie menyertai PKR dan AMANAH.

Pastinya UMNO di Sabah pada menjelang PRU14 nanti memang banyak kehilangan kerusi di sebelah pantai Timur, silap langkah UMNO/BN gagal membentuk kerajaan Negeri.

Pepatah mengatakan jangan dijulok sarang tebuan nanti binasa akhirnya  begitulah Shafie diibaratkan sarang tebuan kena kacau saja memang UMNO berbahaya.


PAS NAK JADI PENASIHAT UMNO BELUM TENTU UMNO MAHU DENGAR NASIHAT.

OLEH: KAMARUL ZAMAN
     
PAS NAK JADI PENASIHAT.....Belum tahu UMNO mahu mendengarnya PAS jangan berlagak pandai


PAS terlalu bernafsu besar kesediannya mahu jadi penasihat pada UMNO jangan mimpi kalau mahu mendengar nasihat PAS apa kewibawaan para pemimpin PAS berbanding dengan UMNO

Para pemimpin UMNO bukan yang bijak-bijak  belaka bahkan pintar putarbelit nombor satu tiada tolok bandingannya itulah hakikat  sebenarnya jadi PAS jangan berlagak mahu jadi penasihat kepada UMNO

Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah tidak yakin kerajaan Barisan Nasional (BN) akan mendengar nasihat PAS.

Bekas pemimpin PAS itu berkata, ini kerana kerajaan BN sendiri seolah-olah tidak mengendahkan titah Majlis Raja-raja Melayu baru-baru ini agar masalah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diselesaikan segera.

"Kerajaan hari ini tidak makan nasihat sejak 58 tahun mereka memerintah baik semasa PAS dalam kerajaan atau di luar kerajaan. Mengapa sekarang mereka mahu mendengar nasihat PAS? PAS memang bodoh .

"Majlis Raja-raja mengeluarkan kenyataan rasmi bulan lepas tentang perlunya sesuatu tindakan diambil kerajaan menangani madalah besar ekonomi dan kepercayaan terhadap Negara” katanya kepada  media portal disini..

Sehingga kini pihak kerajaan tidak membuat apa-apa kenyataan atau tindakan.

"Adakah PAS berpendapat mereka ada pengaruh lebih besar daripada Majlis Raja-raja Melayu ke atas kerajaan?" katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau dipercayai merujuk kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berkata PAS hanya mahu menasihati kerajaan dan bukan mahu mengambil alih kuasa.

Menurut Hadi seperti dilapor Mingguan Malaysia hari ini, PAS bersedia menasihati kerajaan BN dalam hal seperti 1MDB, cukai barangan dan perkhidmatan (GST), perumahan serta kejatuhan nilai ringgit.

Kesediaan itu tertakluk kepada syarat agar Umno mengubah pemerintahannya selaras dengan Islam.

"Kita nak tolong selesaikan masalah, kita bukan nak rebut kuasa. Kalau Umno ubah kuasa dengan konsep Islam kita akan bantu dia.

"Yang penting kita nak ubah pemerintahan kepada lebih baik berasaskan tuntutan Islam," kata Hadi. – 1 November, 2015.

- See more at: http://www.sabahinsider14.blogspot.com

PEMBENTANGAN BAJET 2016 TIDAK MENGGEMBIRAKAN RAKYAT

NUKILAN DARI HATI KEHATI
NURLIYANA ABDULLAH

NAMPAKNYA  melalui media TV dan Utusan pujian begitu hebat terhadap bajet 2016 yang dibentangkan oleh PM dan sebalik kegembiraan itu ramai yang tidak tahu dan gagal mengkaji hakikat sebenarnya.

Yang jelas bajet berkenaan untuk kementerian2 kena potong sekitar 20-30% terkecuali bajet untuk Jabatan Perdana Menteri bertambah RM20 bilion.

Hakikat jelas dimusim PM Pak Lah bajet untuk JPM hanya sekitar RM8 juta dan ada bajet berkenaan dikategorikan sebagai perbelanjaan tanpa rekod.
 
Rakyat akan mula merasakan susah sebab subsidi barang2 keperluan seperti tepung, minyak masak termasuk beras seperti diumum akan ditiadakan makna harga akan meningkat.

Semua universiti sejumlah 1.4 bilion dikenakan potongan dan kesannya universiti kekurangan sekitar 200-300 juta dan untuk menampung masalah kekurangan ini maka yuran universiti terpaksa dinaikkan untuk menambung perbelanjaan yang tidak mencukupi dan ada sekolah diuniversiti dikecilkan bernaung bawah satu fakulti lain.

Terkait dengan universiti ini segala biasiswa termasuk yang diberikan melalui MARA akan dihapuskan dan ini menambah berat beban anak-anak yang mahu melanjutkan pelajaran ke Universiti.

Rakyat termiskin yang selama ini menerima subsidi letrik percuma bil bawah RM20 tidak akan ada lagi dan rakyat kena membayar sendiri mulai tahun hadapan.

Pembinaan Hospital puncak yang asal kosnya sekitar RM600 juta dan tiba2 meningkat ke RM8 bilion dan ini akan diurus oleh kroni termasuk 6 buah Uitm baru diswastakan dan kroni juga yang melaksanakan pembinaannya secara award.

Menurut laporan pembentangan cukai GST akan diperolehi sebanyak RM39 bilion dan ini semacam tidak lojik kecuali setiap rakyat membayar RM1,300 seorang dan ianya menjadi lojik jika GST dinaikkan hingga 10% dan ini sudah jelas.

Ini antara asas2nya yang boleh dikira bahawa kerajaan terpaksa menaikkan GST dan mengurangkan perbelanjaan kesan ketidak cekapan mengurus negara dan tidak boleh tidak kesan minyak tidak menjanjikan pendapatan menampung berpebelanjaan negara, maka GST terpaksa dinaikkan dan subsidi ditiadakan.


Kesannya rakyat kena ikat perut melalui bajet 2016 nanti.


PAS SETUJU TUBUH KERAJAAN CAMPURAN DENGAN UMNO SELEPAS PRU14 LIM GUAN ENG


OLEH DIYANA IBRAHIM



PULAU PINANG: Setiasaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata PAS jauh tersasar daripada kenyataan mereka untuk bersama parti pembangkang.

Keputusan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk tidak menyokong Pakatan Harapan menolak Bajet 2016 membuktikan parti Islam itu bekerjsama dengan Barisan Nasional (BN), kata Setiasaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Ketua menteri Pulau Pinang itu yang kesal dengan tindakan PAS untuk menolak Bajet 2016 sekaligus sebagai undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengatakan parti Islam itu jauh tersasar daripada kenyataan mereka sebelum ini untuk bersama parti pembangkang.

"Biar rakyat yang menilai mengenai keputusan PAS, bukan sahaja rakyat Malaysia namun penyokong mereka.

"Dahulu undi PAS adalah merupakan alternatif buat kita namun sekarang mereka tunjukkan mereka ingin bersama BN," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvesyen Biasa Negeri Selangor DAP, 2015 di Petaling Jaya hari ini.

Sinar Harian melaporkan hari ini PAS mengambil langkah berkecuali daripada parti pembangkang lain untuk menolak usul Bajet 2016 dibentangkan Najib yang juga menteri kewangan pada 23 Oktober lalu.
Hadi dilaporkan sebagai berkata, kesemua ahli Parlimen PAS sebulat suara bersetuju dengan keputusan ini selain menjadi Penasihat kepada UMNO dan juga  PAS juga akan menubuhkan kerajaan campuran antara PAS dan UMNO selepas PRU14 nanti.




: PEMBANGKANG MESTI BERSATU UNTUK TUMBANGKAN KERAJAAN BN PRU14



NUKILAN: ISMAILY BUNGU

SEBATANG lidi untuk dijadikan penyapu memangnya tidak semudah membersihkan sampah di halaman rumah, tetapi kalau sebabat itu ada ratusan batang lidi, maka itu maksudnya mudah melaksanakan tugas, lagi yang berat menjadi mudah dan ringan segala.

Demikianlah falsafahnya kita berkerja untuk mencapai puncak dan kerana itulah segalanya kita perlukan STRATEGI yang mantap dan tersusun indah untuk menginjakkan kaki di puncak atas nama kejayaan.

ini tidak boleh bersendirian sebab sebagai pemimpin kita kena lihat kesemuanya kala kita mahu rakyat menyokong secara padu untuk menumbangkan kerajaan yang gila kuasa dan rakus tamak dan lupa apa yang mereka janjikan untuk tunai amanah yang diperkatakan lewat manifesto setiap 5 tahun semasa election.

Suasana pembangkang di Sabah ini memang kuat sebenarnya tetapi kekuatan itu BN gunakan secara PECAH DAN PERINTAH dan akhirnya orang2 Sabah menubuhkan parti yang bersifat kenegerian dan yang bersifat kenegerian ini sebenarnya tidak akan duduki putrajaya sebab mereka hanya berusaha tandingi 25 kerusi MP dan 60 Dun.

Meski menang di Negeri, itu tidak akan dapat merubah kerajaan negeri dan persekutuan sebab dasar tadbir di Malaysia ini parti yang menangi lebih 112 kerusi sebenarnya lagi berkuasa untuk merubah keseluruhan tadbir di Malaysia. Untuk menangi lebih 112 kerusi ini hanyalah bakal dilakukan oleh BN dan HARAPAN PAKATAN sedang parti lain tidak akan tandingi 222 kerusi MP berkenaan/kalau bertandingpun tetap KALAH.
Nah, berdasarkan keadaan ini tidak boleh tidak parti tempatan kena berkerjasama dengan PARTI NASIONAL( bukan parti Malaya) iaitu sama ada BN atau HARAPAN PAKATAN.

BN memang sukabanyak sangat parti ditubuhkan di Sabah dan itu sebab ROS telah meluluskan 13 parti tempatan di Sabah dan sebelumnya sudah ada STAR parti yang didaftarkan di Sarawak.

Terakhirnya yang saya perhatikan menyusul sesudah itu ialah PCS dan keadaan ini jika kesemuanya bertanding jelas BN juga akan berkuasa dan kalau adapun parti lain memang mungkin satu dua yang nanti wujud sebagai pembangkang dan itu tidak akan dapat memberikan impak untuk perjuangkan apa yang Sabahan mahu.

Lebih teruk kalau tidak ada parti yang memenangi lebih 112 kerusi MP di peringkat persekutuan dan jika ini gagal maka keadaannya samalah seperti sekarang atau sama seperti kemenangan PBS dalam tahun 1985 itu yang akhirnya tersungkur kesan PBS sendiri ketika itu terpaksa menyembah untuk mendapatkan peruntukan melalui WANG DISATUKAN ITU yang dikuasai oleh kerajaan persekutuan.

Kesan PBS ketika itu bukan bernaung dalam BN maka peruntukan dari kerajaan federal BN salurkan melalui Jabatan Pembangunan Negeri dan sama sepertinya di Kelantan/Trengganu dana dari petronas dinamakan Wang Ihsan dan BN sendiri yang kuasai.

Makanya rakyat Sabah kena faham fungsi kerajaan Negeri dan kerajaan persekutuan itu/kalau sekadar terus berhujah tanpa tahu fungsi2 ini dan terus melaungkan undi parti tempatan makanya semua kita akan berputih mata bukan saja parti tempatan, malah parti nasional juga akan gagal dan sekaligus Sabahanlah paling teruk menerima kesannya nanti akan terus menjadi Sabahan TERMISKIN meski negeri kaya raya kesan sumber Allah anugerah Allah.

Sekarang ini seperti yang kita semua tahu ada 13 parti tempatan telah ROS luluskan termasuk PCS dan STAR yang sudah sedia ada dan keadaan ini jelas telah dirancang oleh BN untuk kuasai Sabah secara PECAH DAN PERINTAH.

Jika semuanya bertanding dan merebut kerusi di PRU-14 akan datang baik di DUN atau Parlimen maka jelas kita akan gagal/berputih mata dan PRU-13 lalu telahpun menjadi pengajaran buat kita dan ini kena kaji secara terperinci.

Terbaik seperti yang saya cadangkan sebelum PRU-13 lalu semua parti pembangkang di Sabah kena duduk satu meja dan tidak usah tamak rakus dan berbincang dengan hati terbuka ikhlas bukan untuk kepentingan diri tetapi untuk kepentingan rakyat Sabah keseluruhannya.

Saya melihat DAP/PKR memang parti yang mendahului kesan punya 11 kerusi DUN dan 3 kerusi MP, sedang STAR hanya satu kerusi.

Kekuatan STAR tidak boleh diperkecilkan sebab kehadiran mereka boleh memecahkan undi untuk melawan BN sebab terbukti di kawasan MP Marudu dan Keningau di PRU-13 lalu.

Kehadiran PCS juga jelas punya kekuatan meski setakat ini belum dapat kita nilai sejauh mana kekuatan mereka banding STAR tetapi keadaannya akan sama seperti hadirnya parti STAR.
Yang kita hadapi ialah parti Nasional yang namanya BN dan mereka ini jangan kita lupa yang mereka punya segala kelengkapan seperti dana tentu masih ada lagi simpanan/sisa 2.6 bilion atau akan ada lagi ARAB tua bakal menderma.

Bukan saja BN punya kekuatan dana, malah segala jentera bawah Kementerian federal seperti SPR, JPN, Jabatan Perpaduan, Kemas, Polis, tentera dan sebagainya akan mereka gunakan sedang kita parti lokal hanya menggunakan semangat dan sedikit dana yang terhad.

Jangan sekali kita memikir sejarah kekuatan ketika PBS tumbangkan BERJAYA dalam tahun 1985 akan berulang dan itu tidak akan ada lagi sejarah itu sebab ketika itu pengundi cina bersatu padu bersama pengundi KDM sedikit bumiputera Islam yang menyebabkan BERJAYA tersungkur.

Sekarang ini KDM pecah seribu ada yang dalam PBS, PBRS, UPKO dan juga ada di PKR dan ada dalam STAR termasuk PCS sendiri dan jangan lupa dalam UMNO juga ada KDM bawah pimpinan Ambrose di Penampang, Rubin Balang di Kemabung dan Roland Kiandee di Beluran. Jadi, ini yang saya katakan pecah seribu.

Tidak boleh tidak FORMULA terbaik ialah DAP/PKR dan STAR serta PCS mesti duduk satu meja dan bincang sama dan tentunya diharapkan Dr Jeffrey dan seorang YB yang bakal duduki kerusi Ketua PCS akan terbuka hati untuk duduk bincang demi Sabahan/kalau gagal maka jawabannya TATAP BN juga bakal berkuasa meski majoritinya kurang.

Bertindak dan berfikirlah demi Sabahan dan Malaysian keseluruhannya sebab rakyat Malaysia rata2 mahu perubahan kepimpinan peringkat pusat di PRU-13 lalu sudah jelas PR mendapat undi 52% dan ramalan Anwar Ibrahim di PRU-14 akan datang ini pembangkang akan memperolehi 60% undi rakyat Malaysia dan ini sekaligus BN akan tersungkur.



BELIA TAMAN INDAH JAYA MINTA PADANG BOLA DI KEMBALIKAN SEMULA

OLEH: SHAIMON S JUMADI

TIADA PADANG BOLA .....Belia-Remaja bakal jadi liar jika tiada padang tempat bermain.

ELOPURA:- Satu mesyuarat telah dicapai antara penduduk dan para belia-remaja  Taman Indah Jaya bagi menuntut untuk mendapatkan kembali Padang Bola kini telah diambil oleh syarikat untuk dijadikan gelanggan permainan  PIN BALL.

Perhimpunan hari ini yang dihadiri oleh penduduk para belia/remaja penghuni Taman Indah Jaya untuk menubuhkan satu Jawatankusa Bertindak untuk menyokong dan menggembling tenaga serta berusaha sungguh-sungguh bagi mendapatkan semula padang bola di taman itu yang milik pendudu Kariah Indah Jaya.

GAMBAR BELIA...Tuntut supaya padang bola dikembalikan

 
Slogan “KAMI MAHU PADANG BOLA DIKEMBALIKAN” cukup kuat untuk menuntut  padang bola dikembalikan semula demi kemudahan para remaja-belia dan penduduk Taman Indah jaya.

Sabah Insider sempat menghubung beberapa orang penduduk Taman Indah Jaya melahirkan rasa kesal terhadap fenomena ini.

Kata mereka memang pada mulanya pemaju telah menyediakan pelbagai kemudahan seperti padang bola dan taman peranginan dengan tujuan untuk memberikan kemudahan asas untuk penduduk menjalankan aktiviti-aktiviti seperti beriadah, bersenam dan tempat kanak-kanan bermain.

Tiba-tiba ada sebuah syarikat milik (lanang)  coba mengambil padang tersebut untuk jadikan gelanggang tempat permainan PIN BALL jadi  bila  sudah tiada padang tempat remaja-belia dan kanak-kanak bermain  di mana lagi mereka pergi.

Nampaknya  pihak kerajaan suka melihat anak-anak  remaja dan belia jadi liar atau samseng atau gangster kerana sudah tiada pilihan lain ada kemudahan diambil oleh pemilik Club Indah Jaya.

Jangan salahkan  para remaja/belia bila jadi ganas atau samseng setelah tiada padang bola nanti kerana mereka terlalu kecewa.

Timbang-timbanglah rayuan mereka jangan sampai orang Melayu/Bumiputra hilang sokongan terhadap kerajaan BN bila menjelang PRU 14 nanti kalau mereka bersatu hati menolak calon BN nanti dan menyokong DAP-PKR dan AMANAH.

Kata sumber itu lagi perkara ini kalau diketahui oleh pihak pembangkang sudah semestinya jadi senjata untuk menghancurkan pemimpin BN yang sedia ada mungkin ini pemimpin BN yang mahukan Elopura, Tanjung Papat dan Parlimen Sandakan jatuh kepada parti pembangkang.


Kita mati-matian sokong BNpun bila ada kesusahan yang membabitkan masalah rakyat langsung tiada pembelaan jadi apa gunanya kita sokong BN kalau kita dijadikan boneka untuk mengaut kekayaan demi poket sendiri.



PENGUNDI SEMPORNA-KUNAK-LAHAD DATU-SILAM DAN TAMBISAN TIDAK UNDI UMNO/BN SHAFIE DIPECAT PADA PRU14

OLEH: ABDUL RAZAK KDIR

SETELAH diumumkan bahawa Naib Presiden UMNO Datuk Mohd Shafie Hj Abdal bakal jadi mangsa penyingkiran atau pemecatan dari UMNO seperti yang diwar-warkan dimedia social telah menimbulkan kemarahan rakyat di seluruh Semporna, Kunak Lahad Datu dan Tambisan.

Kenapa sampai begitu sekali ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO termasuk Presiden UMNO Dato Seri Najib Tun Razak  tergamak memecat seorang pemimpin berpengaruh besar bukan saja di Sabah malahan di Semenanjung.

Ini jelas jika terbukti menjadi reality Shafie memang dipecat daripada UMNO  seluruh rakyat di kawaan Pantai Timur dari Semporna, Kunak Lahad Datu dan Tambisan  tidak menyokong atau mengundi calon-calon BN/UMNO yang bertanding di kawasan-kawasan berkenaan sebaliknya memberi undi kepada pembangkang sama ada PKR/DAP dan juga AMANAH.

Nampaknya UMNO/BN Sabah bakal banyak kehilangan kerusi pada PRU14 nanti jika Shafie Abdal dipecat kerana kemungkinan besar Shafie dan beberapa orang lain yang turut menjadi mangsa pemecatan bakal menyerta parti pembangkang.

Bagi parti-parti pembangkang seperti DAP-PKR dan AMANAH sentiasa membuka pintunya untuk menerima kemasukan Shafie Abdal, Tan Muhyiddin Yassin ke parti-parti berkenaan.

PAS dengan UMNO dikhabarkan hendak bekerjama pada PRU14 nanti mereka akan menubuhkan kerajaan camporan PAS dan UMNO dan PAS sudi dan bersedia untuk menjadi penasihat kepada UMNO seperti yang dinyatakan oleh Presidennya  Hj Abdul Hadi Awang.

PAS di Semenanjung boleh memenangi kerusi seberapa yang banyak tapi PAS  di Sabah tidak akan mendapat sokongan padu daripada orang-orang Sabah terutamanya suku Kadazan,Murut, Dusun dan Cina, barang kali DAP-PKR dan AMANAH.

Kita tunggu dan lihat sejauh mana keberanian pucuk pimpinan UMNO memecat Shafie Abdal  sebelum perhimpunan UMNO nanti.