KAMARUL ZAMAN RASMI CAWANGAN TONE EXCEL SANDAKAN


                                                       OLEH: SHAIMON S JUMADI.

SANDAKAN:- Menceburi diri dalam dunia perniagaan Tone Excel memerlukan kesungguhan baru seseorang itu mencapai sasaran yang jitu.

Pertama ia memerlukan  sokongan banyak pengikut sebagai down line baru mendapat habuan yang lumayan, memanglah semua orang kalau baru menceburi apa saja bidang perniagaan  bermula dari bawah dulu tidak memperoleh untuk yang banyak  

Tone Excel ini satu peniagaan yang menguntungkan kalau kita ada down line tak usah ramai antara 30 orang pun sudah cukup boleh mendapat hasil yang lumayan dan bisa  memcecah ribuan ringgit sebulan.

Katakan kalau seorang down line mengisi reload RM5.00 hingga Rm10.00 sehari dalam sehari ada 30 orang down line mengisi kalau sebulan setiap orang belanja RM300.00 X 30 orang sudah berapa jumlahnya.

Demikian dijelaskan oleh Pengerusi Tone Excel Datuk Kamarul Zaman ketika memberi ucapan  merasmikan Cawangan Tone Excel yang diadakan Pejabat Tone Excel di Bandar Megah petang tadi.
Katanya buat masa ini orang yang telah menggunakan reload excel seramai satu juta di seluruh Negara termasuk  di asia tenggara.

Sementara dalam ucapan Pengurus Cawangan Tone Excel Saandakan Beddu Jabir antara lain menjelaskan pendapatannya sebulan sebanyak RM7,000.00.

Beddu mempunyai down line setakat ini seramai 100 orang katakanlah  setiap seorang sebagai down line berbelanja RM10.00 sehari jika seramai 100 orang tadi berbelanja bukankah lumayan pendapatan.

Kata Beddu lagi sebelum ia menceburi dalam peniagaan Tone Excel dia bekerja diladang sawit sebagai penyelia ladang bergaji hanya RM1,500 sebulan  dalam makan gaji banyak tekanan yang sering berdepan dengannya.

Semenetara seorang wanita yang dikenali Anita Salahudin seorang promoter Tone Excel juga mempunya down line seramai 30 orang pendapatanya sebelum tidak kurang RM700.00.

“Saya hanya suka-suka saja tetapi disebakan saya mempunyai ramai down line  maka dengan itu mereka berbelanja setiap orang RM10.00X30 orang memang lumayan pendapatannya” kata Anita yang ditemui oleh Wartawan.



PERBAHASAN MP SANDAKAN DI PERSINGAN PARLIMEN MENGENAI RMK 11

OLEH: MEDIA DAP

Kenyataan Media Ahli Parlimen Sandakan merangkap Timbalan Pengerusi DAP Sabah Stephen Wong Tien Fatt di Parlimen pada 26 Mei 2015 (Sebahagian dari Ucapan Perbahasan ke atas Usul Rancangan Malaysia Kesebelas Part 1):

DAP SERU KERAJAAN BERI LEBIH PERUNTUKAN PEMBANGUNAN RMK-11 KEPADA SABAH, ATASI KELEMBAPAN EKONOMI DAN KEMISKINAN

Rancangan Malaysia ke-11 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilihat tidak realistiks kepada situasi sebenar di Sabah dan sekadar susunan perkataan-perkataan indah yang menggambarkan masa depan Malaysia yang baik.

Merujuk kepada prestasi ekonomi Sabah ia jelas tidak selaras dan tidak seragam dengan keadaan seluruh negara. Dalam hal ini, perkara yang boleh menyokong kenyataan saya mengatakan RMK11 tidak realistic bagi Sabah adalah kadar pertumbuhan ekonomi Sabah sendiri. 

Jika kita kepada pencapaian RMK-10, pertumbuhan purata KDNK benar Malaysia ialah 5.3 peratus manakala pertumbuhan di Sabah hanya 3.0 peratus; Pendapatan per kapita Nasional pada tahun 2013 adalah RM32,900 ringgit manakala pendapatan per kapita di Sabah hanya RM18,603, ia adalah sangat tidak memuaskan.

Sabah masih merupakan negeri yang miskin dan mengalami pertumbuhan ekonomi bagi GDP terendah iaitu 3 peratus setahun setaraf dengan Perlis. Purata pertumbuhan ekonomi negara pula setinggi 5 hingga 6 peratus setiap tahun.

RMK-11 kali ini telah menetapkan sasaran bahawa Pendapatan bulanan purata isi rumah akan meningkat ke RM10,540 pada tahun 2020. Pada hemat saya, ia tidak relevan kerana wujud perbezaan gandaan  hampir satu kali ganda. Ia hampir mustahil tercapai.

Jika kita mengambil serius terhadap stastistik tersebut, pendapatan purata isi rumah B40 (di bawah 40 peratus) adalah RM2,537 pada tahun 2015 manakala penengah pendapatan adalah RM4,585 ertinya 40 peratus golongan miskin itu hanya mendapat RM2,537, jauh lebih rendah dari penengah pendapatan. Ia menunjukkan ketidakseimbangan dan ketidaksamarataan antara golongan miskin dan kaya adalah serius. Laporan Bank Dunia telah melaporkan bahawa Malaysia adalah Negara yang mempunyai masalah ketidakseimbangan pendapatan yang sangat serius dan ketara di Asia.

Di Sabah walau pun purata pendapatan isi rumah ialah RM4,013, tetapi median ataupun penengah pendapatan isi rumah di Sabah ialah RM2,860. Ini bermaksud sebahagian dari warga Sabah ber pendapatan di bawah RM2,860 manakala pendapatan golongan B40 seluruh negara adalah RM2,537. Ketidak seimbangan ini bukanlah petunjuk ekonomi yang sihat. Ini kerana pendapatan golongan kaya berpendapatan tinggi turut diambil kira dan dipuratakan bersama dengan golongan miskin di Sabah. Pada pengetahuan saya, pendapatan warga Sabah di kebanyakan kawasan pendalaman adalah jauh  lebih rendah dari RM1000 dan di bawah garis kemiskinan.


Keduanya , RMK-11 amat tdak realistik dan boleh dipersoalkan jika kita melihat realiti sebenar pembangunan infrastruktur dan keperluan asas di Sabah terutamanya di kawasan pedalaman. Masih ramai masyarakat di pedalaman hidup dalam keadaan dhaif dan serba kekurangan.

Sebagai contoh, ada penduduk kampung di kawasan Pitas dilaporkan terpaksa menggunakan kerbau untuk mengusung pesakit menggunakan papan berbentuk pengusung kerana tidak mempunyai akses kepada jalan. Di Matunggung pula, ada penduduk terpaksa menggunakan air keruh dari sungai kerana tidak mampu membayar kos penyambungan bekalan air. Begitu juga di beberapa kampung seperti  di kawasan Kota Marudu dan Tenom yang tidak mempunyai sumber bekalan yang asas seperti bekalan air yang terawat, bekalan elektrik, tiada jalanraya dan tiada perkhidmatan kesihatan asas.

Sasaran kerajaan bagi RMK-10 untuk membina infrastruktur asas luar bandar bagi Sabah seperti liputan bekalan air akan dipertingkatkan sehingga 98 peratus manakala liputan bekalan elektrik akan dipertingkatkan sehingga 99 peratus. Tetapi setakat tahun 2014, ia hanya mencapai 94.1 peratus liputan bekalan elektrik dan 80.6 peratus liputan bekalan air di Sabah.

Walaupun Ketua Menteri Sabah mengatakan Sabah mendapat peruntukan sebanyak RM24.8 billion dari RM230 billion keseluruhan dalam RMK-10, ia hanya sekitar kurang 10.7 peratus sahaja. Saya berpendapat peruntukan kepada Sabah harus dinaikkan supaya pembangunan di Sabah selaras dengan Semenanjung Malaysia.

Salah satu contoh kegagalan mempercepatkan pembangunan di Sabah ialah sistem jaringan jalanraya.  Projek MRT Fasa 1 dari Sungai Buluh ke Kajang melibatkan kos RM23 billion, manakala pembinaan Pan Borneo Highway dijangka menelan kos RM27 bilion. Jumlah kos tidak jauh berbeza namun sehingga sekarang projek lebuhraya Pan-Borneo masih belum siap walhal projek pembinaan MRT RM23 bilion boleh disiapkan dalam 10 tahun sahaja. Menurut perkiraan kami dalam belanjawan yang lalu, kerajaan hanya menyediakan RM500 juta untuk projek ini setiap tahun danjauh berbeza dengan tempoh masa projek MRT.

Saya ingin mengajukan pertanyaan, berapakah peruntukan yang akan diperolehi Sabah dari RM260 bilion pembelanjaan pembangunan yang disediakan? Adakah dengan kekal pada 10 peratus yang mencukupi? Saya berpendapat bahawa sekurang-kurangnya 30 peratus pembelanjaan pembangunan harus disediakan untuk membangunkan Sabah sedangkan Sabah merupakan rakan kongsi dalam persekutuan Malaysia supaya pembangunan Sabah boleh dipercepatkan selaras dengan Semenanjung Malaysia dan mencapai wawasan 2020 sebagai negeri yang maju.


 TRANSLATION  IN CHINESE VERSION 




民主行动党沙巴州署理主席兼山打根国会议员黄天发于国会下议院参与辩论《第十一大马计划》5月26日新闻稿:

沙巴仍落后破灭先进国宏愿
黄天发促增拨款加速发展沙巴

我认为,首相拿督斯里纳吉所提呈的《第十一大马计划》是一份不切实际的计划,因为它根本与沙巴现实的情况不符,所有美丽的词藻和语句,无法遮掩沙巴的落后和贫穷,反之只是在一步步证实,2020年的先进国宏愿终将破灭,因为若沙巴贫穷,则马来西亚不可能先进。

依据现在的沙巴经济状况,它显然与全国的表现和情况脱钩,即使马来西亚全国的表现做得再好,它也与沙巴毫无干系,对沙巴而言,这是一份是不切实际的报告。

假如我们看回第十大马计划的检讨报告,马来西亚的国内生产总值(GDP)成长平均每年5.3巴仙,而沙巴只是它的大概一半,即每年成长3巴仙;而国内人均收入在2013年是三万二千九百令吉,而沙巴只是它的一半,即一万八千六百零三令吉,这显示尽管全国表现达标,但是沙巴只是它的一半,若这样下去,我们根本不可能达标。

沙巴目前仍然是全国最贫穷的州属之一,三巴仙的经济成长率是全国最低的州属,与玻璃士州一样,表现十分差强人意。假如这样下去,全国的预测要以5到6巴仙的成长走下去才能达到先进国的目标,那么沙巴根本不可能实现,并且即将成为所谓先进国里的贫民窟,这是莫大的讽刺和侮辱!

此外,这份计划也设定了目标,要让家庭平均月入从现在的6103令吉增加到2020年的10540令吉。对我而言,这已经是很难不切实际的目标,要在五年内将家庭收入翻几乎一倍,这是自欺欺人的行为,加上消费税已经造成市场萧条惨淡,这个目标更是天方夜谭,纯粹是一份不现实的计划。

2015年,在国家底下40巴仙的人口平均所得是2537令吉,而中等收入则是4585令吉,这也意味着底下几乎一半的人口赚取比中等收入还要少一半的收入,这显示了贫富悬殊、财富不平等的问题越趋严重,富者越富贫者越贫,对国家一点帮助都没有。世界银行也早已警告,马来西亚的贫富悬殊和不平等的情况是区域里相当严重的国家,即使政府讲贫富悬殊有被缩小,但是成效却不大,反而越来越严重。

对沙巴而言,这个问题恐怕更加严峻。因为相比全国的家庭收入6013令吉,沙巴的家庭平均所得是4013令吉,但是沙巴的中等收入只是有2860令吉,这也意味着沙巴有超过一半的人赚少过2860令吉,相等于全国底下40巴仙所赚取的平均2537令吉,这显示了沙巴大多数的人,是比全国的人赚更少的钱,这让我感到很担忧,许多在沙巴内陆居住的穷人,甚至是连每个月赚1000令吉都难,甚至比1000令吉和最低薪金更低,这是我们必须急迫要解决的问题。

我身为沙巴之梦的协调员,多次走入沙巴的内陆乡区亲眼目睹住在里面的人如此穷苦和可怜,不要讲先进国,他们的处境根本与落后国家的乡民无疑,政府不该自欺欺人和粉饰太平,必须要在《第十一大马计划》里提出帮助沙巴穷人的措施,给予这些内陆村民更好的设施,让他们能够改善生活。

我拿几个最近热门的议题作为内陆乡区穷苦的例子。在毕达斯的村民被报导出用水牛拖着木板载送病人到镇里的医院就医,因为该村子没有良好的马路设施,唯有用水牛来代替汽车。此外在马东贡地区,有村民因为还不起接驳水源的费用,只好到几近干枯的河流取水,从报导照片所看,泥泞的河水污浊不堪,显示沙巴内陆的贫穷惨况。

不仅如此,我也多次走进内陆地区如哥打马鲁都和丹南,这些地方有许多村子从来没有干净的水源和电源供应,没有马路和基本的医疗设施,这恍如是这个所谓即将成为先进国的国家另外一个国度,如此的贫穷和不堪。

在《第十大马计划》里,政府说要提升沙巴乡区的电力供应覆盖率增加到99巴仙,而水源供应覆盖率达98巴仙,但是很明显的是,这些计划都没有获得实现,许多人仍然没有水电供应,仿佛活在非常落后的世纪。

即使沙巴首席部长慕沙说,在《第十大马计划》里成功争取到248亿的发展开销,但是其只占总发展开销2300亿的10.7巴仙,对沙巴的帮助十分不足。我认为,起码在这次的计划当中,必须增加足够更大的拨款,加快和加速沙巴的发展,确保沙巴能够赶上如西马的发展,才能够谈先进国的可能。

然而,事实却是,政府不但没有打算要加快发展沙巴,却继续边缘和忽略沙巴的利益。其中一项例子就是,相比巴生谷第一期从双溪毛禄到加影的捷运工程建筑成本是230亿,与建造泛婆罗洲大道的成本270亿相差不多,但是政府投入的资源和配合却相差很远。别忘了泛婆罗洲大道是沙巴砂拉越最基本最需要的工程,但是政府原先投入每年5亿来建造,要用上40年才能完成,相比吉隆坡的捷运工程,从规划到建成,只预计大概十年就能完成,这就显示了两者的差别和待遇的不公。

如果政府真的想要达到先进国的目标,那就不能忽略沙巴,如果沙巴仍旧贫穷,那么马来西亚不可能先进!因此,要让目标能够达成,就要加速发展沙巴,如泛婆罗洲大道那样,增加资源和速度来建成这条大道,如果一个先进国的州连一条像样的大道都没有,这是莫大的讽刺!

我想要问,到底在《第十一大马计划》所准备和预算的2600亿发展开销当中,有多少是会拿来发展沙巴?还是保持微不足道的10巴仙?我认为,政府至少应该拿出30巴仙的发展开销来加速发展沙巴,好让沙巴的发展能够与全国的水平接轨,同时这也显示沙巴是作为平等伙伴的关系,让沙巴能够获得公平和平等的发展,让沙巴的人民能够脱离贫穷,这才可能达成先进国的目标。



ZAKARIA RASMI PESTA KAAMATAN PERINGKAT KAMPUNG KITIGAS



OLEH:AZMI AZMAN


GAMBAR MENUNJUKKAN...Zakaria .memalu gong untuk merasmikan sambutan Pesta Kaamatan peringkat Kampung Kitagas




GUM-GUM:- Kestabilan politik mampu menjamin keharmonian dan ketenteraman selain  dari menstabilkan ekonomi masyarakat negeri ini.

“Dengan ditambah lagi sokongan padu para pemimpin di peringkat atasan maka setiap program kearah pengkukuhan kaum terus mendapat perhatian,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gum Gum Datuk Zakaria Haji Mohd Edris semasa merasmikan sambutan Pesta Kaamatan peringkat Kampung Kitagas , Batu 26 Jalan Labuk, kelmarin.

Kejayaan menganjurkan program sambutan Pesta Kaamatan ini menunjukkan kekuatan dan perpaduan kaum di negara kita khususnya masyarakat komuniti di Sabah yang datangnya dari pelbagai latar etnik, tambah beliau yang juga Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Negeri Sabah.

“Saya bangga dan berharap agar hubungan silaturahim antara semua kaum dapat dipelihara dan menjadi teras kepada perpaduan di Negeri Sabah khususnya di sini,” tambah Zakaria.

Beliau menyeru masyarakat agar terus mengekalkan keharmonian kaum dan pelihara budaya di negeri ini kerana budaya adalah identiti bangsa kita.

“ Bak kata pepatah “ Biar mati anak jangan mati adat” itu adalah kata-kata nasihat yang mahu generasi bangsa ini tidak melupakan asal usul keturunan mereka,” tambahnya.

 Inilah keunikan kita di Sabah yang banyak meraikan majlis keraiaan seperti Pesta Kaamatan dan pesta-pesta lain yang uniknya, kata Zakaria.



KERAJAAN SARAWAK BATAL GST UNTUK PERKHIDMATAN PBT DAN KERAJAAN.....ADENAN

KUPUSAN DARI MEJA EDITOR KANAN
SHAIMON S JUMADI


BERITA agak  menggembirakan kepada rakyat Sarawak bilamana Ketua Menteri Sarawak  telah mengumumkan bahawa di negeri bumi Kenyalang itu  tidak kenakan  Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)  adakah kerajaan Sabah akan mengikut jejak langkah Sarawak?

Seperti yang dipetik daripada laporan  portal Berita Express dan the Borneo Post menyatakan bahawa rakyat negeri ini boleh menarik nafas lega sekarang kerana tidak perlu membayar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ke atas semua perkhidmatan majlis perbandaran dan kerajaan.

Persoalan disini timbul sama ada Datuk Musa Aman selaku Ketua Menteri Sabah akan mengorak langkah bersama Sarawak, Johor, Pulau Pinang dan juga Terengganu, dalam masa terdekat ini?

Kalau pun Musa gagal menyerapkan GST saperti di Sarawak, sekurang-kurang nya beliau berikan justifikasi kepada rakyat Sabah mengapa negeri ini masih kekal kan GST.


Dalam pada itu, dikatakan Ketua Menteri Sarawak,Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem mengumumkan perkara ini semasa menyempurnakan Majlis Pemansuhan Tol Jambatan Lanang Sibu kelmarin.

Adenan berkata, kerajaan negeri sebaliknya akan membantu membayar GST bagi perkhidmatan majlis perbandaran dan kerajaan.

Dengan langkah itu, katanya negeri ini adalah yang keempat di negara ini selepas Johor, Pulau Pinang dan Terengganu kerana kerajaan mereka juga
tidak melaksana GST bagi perkhidmatan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan jabatan kerajaan.

“Pelaksanaan GST menyebabkan harga barang naik di luar kawalan saya.

GST ini diperkenal oleh kerajaanpersekutuan dan bukan kerajaan negeri,” katanya berucap di hadapan 10,000 hadirin yang hadir pada majlis tersebut.

Bagaimanapun, Adenan memberitahu bahawa kerajaan negeri akan cuba mencari jalan untuk mengurangkan beban ditanggung rakyat amnya, berhadapan dengan GST. 



Ini termasuk memansuh kutipan tol di jambatan di negeri ini membabitkan Jambatan ASEAN, menurunkan caj feri di Long Lama dan Marudi dengan RM1 daripada RM6, menurunkan tarif elektrik bagi pengguna kediaman dan komersial.


ADUN GUM-GUM ZAKARIA SAMBUT RMK-11 YANG DIUMUMKAN PERDANA MENTERI

                                                                     OLEH: AZMI AZMAN

GAMBAR KELIHATAN……Zakaria membaca salinan RMK 11 di pejabat beliau kelmarin



GUM-GUM:- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Gum Gum Datuk Zakaria Haji Mohd Edris menyambut baik Rancangan Malaysia Ke 11 (RMK11) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Panglima Najib Tun Razak Khamis lepas.

“Sepertimana yang telah dikatakan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman bahawa RMK11 RMK11 merupakan satu rancangan pembangunan lima tahun yang sangat penting, dalam mencapai status negara maju pada 2020,” kata Zakaria ketika diminta mengulas berhubung pembentangan RMK11 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Panglima Najib Tun Razak.

Rancangan ini menggariskan apa yang perlu dilakukan dalam tempoh lima tahun akan datang untuk mencapai objektif berkenaan, tambah Zakaria

Aspek yang berkaitan dengan pembangunan infrastruktur asas serta kebajikan rakyat seperti perumahan untuk rakyat, kemudahan penjagaan kesihatan, sekolah dan pembinaan Lebuhraya Pan Borneo akan membawa kesan positif secara langsung terhadap pembangunan Negeri Sabah, kata Zakaria.

RMK 11memang terbaik kerana ia jelas dilakukan demi kebaikan rakyat dan negara secara keseluruhannya dengan menumpulkan seluruh sektor kehidupan manusia, rancangan pembangunan terutama sekali di kawasan bandar, kata Zakaria yang juga Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri.

“Jika dilihat, Sabah diberikan jumlah peruntukan yang besar di bawah RMK11 untuk pembangunan dalam pelbagai sektor dan banyak memfokuskan kepada transformasi kawasan luar bandar,katanya.

“Saya selaku wakil rakyat untuk kawasan Gum Gum yang terletak di pinggir bandar meminta agar Gum Gum akan juga tersenarai untuk mendapat peruntukan membina serta membaiki rumah memandang ramai rakyat di kawasan ini masih memerlukan rumah dan juga membaiki rumah mereka,” kata Zakaria.

Zakaria merakamkan penghargaan terima kasih kepada Perdana Menteri yang terus memberi perhatian kepada suara rakyat serta kepentingan Negeri Sabah.




FORESTRY DEPARTMENT DEMOLISHED VILLAGERS HOUSES AT THE MUKIM PENANGAH - TONGOD

                                                        BY: REBECCA CHONG

KINABATANGAN: The Sabah Forestry Department has allegedly, in an operation, destroyed homes, cottages and crops of villagers in its territory in Mukim Penangah, Tongod here, since April this year.
Local leaders are concern with the wellbeing of the villagers who have been living in the area since before the land was entitled to the Sabah Forestry Department.
Kinabatangan UPKO Komulakan Chief, Willy Frous Darinsok, who is one of the villagers, said that over 3,000 villagers are affected by the action taken by the department.
Kuamut Assemblyman, Masiung Banah, has since last year acknowledged that the forestry department was entitled to the land with six villages.
“It was learnt that Masiung has submitted a proposal to the Sabah Forestry Department to move the department’s land to other part of the State’s Land which is further from the villages so that the locals would not be affected by the department’s activities.

“However, after the proposal was submitted last year, there is yet to be any answer from any party” he said while adding that the crops of the villagers include paddy, vegetables, rubber trees and oil palm.
Wily then urged that the proposal to be studied and speed up as the villagers are losing their homes and their source of income in a very short time.
“The operation to destroy crops and homes within the department’s land is still going on until today” he said to the reporters yesterday.

Six villages in Mukim Penangah affected are namely Kampung Mangkawagu, Kampung Saguon, Kampung Tampasak, Kampung Aliptang, Kampung Tinangah and Kampung Dewara. All the six villages fall under the Kuamut constituency.


LORONG PEJALAN KAKI SMK SANDAKAN PERLU DILEBARKAN JKR ATAU MPS AMBIL TINDAKAN

                                                          OLEH: SHAIMON S JUMADI

JKR-MPS...Perlu prihatin terhadap masalah lorong pejalan kaki ini jangan sampai nanti ada orang terjeblos baru kelam kabut 


SANDAKAN:- Lorong pejalan kaki di Sekolah Menengah Kebangsaan Sandakan (SMK)  kini telah menimbulkan pelbagai masalah para pengguna jalan kerana silap langkah mereka boleh terjeblos (terjatuh) kedalam longkang.

Dengan ini pihak Jabatan Kerjaraya (JKR) atau Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) harus  menangani masalah ini  dan lorong pejalan kaki itu perlu lebarkan ia sebelum mengundang  bahaya kepada pejalan kaki terutama sekali para penuntut sekolah berkenaan kerana  lorong itu merupakan jalan utama.

Sekiranya pihak JKR dan MPS tidak mengindahkan atau sengaja tidak mahu ambil tahu mengenai masalah tersebut tunggu ramai orang mampus terjatuh di dalam longkang baru bertindak drastic untuk melebarkan lorong yang dimaksukan sudah terlambat dan pihak JKR dan MPS harus bertanggungjawab keatas kematian orang ramai itu.


Sesiapa ada diantara keluarga kamu yang terjatuh mati didalam longkang itu kamu sebagai keluarga mangsa harus menuntut seadil adilnya atas kematian itu kepada MPS dan JKR ini kerana kecuaian mereka  kemudian buat laporan polis atas kejadian yang menimpa kepada keluarga anda sekiranya berlaku.

RAHIMAH MENANG ANUGERAH GURU TRENDY 2015 SK SG ANIB 3

OLEH: SHAIMON S JUMADI


TAHNIAH DAN SYABAS ....Menang Rahimah Guru tercantik tiada tolok bandingannya  SK Sungai Anib 3 menerima Agugerah Guru Trendy  2015

KENCATIKAN yang ada pada diri Rahimah Asrah adalah anugerah dari Tuhan memang sesiapa saja  orang tidak boleh menafikan terhadap  kecantikan  yang dimiliki Rahimah  luar biasa walaupun sudah berumah tangga tapi badan/body sentiasa maintain  dan menjadi perhatian.

Sudahlah cantik bersopan santun berbudi bahasa sejajar dengan profesennya sebagai seoarang pendidik(Guru) dan sekaligus menjadi pemimpin masyarakat dan politik.

Sebagai seorang  ahli politik yang memegang jawatan Ketua Wanita UMNO Bahagian Batu Sapi dan  juga Pengerusi PEWANI Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK) Rahimah memang sentiasa disenangi oleh ahli-ahlinya termasuk juga disenangi oleh kedua-dua pemimpin iaitu Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Sekong Datuk Hj Samsudin Yahya.

Nama Rahimah sejak kebelakangan ini semakin hari semakin menyerlah diarena persada politik tempatan  dan juga diperingkat nasional sebab semua aktiviti-aktivitinya 80  peratus disiarkan dimedia-media  alam maya (portal online).

Justeru orang yang membaca media alam maya bukan sedikit  boleh dikatakan seluruh Malaysia sesiapa saja orang yang melayari laman web ini sabahinsider14.blogspot.com atau freesandakantoday.blogspot.com jelas  terpampang berita-beritanya yang tersiar dimedia portal bukan saja di Malaysia bahkan diseluruh dunia itulah kekuatan media alam maya  yang boleh menimbusi  dunia luar dan dalam.

Syabas  dan tahniah Rahimah kerana memenangi Anugerah Guru Trendy dan Anugerah Guru Cantik  2015 anjuran Kelab Keluarga  Sekolah Kebangsaan Sungai Anib 3 yang dipengerusikan Abidin Kaling Timbalan Pengerusi Rahimah Asrah majlis telah disempurnakan oleh Guru Besar Azhar Sani  Tamam  dan sekaligus menyampaikan hadiah-hadiah tersebut.


Dan untuk mengekalkan kecantikan kenalah  menjaga makanan dan minum sentiasa memelihara gaya hudup sihat dan sentiasa amalkan bersenam



KUALA PENYU DAIF DAN KETINGGALAN DALAM ARUS PERDANA PEMBANGUNAN ASAS

OLEH: ISMAILY BUNGSU
" Hari ini  saya merencanakan ruang waktu berada di kawasan" Katanya Limus dan apakah itu dapat mengubat hati kalangan sebahagian penduduk di Kuala Penyu yang selalu paipnya tidak berair?
Kuala Penyu masuk ke kampung-kampung  sama saja seperti ulu tomani, Sook, Paitan dan daerah-daerah  yang mundur meski jaraknya dari Beaufort dan labuan tidaklah begitu jauh.
Kilang tebu/gula terbesar yang dulu dicadang luluskan tiba-tiba tidak menjadi dan pelabur gagal melaksanakan apa yang dijanjikan dan tanah yang seluas itu entah apa sudahnya.
Rasanya penduduk di Kuala Penyu perlukan keperluan asas terutama air yang ada hanya paipnya dan airnya hanya angin dan ada yang masih menggunakan telaga.
Sepatut Kuala penyu yang lokasinya di tengah-tengah Beaufort/Menumbok harusnya lebih baik dari daerah-daerah  lain kesan berdekatan dengan Labuan, tetapi disebaliknya tidak seperti yang diharapkan.
Wakil-wakil rakyatnyanya saling  bersilih ganti dan sambil menabur  janji-janji BN terus dilontar setiap pilihanraya  tetapi sesudah  dan selesai  pilihanraya , semuanya  janji hanya tinggal janji dan rakyat tetap dalam keadaan susah terutama lokasi-lokasi  yang didiami oleh suku kamu kadazan.
Dalam pada itu rakyat  dari keturunan suku Kadazan,Dusun dan Murut  khususnya tinggal di kawasan pedalaman harus pandai menilai  jangan mudah terpengaruh dengan janji-janji manis para pemimpin BN  jangan kerana  bagi tangki biru wang RM100.00 zink lima keeping dan beras nasional 10kg kamu berubah fikiran terus memberi undi kepada calon-calon BN yang terdiri daripada PBS,UMNO, UPKO, dan PBRS.
Kita kesal kemana arah dan peranan para  pemimpin yang terdiri daripada suku Sungai, Kadazan, Dusun dan Murut  tidak dapat membela suku bangsanya sendiri dalam mempertahankan hak asasi contohnya penceborohan tanah-tanah ada (NCR) begitu mudah diambil oleh orang-orang luas khusushnya dari Semenanjung mereka banyak  membuka ladang-ladang sawit sebagai contoh terdekat di Jalan Sukau ladang kepunyaan Datuk im Goh Thong iaitu Genting Estate. 
Pada PRU 14 ini suku-suku seperti yang saya sebutkan diatas tadi harus sedar kita tolak BN/UMNO dan kita berikan laluan kepada Pakatan Rakyat untuk memerintah