BALAI RAYA UNTUK KEGUNAAN AKTIVITI ORANG KAMPUNG ...KATA LINDA TSEN

OLEH: AZMI AZMAN



GAMBAR KELIHATAN….Linda (kiri) ketika meninjau keadaan balai raya Kampung Bokara bersama dengan pegawai beliau serta seorang wakil kampung


BATU SAPI:- Balai raya Kampung Bokara yang digunakan untuk  aktiviti keramaian serta majlis penduduk kampung berkenaan akan dibaikpulih.

Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin memberitahu selepas meninjau keadaan balai raya tersebut bersama pegawai beliau dan wakil kampung baru-baru ini.

Beliau akan menggunakan peruntukan Ahli Parlimen beliau untuk melaksanakan kerja-kerja berkenaan dalam tempoh terdekat demi keselesaian dan kebaikan penduduk-penduduk kampung.

“Kerosakan yang terdapat pada struktur balai raya akan dibaiki,” katanya selepas membuat lawatan ke kampung yang terletak berhampiran Pelabuhan Sandakan itu.

Hadir bersama ialah Ketua Pegawai Perhubungan Pejabat Ahli Parlimen Batu Sapi Kong Nyuk Thou.





No comments:

Post a Comment