MENGAMALKAN MAKAN IKAN DISUNTIK AIR MAYAT 90 PERATUS PENDUDUK SANDAKAN MENDAPAT KANSER

OLEH: SHAIMON S JUMADI      


SANDAKAN:- Penduduk daerah Sandakan  90 peratus akan mendapat penyakit kanser jika terus mengamalkan makan ikan besar yang disimbah oleh air mayat (air keras) oleh segelintir peniaga ikan yang tidak bertanggungjawab dengan tujuan untuk meraihkan keuntungan saja tanpa memikirkan risiko dan implikasinya terhadap manasuia.

Kebanyakan  jenis ikan besar yang disimbah air keras ialah jenis ikan merah,ikan putih,ikan tongkol,ikan kurau dan ikan senangin dan ikan-ikan yang diletakan diatas meja tidak kelihatan adanya lalat atau langau menginggapi pada ikan-ikan tersebut.

Paling ketara sekali kenapa lalat-lalat atau langau takut menginggap pada ikan-ikan  yang disimbah  dengan air mayat  sebab kalau lalat-lalat tadi menginggap pada ikan-ikan tersebut maka lalat-lalat tadi akan mati serta merta.

Perkara menyuntik atau menyimbah ikan-ikan berkenaan yang kebanyakan dijual dipasar-pasar umum lama sudah berlaku  dan para pelangganpun ada yang menyedari fenomena ini namun mereka akan tidak memperdulikan walaupun ikan-ikan tersebut disimbah dengan racun rumpai (Baigon) mereka tetap membeli ikan-ikan tersebut soal membawa kemudaratan pada manusia mereka sudah lali dan tidak ambil kisah sangat mati-matilah  yang pentng kita puas makan ikan besar.


JENIS IKAN INI....Yang disimbah air keras 90 peratus penduduk Sandakan yang mengamalkan suka memakan ikan-ikan ini bakal jadi arwah kerana keracunan..AWAS




Kecenderongan mudah mendapat penyakit kanser manasuia  suka  makan benda-benda yang dibubuh bahan pengawet khususnya air keras yang disumbah atau disuntik pada ketam dan ikan-ikan tertentu.

Dalam kajian ekoran penduduk yang suka  makan ikan yang disuntik dengan bahan pengawet atau air keras 90 peratus mereka akan mendapat penyakit kanser dalam hal ini Jabatan Perikanan harus bertindak segera membuat pemantauan  terhadap penjual ikan di pasar-pasar umum untuk membuat uji kaji adakah ikan-ikan itu telah disuntik dengan bahan pengawet.







JKR PERLU MEMASANG LAMPU ISYARAT DIBULATAN DEPAN MASJID DAERAH UNTUK MENGURANGKAN KEMALANGAN

OLEH: SHAIMON S  JUMADI

















MAUT...Penunggang motorsikal dilanggar sebuah kereta ketika melintasi Jalan Bulutan mati ditempat kejadian...Jalan ini sudah mengorbankan  nyawa pemandu seramai 16 orang dalam tempoh satuhun..JKR main tutup mata saja mati-matilah bukan kami itulah dimain diminda otak Jurutera Bahagian JKR



SANDAKAN:- Jalan bulatan di depan Masjid Daerah perlu dipasang lampu isyarat untuk mengurangkan berlakunya kemalangan jalan raya yag amat mengerikan.

Jalan bulatan itu tiada langsung papan tanda dipasang sebagai panduan kepada para pemandu yang melalui jalan tersebut sehingga banyak mengorbankan nyawa apabila berlakunya kemalangan.

Pada tahun 2014 mulai Januari sehingga akhir Disember 2014 kemalangan yang membabitkan motorsikal  sahaja sebanyak 10 kejadian sementara yang membabitkan kenderaan sebanyak 6 buah.

Kemalangan yang membabitkan motorsikal dalam 10 kemalangan yang berlaku di jalan bulatan itu hanya 4 sahaja yang selamat mana kala 6 lainnya  mati kojol semua  kes kemalangan tersebut buang kes begitu sahaja  tanpa  dbawa kemahkamah untuk dibicarakan.

Sementara kemalangan yang membabitkan kenderaan sebanyak 5 kes 2 daripadanya selamat 3 mati ditempat kejadian.

Pada bulan Januari 2015 kemalangan agi berlaku membabit dua kenderaan  mereka semua selamat yang membabitkan motorsikal 4 orang semuanya mati serta merta dan termasuk kemalangan yang berlaku kelmarin pun dilaporkan mati juga.

Walaupun jalan bulatan itu telah banyak mengorbankan nyawa dalam setahun 2014  mahu juga 15 orang namun pihak Jabatan Kerja Raya yang bertanggungjawab keatas jalan raya mereka macam tidak memperdulikan langsung apa yang sudah berlaku dijalan bulatan itu.

Dicadangan untuk mengelakan dan mengurangkan aksiden terutama sekali yag membabitan motorsikal seharusnya Jurutera Bahagian JKR agar mengambil alternative untuk memasang Lampu Isyarat di Jalan Bulatan tersebut.

Kegagalan pihak JKR memasang lampu syarat di Jalan Bulatan itu akan ramai para pemandu dijangka sebayak 90 peratus mereka bakal menjadi mangsa korban dalam nahas jalan raya yang berlaku dibulatan itu ini pastinya berlaku perkara boleh dielakan lagi.

Pendek  kata Jalan Bulatan didepan Masjd Daerah adalah salah satu jalan maut siapa yang memalui dijalan itu jika tidak berhat-mati liang lahat kain kafan batu nisan dan keranda sudah menunggu kepulangan para pemandu ke rahmatullah termasuk orang-orang JKR sendiri  dan Juruteranya sekali jika melalui  jalan bulatan itu pastinya akan menjadi mayat yang terburai badan berkecai seperti orang-orang pergi dahulu...Amin






LETTER TO EDITOR (DAP CONDEMN OF PRESS STATEMENT MASIDI MANJUN)

Letter to Editor

Media Statement by DAP Sabah Deputy Chairman cum MP for Sandakan Stephen Wong Tien Fatt in Sandakan on 9 February 2015:

"Stop mislead, show us the proof" DAP told Masidi
I am so disappointed when I read the statement by Minister of Tourism, Culture and Environment, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun who tried to mislead the public and twisted the fact by saying that DAP is "inciting hatred to disunited the people."

In response to the ban on DAP Vice Chairman cum MP for Seputeh Teresa Kok, Masidi has said that her presence is to cause "disturbance and a threat to the peace and harmony we have enjoyed all this while", so in result he said, "Teresa is not welcomed here.", in a statement earlier.

In addition, it is also defamatory statement to say that we DAP went into rural areas to "hoodwink" the people and incite hatred against the government and cause disunity among different races. It is totally untrue and baseless allegation against DAP and her.

We are demanding justice for Teresa. Minister must learn how to be responsible and tell the truth! We challenge the minister to show the prove and fact that DAP and Teresa has promoted "hatred" which would disunite the people in Sabah.

If government cannot provide the evidence that we have did all these wrongdoings as per accused by minister without any basis, we ask for apologies. It is serious defamation and allegation!

It is nothing wrong to go into rural areas to tell the people what government had done. If government is doing a good job, it is sure that nobody can talk bad about the government. It is democracy! We have the freedom of speech as granted in constitution to tell the people what they deserve to know! Government cannot just block the opposition representatives to tell the truth! It is dictatorship!

For instance, we have been campaigning for more than half year to fight for justice for Batu Sumpah. We are talking the truth and delivering the facts to the people in interior and rural area which government has failed to deliver the oath promises, until recently the minister of Prime Minister's department Datuk Joseph Kurup had agreed the mistake of missing words on Batu Sumpah and will relocate the Batu Sumpah. It proves that DAP is telling the truth!

If Masidi really sincere to protect the racial and religious harmony in Sabah, then prove to us by unveiling the black list. We challenge Masidi to ban Ismail Sabri who spread hatred remarks to cause racial tensions as well as Ibrahim Ali who promotes extremism as their stances are more extreme and promotes hatred. Is Sabah state government dare to ban them? Otherwise it would just be political tool to oppress the opposition.

To be honest, I felt really disappointed and shocked to see Masidi who pin pointed these baseless allegation against us. I thought Masidi should be one of the most moderate and civilized minister in the state cabinet. Now it is obvious for people to see his real face and nothing different like other extremist ministers.

If Sabah state government cannot answer these questions but continue to mislead and twist the facts, it shows that Sabah is being ruled by dictatorship. It is a huge backward for our democracy in Sabah.
Yours faithfully
YB Stephen Wong

SAMSUDIN SAMPAIKAN BANTUAN ZINK MANGSA KEBAKARAN KG GAS BARU

OLEH: SHAIMON S JUMADI




SEKONG:Kebajikan penduduk di satu-satu kawasan Kampung terus terpelihara terutaamanya  mereka yang ditimpa musibbah seperti kebakaran dan lain-lain bencana alam


Seperti tragedi kebakaran   yang berlalu dikampung Gas Baru para mangsa terbabit tidak pernah dipinggirkan oleh pemimpin kerajaan mereka terus mendapat pelbagai bantuan daripada agensi-agensi kerajaan

Demikian dijelaskan sendiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Sekong Datuk Haji Samsudn Yahya ketika memberi ucapan ringkas sempena majlis menyerahan bantuan zink kepada penduduk-penduduk Kampung Gas yang pernah menjadi mangsa kebarakan dua bulan lalu.

Bantuan berupa zink lain-lain peralatan  itu disumbangkan oleh  Jabatan Kebajikan Masyarakat Sandakan upacara  penyampaian telah disempurnakan oleh ADUN Sekong.

Samsudin berkata tujuan memberi bantuan seumpama itu adalah untuk membantu bagi meringankan sedikit beban yang ditanggug oleh para mangsa terbabit.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Wanita Bahagian UMNO Batu Sapi Hajah Rahimah Asrah, Pegawai Kebajikan Masyarakat Kasrin Achildan  pegawai-pegawai kanan daripada UPPM Sekong.



PENYUNTIKAN IKAN-IKAN MENGGUNAKAN AIR MAYAT AKHIRNYA TERBONGKAR

KUPASAN DARI MEJA EDITOR
SHAIMON S JUMADI
ssjumadi@gmail.com








TINDAKAN para peniaga di bandar-bandar utama yang menyuntik ikan-ikan dengan menggunakan  air keras (air mayat)  telah terbongkar di Keningau, Sandakan dan Lahad Datu

Kebanyakan jenis ikan yang disuntik itu ialah ikan merah, ikan putih dan termasuk ikan panik  (ikan tongkol )  dan semangin (menangin) supaya ikan-ikan tersebut  jual dipasaran akan bertahan lebih lama seperti mana mayat kalau simbah air keras dan tidak mudah reput bertahan berbulan-bulan.

Berhubung dengan isu ini saya ingin merujuk berita yang tersiar di Sabahkini.Net yang bertajuk APS : JABATAN PERIKANAN HARUS SIASAT KEGIATAN MENYUNTIK UBAT PENGAWET MAYAT KE DALAM IKAN  t pada 6hb Februari 2015.
  
Perkara menyuntik ikan menggunakan bahan pengawet atau air mayat (Air Keras) lama sudah diketahui umum tetapi mereka tak ambil kisah walaupun ikan-ikan yang disuntik itu bila dimakan aka membawa kemudaratan kepada manusia  seperti dapat sakit  kanser.



Dalam kesempatan ini saya mengucapkan syabas atas kebaranian Naib Presiden Angkatan Pertubuhan Sabah (APS) Paul Kadau  yang membongkar aktiviti-aktiviti menyiraman air mayat keatas ikan-ikan tersebut.

 Ini semuanya berpunca daripada  ketiadaan  pemantaun oleh Jabatan Perikanan maka kegiatan menyuntik ikan dengan menggunakan air mayat semakin menjadi-jadi di kalangan sesetangah peniaga ikan di beberapa bandar utama ini.

Bagi pendapat para peniaga berbuat demikian mereka langsung tidak mengambil kira soal memudaratkan manusia yang mereka fikir ialah keuntungan  saja kamu mampus-mampuslah apa kami peduli itu yang sering main dikepala otak
mereka.

Petikan berita yang ada hubung kaitan  dengan isu tersebut

APS : JABATAN PERIKANAN HARUS SIASAT KEGIATAN MENYUNTIK UBAT PENGAWET MAYAT KE DALAM IKAN

Oleh: DARREL MAT SALONG



PAUL KADAU selaku Naib Presiden APS.

KENINGAU: Angkatan Perubahan Sabah (APS) Keningau memandang serius kegiatan segelintir pembekal ikan ke daerah pedalaman khususnya di Keningau dipercayai telah memasukkan ubat ‘Pengawet Mayat’ ke dalam ikan menggunakan suntikan berdasarkan rakaman video yang dihantar ke pihak APS.


Justeru, Jabatan Perikanan dan juga lain-lain agensi yang berkaitan digesa agar melakukan pemeriksaan mengejut terhadap pembekal-pembekal ikan sebelum ianya diedarkan atau dijual ke setiap daerah di negeri ini, kata Pengerusinya Paul Kadau, ketika memberitahu pemberita pada Ahad.

APS Keningau telah menerima rakaman video iaitu pembekal-pembekal sedang memasukkan ubat pengawet mayat itu ke dalam ikan mengunakan ‘injection’ namun tidak diketahui jenis pengawet yang digunakan, tegasnya.

“Saya difahamkan perbuatan ini sudah lama diamalkan oleh beberapa pembekal ikan agar ikan laut kelihatan segar dan tahan lama tanpa menghiraukan kesihatan orang ramai.

“Ramai penduduk terutama sekali pembeli ikan merungut dan merasa hairan mengapa rasa kelazatan ikan laut sejak kebelakangan ini apabila dimakan rasanya tidak sedap terutama sekali apabila digoreng,” ujarnya.

Paul yang juga merupakan Naib Presiden APS berkata, beliau tidak bermaksud untuk menyalahkan para penjual ikan di mana-mana pasar ikan di pedalaman kerana mereka sebenarnya langsung tidak menyedari masalah tersebut.

Tambahnya, pihak berkuasa terutama sekali Jabatan Perikanan agar mengambil perhatian serius perkara tersebut serta mengambil tindakan tegas mengikut undang undang yang sedia ada terhadap pembekal ikan yang didapati mengunakan ubat mayat.

 Hal ini kerana, perbuatan sedemikian tidak boleh dimaafkan sama sekali kerana kesannya akan menjejaskan kesihatan manusia pada keseluruhannya secara jangka panjang, tegasnya. 
Posted by Sabah Kini at 13:37 
N



DR MAXIMUS.....BIDAS KENYATAAN ISMAIL SABRI BOLEH CETUSKAN KEMARAHAH KAUM CINA SELURUH NEGARA

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Sri Dr. Maximus Ongkili turut membidas kenyataan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani Datuk Sri Ismail Sabri Yaacob agar orang Melayu memboikot perniagaan Cina seperti yang tersiar laman Sosial (FB)nya  lima hari yang lalu.

Dr Maximus berkata selanjutnya sebagai seorang Mentei kabinet  seharusnya tidak boleh mengeluarkan kenyataan seperti itu  yang boleh menyinggung hati dan perasaan bangsa lain ini jelas melalui sentiment sedemikian boleh mencetuskan kemarahan masyarakat Cna diseluruh Malaysia.
Maximus berkata demikian ketika memberi ucapan alu-aluan di Majlis Makan Malam Bersama Timbalan Presiden PBS disalah sebuah restoran di Pasir Putih malam tadi.


Katanya lagi kita sebagai rakan kongsi dalam pembetukan kerajaan yang membabitkan kaum Melayu, India dan Cina seharusnya Ismail pandai menjaga sensitivity kaum bangsa lain bukan cakap main lepas cakap sembarangan  sahaja tanpa memikirkan implikasinya.

Tambah Maximus lagi Mesyuarat cabinet yang diadakan dua hari lalu Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak turut kesal apa yang telah dilakukan oleh Ismail Sabri yang sepatutnya tidak membuat sentimen yang boleh menyakiti hati bangsa lain.

Sambil mengingatkan ahli-ahli PBS Maximus berkata  sebagai rakan kongsi dalam cabinet kerajaan Negeri seharusnya mempunyai kesabaran hati walaupun parti PBS mendapat sedikit tekanan demi tekanan  daripada komponen BN yang tersebar.

Turut hadir pada Majlis tersebut Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin, Ketua Bahagian PBS Tanjung Papat, Ketua Wanita PBS Bahagian Tanjng Papat Saleena Titi, Datuk Jahid Jahim dan para pemimpin kanan PBS Pusat.





DAP CONDEMNS BN SABAH ON TERESA KOK BANNED ENTERING SABAH

Media Statement by DAP Sabah Deputy Chairman cum MP for Sandakan Stephen Wong Tien Fatt in Sandakan on 4 February 2015:
DAP condemns BN Sabah on Teresa Kok's Ban
I am utterly disgusted and shocked when hear the news that DAP national vice chairman Teresa Kok was banned from entering Sabah today.
She is scheduled to attend and witness the installation of DAP Sandakan Wanita wing tonight. When she touch down at Sandakan airport, she was told that she was banned to enter Sabah by an immigration officer and she was sent back to KL immediately without further negotiation.
I am disappointed to what happen to her done by Barisan Nasional Sabah government. Is she a terrorist and doing crime in Sabah? Apparently it is political suppression against her and exploiting her right as a citizen.
Although we agree that Sabah has autonomy on immigration as promised in 20 points and constitution, but it could not be used as political tool to oppress opposition's leader. She hasn't done any illegal practice in Sabah!
It is obviously double standard when so many illegal immigrants can easily enter into Sabah without legal document but Teresa was treated in different way. I demand Sabah state government to explain why is this happen?
I also demand Sabah immigration unit to reveal the name list of banned politicians especially from opposition party immediately.
Also, DAP Sabah wants Sabah state government to remove Teresa and any other political leaders from the blacklist and respect the spirit of law behind the constitution.
Is government dares to ban Ismail Sabri on his racist remarks and also Ibrahim Ali as well as other racist leaders from UMNO and Perkasa if the same standard is applied?




KENYATAAN ISMAIL SABRI YAACOB BOIKOT PERNIAGAAN CINA BOLEH CETUSKAN KEMARAHAN CINA SELURUH NEGARA....WONG

OLEH: SHAIMON S JUMADI


SANDAKAN:-  Ahli Parlimen Sandakan (DAP) Stephen Wong membidas kenyataan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani Datuk Ismail Sabri melalu laman sosialnya (FB) yang menyarankan kaum Melayu supaya memboikot perniagagan Cina.

Wong menyifatkan sentiment itu berbaur perkauman yang boleh menimbulkan kemarahan di dikalangan masyarakat Cina di Negara ini sepatutnya Perdana Menteri melucutkan Ismail dari terus menyandang jawatan tersebut serta merta.


Wong berkata, kenyataan Sabri bukan sahaja menyakitkan perasaan dan perhubungan di antara kaum, malah amat tidak bertanggungjawab, tidak bertamadun dan mengandungi sentimen perkauman, jika Najib serius terhadap konsep 1 Malaysia, maka beliau harus melucutkan jawatan Sabri dengan segera, kerana Sabri tidak layak untuk menjadi menteri rakyat Malaysia!

Jika Najib bertoleransi dengan kenyataan tersebut, ini bermakna konsep 1 Malaysia hanya wujud pada nama sahaja, dan juga membuktikan kerajaan BN adalah kerajaan yang rasis.

“Mengapakah hanya menyalahkan peniaga Cina? Terdapat ramai peniaga yang tidak amanah tanpa mengira kaum, masalah ini tidak sepatutnya dijadikan isu perkauman! Setiap kaum ada pencuri, penjahat dan peniaga tidak amanah, jika semua ini menyalahkan orang Cina sahaja, perbuatan dan motif sebenar menteri amat diragui, beliau tidak layak menjadi menteri kita!”

Selain itu, Wong juga berkata, Sabri selaku menteri dalam kabinet, seharusnya menggunakan kuasa pentadbiran untuk menyelaraskan jabatan yang berkaitan, menghukum peniaga yang tidak amanah, bukannya mengeluarkan kenyataan seperti itu, menyebabkan rakyat bertentangan dan berpecah-belah, mengakibatkan lagi banyak perselisihan faham dan tindakan ekstrem berlaku.

Beliau berharap Najib bertanggungjawab dengan kabinet dan kerajaan, menunjukkan kepada rakyat nilai kesederhanaan yang dilaung-laungkan di majlis Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, melucutkan jawatan Sabri dengan segera.

Beliau juga mengutuk keras Sabri mengeluarkan kenyataan sebegitu, menimbulkan isu perkauman yang sensitif, mewujudkan perkara yang tidak benar dan tidak adil terhadap orang Cina.

Pada hakikatnya, ramai orang Cina juga mengalami masalah yang sama, disusahkan oleh peniaga yang tidak amanah. Orang miskin tiada mengikut bangsa, orang Cina juga adalah mangsa, mengapakah menteri hanya menujukan kepada orang Cina sahaja

Wong menegaskan bahawa, tidak kira bagaimana menteri berdalih, kenyataan tersebut kini telah merosakkan perhubungan kaum, memusnahkan konsep 1 Malaysia Perdana Menteri.

Jika Najib adalah Perdana Menteri yang mengamalkan kesederhanaan, maka harus memohon maaf secara terbuka kepada masyarakat Cina menjelang Tahun Baru Cina ini, dan melucutkan jawatan Sabri. 

“Apakah perasaan kaum cina yang berada di parti komponen BN MCA , GERAKAN dan LDP bila  mana seorang ahli parti komponen BN sendiri begitu tergamak  mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman yang boleh menyakitkan hati serta boleh menimbulkan kemarahan seluruh masyarakat Cina yang ada dipelusuk tanah air  ini apakah tindakan mereka seterusnya  terhadap prlaku Ismail Sabri ” Tanya Wong

Dalam perkembangan berkaitan kenyataan Ismail Sabri Yaacob yang menyetuh dan menghiris hati orang Cina diseluruh negara Presiden MCA pula campurtangan untuk membidas kenyataan tersebut yang berbentuk rasis  yang boleh menimbulkan kemarahan dan kecil hati kaum Cina di Malaysia.


Bagi pandangan analisis politik kalau sikap pemimpin Barisan Nasional suka menikan dari belakang kepada parti-parti komponen BN sendiri seperti MCA nescaya sebelum pilihanraya umum ke PRU 14 mereka pastinya membawa partiparti komponen BN lainnya seperti MIC Gerakan, PBS PBRS, LDP dan UPKO untuk meninggalkan BN.


Kata sumber itu lagi jika sentimen Ismail Sabri itu yang menyentuh perasaan hati kaum Cina jika PM tidak akan mengambil tindakan atau PM sendiri tidak mahu menasihatkan Ismail Sabri  tentunya parti-parti komponen seperti yang disebutkan itu mereka akan keluar meninggal BN ini pasti akan berlaku sebelum PRU 14 nanti.





KPDNKK GAGAL PANTAU KENAIKAN HARGA BARANGAN 80 PERATUS PENIAGA BESAR KEPALA

OLEH: CHARLES P ANDIANG

KOTA KINABALU: Kegagalan pihak Kemterian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan  Kepenggunaan (KPDNKK) memantau harga barangan membuat para peniaga kedai runcit dan beberapa buah gedang pusat membeli belah sesuka hati menaikan harga barangan sebanyak  60 % hingga 87  peratus.

Kenaikan harga berapa barangan keperluan telah dirasai oleh para pengguna dian, Tawau dan Lahad Datu.
 sekitar bandar Kota Kinabalu dan di beberapa bandar utama Sandak
Ini adalah disebakan kegagalan pihak KPDNKK  memantau kedai-kedai runcit dan pusat-pusat membeli belah maka mereka langsung tidak menghiraukan walaupun harga minyak petrol dan diesel  turun menjunam namum tiada  impak kepada para peniaga dan masih menaikan harga sesuka hati mereka sahaja.

Tambahan lagi perayaan Tahun Baru Cna yang bakal menjelang dua minggu lagi akan disambut maka  para peniaga  telah mengambil kesempatan untuk menaikan harga barangan niaga mereka dengan sewenang-wenangnya tanpa memikirkan risikonya.


Seorang pelanggan yang hanya dikenali Lim Kim Soo memberitahu kepada Wartawan katanya barang-barang keperluan  harian kini harganya semakin mahal dijual dikedai-kedai runcit berhampiran.
 

Kata Lim lagi penurunan minyak Petrol RON 1.70 sen seliter namun harga barang semakin  hari kian mahal ini semua berpunca daripada kegagalan pihak KPDNKK yang buta mata buta hati membiarkan para peniaga untuk meraikan keuntungan berlebihan.

ADUN GUM-GUM GESA PENGERUSI JKKK TURUN PADANG PASTIKAN KEPERLUAN PENDUDUK



OLEH: ROBERT CHIN KIM YIN


SANDAKAN:  Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gum Gum  digesa sentiasa turun padang untuk mengenalpasti jenis keperluan serta masalah penduduk di tempat mereka masing-masing.

Demikian dinyatakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Gum Gum Datuk Zakaria Haji Mohd Edris ketika bercakap dalam satu majlis perjumpaan dengan penduduk di Kampung Pertanian, Batu 25 Jalan Labuk, dua hari lepas.

Beliau mahu pengerusi JKKK mengemukakan laporan dari tinjauan mereka kepada pejabat ADUN Gum Gum untuk mendapatkan kelulusan atau surat sokongan supaya peruntukan boleh disalurkan oleh pihak Kerajaan untuk pelaksanaan projek pembangunan atau penyediaan kemudahan yang memanfaatkan penduduk.

“Kerajaan Barisan Nasional adalah sebuah Kerajaan yang prihatin serta peka kepada permasalahan yang dihadapi rakyat dan sentiasa mencari penyelesaiaan untuk mengatasinya,” tambah Zakaria yang juga Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri.

Segala perancangan, program dan projek pembangunan yang akan atau telah dilaksanakan oleh Kerajaan Barisan Nasional semuanya untuk kepentingan dan kebaikan rakyat, kata beliau lagi.

Hadir bersama di program berkenaan ialah Pemimpin Pembangunan Masyarakat DUN Gum Gum  Kamal M Said, Pegawai Kemajuan Masyarakat Rosly Aziz serta Pemaju Mukim Gum Gum/ Dandulit Ali Jainal Oto dan para pemimpin masyarakat Kampung Pertanian.


MAJLIS MAUDUL RASUL SAW PERINGKAT KG PERTANIAN DAPAT SAMBUTAN

OLEH:  OMAR ABDULLAH CHIN


HADIR.....Zakaria (dua kiri) ketika menghadiri sambutan  Maulidur Rasul di Kampung Pertanian






GUM-GUM:-  Umat Islam dituntut berpegang teguh kepada Al-Quran dan Sunnah bagi memastikan hala tuju hidup berada di landasan yang betul.

“Ini adalah kerana Islam menuntut umat berusaha bersungguh-sungguh meraih kemajuan dan keteguhan ekonomi berpaksikan syarak,” Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Gum Gum Datuk Zakaria Haji Mohd Edris berkata semasa merasmikan sambutan Maulidur Rasul peringkat Kampung Pertanian, Batu 25 Jalan Labuk di sini kelmarin.

Menurut beliau, dalam hubungan ini, umat Islam tiada pilihan selain daripada membina semula penguasaan terhadap ilmu dan inilah kaedah yang terbaik dalam membangunkan kembali cita-cita serta kemahuan untuk memantap ukhuwah memperkasa ummah sekaligus menggemilangkan semula Islam dan umatnya di sepanjang zaman.

“Selalu saya tekankan dalam setiap ucapan saya iaitu mengenai erti perpaduan, kerana saya yakin menerusi Konsep 1Malaysia maka kita dapat meyelami erti perpaduan. Kita perlu bersatu dalam apa juga yang berkaitan dengan keamanan dan kesejahteraan rakyat,” tambah Zakaria yang juga Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri.

Beliau berharap penganjuran majlis sambutan Maulidur Rasul seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang kerana melalui program ini maka budaya menyuburkan minda di kalangan  generasi muda akan tercapai.

Zakaria turut menyeru penduduk kampung agar rumah Allah SWT yang terbina di kampung tersebut menjadi pusat wadah dan penyatuan buat umat Islam di kawasan itu.

Turut hadir ialah Imam Daerah Ustaz Rafae Enarji , Pemimpin Pembangunan Masyarakat Gum Gum Kamal M Said, Pegawai Kemajuan Masyarakat Gum Gum Rosly Aziz, Pemaju Mukim Gum Gum/ Dandulit Ali Jainal Oto dan  pemimpin- pemimpin masyarakat setempat.



KERAJAAN LARASKAN TANGGA GAJI PEKERJA DI SOKONG.....WONG (DAP)

OLEH: SAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Ahli Parliman Sandakan (DAP) Stephen Wong menyokong penuh tindakan kerajaan melaraskan tangga gaji pekerja   tetapi  masalahnya adakah setiap majikan memperoleh keuntungan yang banyak.

Wong berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung dengan kenyataan Timbalan Ketua Menteri Datuk Raymond Tan yang menunjukkan bahawa “pendapatan bulanan untuk sara hidup di Kota Kinabalu adalah sekurang-kurangnya RM3000, pihak majikan disaran agar melaraskan gaji pekerja, dan lebih daripada separuh rakyat berpendapatan kurang daripada RM2500 sebulan”,

Wong menjelaskan  ramai pekerja di KK bukan sahaja berpendapatan kurang daripada RM2500, malah kurang daripada RM2000.

Kata Wong lagi  jika majikan benar-benar beruntungan besar, memang patut tambah gaji pekerja, tetapi terdapat ramai majikan, terutamanya pengusaha perniagaan kecil dan sederhana amat susah, tidak cukup untuk perbelanjaan sendiri, apatah lagi melaras gaji pekerja?

Tambah beliau, di antara sebabnya ialah harga barang tinggi menambahkan kos, harga minyak jatuh tetapi harga barang tiada turun, tarif elektrik tidak diturunkan dan sebagainya, semuanya adalah faktor yang menyebabkan majikan tidak berupaya untuk melaras gaji pekerja.

Menurut Wong, yang paling penting ialah Dasar Kabotaj (dasar pengangkutan laut)yang telah dilaksanakan selama berpuluh-puluh tahun di Sabah, menyebabkan harga barang di Sabah lebih tinggi 30% hingga 40% berbanding dengan Semenanjung. Kejadian monopoli dan syarikat kroni, termasuk pembaharuan permit pekerja asing diserahkan kepada 1 syarikat sahaja, dan setiap pekerja asing dikenakan bayaran sebanyak RM38, semua ini menambahkan beban majikan.


Wong berkata, apabila kos bertambah, peniaga pasti akan mengalihkan kos tersebut, akhirnya menyebabkan kos barang melambung tinggi. Wong berpendapat bahawa, sedangkan Timbalan Ketua Menteri Datuk Raymond Tan amat prihatin terhadap perkara ini, maka beliau harus mencadangkan pemansuhan Dasar Kabotaj di Kabinet Negeri, menurunkan tarif elektrik, dan memansuhkan bayaran RM38 untuk pembaharuan permit pekerja asing, menurunkan cukai jalan lori Sabah yang kini lebih tinggi berbanding dengan semenanjung, menambahkan had berat lori supaya sama dengan Semenanjung, membantu menurunkan harga barang tempatan, dengan ini membolehkan majikan berupaya untuk melaras gaji pekerja.


Beliau menegaskan bahawa, semua ini memerlukan pimpinan kerajaan untuk bertindak, barulah rakyat akan menerima manfaat, bukannya hanya mengenakan bayaran daripada rakyat, seperti tindakan MPS mendahului daerah yang lain melaksanakan dasar fi lesen terhadap pusat kecantikan dan pusat kesihatan.

Wong berkata, kerajaan BN harus menghentikan dasar monopoli dan syarikat kroni, barulah dapat membela nasib rakyat, ini barulah “rakyat didahulukan”, tetapi nampaknya amat susah untuk dicapai.


SAMSUDIN LANCAR PROGRAM CINTAI ALAM SEKITAR PANTAI PASIR PUTIH

OLEH:  SHAIMON S JUMADI
FOTO ROZIANA  SARABI


SEKONG:- Semua pihak harus sama-sama bertanggungjawab dalam menjaga alam sekitar di satu-satu kawasan tertentu demi menjaga kebersihan dan keindahan tempat

Terutama sekali kawasan pantai tempat orang ramai beriadah, bersantai dimusim-musim hujung minggu harus diambl kira kebersihan diutamakan demi mencatikan suasana pantai itu kelihatan indah bersih elok dipandang mata para pengunjung setempat dan juga pengunjung luar.

Contohnya Pantai Pasir Putih  ianya  satu-satu pantai yang terdapat di daerah Sandakan berkududkannya ditepi jalan  ia merupakan pantai tercantik  sejak dari zaman dulu sehingga kini orang ramai tidak putus-putus mengunjungi pantai tersebut sambil membawa keluarga untuk beriadah untuk menghirup udara nyaman lantas jangan sesekali dicemarkan oleh buangan sampah sarap ditepi pantai berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Sekong Datuk Hj Samsudn Yahya berkata demikian ketika melancarkan program Cintai Alam Pantai Pasir Putuh anjuran  Persatuan Belia Kampung Cenderamata yang diadakan di Pantai Pasr Putih dekat sin kelmarin.

Samsudn memuji pihak persatuan tersebut yang diketuai oleh Roziana Sarabi kerana prihatin dan sama-sama bertanggungjawab bagi memainkan peranan belia untuk membersihkan sekitar kawasan pantai berkenaan.

“Tindakan Persatuan Belia Kampung Cendermata menganjurkan  program sedemkian harus disambut baik dan sokong oleh semua pihak ini juga boleh dijadikan contoh mana-mana pertubuhan NGO dan persatuan-persatuan yang ada di Sandakan agar mengikut jejak persatuan belia Kg Cenderamata menganjur program  seumpama itu ” ujarnya.

Turut hadir ialah Ketua Wanita UMNO Bahagian Batu Sapi Puan Rahimah Asrah.




KEMENTERIAN KESIHATAN JEMPUT PKR-PAS DAN DAP GOTONG ROYONG PENCEGAHAN DENGGI

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Parti Pakatan Rakyat (PR) yang membabitkan DAP, PKR dan PAS telah dijemput untuk menyertai Gotong Royong Pencegahan Denggi yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan dua tempat

Kumpulan gotong royong daripada DAP Sandakan  yang diadakan di  Taman Rimba pagi tadi  telah diketuai oleh Amsi Liew merupakan Pegawai Khas Parlimen Sandakan bersama-sama ahli-ahli DAP  yang lain.

Inilah kali pertama pihak kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan menjemput parti-parti pembangkang untuk menyertai  aktiviti seperti gotong royong yang dikelolakan  kerajaan.

Add caption
Sementara kumpulan Gotong Royong daripada PKR dan PAS yang bakal diadakan di Taman Mawar  pada 8hb Februari ini ianya telah diketuai oleh Ketua PAS Bahagian Batu Sapi Hj Hamzah Hj Abdullah dan Ketua Cabang  PKR Batu Sapi Hj Basri Ibrahim

“Untuk menjamin kebersihan alam sekitar khususnya untuk menghapuskan denggi ianya tidak terletak  dibahu kerajaan semata-mata ianya tanggungjawab harus dipikul bersama tidak kira parti penyokong kerajaan dan parti pembangkang yang mempunyai peranan yang sama” kata Amsi Liew.

Sementara Ketua PAS Bahgian Batu Sapi Hj Hamzah Hj Abdullah  dan Ketua Cabang PKR Batu Sapi Hj Basri Ibrahim mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak kerajaan khususnya pihak Kementerian Kesihatan Sandakan kerana sudih menjemput parti Pakatan Rakyat (PR) untuk menjayakan program gotong royong tersebut.


“Kami walaupun dipihak parti pembangkang sedia menerima apa saja undangan jika tenaga kami diperlukan untuk menyertai program-program anjuran kerajaan kami sedia membantu demi kebaikan bersama  walaupun kita  berlainan  idologi politik yang berbeza tapi demi kepentingan  kesejahteraan rakyat kita ketepikan dahulu  soal politik”  kata Hj Hamzah