SHAFIE TUBUH PARTI BARU BUKAN KERANA GILA KUASA ATAU JAWATAN


OLEH” ISMAILY BUNGSU
Khamis Sept. 29/2016

DATUK Sri  SHAFIE APDAL dipecat dari jawatan menteri hanya sekadar menegur PM kasus 1MDB. Tegurannya hanya bertanya dan jika salah ia mahu dibetulkan dan mahu tidakan diambil kepada yang berkenaan sebab itu dana rakyat dan kabinet diamanahkan oleh rakyat. Itulah etika berparti.

Sesudah dipecat, kemudian Shafie  digantung atas cadangan Musa Aman dan sokongan menteri lain dari Sabah. Cadangan gantung tanpa diminta tunjuk sebab seperti biasanya dilakukan dan apakah tindakan itu betul? Rakyat boleh fikir.

Setelah tangan kaki diikat dan mulut disumbat, maka bagaimana Shafie mahu hidup dan bergerak? Maka akhirnya ia tinggalkan parti yang ia sertai dan cukup setia selama 30 tahun, Itu jangka yang paling lama dan kesetiaannya cukup jelas.

Lalu Shafie  umum tinggalkan parti UMNO kerana parti UMNO tidaklah seperti dulu yang perjuangkan rakyat, negara dan bangsa sebalik lebih kepada kepentingan diri, kroni, suku sakat dan sebagainya sedang rakyat tidak dipeduli dan contohnya di Sabah muncul Sabahan termiskin sekali di Malaysia.

Kesan Shafie tidak punya parti, maka shafiepun menubuhkan parti dan sedang dalam proses ROS luluskan LOGO dan Nama parti/sekadar tukar nama dan logo dan partinya memang sudah lulus.

Bila Shafie tubuhkan parti, maka banyaklah yang berkata konon Shafie  mahu jawatan ketua Menteri dan sebelum ini Shafie  sudah jelaskan dia BUKAN GILA JAWATAN KETUA MENTERI dan tidak kemaruk jawatan sebalik yang ia utamakan perjuangan untuk rakyat dan itu satu amanah yang harus dipikulnya sebagai wakil rakyat yang masih diberikan keperayaan.

JAMAWI sebenarnya mantan pegawai Khas  Shafie  sendiri yang banyak dibantu dan banyak mendapat keistimewaan kala duduki kerusi pegawai KHAS Shafie  dulu dan apakah ini tidak benar?

Kenyataannya di Keningau konon Shafie  mahukan kerusi ketua Menteri itu jelas tidak benar, malah satu kenyataan yang sama sekali bertentangan dengan kenyataan Shafie  sebelum ini yang tidak gila jawatan.

Jelas tuduhan itu tidak benar dan tentunya JAMAWI merasa gerun bila perhimpunan yang Shafie hadiri di Tenom bulan lalu sekitar 15,000 orang hadir dan itu cukup menakutkan BN/UMNO terutama diri Jamawi sendiri.

Bukankah Jamawi di PRU lalu ingin benar merebut kerusi MP Tenom, tetapi ketua menteri memilih MP yang sedia ada untuk bertanding dan ketika itu Jamawi semacam merajuk dan bukankah itu juga ada keinginan untuk duduki kerusi YB? Ini perkara bisa selagi punya cita-cita keinginan kecuali orang gila.

Kalaulah Shafie  mahu ke kerusi Ketua Menteri, lalu apa salahnya? Salahkah setiap individu yang ada kemampuan mahu menjadi pemimpin termasuk

Jamawi sendiri yang mahukan kerusi MP Tenom itu?
Jamawi seorang pemimpin muda yang berpotensi/yang cukup besar untuk naik ke atas dan terbaik kena jaga bahasa dan kena fikir baik-baik untuk melontar kata dan sebaiknya usaha lebih titikberatkan kepentingan rakyat terutama di Tenom yang jauh tertinggal.

Jamawi usahakan kampung-kampung di Tenom yang sampai saat ini masih tidak punya paip air seperti sungai Api, Paal dan yang berdekatan dan jalan yang teruk dan bangsa murut di sana harus dikeluarkan dari kepompong kesusahan yang amat sangat dan itu lebih diutamakan banding memperkatakan soal Shafie  yang terus berusaha dan menyuarakan kepentingan rakyat Sabah.

Kembalilah kepada diri dan pejuangan asal Sabahan dan dengarlah degup jantung keluh desah rakyat sebenarnya banding memperkatakan yang tidak membawa apa-apa demi kebaikan rakyat.

Rakyat memerlukan perjuangan dan pembelaan anak muda seperti Jawawi dan diucapkan selamat maju jaya duhai saudaraku Jawawi.

YEO BOON HAI : JAWAB SOALAN POKOK


( Ketua menteri/YB Dun Karambunai dan yb jumat kena jawab)

OLEH: ISMAILY BUNGSU
Khamis Sept. 29/2016

SEMALAM telah saya tulis nota hal kampung Sabang, Lok Butah dan Madas yang kononnya tanah itu telah diambil oleh kerajaan dan diserahkan kepada sebuah syarikat untuk perumahan yang dikatakan seunit sekitar setengah juta RM harganya.

Tanah tiga kampung itu telahpun ditentukan untuk 3 kampung dan sekarang kononnya mahu digunakan oleh syarikat untuk projek perumahan mewah.

Diceritakan ini kesan ada kerjasama pihak YB Dun Karambunai dan kesannya bagaimana mereka yang di tiga buah kampung berkenaan yang rata2nya pelbagai bangsa di sana.

Mana sudah konsep rakyat susah didahulukan sedang tanah beribu ekar/hutan habis dirampok oleh mereka yang berkuasa dan rakyat miskin sekadar lot tanah digasak dengan rakus atas alasan pembangunan?
Di mana perikemanusiaan yang berkuasa?

Seharusnya menteri/YB Karambunai menjawab isu yang saya bangkit semalam atau sekurang-kurangnya Ketua Menteri selaku ketua kabinet menjawab persoalan.

Kenapa harusnya PPM Tuan Haji Manja yang menjawab persoalan itu sementara mayor begitu tega mengatakan yang konon banyak orang yang mengambil kesempatan untuk menjual lot berkenaan.
Apakah Mayor punya bukti melemparkan tuduhan membabi buta dan kalau ada sila tunjukkan kenyataan mayor itu benar dan bukan fitnah.

Setahu saya orang kampung di ketiga kampung berkenaan hanya melakukan pungutan penimbusan sahaja dan itu untuk dibayar kepada kontraktor kesan pengunaan jentera penimbus. Mereka rata-rata orang susah dan miskin dahaga mahu ada rumah sendiri bukan mahu berjuta ekar tanah balak.

Nah, yang berkenaan tidak usah putar belit dan kembali sahaja ke soalan asas bahawa apakah benar DBKK tidak mendapat kelulusan dari ketua menteri soal pembinaan perumahan itu?

Dan apakah benar premium sudah dibayar untuk projek yang dimaksudkan dan YB DUN Karambunai/kena jawab persoalan ini dan bukan jawabannya asyik bersilat kata dan usaha memutar belit persoalan asas.


MCA BAHAGIAN SANDAKAN SOKONG KEPIMPINAN MUSA AMAN


OLEH: SALBIAH LEE SAU YENN
Khamis Sept. 29/2016


LIBARAN:-   MCA Bahagian Libaran menyokong penuh kepimpinan Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman sebagai Ketua Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional negeri Sabah.

Menurut Ketua Bahagiannya Chin Kim Hiung, Musa merupakan seorang pemimpin yang prihatin, berwibawa, adil dan kredible.

Sejak Musa menerajui kepimpinan Kerajaan Negeri beliau telah membawa banyak kemajuan, pembangunan  serta mengeratkan perpaduan rakyat di negeri Sabah, tambah Chin.

Chin berkata MCA Bahagian Libaran telah sebulat suara meluluskan lima usul semasa mesyuarat tahunan agung yang diadakan di sebuah restoran di Batu 4 Jalan Utara baru-baru ini.

Usul ketiga ialah memberi sokongan penuh kepada Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman untuk kekal sebagai Ketua Menteri Sabah dan Pengerusi Barisan Nasional. Kepimpinan beliau telah membawa kemajuan, pembangunan dan perpaduan kepada rakyat negeri Sabah.

Antara usul-usul lain ialah -

Memberi sokongan penuh kepada Presiden MCA Dato Seri Liow Tiong Lai untuk memimpin parti MCA agar beliau dapat memperjuangkan hak-hak dan kepentingan rakyat jelata.

Memberi sokongan penuh kepada Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan merayu agar beliau kekal sebagai pengerusi perhubungan MCA Sabah supaya MCA Sabah terus bersatu hati di bawah pimpinannya untuk menghadapi PRU14 yang akan datang.

Dalam ucapan beliau semasa merasmikan mesyuarat tahunan agung, Chin juga menyeru orang ramai agar tidak mengambil kesempatan menyebarkan berita tidak sahih di laman sosial yang boleh menimbulkan ancaman bahaya atau rasa bimbang dalam kalangan masyarakat serta pelancong-pelancong dari luar negara.

“Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak mudah terpengaruh atau percaya tentang sebarang 'berita' di lama sosial. Kita seharusnya lebih bertanggungjawab dengan menilai dahulu berita yang kita sendiri tidak tahu kesahihannya  sebelum berkongsi maklumat kepada orang lain,” tambah Chin.

“Penyebaran 'berita' palsu yang semakin viral oleh orang ramai akan membawa kesan-kesan negatif dari segi keamanan, keharmonian dan pembangunan ekonomi negara kita terutamanya dalam zaman yang semakin mencabar ini,” katanya lagi.

Justeru Chin menyeru Kerajaan agar mengambil tindakan terhadap  individu atau pihak  yang tidak bertanggungjawab ini.




TERBONGKAR KISAH IDA NERINA BUAT MAKSIAT SEMASA BERADA DI AUSTRALIA (BLUE FILM)


0LEH: WAN FARIDAH WAN MOHD ISMAIL (KL)
Wednesday Sept.  28/2016

KUALA LUMPUR:- Pelakon sensasi  yang  amat popular di sekitar 80 an hingga tahun 90 an yang tiba-tina telah menghilang diri kerana lakunannya  menerusi kaca-kaca TV telah digam dalam beberapa dekad.
Pelakun yang dimaksudkan ialah Ida Nerina yang dikaitkan dengan gambar separuh bogel  semasa beliau berada di Australia dengan seorang jejaka Mat Salleh. 
Gambar Ida Nerina pakai bikini berwarna putih ini telah disebarkan melalui internet. Budiey ada menerima email daripada seorang pembaca.
Pada masa yang sama juga, sekarang ini klip video Ida Nerina melakukan hubungan seks dengan lelaki yang mempunyai raut wajah yang sama dengan Fauzi Nawawi juga telah diletakkan di dalam blog Rumah Tumpangan Sabul. 
Ada di kalangan forumer yang sempat buat kaji selidik tentang apakah benar Ida Nerina yang sebenar kepana Ida Nerina tergamak melalukan perkara  sekeji itu berzina dengan sesuka hatinya tanpa memikirkan dosa 
Mengikut mereka yang memerhatikan dari segi tindik di pusat dan kalung yang dipakai adalah sama dengan beberapa gambar membuktikan jelas bahawa gambar ini adalah milik mutlak pelakon wanita ini iaitu Ida Nerina. 
Ekoran Ida Nerina yang terlibat dalam   kanca maksiat beberapa pusat stesen Television di seluruh Negara telah menyekat  semua filem adigan lakonan Ida Nerina kerana perbuatannya betul-betul mencemarkan nama baik agama Islam.



JAMBATAN LORONG 24 KG SIM-SIM PERLU DINAIK TARAF DEMI KESELAMATAN PENGGUNA.......KATA WONG


OLEH: SHAIMON S JUMADI
Wednesday 28/2016

TANJUNG PAPAT:- Di mana letaknya tanggungjawab seorang Wakil Rakyat Tanjung Papat yang dipilih oleh rakyat semasa PRU13 tidak pernah kelihatan untuk turun padang bagi menyelesaikan sesuatu masalah rakyat,

Seorang penduduk Kampung Sim-Sim Jambatan Lorong 24 telah mendakwa  bahawa jambatan untuk menghubungi kerumahnya amat berbahaya kepada pennguna kerana tiada  benteng ciri-ciri keselamatan.


Kata penduduk berkenaan yang mengadu hal ini kepada Ahli Parlimen Sandakan (DAP) Stephen Wong Tien Fatt  sewaktu Wong membuat lawatan ketempat berkenaan menjelaskan sudah beberapa kali perkara itu dilaporkan kepada pihak JKKK Kampung Sim-Sim akan tetapi tiada sebarang tindakan yang diambil oleh kerajaan malahan membiarkan perkara begitu saja.

Sebagai Wakil Rakyat khususnya MP Sandakan yang diberi mandat  oleh rakyat Wong berjanji  untuk berusaha membantu bagi menyelesaikan masalah tersebut  dengan secepat mungkin yang boleh.


PENDUDUK KG SABANG, LOK BUTAH DAN MADAS BAKAL DIHALAU?

( apa tindakan YB Jumat/Tak kan diam membatu?)

OLEH: ISMAILY BUNGSU
Wednesday Sept. 28/2016

SAYA menerima laporan dan dikatakan penduduk di kampung Sabang, Lok Butah dan Madas di kawasan Karambunai konon bakal dihalau.

Jika kenyataan itu benar, maka mereka akan menjadi pelarian dan tanah-tanah di situ seperti dirancang bakal diambil dan di mana lagi mereka mahu membina rumah?

Perkara semacam ini memang sudah biasa dilakukan dan memang ada yang dihalau tanpa persediaan dan yang di ketiga kampung berkenaan kena siap sedia menerima bala kesan ada yang usaha meraih keuntungan.

Dikatakan wakil rakyat Karambunai telahpun berbincang dengan Datuk Yong Boon Hai yang kawasan ketiga kampung itu dijadikan perumahan mewah. Apakah ini kenyataan?

Menurut yang saya diberitahu kononnya sudah ada perjanjian dan pihak DBKK dan perjanjian telahpun ditandatangani dan seterusnya yang berkenaan mengemukan syor kepada PRIMA untuk perkongsian pintar membena perumahan yang akan dijual sekitar sejuta ringgit setiap unit.

Kononnya lagi surat tawaran sudah dikeluarkan dan premium telah dijelaskan tetapi yang anehnya konon ketua menteri tidak tahu perkara yang diperkatakan itu. Apakah ini benar?

Kalaulah memang terjadi demikian, jelas kemungkinan ada wakil rakyat yang bakal mendapat keuntungan besar kesan program berkenaan dan akhirnya penduduk di ketiga kampung itu bakal menderita dan sengsara.
 
Kes ini memerlukan siasatan dan penduduk di ketiga kampung harus bertindak cepat untuk mengelak mereka jadi mangsa kesan ada yang usaha mendapatkan untung atas penderitaan rakyat.


SABAH DIBAWAH PEMERINTAHAN UMNO/BN 1994 HINGGA KEHARI INI PINGAT KEBESARAN NEGERI TIADA NILAI


OLEH: ISMAILY BUNGSY
Wednesday Sept. 28/2016

KETIKA saya berkhidmat dalam kerajaan dan duduki kerusi no satu dalam bidang kebudayaan, saya menolak pemberian sebarang pingkat.

Ada 3 pingat saya tolak sebab ketika itu kena perintah isi borang/isi borang bermakna saya meminta. Itu saya tolak kecuali dua anugerah satu dari mantan ketua Menteri menyentuh tokoh kesenian dan satu anugerah cemerlang/itu saya terima.

Memang benar ramai kalangan kita berkejar-kejaran untuk mendapatkan pingat dan bangga menerimanya dari tangan TYT Sabah dan merekapun berusaha mengampu, bodek dan ada yang menangis depan mantan TYT untuk mendapatkan title Datuk dan kelihatannya orang semacam itu GILAKAN title Datuk, lalu kala dapat title dipanggil datuk dadanya ke depan sombong bukan main. hebat kamu otak kosong!

Paling saya takut bertitle datuk kelak ada yang minta derma, saya derma RM5 kesan saya orang miskin dan itu tentu akan dikatakan DATUK LOKEK sebab menderma hanya RM5 dan itu selalu saya katakan saya tolak title datuk dan kalau mahu kasih, berikan saja saya area kayu balak dan itu saya berlari dan kata setuju.

Nah, sekarang ini memang ramai sangat yang ada title datuk. Kekadang yang usia muda begitu mudah dapat title datuk yang entah apa saja sumbangan mereka terhadap negara bangsa.

Sepatut TYT atau DYMM kena teliti bahawa yang dapat title itu meski yang benar-benar berjasa dan elak yang membeli title dan ini memang banyak saya dengar dan kesannya perompak, penyamun, kaki rasuah, perogol juga ada yang dapat title datuk. Ini memalukan sekali yang menjadikan title itu cukup rendah harganya dan pernah datuk harris kembalikan pingat.

Biasanya yang mendapat anugerah itu kalangan yang baik meski tidak terbaik. Baik akal budi, baik tingkah sopan santun, baik kala bercakap dan baik kala menulis dan ada bakti kepada masyarakat dan ini antara yang harus diambil perhatian.

DJ Dave dapat title Datuk dari TYT Sabah apa saja sumbangannya terhadap negeri Sabah banding dengan John Gaisah, Daud Abdillah, D Sophe, PA Ahmad, PA Mohammad, Sidek Hj Awang Osman dan banyak lagi yang bergiat dalam bidang kesenian nyanyi dan muzik.

Kenapa orang seni semacam itu tidak dipeduli dan dilupakan sahaja? Bukankah mereka antara penyumbang terbesar dalam bidang muzik? demikian juga bidang-bidang lain dan hal ini sudah sekian lama saya suarakan tetapi kerajaan masih terus membutakan mata dan hati sebab cara penilaian tidak benar. Yang dapat kaki rasuah!

Nah, terkait dengan title dato, cuba saja kita perhatikan kata-kata Dato Jamal itu? Di TV ia bersuara seolah membatu api dan dalam nota ini jelas ia bolehlah dikatakan bermulut longkang dan jauh dari kata-kata yang berhemah.

Inikah sikap seorang Dato yang harus anak-anak bangsa kita contohi? Tidak hairan anak bangsa yang bakal kita warisi menjadi bangsa yang tidak beradab sebab ada pemimpin yang ada sekarang ini sudah sekian lama mengajar anak bangsa menjadi bangsa yang seolah tidak bertamadun.

Saya masih ingat lagi di zaman pemerintahan USNO-BERJAYA hingga PBS sukar untuk mendapat gelaran Datuk kalau mereka dapat pingat Datuk hanya kepada orang-orang yang benar-benar berjasa kepada bangsa-agama dan Negara.

Setelah UMNO/BN  mengambil alih tampuk pemerintahan negeri Sabah bermula tahun 1994 hinga sekarang pingat dan title  Datuk sudah tiada nilainya apa saja pingat dari BK-BSK-ADK-ASDK-PGDK dan SPDK macam beli kacang goreng mudah dapat sehinga para Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang menyebut ikan jadi ikang perkataan  gambar jadi gambal  pun mereka senang-senang saja dapat anugera bintang kebesaran dari TYT

Dipendekan cerita zaman UMNO/BN title  atau pingat kebesaran dari TYT sudah tiada nilainya  berbeza pada  di zaman USNO-BERJAYA dan PBS bintang BK-BSK-ADK-ASDK pun sukar dapat apa lagi pingat datuk PGDK dan SPDK


Nah, kita fikirkan isu ini!

MPS GAGAL TANGANI MASALAH PARIT TERSUMBAT TAMAN INDAH JAYA DAN SAMPAH BANDAR LITAT....DAKWA WONG



OLEH: SHAIMON S JUMADI
Wednesday Sept 28/2016
SANDAKAN:-  Di mana letaknya tanggungjawab sebagai pihak berkuasa tempatan khususnya Majlis Perbandaran Sandakan (MPS)  kenapa gagal menangani masalah sampah sarap di dua kawasan perumahan hingga menimbulkan keresahan di kalangan penduduk setempat.
Antara dua kawasan yang jadi sasaran utama pembuangan sampah berselerak dan saliran parit tersumbat yang menyebabkan air bertakong dibiarkan begitu saja oleh pihak MPS.
Pihak MPS  hanya pandai memungut cukai pintu cukai sebagainya tetapi khidmat yang diberikan kepada penduduk amat dimemuaskan hati dan menjengkelkan.
Dalam pada  itu Ahli Parlimen Sandakan YB Stephen Wong Tien Fatt (DAP) menggesa MPS untuk mengambil tindakan sewajarnya untuk membersihkan sampah-sarap dan longkang di Bandar Letat,Jalan Lintas Utara dan juga Taman Indah Jaya Fasa 1 sebagai pencegahan pembiakan nyamuk yang membawa demam denggi dan Zika.
Beliau amat kecewa dan tidak puas hati terhadap MPS yang tidak prihatin dan tidak mengambil berat terhadap kepentingan orang ramai. Oleh itu, beliau mempersoalkan MPS mengapakah mengutip cukai pintu,tetapi tidak menjalankan tanggungjawab dengan sepenuhnya?
Sekiranya Pengerusi MPS dan ketua-ketua Jabatan tidak mahu melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan,maka mereka haruslah meletakkan jawatan supaya orang yang berupaya boleh menggantikan mereka.
Wong berkata bahawa bukan sahaja Bandar Letat dan Taman Indah Jaya yang menghadapi saliran perparitan terhalang oleh rumpai dan sampah, manakala hampir setiap kawasan di Sandakan pun menghadapi masalah yang sama,takkan kakitangan MPS tidak tahu tentang masalah ini?
Beliau mengingatkan MPS bahawa musim hujan sudah datang dan sekiranya longkang yang tersumbat tidak dibersihkan bagi menjamin pengaliran air yang lancar, sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk, MPS haruslah bertanggungjawab kerana membawa risiko kepada kesihatan orang Sandakan.
Wong juga menegaskan bahawa MPS tidak berkhidmat untuk rakyat, wakil rakyat BN Sandakan tidak pernah bersuara untuk rakyat Sandakan dan mengabaikan kepentingan rakyat Sandakan. Oleh itu, rakyat Sandakan haruslah menewaskan BN dengan undi pada pilihanraya yang akan datang.
Top of Form


PARA PEMIMPIN UMNO SABAH MULA GUSAR DENGAN SHAFIE APDAL TUBUH PARTI BARU


3,000 ORANG AHLI UMNO TAWAU SERTAI PARTI BARU DIASASKAN OLEH SHAFIE


OLEH: SORAYA EGG
Wednesday Sept. 28/2016

1.BARISAN Nasional (BN) dan UMNO tidak terancam dengan tindakan bekas Naib Presiden UMNO Datuk Sri Shafie Apdal konon berpaling tadah dan menubuhkan parti baharunya selagi UMNO dan BN bersatu padu dan setia terhadap presiden (Datuk Seri Najib Tun Razak) ini pandangan setiausaha UMNO.

2.Secara jujur majoriti ahli UMNO Sabah (dgn.maaf) bukan lah seikhlasnya menyokong parti melayu untuk mempertahankan Bangsa(Melayu),Agama dan Negara tetapi hanya mengharapkan habuan tangki biru dan mempertahan kedudukan sumber pendapatan mereka bagi yang ada jawatan.

3.Sebenarnya ahli ahli UMNO adalah amat gusar dengan gerakan DSSA kian hari keyakinan orang ramai semakin tebal apa lagi dengan suntikan anak anak muda KDM Penampang yang dipelopori Darell Leiking.

4.Kesilapan menghukum DSSA digantung dari keahlian UMNO atas desakan Musa telah membuat satu kelebihan kepada beliau secara tidak disedari telah meningkat sokongan akar umbi terutama dari sukunya.

5.Apa pun orang perkatakan DSSA untung untungan hanya sekuat manapun sama kekuatan pengaruhnya dengan Dr.Jeffrey di kalangan KDM tapi anggapan itu meleset kerana hari demi hari ribuan ahli ahli UMNO menyertainya sekali gus keluar dari UMNO serta akan membungkus parti Melayu untuk dihantar kembali di Malaya. Kita pinjam kata kata Salleh suatu ketika dahuluhttps://www.facebook.com/images/emoji.php/v5/u4f/1/16/1f601.png😁

6.Adalah desas desus yang boleh dipertanggung jawabkan bahawa ada beberapa ahli parlimen dan wakil rakyat akan berhijrah bersama DSSA terutama mereka yang tidak menjadi pilihan Musa.

7.Untuk menjayakan gerakan DSSA hanya memberi tumpuan kepada pemimpin muda yang bersih dari kotoran politik berhadapan dengan BN semasa PRU14 disamping memberi ruang seluas luasnya kepada pemimpin veteran untuk menjangkau aspirasi mereka yang mahu melihat Sabah bebas dari cengkaman parti politik dari luar.


8.Objektif pemimpin Sabah adalah sama untuk memperjuang hak Sabah dan ingin melihat penguasaan politik dari luar jika dilihat dari aspirasi ini adalah mudah untuk penyatuan parti parti pembangkang kecuali ada niat disebaliknya bagaikan "Musang Berbulu Ayam"https://www.facebook.com/images/emoji.php/v5/ud0/1/16/1f602.png😂

MP SANDAKAN NASIHATKAN PENDUDUK SRI TAMAN AGAR TIDAK MEMBUANG SAMPAH DI MEMERATA TEMPAT

OLEH: SHAIMON S JUMADI
Tuesday  Sept. 27/2016
SANDAKAN:- Sikap sesetengah penduduk Sri Taman yang kurang bertanggungjawab soal  menjaga kebesihan alam sekitar dengan membuang sampah sesuka hati saja memerata tempat telah menimbulkan pelbagai  reaksi   dan kontraversi di kalangan penduduk setempat.
Sepatutnya para penduduk berkenaan telah menyedari bahawa sekarang di Negara ini sedang dilanda wabak virus Zika yang datangnya dari seekor nyamuk Aedes yang boleh membunuh  manusia.
Jadi dengan itu para penduduk berkenaan sentiasa berwaspada dan sentiasa menjaga kebersihan  agar  dapat mengelakan  dari  diserang virus Zika yang amat berbahaya itu
Dengan perbuatan orang-orang  yang tidak bertanggungjawab itu Ahli Parlimen Sandakan YB Stephen Wong Tien Fatt (DAP) telah menerima aduan bahawa terdapat kenderaan terbiar di Sri Taman lebih daripada satu tahun dan telah dijadikan tempat pembuangan sampah oleh penduduk tempatan yang tidak bertanggungjawab dan juga tempat takungan air untuk pembiakan nyamuk Aedes.
Hal ini amat membimbangkan dan boleh menimbulkan masalah kebersihan dan kesihatan kepada kedai makanan berdekatan dan kawasan perumahan tersebut.
Beliau berkata bahawa lokasi kenderaan tersebut dibiarkan merupakan kawasan pengurusan MPS dan ia berdekatan dengan sebuah restoran. Beliau mempersoalkan MPS mengapakah tidak ada tindakan diambil sedangkan keadaan ini akan membawa masalah kebersihan kepada restoran berdekatan dan juga menjejaskan kebersihan kawasan perumahan tersebut.
"MPS mempunyai tanggungjawab untuk mengalihkan kenderaan tersebut dan membersihkan 2. kawasan tersebut supaya kebersihan dan kesihatan penduduk tempatan dapat dijamin.
 MPS tidak patut membiarkan begitu sahaja, sedangkan MPS menggesa orang ramai untuk menjaga kebersihan persekitaran, tetapi sendiri gagal melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan." katanya Wong.


MP SANDAKAN HADIR MAJLIS PERKAHWINAN DI PULAU BERHALA



OLEH: SHAIMON S JUMADI
Tuesday Sept. 27/2016

SANDAKAN:- Sebagai Ahli Parlimen Sandakan walaupun dipihak pembangkang juga punya peranan masing-masing untuk mendekati rakyat berbilang kaum demi menjalinkan siratulrami  antara satu sama lain untuk mewujudkan kerjasama sama yang intim.


Stephen Wong Tien Fatt selaku MP Sandakan  bersama rombongannya telah dijemput untuk menghadiri majlis perkahwinan  anak perempuan seorang penduduk di Kampung  Pulau Berhala dekat sini  yang dilangsung kan Ahad lalu.

Kedatangan rombongan MP itu menambahkan kecerian suasana majlis tersebut kerana pihak tuan rumah mengadakan majlis tari-menari tradional kaum Bajau  iaitu daling-daling

Tuan rumah telah menghidangkan  pelbagai juadah masakan orang Bajau sebagai santapan para tetamu yang datang ke majlis Raja Sehari itu.





HUKUM DI MALAYSIA PILIH BULU


(Hukum Di Malaysia Pilih Bulu Kalau Pembangkang Buat Hal Terus Masuk Penjara Bertahun-Tahun Kalau Ahli-Ahli UMNO Buat Hal Terlepas Dari Tindakan Undang-Undang)

OLEH: ISMAILY BUNGSU
Tuesday Sept 27/2016
DALAM negara segala macam-macam AKTA dicipta niatnya hanya menghukum ahli-ahli  pembangkang, penulis yang berani suarakan kebobrokan BN dan kalau adapun ditangkap hanya yang kecil-kecil dirasa tak jatuhkan pemimpin atasan yang kaki korup, menipu dan segala macam.
Bila ada saja yang bersuara hal-hal sulit pelanggaran hukum seperti dana dalam bank milik Najib, maka itu akan ditangkap jelas akta yang ada hanya menangkap penyebar maklumat dan bukan tangkap pencuri.
Hakikat jelas itulah sebab-sebabnya AKTa Poka dan hasutan ada dan jelasnya ketidakadilan ada di situ.
Misalnya kes menghina Cina babi dan bakar bible serta kata-kata perang Salib tidak pula ditangkap malah mereka dibiar saja mengata kata-kata yang membakar semangat benci kaum dan ini sebenarnya tidak boleh dan boleh ditangkap tetapi terus dibiar dan dikatakan tidak salah.
Lalu apa saja gunanya akta itu dicipta? Bila segala macam undang-undang di Malaysia kita lihat ada tempang di mana-mana kesan sebelahi pemerintah yang melantik mengamanahkan diri mereka duduki kerusi Penguam negara, hakim maka jelas mereka itu berkerja untuk tuannya dan bukan untuk kepentingan rakyat jelata dan di sini rakyat sedang memerhatikan tindakan mereka yang mengampu bodek terus selamatkan kerajaan wang gaji untuk makan anak bini. Tidak berkat!
Maknya kita kena bertindak untuk mohon dunia adili secara adil kasus di Malaysia ini dan kesannya Amerika telah mengarahkan HBI siasat PM Najib dan kesanya dikata mereka mahu runtuhkan kepimpinan Melayu di Malaysia.
Kalau di Malaysia dia kebal kerana semua yang berkenaan atas arahannya tetapi hukum antarabangsa tidak akan dapat menyelamatkan sesiapapun yang korup dan kerana itulah Duta Malaysia buat Amerika berusaha temukan Datuk Khairuddin Abu Hassan dengan FBI tetapi secepatnya Najib arah polis yang Khairuddin tak boleh keluar Malaysia.
Kita lihat apa selanjutnya nanti dan kalau memang Najib benar, rasa Najib tak perlu takut dan beranilah hadapi hakikat. Tidak mungki pahawan Bugis takut hadapi hakikat tak bersalah.
Saya perhatikan kapal sedang belayar dan angin ribut di depan siap karam di lautan antartika membeku di sana nantinya.


SHAFIE SEHARIAN BERSAMA DARELL DAN TERENCE DI TAWAU


OLEH: ISMAILY BUNGSU
Tuesday  Sept. 27/2016

DUA hari lepas seharian saya di Tawau kerana memerhati perhimpunan silaturahim dan memang yang saya temui mereka yang baru ketemu dan barangkali tentunya pengikut-pengikutnya DS Shafie Apdal yang selama ini agak asing dalam politik kesan beda aliran.

Sesampai dan sesudah acara banyak sangat yang datang dan menjabat tangan tanda silaturahim sesuai dengan acara yang dinamakan silaturahim aidil adha dan serentak itu ada yang ajak bergambar dan mengatakan mereka sudah lama kenal cuma tak pernah ketemu dan saya terharu sekali.

Bila sampai/turun di airport Tawau YB Darell Leiking dan YB Terence mendekati saya dan kami bercakap dan kata Darell Leiking tidak perlu saya ikut yang lain dan ia ajak bersama meski sebenarnya saya sudah ada sebuah kereta menunggu untuk ke lokasi dan kesan ajakan itu maka saya,Darell Leiking dan YB Terence bersama satu kereta.

Nah, bila kami bertiga satu kereta dan ada seorang pemandu maka sepanjang perjalanan itulah kami bercerita dunia politik dan bila makan Darell mendekati saya agar mudah kami bincang dan Terence yang sedikit pendiam hanya mendengar dan sesekali penyampuk dan kelmarin itu YB Terrence asyik ke tandas sebab perutnya tidak bersahabat.

Kenny yang di lain kereta asyik mengolok YB terrence yang asyik sakit perut.
YB Darell termasuk YB Terence memang kami ini satu parti di PKR. YB Darell sebelumnya Naib Presiden PKR pusat wakil Sabah dan secara automatik ahli MPN/PKR Sabah dan demikian juga YB Terence automatik ahli MPN dan ia merangkap ketua penerangan PKR Sabah dan saya pula mantan Ketua Penerangan PKR Sabah dan mantan Pengarah Komunikasi PKR Sabah dan masih ahli PKR.

Bezanya YB Darell sudah meletakkan kesemua jawatannya, sementara YB Terence masih di PKR memeggang jawatan dan saya cuma masih ahli biasa (ulangan) dan kami bertiga memang sayang PKR dan ketiga kami mengharapkan PKR terus berkembang dan nantinya satu hati, satu rasa satu jiwa bersama tumbangkan BN dan ini juga kehendaknya DS Shafie Apdal yang mahu berkerjasama.

Kala seharian bersama YB Darell/anak muda dan seorang peguam yang sekarang bersama DS Shafie Apdal memang banyak sangat yang kami perkatakan soal politik ini.

Kenapa saya tertarik Darell dan DS Shafie Apdal ini? Pertama Darell seorang pembangkang dari Sabah yang bersifat bumiputera bukan Islam dari pantai barat, sementara DS Shafie bumiputrera Islam asal dari Pantai Timur dan ini sesuatu yang kurang kita perhatikan sedang di Sarawak tidak begitu dan selama ini di peringkat nasional hanyalah YB kalangan Tioghua jadi pembangkang. Nampak itu?

Nah, itu sekadar saya perkatakan sebagai pembuka minda kita untuk sama kita fikirkan dan tentunya ini menarik bila mereka memasuki parlimen 17hb mendatang.

Kebetulan mereka ini bersuara di nasional dan kemudian bakal ketua parti tempatan dan secara tak langsung mereka mewakili Sabahan kalangan muslim dan non muslim tetapi Darel suka berbahasa " KITA ORANG SABAH". Nampak itu?

Darell tampil dengan WARISAN budaya KDM non muslim, sementara DS Shafie pula tampil dengan WARISAN budaya muslim terikat dengan budaya rumpun kalangan bangsa-bangsa melayu itu sendiri seperti Suluk, Bajau, Brunei, Kedayan dan segala macam suku-suku di Sabah,

Nah, seperti juga Darell, DS Shafie Apdal juga penyebut bahawa perjuangan sekarang yang diutamakan ialah untuk Sabahan sebab sebelum ini DSSA duduk kerusi pemimpin nasional yang harus melihat/menumpu kepada nasional bukan Sabah semata.
KITA ORANG SABAH 
KITA ORANG SABAH 
KITA ORANG SABAH.

Sesuatu yang menarik sesudah seharian suntuk bersama Darell dan masih saya ingat ia katakan bahawa sepatutnya yang lain di pembangkang harus mengucapkan terima kasih dan mengalu2kan DS Shafie Apdal meninggalkan UMNO dan sama berjuang di pembangkang untuk menentang BN.

Bukankah Visi pembangkang itu menumbangkan BN dan bila sama niat menumbangkan BN, maka pembangkang haruslah sehati, sejiwa dan serasa seperti yang dikatakan oleh  Shafie kelmarin di Tawau lewat ucapan yang menarik meski  Shafie sebenar tidak begitu sihat kelmarin.

Yang paling penarik dan saya terharu kala Darel mengatakan begini: " Cuma saja haji fikirkan bahawa kala orang saya misalnya memeluk agama Islam dan apakah harus orang Islam mengutuk hina orang saya yang memeluk Islam itu tadi dengan mengatakan kata orang saya dulu jahat memakan daging yang haram?" Saya terdiam sebentar dan dalam hati tentulah jawaban saya TIDAK sebab itu makanan yang bukan islam.

" Sepatut yang memeluk islam itu tadi dibimbing, diajar dan ditunjuk jalan islam yang benar ikut kefahaman muslim dan bukan dikutuk dan demikian juga Shafie yang asal BN sertai pembangkang, maka itu harus kita hargai dan ucap terima kasih sebab ia berada dalam perahu untuk perangi musuh dan kalau kita maki hentam dia itu memang tidak benar dan samalah macam Nabi layan Khalid Walid yang asalnya memerangi Nabi hingga paman Hamzah mati dan hatinya dikunyah-kunya oleh seorang Hindun" Saya lagi terdiam dan saya cukup terharu.

Semalam kami sampai di Kota Kinabalu kira-kira jam 8:15pm dan bila sampai di airport seorang insan muda bernama YB Darell SMS saya dan ini kata2nya " SALAM HAJI. MAAF TADI TIDAK DAPAT JUMPA SETELAH KITA SAMPAI KE KK DAN SEBELUM KITA PULANG. SELAMAT MALAM DAN TERIMA KASIH ATAS PERJALANAN JELAJAH KITA TADI. REGARDS- DARELL " Saya terdiam dan terharu sebentar dan teringat kala ia berhadapan dengan Kak Wan Azizah menyatakan hasratnya dan keduanya terdiam dan menitiskan air mata dan Kak Wan faham perjuangan Darell demi Sabahan maka itu diterima semuanya tetapi keduanya berjanji sama berjuang.

SMS Darell Leiking saya diamkan sebentar dan akhirnya sesudah tenang saya menjawab " TIDAK MENGAPA SAUDARAKU DAN SAYA FAHAM DAN KETEMU JUGA NANTINYA-HIB"

Demikian yang dapat saya ceritakan dan mari kita bersama, satu jiwa, satu rasa, satu hati untuk laksanakan impinan rakyat Sabah dan asal jangan kesan tangki biru atau Br1M kita berpecah hilang arah/bantuan itu ambil saja itu keperluan dan hak rakyat bukan pemberian BN.

Sabahans for Sabah 
Ubah Sabah 
Kita Orang Sabah