The Sabah Insider Online….PAU (BUNGKUS) 2016 TERAKHIR UNTUK UMNO


OLEH: SORAYA KIGIS
Friday December 02/2016

1.Kali ini perhimpunan Agung UMNO mendapat sorotan dalam ataupun di luar parti itu sendiri. Minat ini timbul mungkin kerana ini adalah perhimpunan yang terakhir sebelum PRU14 atau perhimpunan terakhir buat selama-lamanya bagi umno di bawah pimpinan Najib.
 
2.Bukan lagi menjadi satu rahsia parti ini adalah menghadapi cabaran yang getir selama hayatnya menjangkau 70 tahun kerana mendapat cabaran dari bekas perdana menteri dan dua timbalan perdana menteri dan naib presiden Shafie Apdal bergabung untuk menjatuhkan UMNO dan Najib.

3.Orang awam dan penyokong parti faham punca perpecahan umno kerana urustabir tak betul,korupsi yang berleluasa di kalangan pemimpin kanan parti itu.
4.Namunpun pemimpin umno cuba mengalihkan pandangan rakyat dan meletakan kesalahan pada mantan-mantan dan ahli parti itu yang dilabelkan sebagai penderhaka nombor wahid kerana cuba memusnahkan bekas parti mereka yang satu ketika menjadi pemimpin utamanya.

5.Namunpun pencapaian demi pencapaian yang dibuat oleh institusi kerajaan terhadap kesalahan menurut bekas presiden,timbalan dan naib presiden parti umno dari kesalahan jenayah dan terdapat penipuan ke atas syarikat kerajaan 1MDB yang dianggar beribu juta ringgit wang rakyat dilencongkan ke dalam akuan sendiri dan kroni yang dibuktikan oleh berbagai pihak luar dan dalam negara.

6.Ekoran dari itu pemimpin kerajaan dicemuh oleh berbagai pihak dengan bermacam panggilan yang amat memalukan kleptokrasi,pencuri harta rakyat dan berbagai-bagai lagi.

7.Kelemahan kerajaan mengurus kehidupan rakyat adalah amat parah jika dibandingkan dengan zaman Tun Mahathir dan perdana menteri yang lain dimana rakyat melalui fasa-fasa bahagia menikmati agihan kekayaan negara melalui subsidi dengan cukai yang relatif rendah dengan sentiasa kecukupan kerana barangan asas harganya rendah dan perkhidmatan yang lain umpamanya tambang transpot rendah kerana harga bahan bakar rendah dan terkawal.

8.Kebanggaan rakyat Malaysia sebagai pelopor negara-negara ketiga dijadikan role model telah cerna malahan dituduh sebagai negara korupsi sehinggakan ada setengah warga malu mengakui sebagai orang Malaysia bila berada di luar negara.

9.Tidak juga semua ahli umno turut bersubahat semasa perbahasan pemuda dan putri umno ada beberapa ahlinya menegur keadaan semasa terutam ekonomi yang semakin merosot dan penderitaan rakyat berhadapan kos hidup yang tinggi sehingga menggalakan Najib turut menaiki pengangkutan umum dan berbaris untuk membeli minyak masak yang secara mengejut kenaikan harganya terlalu tinggi.

10.Sebenarnya kerajaan dan pemimpin tidak perihatin ke atas penderitaan rakyat malahan tidak faham apa yang berlaku ke atas negara ini hanya memberi tumpuan kepada keluarga dan survival politik mereka semata-mata. Dengan ini rakyat adalah pemilik negara ini terpulang lah kepada mereka berubah atau kekal bergelut dengan kehidupan yang ada seperti sekarang.


The Sabahy Insider Online PERHIMPUNAN UMNO UNTUK RUANG LUANG PUJI-PUJI NAJIB


OLEH: ISMAILY BUNGSU
Thursday December 01.2016

KATA orang biasanya perhimpunan agung UMNO lokasi memperlihatkan kebijaksanaan retorika untuk memuji seorang PM dan kalau adapun kritik biasa yang hanya sedikit pujinya melebih.

Kalau adapun dibahas masalah rakyat hanya bahasan kecil dan dilakukan sedikit kesannya tetap sama terhadap Malaysia bukan makin membaik sebalik memburuk hingga ringgit Malaysia sekarang tidak laku dan rakyat menderita.

Setiap perhimpunan kita akan mendengar pujian-pujian melangit dan sebelum permhimpunan MT memberikan amaran untuk jangan membahas sesuatu isu yang memudaratkan seperti 1MDB dan sesiapa yang membahas itu bahaya.

Mungkin kalau adapun sudah diatur dan sesudah dijawab dan diputuskan oleh peguam negara selesai, maka semuanya juga harus akur sebab peguam negara lagi orang yang dapat memberikan kata putus dan semua mesti akur.

Begitulah sistem yang mereka tentukan dan ketentuan itu sebenarnya menyebabkan Malaysia dalam keadaan bahaya sebab semuanya jenis pak angguk dan tidak terbuka dan sikap semacam itu usaha dialirkan ke parlimen dicipta akta OSA, NEC danm segala macam akta sesuatu yang dianggap bahaya dalam laporan odit tidak boleh disebarkan dan kesan itulah yang terkena terhadap pejuang rakyat namanya Rafizi.

Begitulah sikap perhimpunan agung UMNO yang sebenarnya banyak
sangat pintunya tertutup demi keselamatan pemimpin atasan yang telah melakukan kesilapan dan akhirnya di sana sini hanyalah dendangan puji puja konon Najib seorang PM yang terbaik sekali.


The Sabah Insider Online…..GARA-GARA SALIRAN PARIT TERSUMBAT JALAN DATUK TAY MUDAH DILANDA BANJIR KILAT.



OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTO: BRYAN CHANG SHAK HUNG
Khamis  December  01/2016

 
SANDAKAN:- Sistem perparitan yang tersumbat akibat kerka-kerja menimbusan tanah untuk pembangunan inilah punca saliran parit yang berhampiran tersumbat menjadikan air bertakong  hujan tak sampai 38 minit  sudah dilanda banjit kilat.

Jalan Datuk Tay adalah merupakan jalan laluan utama untuk semua pelbagai jenis kenderaan sepatutnya pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS)  memastikan semua longkang atau parit yang berada  dipinggir jalan dalam keadaan bersih demi mengelakan air bertakong  bila saliran parit atau longkang dalam  keadaan bersih sudah tentu bila hujan lebat  perjalanan air terus mengalir dengan derat menuku kekuala temtunya banjir kilat tidak berlaku.

Diharap bila tersiarnya berita ini nanti pihak MPS akan segera bertindak dengan pantas untuk melaksanakan kerja-kerja penyenggelaraan semua parit/longkang yang bermasalajh memandangkan kini musim tengkuju.


The Sabah Insider Online SHAFIE UCAP PENGHARGAAN & TERIMA KASIH


( Kasus kehadiran rakyat di Sandakan/jelajah Warisan)
OLEH:  ISMAILY BUNGSU
Khamis  December 01/ 2016

TIDURNYA saya tadi sekitar 3:30 subuh dan kemudian sesudah sejam tidur bangun lagi untuk solat sambil berdoa dan kemudian membaca, telaah, amati dan menulis sedikit.
Baca, menulis, telaah dan baca, nulis dan baca lagi memang itulah kerja saya dan inilah yang saya lakukan sejak 40 tahun lalu maka itu memang satu budaya yang terus diamalkan, cuma kematian yang bisa mengarah untuk saya berhenti menulis.
Sesudah pagi tadi tiba-tiba DS Shafie Apdal telefon saya dan memang dua kali kami bercakap dan kali pertama ada ganguan dan kami faham sangat mungkin ada yang merakam dan biasanya selalu kami berhentikan untuk bercakap.
" Kita kena hati-hati  " Kata DS Shafie setelah mengucapkan kata salam dan saya memang faham sangat sebab memangpun dalam perhatian dan biasanya tekanan ada saja di mana-mana/itu sebab Shakepeare kata sebagai penulis dan politikus telinga harusnya seperti telinga badak tahan tukul dan mesti selalu sabar tak boleh melenting dan marah-marah.
Sesudah terhenti bicara awalnya, DS Shafie Apdal telefon lagi dan kali kedua kami banyak berbicara dan tentu saja yang dibicarakan itu hal POLITIK semata disamping keluarga masing2 yang menjadi amalannya selalu.
" Kita ucapkan terima kasih kepada semua yang hadir di Sandakan dan secara peribadi dan bagi pihak MT WARISAN amat menghargai kehadiran rakyat di Sandakan 27hb November lalu dan kehadiran yang begitu ramai memang di luar jangka " Kata DS Shafie dan saya bisa rasakan DS Shafie amat senang dan gembira sekali.
" Mereka ada datang dari Kudat, Nabawan, Beaufort, Kota Marudu, Tawau, Sipitang, Labuan dan banyak lagi dan itu saya cukup terharu dan ucap TERIMA KASIH dan memang kami hargai sekali " Tambah DS Shafie lagi.
" Mereka mereka datang tanpa dikasih wang poket, tanpa disediakan tambang, tanpa disediakan penginapan malah ramai yang datang lebih awal dua hari dan sehari sebelum. Itu satu pengorbanan yang cukup saya hargai dan memang saya terharu sangat kesan mereka rata-rata sanggup berjuang begitu sungguh-sungguh demi masa depan anak bangsa kita " Katanya lagi dan saya hanya mendengar dan kekadang sedih pula terasakan sebab suara DS semacam sedih, bukan sedih kerana yang lain tetapi kesan penderitaan rakyat yang susah sanggup bersama mendengar dan bersama DS Shafie di Sandakan.
Sebelum ini memang banyak sangat fitnah dilemparkan kepada DS Shafie sebagai presiden WARISAN dan seorang ketua menteri sendiri dikatakan ada mengatakan yang DS Shafie ini Lanun di Darat yang maknanya ketua perompak.
" Haji sendiri yang hanya menulis dan bukan berpolitik juga terus difitnah dan saya memang membacanya selalu" Katanya dan saya tersenyum mendengarkan dan itu perkara biasa bukan luar biasa.
Apa saja harta khazanah rakyat yang seorang Shafie rompak dan curi di Sabah? Adakah dia punya simpanan wang berjuta di bank atau ada simpanan berjuta di rumah dan apa saja harta dan rumah beliau yang kelihatannya seperti istana di Semporna atau di Kota Kinabalu seperti rumah pemimpin lain yang berjuta-juta harga dan kereta di susun di halaman rumah?
" Kita difitnah dikatakan berjanji membayar RM500 seorang setiap yang hadir di Sandakan. Jika RM500 seorang dan yang hadir sekitar 5-6,000 orang lalu berapa banyak dana yang harus saya sediakan dan kalau sudah berkali-kali perhimpunan diadakan maka berapa banyak dana yang ada dalam simpanan saya? kalaupun ada yang menderma RM2.6 bilion, maka tentunya seperti gunung dicangkul akan runtuh juga.. ini memang fitnah dan auta " jelas DS Shafie lagi dan sambil itu ia akui yang makanan memang ada sedikit disediakan tetapi itu adalah BUDAYA kita menjamu setiap yang datang dan itu budaya baik dan beradat.
" Pagi ini saya membaca tulisan haji konon ada yang khuatir/ menyentuh dikhuatiri WARISAN berat ke sebelah bangsa dan ini berulang-ulang saya katakan yang WARISAN ini parti pelbagai kaum dan di dalam sudah ada kadazan/dusun, Bajau, Rungus, Brunei, Bisaya dan banyak bangsa/soal kepinggirkan itu tidak mungkin sebab saya sendiri bukan pemimpin Bajau tetapi pemimpin seluruh bangsa di Sabah" katanya dan kata-kata itu memang berulang kali diucapkan tetapi kelihatannya masih ada yang usaha memperkatakan sesuatu yang tempang dan usaha memesongkan pemikiran rakyat yang berbondong datang memberikan sokongan atas nama perjuangan demi negara bangsa yang sekian lama ditekan dan diabai.
Memang benar, parti lain kalau mengadakan perhimpunan biasa selalu disediakan bas, penginapan dan tambang malah disediakan wang poket dan itu jelas bila ada perhimpunan parti di Kuala Lumpur dan sesudah perhimpunan mereka membeli belah dan ketara sesudah perhimpunan berbeg-beg mereka bawa sama kala pulang ke Sabah.
" Kita di Warisan tidaklah demikian dan sekadar makan/minum ada disediakan meski tidak mencukupi kekadang kesan kehadiran diluar jangka " Tambahnya lagi dan itu diakui sebab ianya satu budaya untuk menjamu sesiapa saja yang datang ke rumah kita.
DS Shafie Apdal yang saya kenal memang selalu berpesan agar kita tabah dalam perjuangan dan pesannya meski kena hina, maki hamun, kutuk aibkan sebaiknya jangan sekali dibalas dan biarkan saja mereka begitu sebab barangkali memang itu budaya mereka dan sebagai pejuang semua ahli kena terima hakikat bila memperjuangkan kebenaran akan datang cabaran, kutukan dan di situ kesabaran kita kena uji oleh Allah.
" Sabar itu separuhnya iman Haji dan cara Rasul/Nabi berjuang harus dijadikan contoh dan jangan sesekali goyah dan kita harus berjalan terus ke depan dan sesekali menoleh kiri kanan itu sekadar melihat jejak2 yang tertinggal untuk dijadikan panduan.." Katanya lagi dan saya mendengar penuh perhatian.
Seperti awal dan akhirnya DS selalu memberi salam/doakan kita dan famili yang baik-baik dan diakhir ucapan ia juga berkirim salam buat famili dan semua orang dan itu tanda kasih sayangnya kepada kita.
Yang paling utama ia katakan hari ini ialah ucapan terima kasih banyak kepada semua yang bersusah payah datang ke Sandakan untuk bersamanya dan sumbangan serta kehadiran mereka itu cukup ia hargai dan demikian juga kepada seluruh JK yang kendalikan acara di Sandakan.
Moga Allah memberkati kita semua
Moga Allah memberikan kesihatan yang baik
Moga Allah terus memudahkan laluan kita semua
Moga Allah terus memberikan hidayah dan petunjulk
ubah sabah
ubah sabah
ubah sabah
" Warisan mempunyai pemimpin yang berpengalaman dan sudah ada garis panduan dan dasar-dasar nya serta Mudah2an Allah memberikan keberkatan yang tidak sedikit buat semua kita termasuk penulis-penulis  yang banyak sangat memberikan sokongan kepada kebangkitan rakyat dan diharapkan PRU14 menjadikan medan penentu untuk rakyat berkuasa dan meletakkan pemimpin telus jujur memimpin negara bangsa dan doa negara kita terutama Sabah aman bahagia segala hasil dinikmati bersama di bumi Allah tanpa membezakan rakyat semananjung dan Sabah sebab semuanya milik Allah " Katanya lagi sebelum kami menutup sembang pagi tadi.


The Sabah Insider Online…LOJI UTARA TERCEMAR AKIBAT SUNGAI KING FOO SISA-SISA BUANGAN DIESEL



OLEH: AZMIE AZMAN
Thursday  December  01/2016



TAWAU:- Pihak kerajaan khususnya  Jabatan Alam Sekitar Sabah (JAS) dan Jabatan Air Tawau harus mengambil tindakan drastic terhadap orang-orang yang tidak bertanggunjawab memcuci tangki minyak diesel di dalam sungai berhampiran Taman  King Fook dekat sini.

Sungai tersebut adalah merupakan sumbar air utama mengalir ke Loji Utara sekarang sudah dicemari oleh sisa-sisa minyak diesel  yang membahayakan   kesihatan orang ramai jika  terminum  air paip yang dibekalkan dari loji berkenaan.

Akibat sungai tersebut telah dicemari  loji tersebut terpaksa menghentikan operasinya sejak kelmarin lagi  demi menjamin keselamatan  orang ramai dari terminum air kotor itu.

Jabatan Alam Sekitar Sabah (JAS) harus mengambil tindakan tegas tanpa ada budi bicara terhadap orang-orang yang tidak bertanggungjawab yang nengaja  mencemarkan air sungai yang dimaksudkan itu.


The Sabah Insider Online.... WONG MENYELAR SEGELINTIR PEMIMPIN PARTI PEMBANGKANG TEMPATAN FIKIRAN SEMPIT

OLEH: SHAIMON S JUMADI
Rabu November 30/2016


SANDAKAN:-  Ahli Parlimen Sandakan yang juga Pengerusi DAP Sabah Stephen Wong Tien Fatt  berkata  sebagai rakyat Malaysia yang ingin mencapai kemajuan dalam pelbagai aspek harus mempunyai daya pemikiran yang bernas untuk mempertahankan hak-hak Sabah secara adil dan saksama.

Sebagai seorang pejuangan politik tanah air kita perlu lakukan secara kolektif dan bukannya menyebar serta menghasut  rakyat  rasa timbul kebencian khususnya melalui semengat   persekutuan dan perkauman sempit yang boleh menimbulkan prasangka buruk antara satu sama lain.

Wong menyangkal pelbagai dakwaan   daripada beberapa pemimpin politik pembangkang tempatan  yang mendakwa  rakyat Sabah tidak perlu memberikan sokongan  terghadap parti-parti pembangkang yang berpusat di Wilayah persekutuan

Kata Wong lagi Semangat wilayah sempit  seumpama ini malah akan menjarakkan lagi jurang keharmonian rakyat Malaysia selain dijadikan sebagai alat pihak tertentu untuk meraih keuntungan politik semata-mata.

Ini termasuk tuduhan sembarangan  sebilangan parti-parti  pembangkang tempatan mendakwa hanya mereka sahaja yang mampu mengangkat aspirasi dan perjuangan orang Sabah.


Wong dalam ucapannya ketika menyampaikan amanatnya di Konvensyen DAP Sabah yang bertempat di Hotel Yaho dekat sini hujung minggu lalu.

Menurutnya, DAP Sabah amat memahami sentimen rata-rata rakyat negeri itu yang berasa ketinggalan dan dianaktiri oleh kerajaan BN khususnya dari segi ekonomi dan pembangunan.

Namun, memomokkan DAP sebagai ‘parti nasional’ dan ‘parti Malaya’ yang mahu menggugat hak-hak Sabah adalah tidak benar dan berniat jahat.

“Barisan pimpinan DAP Sabah di sini kesemuanya ialah orang Sabah yang tulen, kita bangga dengan fikiran, nilai-nilai terbuka dan inklusif selama ini. Kita boleh ‘kupi-kupi’ dengan semua orang dari pelbagai kaum, kita boleh saling bantu-membantu tak kira dia dari masyarakat apa, ia seharusnya dihargai sebagai budaya dan nilai-nilai murni kita.

“Kita mesti berani menolak politik perkauman dan kebencian. Kita tahu bahawa ia tidak akan menyelesaikan masalah yang sebenar dihadapi oleh orang Sabah seperti kemiskinan dan penindasan,” tegasnya.

Stephen menegaskan, masalah sebenar yang dihadapi Sabah bukanlah kerana isu ‘parti Malaya’ atau bukan tetapi  berpunca dari pemerintahan BN sendiri.
Lebih menyedihkan katanya, sebilangan parti-parti tempatan juga bersama BN untuk terus mengukuhkan kuasanya di Sabah.

“Banyak parti-parti lokal pernah memerintah Sabah dan mengambil bahagian dalam Kerajaan Persekutuan, tetapi wakil-wakil Sabah ini gagal mempertahankan hak-hak negeri kita sehingga status Sabah dituruntaraf pada tahun 1976 dari satu dari tiga (Sabah, Sarawak dan Semenanjung) kepada salah sebuah dari 13 negeri di Malaysia.

“Hanya DAP ketika itu, yang belum lagi masuk ke Sabah, sudah mempertahankan Sabah di Parlimen pada tahun 1976 dengan membantah pindaan perlembagaan persekutuan tersebut,” katanya.
Selain itu, Stephen menjelaskan bahawa hak minyak dan gas di Sabah juga tergadai bukan kerana DAP, tetapi ketika Sabah ditadbir oleh parti-parti tempatan.

“Pada ketika pemerintahan parti lokal (tempatan) di Sabah, hak minyak dan gas Sabah diserahkan kepada kerajaan persekutuan, hak milik Labuan juga diserahkan kepada kerajaan persekutuan, mereka buka pintu dan bantu UMNO dapatkan kuasa pemerintahan di Sabah sampai hari ini.

“Semua ini berlaku pada ketika pemerintahan parti lokal,” jelas Ahli Parlimen Sandakan itu.
Justeru beliau menyeru supaya rakyat Sabah memilih wadah dan perjuangan parti politik yang benar-benar berjuang demi kepentingan seluruh rakyat dan bukannya kelompok tertentu.

“Kita harus pilih parti yang baik dan ikhlas untuk berjuang demi kepentingan semua rakyat Sabah dan seluruh Malaysia,” ujarnya lagi.

Sambil itu Wong  mendakwa ada sebuah parti tempatan yang diwakili oleh  2 kaum sahaja Kadazan dan cina yang tidak membawa sebarang pencapaian kerana di Sabah mempunyai  32 suku kaum  dan hasrat niat parti itu kalau mereka berjaya membawa keluar Sabah dari gagasan Malaysia mereka akan mendirikan kerjaan baru diatas nama kerajaan Borneo.

Kerja membawa Sabah keluar dari Malaysia bukan semudah itu bukannya kerja  enteng  antara salah satu sebab  Sabah tidak mempunyai tentera dan polis  sendiri jadi janganlah para pemimpim parti pembangkang tempatan Sabah mempunyai fikiran yang sempit dan berangan-angan membawa Sabah keluar dari Malaysia” Katanya lagi.



The Sabah Insider Online.......PENGLIBATAN POLITIK MAZLIWATI MALIK CHUA UNTUK MEMBELA RAKYAT KUAMUT


MAZLIWATI KETEMU PENDUDUK
( ISU tanah di Lamag)


OLEH: ISMAILY BUNGSU
SHAIMON S JUMADI
Wednesday November 30/2016

KUAMUT:- Tanah-tanah adat (NCR)  yang menjadi isu panas dikalangan rakyat tempatan kerana beberapa orang yang bergelar Kelongmerad  dari Semenanjung sering  menceroboh harus dipertahankan itu  adalah hak asasi orang-orang tempatan.

Selain kawasan Kuamut tanah NCR jadi sasaran utama pencerobohan  yang merangkumi kawasan Sugut-Ranau-Keningau- Kudat dan  kawasan pedalaman beratus-ratus hekta tanah di teroka untuk penanaman  sawit.

Datuk Kong Hong Ming merupakan peguam bela peguam cara adalah antara peguam yang terbaik sering membantu orang-orang kampung dalam memerangi dan perbicaraan tentang isu tanah-tanah NCR sebahagiannya  dapat diselesaikan berdasarkan ikut undang-undang Tanah Sabah Ordinan 68.


Dalam pada  itu penduduk di kawasan Kuamut khususnya Tongod dan Lamag tidak  perlu khuatir  kerana ada seorang pendatang baru dalam arena  politik  untuk membela  dan memperjuangkan untuk mempertahankan hak-hak  asasi dari dicabuli oleh orang-orang luar.

Orang yang dimaksudkan itu Masliwati Hj  Malik Chua  yang berkelulusan jurusan undang-undang  anak kepada mantan Wakil Rakyat era kerajaan BERJAYA dab PBS iaitu Arwah  Hj Malik Chua.

Penglibatan Mazliwati yang menyertai WARISAN adalah untuk membela nasib rakyat peribumi yang semakin terhimpit dalam  menikmati arus perdana pembangunan asas dikawasan luar Bandar.

Berikut kupasan mengenai latar belakang Mazlina Malik Chua yang dihuraikan oleh Saudara Ismaily Bungsu merupakan penulis veteran tanah air  yang tidak asing lagi.




NAMA Malik Chua yang pernah jadi YB memang tidak asing. Arwah teman baik saya saya panggil dengan kata ABANG.

Arwah memang orang baik dan cukup berjasa. Al fatihah dan doa Allah letakkan di syurga.

Arwah punya seorang puteri dan berkelulusan PEGUAM dari luar negeri dan sejak sekian lama cukup prihatin mereka yang ditindas dan susah hidup terutamanya penduduk di Lamag.

" hidup mereka susah bang dan tanah yang mereka pohon sampai sekarang belum mereka miliki dan mereka seperti penumpang meski lahir membesar di Lamag" katanya sambil kelihatan wajahnya sedih dan tunduk.

Sekarang Mazliwati Abdul Malik Chua  terus berjumpa dan mengadakan beberapa perjumpaan di Lamag sambil menghulur bantuan.

" Harapkan BN janganlah dan YB yang mereka undi tidak lagi peduli dan rata-rata  mereka berjanji tidak akan memberikan sokongan kepada BN dan sekarang jiwa hati mereka beralih ke WARISAN pimpinan DS Shafie Apdal" kata Mazliwati lagi.

Kelihatannya Mazliwati cukup prihatin dan keprihatinannya itu sama seperti arwah ayahnya.

Warisan terdiri pemimpin yang berwawasan dan berpendidikan dan hadirnya Mazliwati selaku peguam cukup membawa makna untuk terus perjuangkan hak-hak Sabah.
Ubahsabah
Ubahsabah


The Sabah Insider Online …..BEBAN RAKYAT SEMAKIN BERAT DI BAWAH KERAJAAN BN-UMNO


OLEH: SORAYA EGG
Wednesday November 30/2016

1.Bila rakyat meluahkan perasaan berhubung himpitan hidup yang tidak pernah mereka lalui sejak merdeka tapi orang politik kata Malaysia lebih baik jika dibandingkan dengan negara lain.

2.Benarkah alasan itu, tapi bila kita pelajari alasan negara lain yang kos hidup mereka tinggi tetapi pada masa yang sama kerajaan mereka mempunyai skim-skim dan polisi membantu rakyatnya umpamanya upah yang munasabah dan ruang pekerjaan yang banyak disediakan dll.

3.Perbandingan kehidupan rakyat awal 80an berbanding kini adalah lebih jauh baik, sedangkan kerajaan waktu itu perlukan dana yang banyak untuk membangun dan menyediakan pasarana dari negara pertanian ke negara industri.

4.Ramai yang mengharapkan perubahan itu akan membawa kemakmuran kepada rakyat dan negara ini. Namunpun selepas itu Malaysia menghadapi turun naik ekonominya tapi keselesaan rakyat terus dipertahankan.

5.Sejak kerajaan menukar dasarnya yang dinamakan Negara Berpendapatan Tinggi yang sasaran menjelang 2020 menurut Najib, yang menjadi mangsa rakyat jelata sedang menghadapi tekanan hidup akibat dasar yang cuba dipromosikan oleh kerajaan ini.

6.Apa tidaknya beban kerajaan cuba dialihkan ke bahu rakyat untuk memikulnya dengan pendapatan relatif rendah diGSTkan yang sepatutnya menjadi simpanan di masa tua atau pendidikan anak anak terpaksa dibayar 6% kepada kerajaan.

7.Subsidi adalah satu cara agihan pendapatan negara kepada rakyat jelata terpaksa dibatalkan untuk disuntik ke dalam pembendapatan kerajaan untuk menampung tanggung jawab kerajaan.

8.Dengan penarikan subsidi terhadap barangan asas petrol,beras,gula dan minyak makan adalah penyumbang asas kenaikan barangan makanan utama kerana kesannya dalam kitaran ekonomi adalah berganda.

9.Akibat kestabilan dan aktiviti orang politik umpamanya 1MDB telah membawa kesan buruk mata wang kita adalah terendah dalam tukaran berbanding mata wang utama dunia.

10.Sekali harga barang dan perkhidmatan melambung tinggi kerana hampir 90% keperluan asas adalah di import dari luar.

11.Hanya kerajaan dapat memperbaiki keadaan ini untuk menstabilkan harga dan meningkat pendapatan rakyat untuk kembali normal dan tidak mengambil kesempatan membebankan rakyat terus menerus.


The Sabah Insider Online......SUNGAI TELUPID SEKITAR TAHUN 90 AN BANYAK RAGUT NYAMA MANUSIA


OLEH: SHAIMON S JUMADI
Selasa November 29/2016

SUNGAI Telupid mempunyai sejarah misteri yang tersendiri    selain  menghayutkan  beberapa buah kenderaan apabila datang air arah ulu  dan insiden tersebut berlaku  kira-kira 20 tahun lalu.

Walaupun air sungai berkenaan dalam keadaan jernih kebiru-biruan  sedalam hanya 2 hingga 3  kaki  yang banyak tumpukan batu-batu besar   sekali sekala membahayakan  kepada orang ramai yang bermandi-manda disungai tersebut.

Sungai itu memang tidak dinafikan ramai  yang menjadi mangsa mati  lemas walaupun airnya cetek (tuhur) tetapi jika nasib tidak menyebelahi orang-orang yang bermandi-manda dengan sekelip mata seseorang itu mati lemas kenapa mereka boleh mati lemas sebabnya sungai Telupid itu terlalu banyak hantu air (GELAP) .

Yang menjadi mangsa mati lemas itu mereka suka menyelam di dalam sungai berkenaan terus ditarik oleh Gelap itu ke dalam lobang di cela-cela batu besar keesokannya bila hantu air tadi berhasil mengorek biji matanya baru mayat tersebut di bawa dikeluarkan  dari lobang itu.

Mendiang   anak lelaki kepada saudara Kayu Balak Lawrence Tan berumur dalam lingkungan 25 tahun mati lemas di dalam sungai itu ketika mendiang menyelam tidak timbul-timbul keesokan harinya baru dijumpai mayatnya di mana  dua biji matanya telah dikorek oleh hantu air (gelap) kejadian itu berlaku disekitar tahun 1990 an.

Semenjak sungai itu banyak meragut nyawa manusia sekarang jarang-jarang kita lihat ada orang mandi-manda di sungai tersebut tidak semacam keadaan dulu sungai itu bukan saja jadi tumpuan orang ramai mencuci kenderaan bahkan jadi tumpuan orang berkelah di hujung-hujung minggu


Muara Sungai Telupid  mempunyai simpang menuju  arah ke sungai Maliyau terus menuju ke Sungai Nangoh dan Sungai Sapi dan Sungai Beluran yang terkenal timbunan habitat  Buaya pelbagai jenis

The Sabah Insider Online.....MP BATU SAPI INSPECT THE PROJECT OF FUTSAL COURT AT SJK(C) TAI TONG

PICTURE  SHOW     Linda (5th right) with Tain and other officials during her recent visit to SJK (C ) Tai Tong

 BY: SONTOLOYO A/L KONTOL
Tuesday November 29/2016


BATU SAPI:  The request by SJK (C ) Tai Tong  to build a futsal court at the school for use by students will be taken into consideration.

This was forwarded to Batu Sapi Member of Parliament Datuk Linda Tsen Thau Lin by Board of Directors chairman Datuk Tain Fook En when she attended the school’s Outstanding Achievement Award presentation ceremony.

Linda and her officers including Head Liaison Officer Kong Nyuk Thou were taken on a tour of the school facilities and also the site of the proposed futsal court by Tain and other school officials.

According to Linda, she will look into the request made by the school Board of Directors.

Tain thanked Linda for being supportive of SJK (C) Tai Tong school events and her concern for the wellbeing of students.





The Sabah Insider Only....SYC WILL BE ORGANIZED SOFT DARTS DOUBLES COMPETITION ON DEC 09-10 2016

Picture Show……The SYC general committee with organising chairman Norman Sim ( standing left, back row)
Norman Sim沈伟聰

BY RICHARD BADUKANG
Tuesday November 29/2016

SANDAKAN:  The 2016 Sandakan Yacht Club Soft Darts Doubles Competition on Dec 9 and 10 offers attractive cash prizes to the winners.

Organising chairman Norman Sim said entrance fee is RM 100 per team excluding game fee and closing date for registration is Dec 4.

“We are targeting the participation of maximum 20 teams for the event and registration is valid only with full payment of entrance fees,” Sim said here on Monday.

Sim said participants must be in uniforms – shirts, long pants and shoes when taking part in the competition which will be held at the Sandakan Yacht Club (SYC) Quarter Deck.

The prizes are –  Champion: RM 1,000 plus trophy,  2nd place: RM 600 plus trophy, 3rd place: RM 300 plus trophy, 4th place: RM 100 plus trophy and 5th to 8th place: trophy, he added.

Those who are keen to take part in the competition can contact the SYC office at 089 21 2518 for further enquiry, Sim said.






The Sabah Insider Online.....JANGAN FITNAH SEMBARANGAN..... SEBENARNYA KEHADIRAN LEBIH 5000 RIBU SAMBUT D S SHAFIE DI DEWAN HAKKA


OLEH: ISMAILY BUNGSU
Selasa November 29/2016

KETIKA saya di Kota Kinabalu, tiba-tiba DS Shafie telefon saya dan kami bercerita hal di Sandakan, lalu saya katakan yang saya baru saja meneliti ucapannya lewat video di akaun Facebook dan memang menarik.
"....Mereka kata hanya 300 orang yang hadir dan dikata ramai PTI dan apakah saya dan Darell Leiking PTI? " Kata DS Shafie dan memang kenyataan mereka itu sudah saya jangka dan itu biasa.
"....Bukan saja itu, malah saya dikata pembohong dan suka mengedit-edit gambar dan rasa orang yang hadir di dewan Hakka kelmarin tahu apa keadaan sebenarnya hingga dewan penuh sesak dan banyak berdiri di luar dewan" Kata saya kepada DS Shafie dan DS Shafie ketawa.
"....Paling sadis komen mereka mengatakan konon saya berjanji bayar RM500 seorang seolah saya ini kaya sangat dan kalau setiap perhimpunan sejumlah itu diberi, maka makna saya ini kaya dapat 2.6 bilion?" Kata DS Shafie dan kenyataannya itu menjadikan saya ketawa terbahak-bahak sebab sama sekali tidak lojik dan tidak masuk akal.
Lagi saya ketawa yang menyatakan ada tidak dapat RM500 itu namanya Ismail tapi bukan nama sebenar dan barangkali yang berkenaan mahu menyebut nama Ismaily dan memang saya saja yang jadi sasaran mereka dan itu usaha melemahkan semangat untuk saya tidak menulis keboborokan mereka.
"....Saya ini bukan kaya macam pemimpin mereka dan rakyat yang datang itupun bukan gila duit meski susah, tetapi mereka itu datang kerana berjuang/kerana perjuangan kesan hidup mereka benar-benar susah kesan kepimpinan negara yang tempang dan cacat.." Katantya serius. Saya terdiam sebentar dan mula sedih sebab kenyataan itu DS Shafie ucapkan secara serius.
Petang tadi kami sempat bercakap sekitar setengah jam dan banyak hal ia perkatakan dan saya akan dengar semula ucapan DS Shafie ketika di Sandakan itu.
"....Tapi saya hairan kenapa parti-parti  lain tidak kritik BN secara serius dan tidak pula mereka kritik kepimpinan Ketua Menteri" DS Shafie bertanya dan pertanyaan itu hanya saya jelaskan dengan perkataan " Faham-faham sajalah bha" dan dia ketawa dan rasa dia lebih mengerti banding saya.
"...Yang satu itu kesian juga dan jangan sentuh dan jangan kritik ya!" Katanya dan siapa dimaksudkannya yang satu itu? Hanya saya dan DS Shafie sahaja yang tahu.
"..Memang saya tidak pernah kritik komen dia itu termasuk parti pembangkang lain sebab pembangkang sama visinya dengan visi Warisan dan yang dalam hati itu hanya Allah sahaja yang tahu.." Kata saya dan DS Shafie faham.
Seperti biasa sdeperti awalnya tadi DS Shafie mengucapkan salam dan bertanya apa kabar saya dan diakhir perbincangan kami tadi kira-kira jam 7:00 petang, ucapan sama diucapkan dan ia kirim salam sama keluarga saya dan itulah yang menjadi amalan DS Shafie Apdal sambil selalu mendoakan saya dan famili dirahmati
Allah.
Begitulah sikap dan olah seorang DS Shafie Apdal yang beda dengan yang lain.
Top of Form
SukaTunjukkan lebih banyak tanggapan


4 ORANG PEMIMPIN BERWIBAWA....The Sabah Insider Online


( warisan keadilan memang cinta)

OLEH: ISMAILY BUNGSU
Selasa  November 29/2016

BUNG Tamrin mantan Ketua Perhubungan Keadilan  (PKR) Sabah antara yang berpengalaman dan cukup saya segan kesan wibawanya.
Presiden pernah telefon saya dan saya kata Bung Tamrin harus dilantik kali kedua dan itu memang terjadi setelah presiden duduki kerusi 6 bulan pengerusi MPN Sabah.

Memang Bung Tamrin tahu kes itu( terkait kasus ketu pemuda Tuaran dilantik pengerusi dan kemudian masuk UMNO/sejarah hitam) yang saya bercakap lama dengan Presiden dan Bung Tamrin memang saya percaya sangat cuma nasib selalu tak sebelahi dia kesan belum sampai waktunya. Sabarlah!

Sesudah Bung Tamrin dilantik kali kedua terus Bung Tamrin sms saya ucap terima kasih dan itulah kenyataannya. Tanyalah kalau tidak percaya hal ini!

Datuk Kong Hong Ming seorang peguam yang banyak bantu selesaikan kes tanah rakyat/orang kampung di Tawau, Sandakan, telupid, Kudat dan lain dan dia ini antara yang saya kagumi sebab berkhidmat untuk rakyat dan jarang orang lain lakukan seperti apa yang dia lakukan. Ini barulah pemimpin kuat kerja!

Datuk Kong Hong Ming memang selalu hubungi saya/kami selalu berhubung dan pernah saya tegur kesan satu kes dan dia ini jenis terima pandangan orang hingga dia kata/whatsapp " saya terima dan akur nasihat haji itu " itu katanya. Saya terharu ketika itu. Hanya Datuk sahaja yang tahu apa kasusnya.

Dr Roland Chia selaku YB Inanam dan ini juga satu2nya insan paling prihatin terhadap rakyatnya dan memang kami selalu berhubung dan dia ini jenis suka sangat merendah diri. Itu saya hormat dia dan semalam dia sms ucap "terima kasih" kesan saya hadir di konvensyen keadilan meski saya mahu ikut komen diakhir acara tetapi tidak dibenarkan kesan hanya seorang dibenar bercakap. Sedih!

Yb Roland antara YB yang paling rajin dan aktif, lebih aktif banding pemimpin BN sebab YB Roland aktif guna duitnya sendiri dan beda dengan YB BN yang guna duit cukai, GST rakyat bayar.

Sementara yang akhir itu puan Rahimah Majid yang juga merupakan seorang peguam, meski muda tapi kepimpinannya jelas bakal digeruni tapi saya perhatikan dia kena terus latih diri terutama terkait dunia "on stage".

Keempat pemimpin termasuk YB Christina liew memang antara yang boleh/layak duduki Kabinet Negeri dan lebih layak duduki kerusi dewan undangan negeri banding ada YB2 yang ada hanya duduk-duduk bingung nguap ngantuk-ngantuk di balai sidang bergaji buta ribu-tibu tiap bulan.

Saya yakin WARISAN akan terus dipertahan berdasar KEADILAN yang diinginkan semua orang sama dengan kata CINTA SABAH yang dilaung2kan lalu guna roket gapai bulan melewati bebintang.
Sabahubah
Sabahubah
Sabahubah