SEMUA KETUA PDM DIARAH KEMASKINI DATA-DATA DAFTAR PEMILIH.....JAMES RATIB


OLEH: SHAIMON S JUMADI
Sabahinsider14@blogspot.com










 PRIHATIN ... James (tengah) menyerahkan sebuah enjin pam air untuk kegunaan penduduk di Kampung Sungai-Sungai yang disampaikan kepada pemimpin masyarakatnya sambil disaksikan beberapa ahli jawatankuasa Umno Beluran serta pemimpin masyarakat setempat





PERJUMPAAN ... James merakamkan kenangan sejurus selesainya perjumpaan dengan Ketua-ketua PDM Sugut tentang kesiap siagaan parti keramat Umno khususnya di kawasan tersebut bagi menghadapi PRU-14 nanti



SUGUT:-  Semua ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM) dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sugut diperingat terus mengemaskinikan data-data daftar pemilih seperti mengenal pasti alamat tempat tinggal dan pekerjaan terkini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) N.39 Sugut, Datuk James Ratib, berkata ia bagi memudahkan segala proses untuk mengetahui kedudukan mereka sebagai pemilih yang berdaftar di PDM masing-masing.

Katanya, usaha ini membantu kemenangan parti walaupun Pilihan Raya Umum (PRU) yang ke-14 masih jauh lagi tetapi tumpuan perlu diberikan sekarang agar tiada masalah untuk memenangi pilihan raya nanti.

"Saya juga merayu kepada ketua-ketua cawangan, pengarah-pengarah zon pilihan raya dan ketua-ketua serta ahli jawatankuasa peti undi supaya siap siaga untuk menghadapi pilihan raya.

"Walaupun ianya masih jauh tetapi kita mesti siap sedia dengan menambah ahli dan mendaftarkan mereka sebagai pengundi. Kemenangan parti melalui undi daripada mereka yang mendaftar sebagai pemilih," jelasnya.

Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional (BN) P. 183 Beluran itu menyatakan demikian ketika berucap dalam satu perjumpaan dan taklimat kesiap siagaan Ketua-ketua PDM Sugut di Bilik Mesyuarat, Pejabat Perhubungan ADUN Sugut, Pekan Botition, dekat sini, kelmarin.

Dalam perkembangan politik semasa di Sabah James Ratib semasa ditanya oleh Wartawan Kanan  The Sabah Berneo Insider.Net menjelaskan ianya berjalan baik kerana semua komponen parti Barisan Nasional (BN) yang ada di Sabah telah menunjukkan kerjasama yang erat dengan UMNO sebagai rakan seperjuangan.

Ditanya sokongan parti-parti komponen BN terhadap pucuk pimpinan  Datuk Seri Musa Hj Aman  sebagai ketua jentera pentadbiran kerajaan  Negeri Sabah James Ratib berkata jelas menunjukkan sokongan padu oleh rakan-rakan komponen BN tarhadap Musa memang cukup baik.

Ini jelas tambah James Musa adalah bapa pembangunan Sabah yang banyak berjaya untuk membangunan negeri Sabah adalam aspek perdana pembagunan.

“Saya sekalu Ketua Bahagian UMNO Beluran dan juga ADUN Sugut jujur  saya katakan saya dan ahli-ahli UMNO daripada peringkat Bahagian, Cawangan dan keakar umbi memang menyokong kepimpinan Musa sejak dari dulu sehingga sekarang ini” tegas James Ratib

Hadir sama Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Sugut, Jalil Atang; Setiausaha Bahagian, Omar Amsulong; Ketua Penerangan Bahagian, Wahab Ghani; Bendahari Bahagian, Datu Alamsah; mantan Setiausaha Bahagian yang kini selaku ahli jawatankuasa bahagian, Zikiri Ajad dan Naib Ketua Wanita Bahagian, Patimah Sukor serta ahli jawatankuasa Pemuda merangkap Ahli Parlimen Belia Malaysia, Mohd Fazli Zikiri termasuklah para ketua cawangan. 

Pada perjumpaan tersebut, James selaku Ketua Umno Beluran turut melantik Zikiri bagi menyandang jawatan Ketua Daerah Mengundi dan Peti Undi Kampung Terusan Sugut.

Serentak itu juga mana-mana pemimpin di peringkat bahagian mahu pun cawangan yang dilantik agar membentuk ahli jawatankuasa peti undi dengan memastikan keperluan logistik dan data-data termasuklah mengenal pasti pengundi yang berada di luar kawasan.

"Ketua-ketua dan jawatankuasa PDM juga perlu bergerak lebih awal bermula sekarang dengan melakukan kerja-kerja seperti membuat persediaan bilik gerakan 

pilihan raya dan melakukan pendaftaran pemilih baharu.

"Mesyuarat jawatankuasa PDM perlu diadakan sekurang-kurangnya dua bulan sekali dan paling penting sentiasa melakukan pemantauan terhadap pihak-pihak yg menyebarkan fahaman pembangkang kepada penduduk setempat," tegas Adun Sugut itu.

Beliau yang juga merangkap Pengerusi Sedcovest Holding Sdn Bhd menyeru pemimpin di setiap peringkat akar umbi supaya memberi kerjasama sepenuhnya membantu jawatankuasa PDM dalam usaha mengenal pasti penduduk kampung atau ahli-ahli cawangan Umno yg belum berdaftar sebagai pemilih, agar memaklumkan kepada jawatankuasa sedia ada bagi didaftarkan segera.

Di samping itu, ujarnya, mereka juga perlu membantu memberi penerangan kepada penduduk kampung mengenai isu-isu politik semasa terutama pembangunan yang dilakukan kerajaan (BN).

James berterima kasih kepada semua jawatankuasa PDM yang telah bekerja keras dalam berkempen untuk kemenangannya sebagai calon BN bagi DUN Sugut dan calon-calon BN yang lain sewaktu PRU-13 lepas.

Sempena perjumpaan itu, beliau juga menyerahkan sebuah enjin pam air untuk kegunaan penduduk Kampung Sungai-Sungai yang disampaikan kepada Pengerusi JKKK Kg Sungai-Sungai, Mohd Riji Assim. 



PENDUDUK RUMAH PAPAN SIM-SIM TENGAH BAKAL KEHILANGAN TEMPAT TINGGAL....KATA MURNAH

OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTO SAFFIE S JUMADI


SANDAKAN:- Penduduk di 70 buah rumah papan terletak di Sim Sim Tengah telah diberi notis roboh  oleh Majlis Perbandaran Sandakan pada 4hb April 2015 supaya mengosongkan rumah itu sebelum 4hb Mei 2015 jika mereka enggan berpindah  pihak mahkamah akan mengambil tindakan undang-undang kepada penduduk terbabit.


Masalahnya bukan mereka enggan berpindah walaupun pihak berwajib telah memberikan tempat baru mereka berteduh tapi malangnya di Projek Perumahan Raykat (PPR) di Sungei Manila terlalu jauh dari Bandar.

“Kami bukan tidak mahu berindah dari tempat ini masalahnya terlalu jauh sedangkan penghidupan penduduk disini 80 peratus adalah terdiri daripada Nelayan.

“Bayangkan kalau kami berpindah di PPR Batu12 Sungei Manila dimana kami boleh menyimpan segala perahu dan pukat untuk kami menangkap ikan, yang kedua anak-anak kami yang bersekolah dibandar.

Kami berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana hendak menempatkan kami dirumah agak istimewa cuma masalahnya jauh mereka pergi kerja tambang anak-anak sekolah bukan murah kalau naik bas ulang alik” kata Puan Murna binti Taroi selaku Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Penghuni Rumah Sim-Sim Tengah kepada media disini kelmarin.


“Saya merayu kepada pihak kerajaan agar kami ditempatkan di PPR Taman Mesra sebab kami dengar cerita banyak kekosongan rumah di Taman Mesra lebih 40 buah kalau disitu kami rata-rata setuju sebab apa kami tahu Taman Mesra mempunyai sungai ini untuk membolehkan kami menyimpan perahu yang berdekatan.


PPR Taman Mesra dalah pilihan utama kami jika kami di beri peluang mendudukinnya  ini jelas kami boleh menyambung kehidupan kami sebagai golongan nelayan sebab ada sungai kami boleh keluar kelaut  untuk menangkap ikan sebagai sumber pendapatan kami seharian untuk menyara kehidupan  keluarga kami” kata Murnah lagi.
 

Dalam perkembangan berkaitan Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong yang ditemani oleh Pegawai Khas Parlimen Sandakan Amsi Liew dan Dayang Siti Zubaidah Datu Tahil  yang sempat menemui mereka yang sedang dalam kesusahan.

Wong akan membantu sedaya upaya untuk berhubung dengan pihak MPS bagi menempatan mereka di Taman Mesra sekiranya mempunyai kekosongan rumah.


Walaupun saya Ahli Parlimen pembangkang dalam saya membantu saya tidak mengira warna kulit bangsa dan agama sama ada mereka tidak menyokong DAP atau sebaliknya saya tetap bantu ini sudah menjadi kewajiban dan tanggungjawab saya seorang wakil rakyat yang dipilih orang rakyat kita kembali kepada rakyat” tegas Wong.
  
Wong akan menulis surat rasmi kepada Presiden MPS untuk meminta pertimbangan agar mangsa roboh  rumah papan itu untuk diberikan selonggaran sedikit masa untuk mereka tinggal dulu dirumah papan itu selagi mereka belum ada tempat tinggal baru.


“Saya amat simpati atas nasib mereka apapun saya tidak berjanji untuk mendapat penempatan baru khususnya di PPR Taman Mesra tetapi kita coba sedaya upaya yang termampu” ujar Wong.



PIHAK JKR GAGAL MEMBAIKI KEROSAKAN JALAN BULI SIM-SIM BAKAL MENGGUNDANG KECELIKAAN

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:  Kegagalan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk membaiki  kerosakan jalan Buli Sim-Sim hampir tiga bulan sehingga tidak  dapat disiapkan atau ker-kerja dihentikan oleh syarikat kontraktor  yang dilantik telah menimbulkan kemarahan di kalangan pennguna 

Kerosakan jalan tersebut benar-benar akan menyumbangkan kecelikaan kepada para pengguna jalan  yang berulang alik dan mungkin  tunggu ada orang kemalangan meragut nyawa baru pihak JKR bergegas panggil kontraktor untuk membaiki jalan tersebut


BAHAYA ....Mengundang kecelikaan   kepada penggunakan jalan sekiranya tidak berhati-hati ketika memandu diwaktu malam

Sudah tiga belum pembaikan jalan tersebut tidak  pandai siap-siap dimanakan tanggungjawab  pihak JKR.
 
Yang amat dikesali kenapa tiada seorang kakitangan  Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kawasan Tanjung Papat membuat laporan  atau meninjau keadaan jalan tersebut agar fenomena ini dapat diatasi segera.

Apapun pihak The Borneo Sabah Insider.net sebentar tadi telah memaklumkan perkara ini kepada Ahli Parlimen Sandakan agar perkara ini dapat dipenjangkan kepihak JKR untuk dipantau.



PERBADANAN PINJAMAN SABAH LULUS PERUNTUKAN UNTUK BELI PREMIS PERSATUAN IBU TUNGGAL KEBANGSAAN MALAYSIA

OLEH: SHAIMON S JUMADI
LEE KON CHOI@ABDULLAH LEE


GAMBAR KELIHATAN…..Linda (duduk 4 dari kanan) bersama pemimpin serta barisan AJK PITKM


SANDAKAN: Perbadanan Pinjaman Sabah telah meluluskan permohonan memberi peruntukan untuk Persatuan Ibu Tunggal Kebangsaan Malaysia (PITKM) Daerah Sandakan membeli sebuah premis yang akan dijadikan sebagai tempat pertemuan atau menjalankan aktiviti-aktiviti yang lain oleh para ibu tunggal di seluruh Sandakan.

Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin telah mengumumkan berita baik tersebut ketika berucap di majlis pelancaran PITKM Daerah Sandakan di sebuah hotel di sini kelmarin.

Menurut Linda, beliau selaku Pengerusi Perbadanan Pinjaman Sabah telah berbincang dengan Datuk Vincent Pung, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pinjaman Sabah, untuk memohon peruntukan membeli sebuah premis untuk PITKM Daerah Sandakan.

Datuk Vincent Pung telah meluluskan permohonan saya dan telah memberikan peruntukan sebanyak RM 300,000 . Saya berharap agar Persatuan Ibu Tunggal dapat mencari premis sendiri yang sesuai digunakan pada masa hadapan, tambah Linda.

Dalam ucapan beliau, Linda juga berharap  PITKM Daerah Sandakan dapat menyatukan ibu-ibu tunggal di daerah Sandakan dari semua peringkat tanpa mengira bangsa dan agama. Dengan Persatuan ini kita dapat meningkatkan penglibatan ibu tunggal sebagai penyumbang kepada pembangunan Negara.

Linda turut menggesa ibu tunggal yang sudah berjaya menjadi mentor kepada ibu tunggal yang memerlukan sokongan.

Beliau berharap agar ibu-ibu tunggal di bawah persatuan ini dapat diberi peluang untuk menghadiri kursus-kursus dan seminar untuk menjana pendapatan, katanya lagi.

Turut hadir di majlis berkenaan ialah Pengerusi PITKM Negeri Sabah Datuk Hajah Rosimah Haji Zakaria, Pengerusi PITKM Daerah Sandakan Hajah Jamayah Haji Sapawi, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Karamunting Charles O Pang.




LARANGAN HIMPUNAN MAYDAY DAN BANTAH GST MENYEKAT KEBEBASAN RAKYAT BERSUARA..DAKWA WONG

OLEH: SHAIMON S JUMADI


 
SANDAKAN:- Tindakan pihak Polis memohon perintah Mahkamah untuk melarang “Himpunan MAY DAY” disifatkan perbuatan bukan saja tidak diperlukan namun tidak masuk akal dan amat sensitif.

Ahli Parlimen Sandakan  merangkap Timbalan Pengerusi DAP  Sabah  Stephen Wong (gambar) berkata, pihak polis melarang rakyat berhimpun di 5 lokasi termasuk Padang Merdeka, Taman Chong Thien Vun, City Park dan lain-lain, adalah melanggar hak asasi manusia, mengeksploitasi hak dan kebebasan rakyat untuk berhimpun yang dikurniakan perlembagaan.

“Melarang orang awam menyertai perhimpunan, bukan sahaja menyekat demokrasi dan kebebasan negara kita, malah menggunakan keganasan dan undang-undang untuk mengugut dan menghalang rakyat melaksanakan hak bebas bersuara. Dalam negara yang demokratik, rakyat berhak untuk berhimpun di mana-mana lokasi dan menyampaikan pandangan, ini tidak patut ditindas dan diambil tindakan.”


“Pihak polis mengganggu dan menindas rakyat yang ingin menyertai perhimpunan, tidak menghiraukan hak kebebasan berhimpun yang dikurniakan perlembagaan, ini menunjukkan pihak polis menggunakan cara yang teruk untuk menindas suara yang berbeza, menjadikan Malaysia sebagai Negara Polis.”
Stephen Wong berkata demikian dengan pihak media cetak di Kota Kinabalu.

Kata beliau, pihak penganjur perhimpunan hanya memohon untuk membenarkan orang ramai mengadakan perhimpunan aman selama 2 jam di lokasi berkenaan, mereka tidak akan melakukan perbuatan yang melanggar undang-undang atau ganas, tetapi pihak polis bukan sahaja menghalang perhimpunan diadakan, malah membatalkan kesemua aktiviti yang diadakan dari 27 April sehingga 4 Mei di lokasi berkenaan.


“Tindakan ini tidak diperlukan, adakah pihak polis perlu memohon perintah mahkamah untuk mengatasi rakyat jelata yang tidak bersenjata? Lagipun orang ramai hanya ingin menyampaikan pandangan dan cadangan, bukan berbuat kacau, mengapakah pihak polis menganggap mereka seperti penjenayah? Jika pihak polis lapang sangat untuk menghalang perhimpunan aman orang ramai, lebih baik membasmi kes jenayah dengan bertungkus-lumus.”


“Ini adalah tidak masuk akal, negara kita kini seolah-olah negara komunis, segala kebebasan dan hak telah dieksploitasi! Polis sebagai penjawat awam, seharusnya menjaga hak dan kepentingan rakyat, bukanlah menindas rakyat!”Ujar Wong panjang lebar.


Wong juga menegur perbuatan pihak polis menyenaraikan dan menghalang 16 ahli politik termasuk pihak penganjur, MP Kota Kinabalu Jimmy Wong dan ADUN Kepayan Edwin Bosi menghadiri perhimpunan tersebut. Beliau menyifatkan tindakan polis menghalang wakil rakyat, adalah sama seperti menghina semangat demokrasi negara kita.


Kata beliau, peristiwa ini sekali lagi membuktikan mengapakah Pakatan Rakyat membantah Akta Perhimpunan Awam, Akta Hasutan dan Akta Anti Keganasan, kerana kesemua akta ini bukan melindungi rakyat, tetapi memberikan kuasa yang terlampau kepada menteri dan pihak polis untuk melakukan penangkapan, termasuk disalahgunakan untuk menindas parti pembangkang, akta berkenaan bukan digunakan untuk mencegah jenayah  tetapi untuk mengeksploitasi hak asasi dan kebebasan rakyat.


Beliau berkata, lebih baik pihak polis memain peranan untuk membantu rakyat menjalankan perhimpunan dengan lancar seperti polis luar negara, secara professional dan mematuhi undang-undang, baik daripada melarang rakyat menyertai perhimpunan.


PEROMPAK YANG SAMA MEMBUNUH TAMSUN, TEMBAK YUEN WIING WAH DAN TAHIR MAMONG?


OLEH: SHAIMON S JUMADI


LAHAD DATU:-  Kes rompak bunuh di Lahad D atu sabah. Ini adalah kejadian ketiga dalam tempoh sebulan.
Seorang pemilik ladang kelapa sawit maut manakala pemandunya cedera parah selepas tiga lelaki bertopeng bersenjata pisau dipercayai warga asing menyerang dan merompak mereka di estet dekat Lahad datu pada jumaaat.
Mangsa yang terbunuh dikenali sebagai Tamsun Hamimum, 55 adalah seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat.
Ketua Polis Lahad Datu ACP Hamzah Ahmad berkata, kejadian berlaku sekitar jam 1.20 petang, ketika mereka baru tiba di rumahnya di estet di mana tiga lelaki bertopeng muncul dan terus menyerang mereka.
Mangsa ditikam berulang kali di bahagian tangan dan perut sebelum perompak melarikan wang tunai RM400, telefon bimbit serta beberapa dokumen lain.
Kejadian ini adalah rompakan yang ketiga di pantai timur sabah dalam tempoh masa sebulan.
Pada 13 April, pengurus ladang berusia 50 tahun Yuen Wing Wah terbunuh manakala pemilik Estate Tung Sang  Danny Wong, 30 telah cedera apabila mereka ditembak perompak dan melarikan wang gaji pekerja di daerah Kinabatangan.
Satu kejadian yang sama berlaku beberapa hari kemudian pada 17 April seorang pemilik kedai runcit berusia 50 tahun  Mohd Tahir Mamong ditembak di dada oleh salah satu daripada empat perompak di siang hari.
Dia kehilangan dua jam tangan dan telefon bimbit, tetapi berjaya melarikan diri dengan memecut laju kenderaan selepas ditembak.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah SAC Datuk Salehhudin Abdul Rahman berkata polis berusaha mencari dan tujuh lelaki bagi membantu siasatan dua kejadian tembakan dan rompakan.
Kesemua suspek tujuh lelaki itu adalah warga asing



PEMILIK KERETA DOUBLE CAP TOYOTA SS2388L MINTA SERAH DIRI DI-BALAI POLIS KERANA TERLIBAT LANNGGAR LARI

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Sebuah kereta Toyota Double Cap nombor plat SS 2388 L disyaki melanggar sebuah kereta double cap juga yang sedang parking di hadapan Bangunan Fasa 3 Taman Indah Jaya dan  insiden berlaku lebih kurang jam 9.15 pm malam tadi.

Kes ini dispesifikasikan sebagai langgar lari kerana pemandu kenderaan tersebut setelah melanggar kereta itu terus memecutkan kereta macam pelesit cabut lari…lari…lari jangan tunggu

Apapun banyak yang nampak kereta SS 2388L  memang melanggar kereta jenis double cap yang ada dalam gambar ini.

Polis Cawangan Trafik  diminta mencatatkan nombor kereta yang terbabit dalam kes langgar lari kerana sehingga kini belum selesai.

Mana-mana polis dan orang ramai yang terlihat di mana kereta ini  nombor SS 2388 L berada segera hububungi mana-mana balai polis yang berdekatan.


Pemilik kenderaan SS2388L yang melanggar kereta ini telah dikesan dan tahu siapa pemiliknya   sekarang  tinggal jadi buruan polis kemana dia mahu lari  hanya tinggal menerima hukum karma.



CERITA SEBENAR MOHD TAHIR MAMONG MANGSA KENA TEMBAK ESTATE MELANGKING PADA 17-04-2015

TEMUBUAL EKSKLUSIF WARTAWAN  KANAN  THE BORNEO INSIDER SHAIMON S JUMADI DENGAN MOHD TAHIR MAMONG MANG KENA TEMBAK

 
ASSALAMUALAIKUM  Salam Sejahtera Salam 1Malaysia.


Pagi ini bersamaan Sabtu 3hb Mei 2015  saya berkesempatan berjumpa dan bersemuka dengan seorang mangsa tembakan di Ladang Sawit Melangking tragedy pada 17hb April 2015 nyaris-nyaris membawa maut.

POLIS sedang buru 7 suspek disemua Ladang Sawit Kinabatangan  terlibat  kes rompakan bersenjata

Diringkaskan saja dalam temuramah ekskulif antara saya dengan  Mohd Tahir Mamong mangsa rompakan bersenjata menceritakan kisah sebenar apa yang telah terjadi pada dirinya.

WARTAWAN: Assalamualaikum Tahir  awak sihat kah

TAHIR: Walaikum Salam syukur al-hamdulillah saya sihat.

WARTAWAN:  Tahir boleh awak ceritakan sebanyak sedikit bagai mana awak boleh kena tembak.

PRIHATIN.... MP Sandakan Stephen Wong bersama rombongan melawat semasa Tahir dI Wad Hospital.


TAHIR: Begini Bang….pada 17hb April 2015  hari Jumaat saya pergi ke ladang Melangking untuk membawa barang-barang runcit  untuk dihantar sebab saya membuka kedai runcit di Melangkin anak saudara saya yang menjaga kedai di sana.

WARTAWAN: Awak pergi bersendirian kah.

SIMPATI.... ADUN Sekong Datuk Hj Samsudin Yahya dan Rahimah Asrah Ketua Bahagian Wanita UMNO Batu Sapi turut menziarahi  Tahir semasa terlantar di Wad Hospital

TAHIR”: Tidak saya bawa tiga orang bersama-sama barang-barang runcit oleh kerana barang-barang yang saya akan bawa itu terlalu banyak jadi fikir lebih baik  saya jalan dua kali.

WARTAWAN: Lepas itu

TAHIR:  Saya pergi ke Melangkin bawa barang-barang kira-kira jam 7 pagi sampai di sana kira-kira jam 9.00 am saya pungga barang-barang itu saya terus kembali ke Sandakan untuk trip yang kedua dari Sandakan kira-kira jam 11 pagi saya sampai di simpang Malangkin jam 12.15 sebelum saya meneruskan perjalanan jam 12.30 saya singgah sebentar untuk menunaikan solat Jumaat sebab disimpang jalan masuk ke Melangkin ada Masjid.


WARTAWAN: Lepas  solat jumaat awak pergi kemana?
  
TAHIR: Lepas solat Jumaat kira-kira jam 1.30 pm saya meneruskan perjalanan saya menuju ke Pejabat Malangking Estate lebih kurang 3 batu jauhnya jarak dari simpang tadi. Dalam perjalanan saya tidak sampai setengah batu tiba-tiba muncul seorang.

WARTAWAN: Awak nampak orang itu apa awak buat.

TAHIR: Orang itu menahan kereta saya, saya fikir dia ini pekerja ladang sebab berpakaian macam kerja ladang.

PEROMPAK: Dengan sleng Bugis…katanya .boleh saya ikut kereta kamu  dia Tanya lagi hari ini gajikah

TAHIR:      Saya tak tahu gaji kah hari ini kalau kamu  mahu ikut boleh tapi duduk dibelakang  sebab dibelakang ada barang-barang yang dimuat di double cap, sedang kami berdua  asyik bercerita tiba-tiba muncul dua orang lagi dengan sleng Suluk terus datang meluruh ke kereta saya memang  tahu mereka ada tujuan mahu merompak dia paksa-paksa membuka pintu mujur pinti kereta saya kena  log.

WARTAWAN: Lepas itu apa kamu buat yang mereka mahu merompak.

TAHIR:  Sebelum saya pecut kereta tiba-tiba macam orang menumbuk buah dada saya…kemudian seorang Suluk sempat mengambil beg pakaian yang saya letak dibelakang didalam beg  ada dua utas jam tangan yang orang pesan dua buah telepon bimbit serta tali pinggamng dan pakaian.

WARTAWAN: Setelah orang itu mengambil barang-barang kamu, apalah yang kamu buat.

TAHIR:  Saya pecut kereta saya 70 kms dua orang itu bergayut dipintu depan kemudian saya brek mengejut dua orang itu tadi terjatuh  terpelanting entah mati atau hidup saya terus pecut,  saya dikejar dengan berjalan  kaki pada mula tiga orang saja  kemudian muncul lagi empat orang saya pecut sampai di pejabat.

WARTAWAN: Lepas kamu kena tembak kamu tak rasa sakit atau pengsang.

TAHIR: Sampai  saja saya dipejabat  banyak orang memang pada hari itu hari gajian terus saya menjerit saya kena tembak oleh perompak   apa lagi orang-orang yang berada dipejabat menunggu gaji dengar saya menjerit ada perompak orang-orang dalam  keadaan panik. Kemudian keluarlah Manager Estate Melangking menemui saya, pada masa yang sama saya tak sedar yang sudah saya kena tembak,  orang-orang disekeliling saya bagi tahu  berdarah dada mu kata Manager tersebut.

WARTAWAN: Jadi adakah awak pengsan

TAHIR:  Saya tak pengsan adalah terasa sakit sikit   lantas  terus manager hubungan Polis Kinabatangan jam 2.00 polis sampai mahu juga jam 3.50 minit.

WARTAWAN: Sesudah polis sampai apa mereka buat.

TAHIR: Saya dibawa ke Hospitan Kinabatangan sekali doctor cek ada peluru di dalam dada saya memandangkan Hospital Kinabatantgan tiada kelengkapan untuk melakukan pembedahan saya dihantar di Hospital Duchess of Kent Sandakan.

WARTAWAN: Jam berapa awak sampai di Hospital Sandakan?

TAHIR: Sampai di Hospital lebih  kurang jam 6.00 terus saya dibawa bilik pembedahan  untuk mengeluarkan peluru, saya ringkaskan cerita  lepas  pembedahan dijalankan saya dibawa keluar  ke katil wad .

WARTAWAN: Selepas peluru dikeluarkan adakah awak mengalami sakit-sakit.

TAHIR: Memang ada rasa sakit  sikitlah dan keesokan harinya  polis datang jumpa dengan saya sambil  membawa gambar mereka tanya dalam 7 perompak.

POLIS: Tahir adakah awak mengenali salah satu perompak dalam 7 orang ini.

TAHIR:  Yang  ketiga orang ini saya kenal tuan ini orang Bugis.

POLIS: Mereka bukan Bugis semua bangsa Suluk mereka  adalah  pekerja Ladang Tung Sang yang perompak menembak mati Manager pada 14hb April 2015 mereka bekerja selama 4 tahun diladang itu.

TAHIR: Bah terima kasih tuan 

WARTAWAN: Apapun Tahir mengucapkan terima kasih kepada YB  Stephen Wong MP DAP dan Sandakan dan  rombongan kerana sudi melawatnya dan juga Tahir mengucapkan jutaan terima  kepada YB Datuk Samsuidn Yahya  ADUN Sekong dan Ketua Wanita Bahagian UIMNO Batu Sapi Rahimah Asrah dan rakan-rakan yang lain kerana sudah menjengoknya semasa berada di dalam Wad Hospital hanya Tuhan saja  dapat membelas budi baik mereka.


Sebagai kesimpulannya Tuhan masih sayangkan Tahir peluru yang masuk di dadanya setengah inci kalau menembusi jantungnya pastinya membawa maut. Apapun kami dipihak media portal online The Borneo Sabah Insider mendoakan agar semuanya dalam keadaan selamat.











JKDB FLAT KARAMUNTING PERLU ANJUR GOTONG ROYONG UNTUK BERSIHKAN KAWASAN

OLEH: SHAIMON S JUMADI

KARAMUNTING:-  Dalam menjaga kebersihan alam sekitar tidak terletak bulat-bulat ditangan pihak berkuasa tempatan khususnya Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) semata-mata walaupun pada dasarnya ia dibawah selia MPS untuk mengutip segala sampah sarap yang berselerak di bawah-bawah bangunan dan ditempat-tempat lainnya.

Dalam pada masa yang sama juga pihak Jawatankusa Kemasyarakatan Dalam Bandar (JKDB) juga perlu memainkan proatik dan iniatif dalam berperanan  bertanggungjawab bagi membantu untuk membersihkan alam sekitar di tempat masing-masing.

JKDB Flat Karamunting boleh menganjurkan gotong royong adakan mesyuarat panggil dan jemput semua penghuni di Flat berkenaan bawa mereka untuk sama-sama menyertai gotong royong dengan sekaligus Pengerusi JKDP boleh menulis surat kepada MPS untuk meminta bantuan peralatan dan pengangkutan untuk mengankut sampah-sampah tersebut.

Selain pihak JKDB jangan lupa jemput Ahli Parlimen Kawasan Batu Sapi Datuk Linda  Tsen Thau Lin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Sekong Datuk Hj Samsudin Yahya antara satu mereka suruh merasmikan program Gotong Royong itu dan sekaligus bawa  mereka berdua untuk mengetuai program  berkenaan.

Sebagai JKDB yang dilantik oleh pihak kerajaan ia ,merupakan mata telinga kerajaan kalaulah  JKDB  asyik  membisu seribu  bahasa ada apa-apa hal yang berlaku di kawasannya tidak memperdulikan hanya mengharapkan MPS untuk membersihkan sesuatu kawasan sampai bila-bilapun tidak akan berakhir.

JKDB harus pandai memainkan peranan penting kearah merealisasikan bukan sekadar untuk menjaga penduduk tetapi juga secara langsung perlu mengambil kira dalam aspek beberapa sudut untuk membangunan sesuatu kawasan yang didiami itu  agar lebih indah dipandang mata.

Apa yang saya coretkan  ini hanya sekadar memberi pandangan yang telus dan ikhlas untuk di kongsikan bersama  demi kebaikan agar kita sebagai seseorang  pemimpin kerdil yang diberikan tanggungjawab tidak lalai dalam menjalankan  satu-satu tugas yang telah diamanahkan kepada kita oleh pihak-pihak bersangkutan.





SURAU NUR RAHMAN KG GAS AKAN DIBAIKI GUNA PERUNTUKKAN MP BATU SAPI....KATA LINDA

OLEH: SHAIMON S JUMADI
LEE KON CHOI@ABDULLAH LEE

GAMBAR MENUNJUKKAN:- Linda (3 dari kiri) bersama pegawai-pegawainya serta wakil Surau  Nur Rahman di Kampung Gas Baru semasa tinjauan ke kampung berkenaan.


BATU SAPI:-   Surau Nur Rahman di Kampung Gas Baru dalam kawasan Parlimen Batu Sapi akan dibaiki menggunakan peruntukan dari Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin.

Linda yang mengadakan lawatan turun padang telah bertemu dengan penduduk di kawasan Parlimen Batu Sapi, untuk mengenalpasti kemudahan-kemudahan rosak yang perlu dibaiki serta masalah yang dihadapi mereka.


Beliau memberitahu bahawa beliau akan menggunakan peruntukan Ahli Parlimennya untuk melaksanakan kerja-kerja membaiki Surau Nur Rahman setelah wakil-wakil surau mengajukan masalah berkenaan kepada beliau.

“Saya telah meninjau keadaan surau dimana saya mendapati lantai, dinding dan bumbung antara kemudahan asas yang perlu dibaiki. Kerja-kerja ini akan dimulakan dalam tempoh terdekat,” kata Linda.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Perhubungan Pejabat Ahli Parlimen Batu Sapi Kong Nyuk Thou serta pegawai-pegawai lain.


JALAN BATU SAPI UNICORN CHINESE TAMPLE WILL BW UPGRADED SOON ......SAID LINDA TSEN


 BY: AZMIN AZMAN
 LEE KON CHOI@ABDULLAH LEE


PICTURE SHOW …….Linda (3rd left) with her aides and Unicorn temple committees during her visit to the temple
  
BATU SAPI:-  The 300-feet long road linking Unicorn Chinese Temple to the main Jalan Batu Sapi will be upgraded soon with allocation from the Batu Sapi Member of Parliament (MP) Fund.

The temple which is located at a foothill in the Batu Sapi area was built almost four decades ago.   The existing gravel road which leads to the temple is bumpy and the potholes on the road surface requires repair.

Batu Sapi MP Datuk Linda Tsen Thau Lin visited the temple during her routine “turun padang” programme and met with temple committees.

Linda had agreed to utilize her MP Fund to upgrade the existing road to concrete (road) following a request from them.

The concrete road when completed will make access to the temple more convenient for worshippers and visitors.

Also present were Head Liaison Officer of Batu MP Office Kong Nyuk Thou and temple committees led by Li Chung Lip.






LINDA TSEN BROUGHT A GOOD NEWS TO KAMPUNG PUKAT RESIDENTS

BY:  LEE KON CHOI@ABDULLAH

 
BATU SAPI:-   Batu Sapi Member of Parliament Datuk Linda Tsen Thau Lin has brought good news to Kampung Pukat folks whose land titles have either lapsed or expiring soon.

Fresh from her meeting with Chief Minister Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman in Kota Kinabalu to discuss the matter, Linda said her officers would conduct a registration at the Sandakan Fishing Tongkang Association from 2pm on May 3 (Sunday) to assist them in applying for extension.

“Kampung Pukat folks are advised to bring along their land titles when they turn up at the Sandakan Fishing Tongkang Association located near the main road at the village,  for registration,” Linda said.

Linda said she would compile the documents and details to be submitted to the Chief Minister for further action.

Kampung Pukat is a fishing village situated a stone’s throw from Bandar Nam Tung in Tanah Merah.



LINDA TSEN WILL BE ORGANIZE MEETING WITH RESIDENTS KAMPUNG PUKAT THIS SUNDAY


BY:  AZMI AZMAN 


BATU SAPI:-  Batu Sapi Member of Parliment  Datuk Linda Tsen Thau Lin is organizing a meeting with the residents and land owners of Kampung Pukat at the Sandakan Fishing (TongKang) Association Building this Sunday.

She urged them to bring along their land titles and photocopy of their identity cards when attending the meeting at 2pm, to apply for extension of the land titles which have expired and about to expire in five or 10 years’ time.

 Datuk Linda and  her staff will be there to assist the land owners to apply for extension of the land titles.

On 3rd April, Linda met the Chief Minister Datuk Seri Musa Haji Aman when he was on an official visit to Kampung Lupak Meluas, Batu Sapi and discussed with Musa on the land titles in Kampung Pukat which have expired or are about to expire.

After careful thoughts, Musa agreed to allow extension of the land titles, and agreed that after extension of the land titles, the land owners can rebuild the houses that were destroyed by fire last year, based on the specifications to be provided by the Sandakan Municipal Council.

On behalf of the land owners and residents of Kampung Pukat, Linda expressed profound gratitude to the Chief Minister for his concern for the people.

Linda will compile all documents related to the application for extension of land titles, and personally bring them to the Sandakan Municipal Council and other relevant government departments to expedite the processing the application.


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BOTITION AKAN DIBINA MENJELANG RMK-11..... KATA JAMES RATIB

OLEH: SHAIMON S JUMADI

TINJAU TAPAK PROJEK...James Raitb dibawa meninjau tapak Projek pembinaan MSK Botition







SUGUT:-  Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) N.39 Sugut, Datuk James Ratib, berkata pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Botition perlu diberikan keutamaan menjelang Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11).

Menurut beliau, banyak faktor pentingnya pembinaan berikutan di kawasan Sugut terdapat tiga sekolah sedia ada iaitu SMK Simpangan; SMK Terusan Sugut dan SMK Pamol yang masing-masing berjauhan selain berada di tengah-tengah ladang kelapa sawit.

Lagi pun, beliau berkata, SMK Pamol umpamanya yang terletak di dalam ladang kelapa sawit sekali gus mengakibatkan keselamatan anak-anak khususnya pelajar dari sekitar kampung-kampung adalah tidak terjamin.


Lebih malang lagi, katanya, sukar untuk memasuki kawasan persekolahan untuk berjumpa dengan anak kerana terikat dengan undang-undang syarikat perladangan tersebut.
 
"Besar harapan saya agar pembinaan SMK Botition diberikan keutamaan menjelang RMK-11 nanti yang banyak kebaikannya kerana berdekatan dengan beberapa sekolah rendah seperti SK Botition; SK Basai; SK Lingkabau; SK Monopood; SK Binsulong dan SK Sungai-Sungai.

"Dengan wujudnya sekolah menengah yang tapaknya sudah pun tersedia seluas 30 ekar untuk pembinaan SMK Botition, Beluaran sudah pasti merancakkan lagi proses pendidikan di kawasan ini.

"Ini kerana, hanya terdapat tiga sahaja sekolah menengah yang ada dan kita mahu pembinaan SMK Botition dapat diberikan keutamaan dalam RMK-11 supaya memudahkan semua pihak terutamanya warga pendidik dan para ibu bapa," jelasnya kepada New Sabah Times.

James selaku Ketua Umno Bahagian Beluran berkata demikian ketika mengiringi Pengarah Pelajaran Negeri Sabah, Datuk Jame Alip yang melakukan lawatan ke SMK Simpangan, Paitan dekat sini, baru-baru lepas.

Hadir sama ialah Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) Beluran, Haji Soje Hassan dan Penolong Pegawai Daerah Kecil Paitan, Elias Abdul Hamid serta beberapa pegawai daripada Jabatan Pendidikan Negeri.

Mengulas lanjut, James merangkap Pengerusi Sedcovest Holdings Sdn Bhd berkata penduduk Sugut tertunggu-tunggu pembinaan SMK Botition kerana mengambil kira potensi pembangunan Botition yang bakal membangun sebagai sebuah pekan baru.

Justeru itu, ujarnya, sebagai pekan yang terletak antara Nangoh dan Paitan maka pembinaan SMK Botition dilihat membawa banyak manfaat memandangkan kedudukannya yang sangat strategik.    


Ditanya oleh Wartawan Kanan The Borneo Sabah Insider  tentang perjalanan arena politik negeri Sabah  James Ratib menjelaskan  sejak BN memerintah Sabah bermula dari tahun 1994 negeri Sabah banyak berubah lebih jauh  dalam aspek pembangunan luar Bandar.

Tambahan lagi jelas James Ratib semenjak Datuk Seri Musa Hj Aman menjadi Ketua Menteri Sabah dalam berapa dekad kehidupan rakyat Sabah terutama sekali dari segi ekonomi bertambah baik banyak peluang-peluang perkerjaan dan peniaga diagih-agihkan kepada rakyat Sabah.

“Saya berani mengatakan Musa adalah bapak pembangunan Sabah ini jelas   kepimpinannya   semakin  menyerlah banyak-banyak Ketua Menteri Sabah Musa saja tiada tolok bandingannya jika dibandingkan   dengan ketua-ketua menteri sebelumnya”


“Dengan ini saya selaku Ketua Bahagian UMNO Kawasan Beluran serta ahli-ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian, Cawangan hingga ke akar umbi terus berdiri dibelakang Musa untuk memberikan sokongan padu yang tidak berbelah bagi ini  ikrar saya dan ahli-ahli UMNO yang lain khususnya Bahagian Beluran” tegasnya.