SAMBUTAN MAUDIR RASUL PERINGKAT DAERAH BELURAN DAPAT SAMBUT

OLEHk SHAIMON S JUMADI


BELURAN: Perhimunan  sambutan Maulidur Rasull SAW 11436H/2015M Peringkat Daerah Beluran dengan berarak sambil membawa sepanduk secara beramai-ramai mengelilingi pekan itu, kelmarin telah dihadiri lebih 1,000  orang yang datang daripada pelbagai kampung

Perarakan dimulakan dari pentas terbuka Majlis Daerah Beluran sehingga melewati beberapa kawasan yang berakhir di Dewan Serbaguna diketuai oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sugut Merangkap Ketua Umno Bahagian Beluran, Datuk James Ratib di samping isterinya Datin Hajah Noriah Pg.Ahmad.

Seramai 18 buah kontinjen terdiri daripada jabatan-jabatan kerajaan negeri dan persekutuan, badan-badan NGO, kampung-kampung serta sekolah-sekolah mengambil bahagian dalam perarakan yang bermula seawal jam 8 pagi itu.

Sekali pun keadaan cuaca yang sedikit mendung tetapi masyarakat di daerah berkenaan terutamanya yang berugama Islam tidak melepaskan peluang menyertai perarakan yang diserikan bacaan 'Asrokal' dipimpin Ustaz Sabuangin Abd.Amin yang berkumandang sepanjang perarakan tersebut.

Hadir sama Timbalan Ketua Umno Beluran, Mahmud Awang Hussin; Naib Ketua Bahagian, Ariffin Bacho; Pegawai Daerah Beluran selaku Pengerusi Jawatankuasa Sambutan berkenaan, Suhaili Riman dan Ketua Daerah Beluran, Abdul Rashid Dundulang.

Pembantu Menteri Kewangan Negeri Merangkap Adun Labuk iaitu Datuk Seri Micheal Asang turut hadir semasa berlangsungnya sambutan di dalam dewan berkenaan yang menyaksikan pengumuman tokoh-tokoh Maulidur Rasul bagi peringkat daerah selain pemenang pertandingan sepanduk, kontinjen terbaik dan kontinjen teramai.

Acara sambutan turut meriah dengan beberapa persembahan lagu-lagu nasyid berbentuk kasidah di samping ceramah agama oleh Ustaz Mohd Jumat Abdul Razak dari Pejabat Mufti Kerajaan Negeri Sabah.

Seramai tiga orang pemimpin masyarakat di Beluran telah dipilih sebagai penerima Anugerah Tokoh Maulidur Rasul 1436H / 2015M bagi peringkat daerah berkenaan iaitu masing-masing Haji Ismail Salleh dan Madayang Abdullah, manakala KK Habirin Hassan sebagai penerima Tokoh Kepimpinan Kariah.

Anugerah hadiah berupa sijil penghargaan dan wang tunai serta plak khas disampaikan James pada majlis sambutan yang bertemakan 'Perpaduan Nadi Transformasi Negara' ini.

Terdahulu, James semasa berucap menyempurnakan sambutan berkata semangat perpaduan perlu disemarakkan dalam setiap lapisan masyarakat dalam mewujudkan suasana aman dan harmoni.

Katanya, keadaan itu akan membolehkan negara mencapai kemajuan dan kejayaan lebih bermakna dalam pelbagai aspek kehidupan.

Menurutnya lagi, perpaduan di kalangan masyarakat boleh dicapai dengan mengamalkan kesederhanan serta berusaha merubah hidup Umat Islam kepada kehidupan lebih baik 

sesuai dengan tema sambutan Maulidur Rasul tahun ini iaitu 'Perpaduan Nadi Transformasi Negara'.

"Perpaduan juga diamalkan di peringkat kerajaan yang berjaya mendorong kemajuan dalam pelbagai bidang tanpa mengamalkan pendekatan ekstrim.

"Ia sekaligus meletakkan kedudukan umat Islam di negara ini sebagai umat yang mampu mencapai kejayaan dalam kesederhanaan di peringkat global," jelasnya.

James yang juga merupakan Pengerusi Sedcovest Holdings Sdn Bhd menyarankan umat Islam mencontohi keperibadian Rasulullah SAW bagi melakar kejayaan yang lebih besar dan bermakna terhadap perjuangan membela agama, bangsa dan negara sebagai cara menunjukkan perasaan cinta terhadap sanjungan kepada Nabi Muhammad.

Jelasnya, langkah itu mampu mendorong umat Islam menjadi umat yang mempunyai perpaduan tinggi sekaligus mampu memperoleh kejayaan di dunia dan akhirat.

"Kehadiran kita dalam majlis yang mulia ini melambangkang ketaatan kita kepaa Allah SWT dan kecintaan kita kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW sebagai rasul pilihan dan pemimpin teladan yang menjadi rahmat kepada sekalian alam.

"Bersempena dengan hari memperingati keputeraaan Nabi Muhammad ini, saya ingin mengajak seluruh umat Islam khususnya di daerah Beluran untuk sama-sama mencontohi sifat-sifat mulia Baginda.

"Jika kita menyingkap sirah Rasulullah, banyak kisah dan teladan yang jelas menggambarkan bahawa Baginda merupakan seorang insan yang amat bersopan-santun dalam tutur kata, bersikap jujur dan memiliki budi pekerti yang luhur.


"Saya menekankan perkara penting berkaitan akhlak kerana sejak kebelakangan ini, begitu banyak berlaku gejala sosial yang semakin merosakkan jiwa, moral dan akhlak ummah khususnya yang cuba melemahkan dan meracuni pemikiran generasi muda Islam kita.

"Oleh itu, bagi menggambarkan akhlak dan keperibadian Islam yang sebenarnya, tidak lain dan tidak bukan ia telah sedia ada dalam diri Rasulullah SAW. Malah, ramai orang bukan Islam termasuklah musuh-musuh Baginda yang telah memeluk Islam kerana berasa sangat kagum dengan akhlak serta keperibadian mulia Baginda," ujarnya.





MP SANDAKAN MINTA SESB TURUN HARGA TARIF ELEKTRIK DENGAN SEGERA

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:-   Kita  semua telah sedia maklum bahawa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah mengumumkan pelaksanaan system pengapungan terkawal ke atas harga minyak bermula pada 1 Januari 2015 baru-baru ini.

Di mana harga minyak petrol dan diesel masing-masing turun 35sen dan 30sen seliter, negeri Sabah yang mempunyai tariff elektrik yang paling tinggi di dalam Negara ini sepatutnya  turun harga dengan segera.

Ahli Parlimen Sandakan (DAP) Stephen Wong berkata  demikian  kepada media ketika diminta mengulas mengenai penurunan  kadar harga  bahan api itu di negara ini.

Kata Wong, SESB telah mengumumkan kenaikan tarif elektrik sebanyak 16.9% pada tahun lepas, tetapi rakyat Sabah masih mengalami masalah gangguan bekalan elektrik, System Average Interuption Duration Index (SAIDI) atau Indeks Sistem Purata Tempoh Gangguan telah meningkat dari 423 minit pada tahun 2013 sehingga 700 minit pada tahun 2014. Masalah gangguan bekalan elektrik menyusahkan rakyat Sabah, dan banyak lagi kawasan kampung masih tiada bekalan elektrik. SESB mengenakan caj yang begitu tinggi, tetapi pencapaian dan perkhidmatannya teruk. Kini harga minyak turun, SESB seharusnya turut menurunkan tarif.

Wong berpendapat bahawa, walaupun harga minyak mengikut sistem pengapungan kawalan antarabangsa, tetapi mengikut situasi pada masa kini, harga minyak antarabangsa mungkin akan kekal di paras yang rendah, malah mungkin akan turun sehingga 50 USD per-tong. Sekiranya harga minyak turun, harga barang akan turut turun, dan tarif elektrik juga sepatutnya menurun. Syarikat elektrik seperti TNB dan SESB harus mengumumkan penurunan harga dengan serta-merta, kita sememangnya tidak membenarkan syarikat eletrik mengambil kesempatan ini untuk mengaut keuntungan.

Selain itu, beliau juga mengutuk keras tindakan SESB yang mengenakan deposit lebih tinggi, merupakan dasar yang mengeksploitasi rakyat. Bukan sahaja harga elektrik menaik, kini deposit juga diminta tambah, ini menyebabkan beban rakyat bertambah berat. Beliau bertanya, mengapakah deposit diminta bertambah? Jika pengguna tidak bayar, pihak SESB boleh hentikan bekalan mengikut undang-undang, bukanlah menambah wang deposit menyusahkan orang ramai.

Mengikut analisasi beliau, pada tahun-tahun yang lalu, semasa harga minyak tinggi, TNB yang memegang 80% syer SESB mengaut keuntungan setiap tahun. Mengikut laporan kewangan TNB, pada tahun 2011 hingga 2014,TNB mendapat keuntungan melebihi ratus juta ringgit. Pada tahun 2013, TNB mendapat 460 juta ringgit, manakala tahun 2014 dijangka mendapat keuntungan sebanyak 610 juta ringgit. Syarikat tersebut telah mendapat keuntungan tambahan sebanyak 150 juta ringgit dalam masa 1 tahun setelah mengumumkan kenaikan tarif elektrik. Ini menunjukkan kenaikan tarif elektrik bukan untuk keperluan pentadbiran, tetapi semata-mata mengaut keuntungan daripada kesusahan rakyat.

Kini harga minyak turun, TNB dan SESB pasti mendapat lagi banyak keuntungan, ini tidak adil untuk rakyat jelata. Beliau berkata, TNB bukan syarikat swasta yang biasa, ia merupakan syarikat monopoli dan syarikat rakyat yang membekalkan kemudahan asas kepada rakyat, ia harus melaksanakan tanggungjawab sosial, memberikan kebaikan kepada rakyat, bukannya hanya mengaut keuntungan.

Beliau menambah kata , bekalan elektrik, jalan raya, air dan kemudahan asas yang lain merupakan tanggungjawab kerajaan terhadap rakyat. Banyak negara yang lain membekalkan semua kemudahan ini kepada rakyat secara percuma. Jika kemudahan asas pun tidak dapat dibekalkan dengan sebaik-baiknya, kerajaan ini boleh dikatakan telah mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap rakyat!

“Meswastakan kemudahan awam memang tidak wajar, kini syarikat swasta berkenaan pula terang-terang mengaut keuntungan melalui kemudahan asas rakyat, tidak melaksanakan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya, tidak memberikan perkhidmatan yang baik untuk rakyat, malah setiap tahun menaikkan harga semata-mata untuk mengaut keuntungan daripada rakyat. Kerajaan bukan sahaja tiada memantau, malah masih membantu mereka terus mengaut keuntungan, mengeksploitasi kepentingan rakyat.”

Kata beliau, kini pihak TNB atau SESB setiap tahun mengaut keuntungan besar, tetapi tidak membekalkan perkhidmatan yang baik, malah menaikkan tarif elektrik pada tahun lepas.

Beliau juga menyangsi Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Maximus yang berjanji tidak akan menaik tarif elektrik sebelum bulan Jun tahun ini, ini menunjukkan tarif elektrik mungkin akan dinaikkan pada tahun depan. Kini harga minyak turun, syarikat elektrik patut menurunkan tarif elektrik, bukanlah mengaut keuntungan pada masa ini!



KELEWATAN PROJEK PELEBARAN JALAN BATU 8 KE BATU 16 PUNCA UTAMA KEMALANGAN JALANRAYA

SOROTAN DARI MEJA EDITOR
SAIMON S JUMADI
ssjumadi@gmail.com














SESAK...Saban Hari Jalan Batu 8  berlakunya kesesakan





















PROJEK  pebelaran Jalan Batu 8 ke Batu 16 Jalan Labuk yang dijadualkan  siap sepenuhya pada akhir tahun 2013 tapi gagal dilanjutnya lagi  pada tahun 2014 pun tak siap juga.

Namun kerja-kerja pembinaan jalan itu juga masih diteruskan yang dijadualkan akan siap sepenuhnya pada bulan April ini, boleh kah siap sepunuhnya pada April nanti sedangkan projek yang kini sedang dijalankan baru siap hanya 30 peratus sahaja.

Hanya tinggal 3 bulan sahaja pihak kontraktor telah menjanjikan dan memberi jaminan  kepada Jabatan Kerja Raya bahawa  kerja-kerja  pelaknasaan projek tersebut mesti siap sepenuh pada bulan April tahun ini.

Dengan keadaan jalan itu sekarang yang siap separuh jalan betul-betul menyusahkan para pengguna jalan raya setiap hari sama ada naik atau turun telah berlakunya kesesakan berderet-deret kenderaan berada diatas jalan sehingga menyebabkan berlakunya beberapa kemalangan yang mengorbankan berapa nyama pemandu dan penumpang boleh dikatakan setiap minggu ada saja kemalangan membabitkan lima hingga enam buat kenderaan
Disebabkan oleh kelewatan menyiapkan  projek pelebaran  jalan yang dimaksudkan itu pihak kontraktor  yang tidak mengikut jadual yang telah ditetapkan  maka punca penyebab utama berlakunya kemalangan sering terjadi pada setiap tahun jalan itu telah meragut 20 nyawa mati akibat kemalangan.

Tahun 2013 kemalangan jalan raya berlaku di Jalan Batu 8 hingga ke Batu 16 dianggarkan  20 kemalangan 12 mati  selebihnya para.

Pada tahun 2014 25 kemalangan membabitkan  kenderaan bertembung antara satu sama lain 10 mati di tempat kejadian15 lagi cedera para.

Sementara kemalangan yang membabitkan motorsikal bertembung dengan pacuan 4 roda sebanyak 10 buah mereka semuanya mati serta merta ditempat kejadian.

Selagi projek pelebaran jalan itu belum siap selagi itu ramai orang akan jadi mangsa korban  nahas jalan raya  ia sekarang jalan Batu 8 hingga ke Batu 16 Jalan Labuk ia disebut dan digelar sebagai jalan maut atau jalan persinggahan menempa maut.



MP SANDAKAN WONG DAN KETUA CABANG PKR LIBARAN JEFFRY LAWAT KG GUM-GUM


OLEH: SHAIMON S JUMADI

GUM-GUM:- Banjir kilat yang melanda Kampung Gum-Gum baru-baru ini akibat hujan yang  berpanjangan tiga hari  berturut-turut itu kesan daripada bekas banjir itu banyak merosakan  beberapa kemudahan di kampung tersebut,

Antaranya kemudahan yang turut rosak ialah jalan utama masuk ke Kampung tersebut jambatan kayu  dan beberapa buah rumah dipingir sungai termasuk tiang elektrik.

Ketua Cabang Parti KeADILan Rakyat Kasawan Libaran Jeffry William yang membuat lawatan bersama Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong termasuk Pegawai Khas Ahli Parlimen Sandakan Dayang Zubaidah Datu Tahil  sempat meninjau di beberapa tempat yang pernah dilanda banjir kilat.
 
Wong berkata walaupun Kampung Gum-Gum bukan di bawah kawasan Parlimen Sandakan sebaliknya ia dibawah kawasan Parlimen Libaran namun sebagai seorang wakil rakyat beliau turut simpati kepada penduduk-penduduk pernah dilanda banjir itu.


Apapun  Wong akan membatu menyuarakan hal-hal yang berkaitan dengan beberapa kemudahan yang rosak akibat banjir itu kepada pihak yang berkenaan.
Para penduduk Kampung Gum-Gum yang lainnya mengucapkan ribuan terima kasih atas lawatan kedua-dua pemimpin itu walaupun mereka dipihak parti  pembangkang tetapi masih mahu mengambil berat dan diprihatin kepada penduduk-penduduk yang pernah menjadi mangsa banjir kilat itu.




KEMALANGAN MEMBABITKAN 6 KENDERAAN DI JALAN BATU 34 JALAN BELURAN-SANDAKAN

OLEH: LEE KUN FATT




FOTO DTK ZACK 1
Datuk Haji Zakaria (bertopi putih) berjumpa dengan pemandu-pemandu lain selepas kemalangan itu berlaku.









FOTO DTK ZACK 2
Lokasi kemalangan yang membabitkan  enam buah kenderaan termasuk kenderaan yang dinaiki Datuk Haji Zakaria Haji Mohd Edris di Batu 34 Jalan Beluran-Sandakan pada hari Isnin



SANDAKAN: Kenderaan yang dinaiki Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Gum Gum Datuk Haji Zakaria Haji Mohd Edris telah terlibat dalam satu kemalangan di Batu 34 Jalan Beluran-Sandakan pada hari Isnin ketika beliau serta rombongan dalam perjalanan pulang dari  melawat dua kampung yang dilanda banjir kilat.

Kemalangan itu berlaku lebih kurang jam 2.30 petang apabila sebuah lori tanker minyak yang datang dari arah bandar Sandakan terbabas ketika turun bukit lalu terlanggar lima buah kenderaan lain yang berada di arah bertentangan termasuk kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki Zakaria.

Zakaria serta isteri beliau, Datin Hajah Raisah Jubar , Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) DUN Gum Gum Kamal M. Said dan seorang lagi staf Pejabat PPM DUN Gum Gum tidak mengalami kecederaan dalam kejadian berkenaan. 

Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) DUN kawasan Gum Gum Rosly Aziz yang berada dalam sebuah kenderaan lain juga tidak mengalami kecederaan.

Pemandu lori tanker minyak itu yang terbabas itu luka di bahagian muka, kepala serta badan dan telah dikejarkan oleh orang awam ke Hospital Daerah Beluran untuk rawatan. Seorang lagi pemandu lori tanker minyak yang lain pula mengalami kecederaan ringan.

Difahamkan hujan yang turun pada pagi Isnin itu telah mengakibatkan permukaan jalanraya di kawasan tersebut  basah serta licin.

Zakaria yang juga Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri  dan rombongan sedang dalam perjalanan pulang setelah mengadakan lawatan ke Kampung Sungai Memanjang dan Kampung Jaya Bakti yang dilanda banjir kilat pada hari Ahad.

Beliau telah berjumpa dengan para penduduk dan menasihati mereka supaya sentiasa berwaspada serta mengambil langkah berjaga-jaga untuk menghadapi kemungkinan banjir pada musim tengkujuh ini.

Zakaria  turut meminta penduduk kerap mendengar laporan kaji cuaca terkini melalui media dan bersedia untuk berpindah jikalau diarah oleh pihak berkuasa apabila berlaku banjir di tempat-tempat mereka.

Banjir kilat yang melanda kedua-dua kampung berkenaan telah pulih semula selepas air banjir surut pada hari Isni




NEGARA KITA ALAMI KEMOROSOTAN EKONOMI WONG MINTA TANGGUHKAN DULU PELAKSANAAN GST 6%

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Ahli Parlimen Sandakan (DAP) Stephen Wong antara lain menjelaskan memandangkan negara kita kini bukan saja mengalami kemorosotan ekonomi. Bahkan telah menghadapi pelbagai masalah seperti musibbah banjir, nahas kapal terbang akan disusuli pula GST yang akan berkuatkuasa pada 1 April ini.

Dengan itu Wong mewakili  rakyat di seluruh Negara ini  menyeru kepada kerajaan agar menangguhkan  dahulu pelaksanaan GST 6 peratus itu kerana ini akan memberi impak negatif  kepada rakyat rakyat jelata.

Wong menunjukkan bahawa, memasuki tahun yang baru ini, rakyat masih mengalami masalah ekonomi, hutang negara juga tidak terkecuali. Pada masa yang sukar ini, kerajaan tidak wajar melaksanakan GST 6%, dan masa kini juga bukan masa yang sesuai untuk pelaksanaan cukai tersebut.

Beliau menggesa kerajaan BN, merealisasikan konsep “Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan”, bukannya bercakap sahaja.

Wong menegaskan bahawa, kerajaan dipilih oleh rakyat, kini GST melanda sehingga kupon parking juga perlu bayar GST. Cukai ini mendatangkan kesan yang serius kepada golongan pendapatan rendah dan tengah, membebankan rakyat.

Menurut beliau, terutamanya di Sabah, disebabkan Dasar Kabotaj (pengangkutan laut)masih belum dimansuhkan, menyebabkan harga barang di Sabah 30% lebih mahal berbanding dengan Semenanjung, ini amat tidak adil kepada orang Sabah. Adakah ini 1 Malaysia? Jika ini adalah 1 Malaysia, harga barang di Sabah dan Semenanjung sepatutnya sama, apakah penjelasan kerajaan BN?

Wong berkata, oleh kerana harga barang di Sabah 30% lebih mahal berbanding dengan Semenanjung, seandainya GST dilaksanakan, rakyat Sabah akan bertambah sengsara, dan kena membayar GST yang lebih tinggi berbanding dengan Semenanjung, adakah ini adil untuk orang Sabah?

Beliau menegaskan bahawa, Sabah adalah negeri yang paling miskin, kini kena membayar GST yang lebih tinggi apabila ia dilaksanakan, apa sebenarnya pemimpin Sabah sedang buat? Adakah mereka berfikir untuk orang Sabah?

Katanya, pendapatan orang Sabah adalah 30% lebih rendah daripada Semenanjung, dan menghadapi harga barang 30% lebih tinggi. Yang paling miskin kena bayar harga barang yang lebih mahal dan GST yang lebih tinggi, apakah rasional ini? Pemimpin Sabah sepatutnya berusaha sedaya upaya untuk mempertahankan kepentingan rakyat Sabah, bukannya membiarkan orang Sabah dieksploitasi.


Wong juga berasa amat tidak munasabah dengan pengumuman Jabatan Kastam Sabah tentang dendaan RM100 setiap hari bagi syarikat yang mencapai pendapatan tahunan RM500 ribu tetapi gagal mendaftar GST.

Wong berkata, pegawai kastam memberi penerangan yang tidak jelas, semuanya memberi maklumat yang berlainan, mengelirukan para peniaga. Mengapakah kerajaan tergesa-gesa melaksanakan GST? Adakah takut terlambat mengeksploitasi rakyat?



PAS BATU SAPI BERI BANTUAN KEPADA MANGSA KEBAKARAN KG GAS

OLEH: SHAIMON S JUMADI
 
BATU SAPI:- Untuk membantu kepada masyarakat yang ditimpa musibbah seperti bencana alam dan kebakaran tidak semestinya  diletakkan dibahu pihak kerajaan semata-mata dipihak parti pembangkangpun  yang mempunyai sokongan, mempunyai pengundi wajar juga memberi bantuan seumpama itu kepada mana-mana masyarakat yang ditimpa musibbah dan yang memerlukan bantuan.

Begitu juga tidakan yang dilakukan oleh Pesuruhjaya PAS bahagian Batu Sapi Haji Hamzah Hj Abdullah telah memberikan bantuan berupa barang-barang keperluan kepada 18 keluarga mangsa kebakaran di Kampung Gas dalam kawasan n Batu Sapi kelmarin.

Kata Hj Hamzah tujuan memberikan bantuan tersebut adalah untuk meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh  para mangsa berkenaan.

“Ini sudah menjadi kewajiban dan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin walaupun dipihak pembangkang kita tidak terlalu mengharapkan sangat bantuan daripada pihak kerajaan apa yang terdaya dan yang termampu kita boleh lakukan kita buat yang terbaik untuk kesenangan rakyat.” Ujarnya.


Hj Hambah  berasa kesal dengan sikap pihak kerajaan kerana tiada tindakan drastic untuk membantu mangsa-mangsa kebakaran didua kampung Gas dan Kampung Pisang yang sememangnya mereka menunggu bantuan tersebut.

BUDAYA TURUN PADANG SETIAP ADUN SATU AMALAN BAIK...JELAS JAMES

OLEH: SHAIMON S JUMADI


SUGUT:-  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Sugut Datuk James Ratib berkata budaya turun padang banyak membantu kerajaan melaksanakan agenda pembangunannya apabila pemimpin terutama wakil rakyat tidak pernah mengabaikan tanggungjawab dalam usaha mendekati kelompok masyarakat tanpa mengira masa dan tempat.

Amalan murni ini membolehkan kerajaan mendapat sokongan yang jitu memandangkan keikhlasan kepemimpinan parti seperti Umno umpamanya, lebih mengutamakan kebajikan rakyat sekali pun sibuk dengan tugas seharian.

Namun, kerana komitmen apatah lagi amanah yang digalas membolehkan mereka senang didekati masyarakat pada setiap masa sekali gus mewujudkan hubungan perpaduan yang menjadikan proses pembangunan dapat berjalan lancar.

Interaksi inilah menjadikan parti tidak pernah pudar di hati rakyat biar pun pelbagai tohmahan atau dakyah yang mengelirukan cuba dilempar pihak pembangkang tetapi rakyat tetap memberikan sokongan padu mereka.

Ini kerana pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) tidak hanya muncul apabila tibanya musim pilihan raya sebaliknya sentiasa mendekati rakyat untuk mendengar permasalahan dan keperluan yang lebih-lebih lagi penduduk kawasan jauh terpencil di pendalaman.

Pendekatan turun padang turut berakar umbi dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sugut iaitu Datuk James Ratib yang sentiasa mendampingi masyarakat di kawasannya walaupun sibuk dengan tugas sebagai wakil rakyat tetapi keperluan rakyat tetap menjadi keutamaan.

Malahan, sejak menjadi Adun Sugut telah banyak perubahan besar daripada segi pembangunan yang berbentuk kemudahan asas mahu pun prasarana disalurkan ke kawasan secara berperingkat-peringkat.

Ia berikutan komitmen tinggi James yang bukan sahaja memastikan kelancaran pembangunan tetapi juga amat menitikberatkan soal kebajikan rakyat terutama melibatkan golongan kurang kemampuan.     

Bagi, James selaku Pengerusi Sedcovest Holding Sdn Bhd ini mendampingi rakyat adalah amat penting yang secara langsung membolehkannya memahami serta mengenal pasti apa jua keperluan di peringkat akar umbi.

"Saya akan pastikan permasalahan rakyat dapat diatasi sebaik mungkin kerana inilah perjuangan yang perlu dititikberat sejajar dengan matlamat dan agenda kerajaan BN yang bertunjangkan Umno itu," jelasnya semasa ditemui. 

Dalam pada itu, Ketua Umno Bahagian Beluran ini turut menziarahi salah sebuah keluarga di Kampung Tanjung Basai, Sugut yang kehilangan salah seorang anggota keluarga mereka baru-baru lepas.

Di kesempatan ziarah, beliau turut menghulurkan sedikit bantuan kepada anggota keluarga terbabit bagi meringankan beban.



PENDUDUK TINGGAL KAWASAN RENDAH SUPAYA BERWASPADA...KATA ZAKARIA

OLEH: AZMI AZMAN


SANDAKAN:  Penduduk yang menetap di kawasan rendah dan berhampiran sungai dinasihati supaya sentiasa berwaspada dan bersedia menghadapi kemungkinan banjir.

“Cuaca mendung dan hujan yang turun tidak henti-henti telah mengakibatkan banjir di beberapa kawasan di negeri ini. Jika ia berlarutan, kemungkinan banjir akan melanda  kawasan-kawasan yang lain,” Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Datuk Zakaria Haji Mohd Edris berkata kepada media di sini kelmarin.

Maka saya menasihati penduduk yang tinggal di kawasan rendah dan berdekatan sungai agar mengambil langkah berjaga-jaga untuk menghadapi kemungkinan banjir pada musim tengkujuh ini, tambah Zakaria yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Gum Gum.


“Para penduduk harus bersedia dengan apa-apa kemungkinan terutama apabila hujan turun berterusan dan ditambah faktor air pasang kebiasaannya menjurus kepada fenomena banjir.  Mereka perlu ambil perhatian kepada perkara ini dan apa yang terbaik adalah untuk semua pihak mengambil langkah berjaga-jaga,” kata Zakaria.

Zakaria meminta penduduk kerap mendengar laporan kaji cuaca terkini melalui radio serta akhbar-akhbar dan bersedia untuk berpindah jikalau diarah oleh pihak berkuasa apabila berlaku banjir di tempat-tempat mereka.

Menurut Pusat Kawalan  Operasi Bencana Negeri Sabah  jumlah mangsa yang ditempatkan di lima pusat pemindahan di tiga daerah dua hari lepas meningkat kepada 910 orang berbanding dengan 615 orang hari Jumaat.

Kawasan-kawasan yang terlibat ialah Kota Belud (810 orang), Kota Marudu (82) dan Pitas (18).







HARGA MINYAK TURUN 3,500 PEMILIK STESEN DAKWA MENGALAMI KERUGIAN BESAR


CORETAN DARI MEJA EDITOR
SHAIMON S JUMADI
ssjumadi@gmail,com


LEBIH 3,500 pengusaha/pemilik stesen minyak mengadu mereka boleh bangkrap ekoran penurunan menjunam harga runcit minyak RON95 RON 97 dan diesel di negara ini

Menurut pengusaha stesen minyak mendakwa perniagaan mereka mengalami kerugian antara RM20,000 hingga RM100,000 bagi setiap stesen sejak harga runcit turun menjuman
Ini dakwa mereka dakwa orang berniaga kalau untung mereka senyap tak kata apa-apapun bila perniagaan mereka merosot sedikit  riuh sekampung.

Kerajaan berbuat demikian menurunkan harga runcit  bahan api itu ekoran harga minyak dipasaran  dunia telah jatuh menjunam.

Dengan penurunan harga runcit minyak RON95 RON97 turun kepada 35 sen seliter dan diesel 30 sen perkara ini disambut baik oleh rakyat diseluruh negara memang ini yang ditunggu-tunggu selama ini penurunan harga minyak.

Kepada semua pemilik stesen minyak di negara ini harus akur dengan dasar kerajaan yang berbuat demikian sebelum  ini para pengusaha/pemilik stesen minyak banyak memperoleh keuntungan yang berlebihan sekali sekala apalah salahnya  menanggung kerugian sedikit.


UCAPAN SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2015 .......AHLI PARLIMEN SANDAKAN

UCAPAN SELAMAT TAHUN BARU 2015
OLEH PENGERUSI DAP KAWASAN SANDAKAN MERANGKAP AHLI PARLIMEN P186 SANDAKAN
 YB STEPHEN WONG TIAN FATT


MELANGKAH ke tahun yang baru, kita berharap membuangkan yang buruk dan mengalu-alukan yang baru. Pada tahun lalu, negara kita mengalami pelbagai insiden yang tidak diingini, misalnya insiden MH370 dan MH17 yang menyedihkan, banjir yang terburuk sejak 70an di Pantai Timur Semenanjung, banjir terburuk sejak 90an di Penampang Sabah, kes-kes penculikan di Pantai Timur Sabah yang turut mengakibatkan kematian seorang pelancong Taiwan dan sebagainya.  Yang lebih malangnya, 4 hari sebelum tahun 2014 tamat.

Syarikat penerbangan negara kita berlaku tragedi penerbangan sekali lagi. Pesawat Airasia QZ8501 yang terbang dari Surabaya Indonesia ke Singapura, telah hilang komunikasi dengan menara kawalan pada 28 Disember, pukul 6.17 pagi, terdapat 162 orang di dalam pesawat tersebut, termasuk 155 penumpang dan 7 anak kapal. Menurut maklumat pencarian, pesawat tersebut telah jatuh di perairan laut di Belitung Timur, jasad penumpang dan barangan pesawat ditemui pada hari ketiga tragedi tersebut berlaku, menyedihkan semua orang.


Tragedi sebegini amat menyedihkan, namun bencana alam susah dielak. Yang mengobatkan hati ialah selepas tragedi MH370 dan MH17 berlaku, bekas Perdana Menteri Abdullah Badawi dan pemimpin-peminpin agama yang lain turut berhimpun di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, bersama-sama menyertai majlis doa selamat mengikut upacara agama masing-masing, tanpa mengira kaum dan agama, bersatu hati demi Malaysia.
Itu merupakan detik yang begitu mengharukan, sehingga kini saya masih ingat, dan bagi saya, ini adalah semangat 1 Malaysia, kepelbagaian dan toleransi antara kaum di Negara kita disanjungi oleh masyarakat antarabangsa, kita melangkaui batas agama dan kaum terhadap kasih sayang dan keamanan. Saya percaya, dengan memegang semangat dan konsep ini, Malaysia pasti akan menjadi kebanggaan dunia.


Tetapi, segala ini dapat dimusnahkan dengan cepat dan mudah. Kita dapat melihat kumpulan agama yang ekstrem seperti ISMA, menimbulkan perkara keagamaan yang ekstrem, perbuatan dan hujah mereka sama dengan pemikiran PERKASA, ini bukan sahaja menimbulkan topik sensitif, seperti tidak mengakui dan mengkritik sambutan Hari Natal,  Pesta Beer difitnah politik, dan kerajaan negeri Kelatan yang diperintah PAS pula melaksanakan hukum Hudud pada masa banjir yang serius.

Pemikiran sebegini semakin teruk, kita bukan sahaja mengalami kemerosotan dan percanggahan agama dan kaum, perasaan benci di antara Semenanjung dan Malaysia Timur semakin mendalam, UMS melarang sambutan Hari Natal, kegiatan “batu sumpah” yang dijalankan oleh DAP pula berlakunya insiden pergaduhan dan lain-lain. Selain itu, yang lagi membimbangkan ialah, semakin ramai orang Sabah semakin benci dengan Semenanjung, dan perkara ini dapat dilihat melalui Facebook, perasaan perkauman dan perasaan dendam mengancam keamanan Malaysia Barat dan Malaysia Timur pada bila-bila masa.


Yang pasti ialah, keagamaan yang ekstrem boleh memecah-belahkan masyarakat, dan kaum yang ekstrem boleh menyebabkan masyarakat huru-hara. Tetapi kesalnya,  Perdana Menteri Datuk Seri Najib yang melaung kuat “1 Malaysia”, seolah-olah tidak berdaya untuk melakukan apa-apa terhadap kumpulan atau organisasi tersebut, malah setuju diam sahaja dan ini menggalakkan pemikiran ekstrem kian berkembang, ini mungkin akan menyebabkan masyarakat porak-peranda.


DAP menekankan kepentingan kepelbagaian dalam masyarakat, dan menegaskan nilai-nilai demokratik sosial, mengutamakan budaya, kaum, agama, berbilang kaum,  dan mempercayai sistem sekular menghormati perbezaan sesama lain,  berjanji untuk mewujudkan Malaysia yang kepelbagaian dan terbuka. Slogan kami pada kongres parti 2 tahun yang lalu “Kesederhanaan Malaysia”, menyaran masyarakat mengamalkan nilai kesederhanaan, menolak sifat ektremism.

Namun kini ektremism melanda, ini mungkin disebabkan hasil pengurusan UMNO dan BN, tetapi saya tetap yakin, sebagai rakyat Sabah dan Malaysia, kita percaya akan nilai kepelbagaian, kita tidak pernah mengakui ektremism, kita hendak melahirkan negara Malaysia yang majmuk dan murni.



Oleh itu, prospek 2015, kita tidak boleh duduk diam sahaja terhadap ektremism, tidak boleh membiarkan mereka memusnahkan negara kita, memecah-belahkan masyarakat kita,  kita harus mengamalkan nilai kesederhanaan dengan teguh, menolak ekstremism, bukan sahaja menolak ekstremism agama dan perkauman, malah menentang juga ektremism tempatan dan ektremism suku kaum.

Saya tetap percaya, seandainya kita yakin dengan tekuh, kita dapat mengharungi pelbagai cabaran dengan menggunakan kasih sayang dan toleransi, seperti insiden MH370 semua lapisan masyarakat melahirkan tenaga positif, kita boleh menggunakan tenaga positif ini untuk menentang ekstremism, bersama-sama mengubah negara ini, dan membina masa depan yang lebih baik. Diharapkan kita maju bersam-sama, melindungi tanahair yang tercinta ini.  




KETUA WANITA BAHAGIAN TG PAPAT SOKONG HARGTA MINYAK RON95 DITURUNKAN 35 SEN.....SALEENA

OLEH: SHAIMON S  JUMADI
SANDAKAN:- Ketua Wanita Parti Bersatu Sabah (PBS) Bahagian Tanjung Papat Puan Saleena Titi (gambar) menyambut  baik tindakan kerajaan menurunkan harga runcit minyak petrol RON95 RON97 dan Diesel keparas yang terendah sekali.

Katanya penurunan bahan apa itu begitu terendah sekali benar-benar menggembirakan para pengguna diseluruh negara,

“Sebelum ini harga runcit minyak petrol RON95 RM2.26 turun  RM0.35 sen menjadikan harga runcit RM1.91  seliter RON2.26 turun RM.035 menjadikan harga runcit RM2.11. seliter

Sementara minyak diesel harga runcit sebelum ini RM2.23 turun RM.30 sen menjadikan harga  runcit sekarang  RM1.93 seliter” katanya.

Saleena berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Mazlan yang tersiar di Portal Sabahkini.Net bertajuk” Petrol RON95 Kini RM1.91 Seliter bertarikh 1hb Januari ini.


Saleena berkata lagi dengan penurunan ketiga-tiga jenis bahan  yang terendah itu maka para peniaga yang berhasrat untuk menaikan harga barangan 80 peratus dan diikuti tambang bas akan dinaikan 90 peratus  agar niat untuk berbuat demikiian hendaklah dibatalkan saja.

“Tidak dinafikan terdapat sesetengah pegiaga khususnya kedai-kedai  runcit sudah memulakan menaikan harga barangan sebanyak 90 peratus dengan ini saya bagi pihak pengguna merayu kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) harus membuat serbuan dimana-mana saja kedai runcit yang telah dikenal pasti untuk menaikan harga barangan dengan sewenang-wenangnya dan mereka yang terbabit harus dikenakan tindakan undang-undang yang lebih berat-ujarnya.



PROJEK PELEBARAN JALAN BATU 8-16 JALAN LABUK KONTRAKTOR GAGAL DISIAPKAN IKUT JADUAL....DAKWA WONG

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Ahli Parlimen Sandakan (DAP) Stephen Wong menyelar tindakan kontraktor projek pelebaran Jalan Batu 8 hingga 16 Jalan Labuk yang gagal diselenggarakan buat sementara ini telah menyusahkan para pengguna jalan raya.

Dalam pada itu Wong  menggesa pihak kontraktor mengambil agar tindakan untuk memperbaiki jalan tersebut dengan serta-merta, pastikan kelancaran dan keselamatan jalan.

Wong berkata, semasa menjalankan projek pelebaran jalan raya, kontraktor telah berjanji untuk menyelenggara dan menyediakan jalan sementara yang rata.

Beliau berasa amat kecewa kerana janji tersebut tidak ditepati, dan beliau tidak puas hati dengan kedua-dua kontraktor yang tidak  menyelenggara jalan tersebut sehingga menimbulkan kemarahan pada pengguna

Wong menerima banyak aduan daripada ramai pemandu yang menunjukkan bahawa pihak kontraktor tidak menyelenggara jalan sementara, mengakibatkan jalan tersebut berlubang-lubang, menyebabkan kesesakan lalu lintas dan membahayakan keselamatan orang ramai, terutamanya kereta yang menggunakan jalan tersebut pada waktu malam, mengalami kerosakan teruk.

Wong berharap kontraktor berkenaan menunaikan janji, selain melaksanakan kerja-kerja pelebaran jalan raya, penyelenggaraan jalan sementara juga merupakan tanggungjawab mereka.
Selain itu, setelah memantau ke tapak pembinaan jalan tersebut pada hari Isnin yang lalu, Wong sangsi  sama ada projek tersebut dapat disiapkan pada bulan April 2015 seperti yang dijanji, terutamanya ia melibatkan  cuaca.
 
Walaubagaimanapun, beliau berharap pihak kontraktor dapat menjalankan kerja-kerja pembinaan dengan bersungguh-sungguh, supaya projek yang berkali-kali ditangguhkan tersebut dapat disiapkan pada bulan April  2015, kerana orang Sandakan dan penduduk di sekitar Jalan Labuk telah bertahun-tahun menunggu.


Wong juga berpendapat bahawa projek pelebaran jalan Batu 8 hingga 16 itu berkali-kali ditangguhkan, dan bertahun-tahun tidak dapat disiapkan, kerajaan BN harus memikul tanggungjawab yang terbesar, kerana kontraktor dilantik oleh kerajaan BN, dan pemantauan juga dilakukan oleh kerajaan BN.